Вы находитесь на странице: 1из 22

PENGENALAN

Para pakar pensejarahan kini telah mengubah haluan dan corak pensejarahan kini yang
bukan diasaskan oleh Leopold von Ranke dan Karl Marx bahkan aliran Annales dari Perancis
juga. Sumbangan Ranke dan Marx tidak boleh dinafikan. Namun pada waktu yang sama, pakar
pensejarahan tetap menghargai usaha aliran Annaes untuk meletakkan sejarah dalam kedudukan
yang boleh dikatakan berunsur saintifik. Menurut Helius Sjamsuddin (1996 : 209), aliran
Annales merupakan aliran yang pertama muncul di Perancis, nama Annales dipetik daripada
majalah Annales Dhistoire Economique et Sociale yang merupakan majalah terbitan pertama
kalinya di Perancis pada tahu 1929. Majalah ini diasaskan oleh sejarawan-sejarawan Perancis
seperti Lucien Febvre (1878 1956), March Bloch (1886 1944), Fernand Braudel (1902
1985), dan Emmanuel Le Roy Ladurie (1929). 1 Aliran Annales telah memberi nafas yang baharu
kepada pengajian sejarah dari asperk keseluruhan seperti perhambaan, krisis Bandar dan
perdagangan antarabangsa yang dikaitkan dengan geografi, sosiologi, undang-undang dan ideaidea ke arah sejarah yang lebih luas. Menurut Profesor G.G Iggers, dalam karyanya yang
berjudul New Direction in European Historiography yang telah diterbitkan pada tahun 1975
menyatakan aliran Annales telah memperluaskan sudut pandangan ahli sejarah, baik dari segi
ruanglingkup mahupun perkaedahan serta telah memperluasakan skop perhatian ahli sejarah
kepada semua aspek kehidupan sosial manusia.2

1 R. Suntharalingam (1985), Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Maricon & sons, hlm 12-13.

2 G.G. Igger (1975), New Direction in European Historiography, Middletown, hlm. 77-79.

PRINSIP-PRINSIP ALIRAN ANNALES


Prinsip bermaksud asas atau dasar yang dijadikan tunjung sesebuah pemikiran, perbuatan
ataupun sesuatu perkara. Prinsip-prinsip aliran Annales ini dapat dikategorikan sebagai prinsip
yang ke arah saintifik dan komprehensif. Perkara ini terbukti pada perkembangan abad ke-20,
aliran Annales merupakan aliran paling berjasa untuk menjadikan sejarah sebagai satu bidang
ilmu saintifik. Aliran Annales bukan sahaja mempertikaikan kewibawaan pensejarahan
tradisional yang menumpukan kepada tindakan individu malahan menghalusi kaedah-kaedah
analisis dengan menjalinkan hubungan yang erat dengan sains kemasyaraktan.3
Golongan Annales menggunakan pendekatan antara disiplin holistik. Disiplin holistik
bermaksud bidang keseluruhan iaitu bukan menumpu satu bidang sahaja untuk menentukan
sesuatu peristiwa. Interdisiplin atau multidimensional seperti politik, ekonomi, sosiologi,
antropologi, geografi, demografi dan lain-lain lagi telah diambil kira untuk mengkaji satu
sejarah.4 Perkara ini bermakna ahli sejarah Annales telah mengambil kira semua aspek untuk
mengukur sejarah sebagai contoh, golongan tersebut berpendapat satu insiden ada unsur saling
berkaitan antara satu dan lain seperti masyarakat ingin menjatuhkan sesebuah kerajaan bukannya
kerana sistem pemerintahannya malahan masalah kebuluran yang berpunca daripada faktor
geografi, ekonomi dan sosiologi.

3 R Suntharalingam (1987), Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, hlm 176.
4 H.R. Trevor-Roper, Fernand Braudel, the Annales, and the Mediterranean, dalam Journal of Modern
History, Jil.44: 4 Disember 1972, hlm. 468-71.

Annales telah memperluaskan konsep conjuncture untuk memaparkan pola-pola dalam


bidang politik, kependudukan, sosial dan mentalities, di samping menghubungkaitkan pola yang
wujud di antara sama lain. Perkara ini terbukti aliran Annales tidak menekan satu bidang sahaja
malahan melihat semua aspek untuk mengkaji sejarah.5
Aliran Annales juga menerapkan prinsip lebih berfokus kepada kolektif manusia dan
bukannya individu.6 Golongan berpendapat bukan sahaja golongan pemerintah tetapi masyarakat
juga memainkan peranan penting untuk mencorakkan satu sejarah. Konsep vertical atau
horizontal atau kata lain top down atau bottom up yang membawa maksud melihat keseluruhan
lapisan masyarakat bukannya tertumpu kepada golongan atasan.7 Sebelum ini, Leopold von
Ranke yang mengangkat golongan atasan sebagai orang terpenting dalam membentuk sejarah
dan tidak mengambil berat tentang golongan terpendam. Ranke telah mengamalkan unsur berat
sebelah kerana tidak melihat sejarah secara komprehensif and meletakkan pemeritah sebagai
keutamaan. Golongan Annales tidak seperti itu kerana mengambil kira golongan terpendam
seperti buruh, pelacur, petani, tukang kayu dan lain-lain sebagai orang dianggap penting dalam
sejarah.8

5 E. Le R. Laudrie, The Territory of the Historian, hlm.26; dan Braudel, The Mediterranean, hlm. 16 dan
899
6 R Suntharalingam (1987), Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, hlm 188.
7 Croce, Ideas of History, Jilid II, hlm 7.
8 G.H.McNeil, Charles Seingnobos (1854-1942), dalam S.W Halperin (ed.), Essays In European
Historiography, hlm. 352-69.

Prinsip bersifat saintifik diterapkan dalam pemikiran golongan Annales. Annales bermula
dengan persoalan mengapa, kenapa, bila dan bagaiman dalam sejarah. Sebelum ini, ahli sejarah
hanya mengkaji dari aspek apa dan bagaimana seperti sistem pemerintahan sebuah kerajaan
telah menyebabkan kejatuhan empayar atapun kata lain tidak mengkaji terperinci tentang
kejadian itu wujud. Golongan Annales telah membawa inspirasi yang baharu iaitu mengkaji
secara kolektif sebagai contoh, pada abad ke-18 boleh memastikan secara tepat tempoh apabila
kadar kematian menurun dan meningkat, dan bila pula tidak berubah. Annales telah menjelaskan
sebab-musabab mengapa pola kematian itu berubah atau tidak berubah. Antaranya ialah taraf
kesihatan masyarakat baik ataupun masalah penyakit kebuluran semakin meningkat
menyebabkan pola kadar masyarakat tidak konsisten.9
Penekanan jangka panjang ataupun longue duree dijadikan prinsip pemikiran Annales.
Longue duree bermaksud mengkaji sejarah yang tempoh puluhan tahun, separuh abad, atau
seabad. Kajian Annales bukan hanya tertumpu pada jangka pendek. Hal ini demikian kerana
sejarah saling berkaitan antara masa silam dan kini. Golongan Annales berpendapat sejarah
mencantumkan masa lampau dengan pengalaman kini bukan sahaja membolehkan perbandingan
dibuat antara zaman kini dan zaman lepas bahkan pula meningkatkan kefahaman tentang prosesproses yang menggerakkan sejarah. Annales tidak menafikan kepentingan sejarah lampau kerana
sejarah terserbut membolehkan menjelaskan perkara kini misalnya catatan lama seperti
pengeluaran, harga, upah dan cukai membolehkan pengkaji mengkaji secara tepat kenaikan atau
penurunan pada masa kini. Oleh itu, kefahaman sejarah longue duree memerlukan penelitian

9 P. Anderson, Considerations on Western Marxism, London, 1997, hlm. 6.

yang rapi tentang hal-hal seperti keadaan alam semula jadi, keperluan kebendaan manusia, serta
idea-idea yang mendukung kehidupan kolektif masyarakat.10
Kajian Metodologi digunakan oleh golongan Annales. Kajian ini dikategorikan sebagai
kajian yang paling sesuia untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif
bagi menjawab permasalahan kajian seperti menggunakan hipotesis, pengumpulan data dan
penganalisi data. Kajian Metodologi telah memberi penjelasan sejarah yang telah berlaku dengan
jelas dan tepat kerana menggunakan fakta-fakta dan bukti-bukti yang ada untuk
memperkukuhkan lagi sejarah. Kajian Braudel bukan sahaja mengumpul bahan-bahan asli di
arkib bahkan meneliti tulisan pakar-pakar geografi, geologi, antropologi dan biologi dalam kajian
rantau Meditteranean.11

10 R Suntharalingam (1987), Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, hlm 196.
11 R Suntharalingam (1987), Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, hlm 195.

KAEDAH PENSEJARAHAN ALIRAN ANNALES


Profesor G.G. Iggers iaitu seorang pakar pensejarahan dari Amerika Syarikat menyatakan
dalam karyanya yang berjudul New Directions in European Historiography yang diterbitkan
dalam tahun 1975, Iggers mendakwa bahawa aliran Annales telah memperluaskan sudut
pandangan ahli sejarah, baik dari segi ruanglingkup mahupun perkaedahan. Dalam usahanya
mengkaji semua aspek kehidupan sosial manusia Annales bukan sahaja mempertikaikan
kewibawaan pensejarahan tradisional yang bertumpu kepada tindakan individu-individu bahkan
pula menghalusi kaedah-kaedah analisis dengan menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan
sains kemasyarakatan.
Selain itu, dalam karya Cours de Philosophie Positive (6 jilid, 1830-42), Auguste Comte
menerangkan antara lain kaedah-kaedah yang patut digunakan untuk menghasilkan ilmu adalah
bersifat saintifik tentang sejarah dan masyarakat. Ilmu yang dihasilkan mengikut kaedah-kaedah
itu disebut oleh Comte ilmu Positivisme. Kejayaan dalam menghasilkan ilmu ini akan juga
menandakan evolusi manusia ke arah zaman saintifik, zaman yang dipandang oleh Comte
sebagai tahap pencapaian manusia yang paling sempurna, serta ditentukan oleh arus perjalanan
sejarah.12 Menurut Durkheim dalam karyanya yang berjudul The Division of Labour (1893),
Durkheim mahukan seseorang pengkaji membangkitkan pertanyaan-pertanyaan yang tajam, lalu
mengumpulkan data yang lengkap, dan akhirnya memajukan rumusan berbentuk sejagat yang
menjelaskan fenomena sosial yang dikaji.
12 Untuk keterangan lanjut tentang aliran Positivisme, sila lihat J.Gould, Auguste Comte (1798-1857),
dalam The Founding Fathers of Social Science, T.Raison (ed.), disemak oleh P.Barker, London, 1979,
hlm. 45-53; dan B.A.Haddock, An Introduction to Historical Thought, London, 1980, Bab 11.

Durkheim juga menekankan kepentingan kerjasama di antara berbagai-bagai bidang seperti


sosiologi, ekonomi, antropologi dan sejarah dengan tujuan mencantumkan kemahiran dan
pengetahuan ke arah mewujudkan panduan dalam sains kemasyarakatan. Pada tahun 1897,
Durkheim telah melancarkan sebuah majalah LAnnee Sociologique untuk memperjuangkan
tujuan tersebut.13
Menurut seorang pakar ekonomi Perancis iaitu F. Simiand seorang professor di Sorbonne,
Simiand merayu agar sejarah yang cetek digantikan dengan sejarah sainstifik yang bertumpu
kepada masyarakat, serta menggunakan perkaedahan maju yang wujud di dalam bidang
ekonomi, sosiologi, geografi, antrapologi dan psikologi. Sebagai seorang pengkaji, Simiand telah
mengumpul dan menyusun secara siri data kuantitatif tentang harga dan upah di Eropah sejak
abad yag ke-15. Data ini digunakan untuk mengenal pasti kitaran ekonomi yang mana harga
telah meningkat, dan kitaran ekonomi yang mana harga telah menurun. Simiand membuktikan
pandangannya bahawa wujudnya jalinan-jalinan tertentu yang bersifat timbal balik, dan
pendedahan hal ini adalah tugas pokok ahli sejarah. Kegagalan ahli-ahli sejarah tradisional untuk
menyedari hakikat ini, di samping ketidakupayaan mereka untuk menggunakan kaedah
kuantitatif, mengikut Simiand, telah menggugat kewibawaan penulisan mereka. 14 Sarjana
Perancis iaitu H. Berr tertarik dengan kaedah-kaedah yang digunakan dalam sains

13 Sumbangan Durkheim kepada sosiologi dibahaskan oleh J.Rex, Emile Durkheim (1818-1917) dalam
T.Raison (ed) Sumbangan Durkheim kepada sosiologi dibahaskan oleh J.Rex, Emile Durkheim (18181917) dalam T.Raison (ed) The Founding Fathers of Social Science, hlm. 156-61
14 R.Forster, Achievements of the Annales School, dalam Journal of Economic History, Jil. XXXVIII:
1, Mac 1978, hlm. 62.

kemasyarakatan, tetapi beliau juga tidak mahu ahli sejarah mengabaikan kecenderungan untuk
mengkaji sesuatu hal secara khusus.

Pendekatan ini, mengikut Berr, akan mewujudkan sains (sejarah) tulen, iaitu sains di dalam
keseluruhan, yang juga boleh membantu pakar-pakar dalam bidang sosiologi, antropologi dan
etnografi.15 Febvre merupakan pengasas Sixieme Section (atau Bahagian Keenam) telah
membiayai peyelidikan berpasukan ini, serta menganjurkan seminar dan kursus yang bertujuan
melatih para pengkaji tentang teknik-teknik penyelidikan seperti kaedah kuantitatif dan
kemahiran komputer. Mengikut Lacurie, menjelang awal tahun 1970-an, Sixieme Section telah
muncul sebagai institusi penyelidikan utama di Perancis dalam bidang sejarah, sosiologi dan
antropologi.16 Selain itu pula, kaum Annalistes telah mentafsirkan kejadian sejarah sebagai
mencakupi kehidupan kolektif manusia seperti kelahiran, perkahwinan, dan kematian.17
Dalam pada itu, Annales juga sedar tentang hakikat bahawa wujudnya hubungan timbal
balik antara fenomena-fenomena sosial akan memberi satu erti yang lebih mendalam kepada
konsep histoire totale itu. Ladurie menghujahkan bahawa seseorang yang bercadang mengkaji
sejarah demografi Perancis pada abad yang ke-18 dapat mengaitkan beberapa hal seperti
kelahiran, perkahwinan, kematian, kebuluran, wabak penyakit harga makanan serta peperangan.
Jadi, histoire totale mengaitkan pergolakan politik dengan ekonomi, penyakit, kematian dan
15 F.Stern, op. cit. hal. 247-55; dan M. Siegel, Henri Berrs Revue De Synthese Historique, dalam
History and Teory , Jill. IX, 1970, hlm. 322-31
16 Emmanuel Le Roy Ladurie, The Territory of the Historian, diterjemahkan oleh Ben dan Sian
Reynolds, Hassocks, 1979, hlm. 17. Gambaran am pelancaran majalah Annales, yang kemudian
bergabung dengan Sixieme Section, boleh didapati dari Iggers: New Directions, hal. 51-65.
17 Ibid., hlm. 58-73.

perkahwinan, dan terpulanglah kepada ahli sejarah untuk meninjau hal-hal tersebut dalam satu
rantaian sebab dan kesan.18

Kaedah kuantitatif telah juga diguakan untuk mengkaji sejarah wilayah atau tempatan.
Sebagai contoh, P. Goubert telah menyiasat sejarah penduduk wilayah Beauvais pada abad yang
ke-17 dari segi histoire totale pelbagai aspek kehidupan kolektif penduduk wilayah termasuk
pertanian, perusahaan, kelahiran, perkahwinan, dan kematian telah dikaji secara kuantitatif.
Pendeknya, kehidupan kolektif manusia seperti kelahiraan, perkahwinan, dan kematian tidaklah
ditentukan oleh faktor biologi semata-mata tetapi oleh kedudukan ekonomi, anutan agama dan
sebagainya.19
Selain itu, terdapat juga kaedah geografi, sosiologi, antropologi dan psikologi. Misalnya
karya Febvre yang diterbitkan pada tahun 1992 telah mengesan dan menghuraikan hubungan
antara geografi dan sejarah. Hubungan manusia dengan alam semulajadi, terutama bagaimana
Laut Mediterranean telah membantu membentuk sebuah tammadun yang tersendiri di rantau
Mediterranean sejak permulaan sejarah, maka kajian itu dinamakan oleh Bernard Bailyn sebagai
geo-history.20 Menurut Bloch pula, semua aspek kehidupan kolektif masyarakat itu termasuk
ekonomi, hubungan kelas, agama, adat resam, organisasi politik, ketenteraan dan perundangan.

18 E. Le R. Ladurie, The Mind and Method of the Historian, diterjemahkan oleh Ben and Sian Reynolds,
Brighton, 1981, hlm. 18-19.
19 R. Harding, Pierre Gouberts Beauvaais et le Beauvaisis: Historians Parmi Les Hommes, dalam
History and Theory, Jil. 22, 1983, hlm. 178-98.
20 Dipetik oleh J.H. Hexter, On Historians, London, 1979, hlm. 135.

Gambaran yang dilukiskan memaparkan juga jalinan timbal balik yang wujud di antara pelbagai
aspek kehidupan penduduk itu.21

Kesungguhan Annales untuk menggunakan kaedah-kaedah dan gagasan-gagasan dari sains


kemasyarakatan telah juga mendorong aliran itu untuk membiasakan diri dengan peralatanperalatan moden, khususnya komputer. Komputer juga boleh mengumpul dan memproses data
dari sumber-sumber yang terlalu kaya sehinggakan pengendaliannya adalah di luar keupayaan
seseorang pengkaji tertentu. Misalnya, Ladurie menyebut tentang kewujudan fail-fail daftar
tanah di Florence sejak abad ke-14,yang mengandungi data mengenai lima puluh ribu buah
keluarga, yang telah diabaikan oleh ahli sejarah selama lima ratus tahun. Walau bagaimanapun,
dalam tahun 1960-an, dua orang ahli sejarah telah berjaya memproses data itu dengan
menggunakan komputer. Memandangkan kepada hakikat ini, maka Ladurie mendakwa bahawa
ahli sejarah yang muncul dalam tahun 1980-an semestinya mampu untuk mengendalikan sebuah
komputer untuk terus hidup.22 Di samping mempercepatkan proses penyelidikan, projek secara
pasukan telah juga membolehkan para pengkaji dari berbagai-bagai bidang berkongsi kepakaran
dalam menyempurnakan kajian mereka.23
21 M. Bloch, Fuedal Society, diterjemahkan oleh L.A.Manyon, London, 1962. Ulasan tentang karya ini,
lihat Foreword oleh M.M. Postan.
22 E. Le R. Ladurie, op. cit., hlm.3-6
23 Usaha Sixieme Section untuk mengendalikan penyelidikan berpasukan dikisahkan oleh Ladurie, The
Territory of the Historian, Brighton, 1979, Bab 3, 4 dan 5.

Perpisahan Annales dari pensejarahan tradisioanal juga ternyata dalam usahanya


mengetepikan naratif sebagai gaya penyampaian. Menurut Furet juga mendakwa bahawa sejarah
naratif tidak membezakan antara fakta dan idea, satu kelemahan yang menyulitkan usaha untuk
membezakan antara bukti dan interpretasi, di samping menghalang seseorang pengkaji dari
mencari penjelasan yang bernas.24 Menurut braudel, geografi dalam hubungan ini bukanlah
sesuatu untuk dirinya sendiri tetapi satu cara yang bertujuan untuk mendedahkan kenyataankenyataan sosial, untuk melihat keadaan-keadaan dari sudut jangka panjang.25
Menurut Ladurie pula, tujuan sejarah cuaca bukanlah untuk menjelaskan sejarah manusia,
atau untuk menawarkan gambaran-gambaran yang mudah tentang kejadian luar biasa ini.
Pendeknya, Ladurie bercita-cita menghasilkan satu sejarah kosmologi tentang alam semula
jadi.26

24 Pendirian Annales kepada gaya naratif dijelaskan oleh F.Furet, In the Workshop of History, Chicago,
1984, Bab 3.
25 F.Braudel, op. cit., hlm. 23.
26 E. Le R. Ladurie, op. cit., hlm. 295.

KRITIKAN ANNALES TERHADAP SEJARAH TRADISIONAL


Sejarah tradisional ini digelar oleh Annales sebagai histoire evenementielle iaitu sejarah
kejadian-kajadian.27 Saluran rasmi untuk aliran pensejarahan tradisional ini ialah Revue des
question historiques yang dilancarkan oleh Monod 1876. Febvre dan Bloch menyatakan
pensejarahan tradisional adalah menjemukan dan tidak bertenaga lagi kerana terpisah daripada
kehidupan manusia dan masyarakat. Mereka juga menganggap sejarah tradisional sebagai
sejarah yang sempit kerana mengabaikan aspek ekonomi, sosial, seni, adat resam, dan gagal
memperlihatkan bagaimana manusia sebagai insan sosial dan dipengaruhi oleh masyarakat serta
alam fizikal.
Dalam pada itu, ahli-ahli sejarah tradisional juga dituduh sebagai hanya mementingkan
sumber bertulis untuk menghasilkan sejarah. Febvre dan Bloch juga menegur sikap ahli-ahli
sejarah tradisional untuk membahagikan masa lampau seperti zaman silam, pertengahan dan
27 Ungkapan ini digunakan dalam karya Fernand Braudel The Mediterraneam and the Mediterranean
World in the Age of Philip II, 2 jilid, diterjemahkan oleh S. Reynolds, London, 1972-73, hlm.1238.

moden. Ahli-ahli sejarah tertentu telah juga membahagikan masyarakat dunia di antara orang
yang bertamadun dan yang tidak bertamadun. Menurut Vidal de la Blache dalam karyanya
Tableau de la Geographie de la France menceritakan dengan panjang lebar tentang hubungan
antara alam fizikal dan kegiatan manusia. Daya usaha Vidal ini sedikit sebanyak mendedahkan
kelemahan pensejarahan tradisional yang memisahkan tindak-tanduk manusia daripada
persekitaran fizikal yang mengelilinginya. Menurut F.Simiand pada tahun 1903, menyatakan
bahawa sejarah tradisional telah didukung oleh 3 faktor iaitu sejarah politik, riwayat hidup
tokoh-tokoh, sejarah naratif. Sejarah tersebut sebagai sejarah cetek, atau sejarah permukaan,
ataupun sejarah yang terpisah daripada penghidupan manusia dan masyarakat.

SUMBANGAN ALIRAN ANNALES KEPADA PENSEJARAHAN


MODEN
Perjalanan dan penceritaan tentang pensejarahan kini bukan ditentukan oleh Leopold von
Ranke dan Karl Marx semata-mata. Hal ini demikian kerana, aliran Annales dari Perancis juga
terlibat dalam penentuan perjalanan dan penceritaan tentang pensejarahan kini. Usaha dan
sumbangan Ranke bagi memastikan pengajian sejarah menjadi satu kegiatan berilmiah di
peringkat pengajian tinggi khususnya di universiti sememangnya telah diakui oleh pelbagai
pihak. Di samping itu, kejayaan Karl Marx menonjolkan peranan kuasa kebendaan juga
dipandang tinggi. Namun begitu, pada masa yang sama juga ahli-ahli sejarah professional tetap
menyanjungi usaha-usaha yang telah dilakukan oleh aliran Annales untuk mengangkat sejarah
dalam kedudukan yang saintifik dengan sebenar-benarnya.
Antara sumbangan aliran Annales terhadap pensejarahan kini ialah aliran ini telah
merombak pensejarahan tradisional Perancis. Hal ini dapat dikaitkan dengan keluaran sulung

majalah Annales. Febvre dan Bloch telah membuat keputusan untuk melancarkan majalah
Annales pada tahun 1929 dan keadaan ini merupakan satu saat yang menentukan sejarah
Perancis.28 Dalam keluaran sulung majalah yang berjudul Annales dhistoire economique et
sociale itu, Febvre dan Bloch meluahkan hasrat ingin merombak pensejarahan tradisional
Perancis yang berpusat di beberapa universiti misalnya Sorbonne. Mereka berpendapat bahawa
pensejarahan tradisonal agak membosankan dan tidak berupaya lagi disebabkan terpisah
daripada kehidupan manusia dan masyarakat.
Sejarah yang digelarkan oleh Annales sebagai histoire evenementielle ataupun dikenali sebagai
sejarah kejadian-kejadian,29 dianggap sempit oleh Febvre dan Bloch kerana ia telah
mengabaikan aspek ekonomi, sosial, seni, dan adat resam, serta gagal menonjolkan manusia
sebagai insan sosial yang dipengaruhi oleh masyarakat dan alam fizikal. Bagi mereka aspekaspek ini tidak seharusnya diabaikan kerana ia merupakan elemen penting dalam kehidupan
manusia yang perlu dikaji.
Dalam konteks sejarah, ahli-ahli sejarah tradisional dituduh hanya mementingkan sumber
bertulis tanpa mementingkan sumber dan kaedah yang lain. Hal ini penting untuk ditekankan
kerana penggunaan sumber dan kaedah yang pelbagai adalah penting dalam menghasilkan
sejarah yang menarik, halus, dan tepat. Febvre dan Bloch juga menegur sikap ahli sejarah
tradisional membahagikan masa lampau mengikut gagasan penzamanan seperti zaman silam,
pertengahan, dan moden, termasuklah pembahagian antara orang yang bertamadun dengan yang
tidak bertamadun. Hal ini dilihat menjadi halangan untuk memupuk persefahaman yang sebenar
28 F. Braudel, On History diterjemahkan oleh Sarah Matthews, London, 1980, hlm. 18.
29 Ungkapan ini digunakan dalam karya Fernand Braudel The Mediterranean and the Mediterranean
World in the Age of Philip II, 2 jilid, diterjemahkan oleh S. Reynolds, London, 1972-73, hlm. 1238.

tentang sejarah.30 Febvre dan Bloch juga mencadangkan agar sejarah dikaji dari

sudut

keseluruhan masa dan masyarakat dunia sebagai satu entiti yang bersepadu. 31 Hal ini bermakna,
sesuatu kajian sejarah itu perlu dikaji secara keseluruhan bukannya secara sebahagian atau
sudut-sudut tertentu sahaja. Hal ini penting supaya dapat memaparkan susur galur peristiwa
sesuatu sejarah itu secara jelas dan tepat yang merangkumi peringkat awal sehingga peringkat
akhir.

Sumbangan aliran Annales terhadap pensejarahan kini yang seterusnya ialah pengenalan
terhadap prinsip histoire totale yang diamalkan secara tegas oleh kaum Annalistes. Prinsip ini
merujuk kepada melihat sejarah daripada perspektif pemikiran dan perbuatan rakyat secara
menyeluruh. Menurut Braudel prinsip ini mendalami semua bentuk utama kehidupan kolektif,
ekonomi, institusi, struktur sosial, dan tamadun. Annalistes bersetuju supaya pengkaji
mengutarakan isu-isu yang bijak supaya dapat memberikan panduan terhadap penyelidikannya.
Perkara inilah yang dimaksudkan oleh Febvre sebagai histoire probleme. Menurut Furet, histoire
problem dapat membantu ahli sejarah mencipta data dengan jelas berasaskan kepada soalansoalan yang berunsurkan konsep. Bagi memantapkan lagi kajian berkenaan histoire probleme,
ahli-ahli pensejarahan Annales telah menekankan kaedah-kaedah yang wujud dalam sains
kemasyarakatan. Hal ini demikian kerana, pensejarahan tradisional tidak berjaya mencipta
kaedah-kaedah yang halus dan maju dalam menjalankan kajian terhadap kehidupan kolektif
manusia.

30 Suntharalingam. R. Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 187.
31 Suntharalingam. R. Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 187.

Seterusnya, aliran Annales juga menganjurkan gagasan longue duree. Longue duree
bermaksud jangka masa yang panjang. Braudel yang merupakan salah seorang ahli sejarah
Annales telah mempopularkan gagasan longue duree ini. 32 Longue duree melibatkan tempoh
puluhan tahun, separuh abad, atau seabad. Sebagai contoh, kajian terhadap harga barang boleh
mengumpulkan data untuk satu tempoh masa yang panjang iaitu seabad atau lebih daripada itu.
Data-data ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk melukis gambarajah yang melibatkan
sesuatu tempoh. Hal ini akan memberikan kefahaman yang lebih bermakna tentang perubahan
harga barang.
Konsep longue duree ini dianjurkan kerana pemilihan tema-tema berkaitan kehidupan kolektif
manusia juga menggalakkan kajian jangka panjang. Kajian seperti ini akan dapat memberikan
keputusan yang menyeluruh dan lengkap berkenaan dengan kehidupan kolektif manusia. Hal ini
berbeza dengan pensejarahan tradisional yang lebih menitikberatkan kejadian jangka pendek
seperti Pertempuran Waterloo. Pertempuran ini merupakan pertempuran besar yang terakhir
Maharaja Perancis iaitu Napoleon Bonaparte pada 18 Jun 1815. Kekalahan di Waterloo ini telah
mengakhiri pemerintahan Napoleon sebagai Maharaja Perancis pada ketika itu.
Aliran Annales juga turut menyumbang terhadap pembentukan Ecole Praktiques des Hautes
Etudes di Paris pada tahun 1947 di bawah pimpinan Febvre. Pembentukan tersebut adalah bukti
bahawa aliran Annales telah bertapak kukuh di Perancis walaupun pada mulanya aliran ini pada
awalnya mendapat tentangan hebat dalam kalangan ahli sejarah Perancis. Sehubungan dengan
itu, sejak tamatnya Perang Dunia Kedua aliran ini bukan sahaja berkembang maju malah telah
berjaya menguasai pensejarahan di negara itu. Di bawah institusi ini terdapat salah satu bahagian
iaitu Sixieme Section atau dikenali sebagai Bahagian Keenam. Bahagian ini dianggotai oleh
32 Suntharalingam. R. Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 196.

pakar-pakar daripada bidang antropologi, sosiologi, linguistik, ekonomi, psikologi, dan sejarah.
Penubuhan Sixieme Section ini bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan dan pengajaran
yang paling maju dalam bidang ekonomi dan sains kemasyarakatan. Sixieme Section telah
diberi nama baharu pada tahun 1975 iaitu Ecole des Hautes Etudes en Sciences Sociales. 33
Dalam Sixieme Section ini, ahli-ahli sejarah Annales berkongsi tenaga dan pemikiran dengan
pakar-pakar bidang lain bagi menyempurnakan projek-projek penyelidikan secara berpasukan.
Menurut Ladurie Sixieme Section berjaya muncul sebagai institusi penyelidikan utama di
Perancis dalam bidang sejarah, sosiologi, dan antropologi.34 Hal ini merupakan kejayaan
yang dapat dicapai melalui penubuhan Sixieme Section ini.
Aliran Annales juga telah menegaskan supaya ahli sejarah menjalinkan ikatan dengan pakarpakar sains kemasyarakatan. Mereka sentiasa berusaha gigih dalam mempelajari pelbagai kaedah
dan kemahiran yang terdapat dalam dalam sains kemasyarakatan. Hal ini bagi meningkatkan
kualiti dan kredibiliti pengkajian mereka. Seperti yang diutarakan oleh Braudel, ahli sejarah
Annales telah menjadi seorang ahli ekonomi, sosiologi, antropologi, demografi, psikologi, dan
linguistik.35

Antara kebaikan yang diperolehi daripada jalinan ikatan ini ialah pendedahan

terhadap kaedah sains kemasyarakatan. Hal ini dapat memudahkan ahli sejarah Annales
memahami dengan lebih jelas dan benar mengenai cara pergerakan sesebuah masyarakat, cara
berlakunya tindakan kolektif, dan cara kewujudan jalinan antara pelbagai tindakan kolektif
manusia. Misalnya, data yang tepat dan tersusun dapat dihasilkan melalui kaedah kuantitatif iaitu
33 Suntharalingam. R. Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 186.
34 Emmanuel Le Roy Ladurie, The Territory of the Historian, diterjemahkan oleh Ben dan Sian
Reynolds, Hassocks, 1979, hlm. 17. Gambaran am pelancaran majalah Annales, yang kemudian
bergabung dengan Sixieme Section, boleh didapati dari Iggers: New Directions, hlm. 51-65.
35 F. Braudel, op. cit., hlm. 68.

berkenaan aspek pengeluaran, harga, upah, sewa, kelahiran, perkahwinan, perancangan keluarga,
dan kematian. Hal ini membantu ahli sejarah Annales membuat rumusan secara menyeluruh dan
dipercayai berkenaan dengan proses-proses sejarah dari segi ekonomi, sosial,dan politik. Aliran
Annales juga telah memperluaskan ruang kajian sejarah kepada alam semula jadi yang telah
disuarakan oleh Ladurie. Aliran Annales mementingkan kehidupan kolektif manusia berbanding
aliran Ranke yang memandang sejarah dari aspek negara. Hal ini secara tidak langsung
memaparkan dengan lebih terperinci sejarah rakyat jelata dari segi pekerjaaan, anutan,
perkahwinan, kematian, dan lain-lain lagi. Aliran Annales juga telah bekerja keras dalam
menjelaskan hubungan timbal balik antara aktiviti kebendaan masyarakat dengan aspek
pendapatan, harga, sewa, kelahiran, perkahwinan, dan kematian. Annales boleh dianggap sebagai
kumpulan ahli sejarah terawal yang mendedahkan hubungan secara ilmiah sebagai contoh antara
kebuluran dengan kadar kematian, antara keadaan ekonomi dengan umur perkahwinan, antara
pertumbuhan penduduk dengan penjangkitan penyakit, antara kitaran harga dengan revolusi
politik dan lain-lain.36

36 Suntharalingam. R. Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 202.

KELEMAHAN ALIRAN ANNALES


Disamping membincangkan tentang sumbangan besar yang diberikan oleh aliran Annales
terhadap pensejarahan moden, terdapat juga beberapa kelemahan dalam aliran ini. Namun
kelemahan ini tidaklah menjejaskan sumbangan yang dilaksanakan oleh aliran Annales terhadap
pensejarahan moden. Kelemahan ini dapat dilihat melalui kebimbangan Jacques Le Goff,
seorang ahli sejarah Annales pada tahun 1971. Beliau bimbang terhadap tanggapan umum
Annales bahawa sejarah politik tidak berguna dan ketinggalan zaman. Beliau berpendapat aspek
politik perlu diberi penekanan dan aspek tersebut patut dihubungkaitkan dengan hal-hal bukan
politik dalam rantaian kejadian yang luas itu supaya melahirkan sejarah struktural. 37 Annales
tidak tahu cara mengkaji sesuatu kejadian seperti Revolusi Perancis yang melibatkan jangka
masa yang singkat dan hal ini telah diakui oleh Furet sendiri. Menurut beliau juga, majalah

37 Jacques Le Goff, Is Politics Still the Backbone of History?, dalam Daedalus, Jil. 100: 1, 1971, hlm.
1-13.

Annales tidak memberi penekanan yang serius terhadap masalah tersebut.38 Selain itu, Braudel
juga mengakui ketidakupayaan aliran Annales menghasilkan sejarah saintifik yang benar secara
mutlak. Menurut beliau, Annales hanya mewakili satu sudut pandangan sahaja tentang sejarah,
dan dalam alam pensejarahan sudut pandangan telah berubah mengikut peredaran masa. Braudel
yang memandang sejarah sebagai dialektik tidak mahu menyebelahi mana-mana aliran sebagai
aliran yang benar secara mutlak.39

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa aliran Annales sememangnya
mempunyai peranan yang besar dalam mengembangkan asas-asas pensejarahan yang diwarisi
sejak berzaman lagi. Hal ini berlaku demi memberikan pandangan yang lebih luas dan menarik.
Ahli-ahli sejarah Annales sedar bahawa tujuan mereka bukanlah bagi membongkar rahsia yang
boleh menonjolkan kebenaran masa lampau secara mutlak. Annales juga menyedari bahawa
dalam bidang penulisan sejarah ungkapan kebenaran secara mutlak sememangnya tidak wujud
dalam erti kata sebenar. Hal ini juga diakui oleh aliran-aliran pensejarahan yang lalu. Aliran
Annales berjaya menguasai pensejarahan Perancis menjelang pada tahun 1950-an. Perkara ini
terbukti telah memberi inspirasi baru kepada pengkaji sejarah untuk mengkaji sejarah secara
luas.
38 F. Furet, In the Workshop of History, Chicago, 1984, hlm. 11-12.
39 F. Braudel, op. cit., hlm. 33-34.

Bibliografi
Abdul Rahman Haji Abdullah, (2003), Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Emmanuel Le Roy Ladurie, (1981), The Territory of the Historian, William Collins Sons & Co
Roderick Floud, (1973), An Introduction To Quantitative Methods For Historians, London: M
Fernand Braudel (1973), The Mediterranean and the Mediterranean world in the age of phillip II,
Franceethuen&Co Ltd.td London.
John B. Wolf (1961), The American Historical review, Oxford University : American Historical
Association. Diakses melalui http://www.jstor.org/stable/1846294?seq=2&__redirected

Muhd, Yusof Ibrahim (1980), Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

R. Suntharalingam (1985), Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Maricon & sons.
R Suntharalingam (1987), Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Вам также может понравиться