Вы находитесь на странице: 1из 41

My Folio Geografi 2013 PMR Kajian Tentang Pengangkutan Awam

1.0) TAJUK

KAJIAN TENTANG PENGANGKUTAN AWAM, BAS DAN TEKSI DI LEMBAH


KERAMAT, AMPANG, SELANGOR

2.0) SENARAI KANDUNGAN


Bil
Perkara

Muka surat

1.

Tajuk

2.

Senarai kandungan

3.

Penghargaan

4.

Pendahuluan

5.

Objektif Kajian

6.

Kawasan Kajian

7.

Kaedah Kajian

8.

Dapatan Kajian

8-22

9.

Rumusan

10.

Lampiran

11.

Rujukan

23

25

3.0) PENGHARGAAN
Saya,Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam,mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pengetua, Pn. Hajah Muslimah Binti Tahir yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru GEOGRAFI saya,
Pn Hajah Hasidah Binti Ishak, yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga
kajian ini selesai. Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah
memberikan dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat. Ucapan terima kasih juga saya

tujukan kepada responden yang telah memberikan kerjasama kepada saya, iaitu rakan saya
Hakim , Ismat , Faiz Hud yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini.
4.0) PENDAHULUAN
Saya, Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam, murid Tingkatan 3 Intan telah memilih tajuk
Pengangkutan Awam Bas dan Teksi di Lembah Keramat, Ampang, Selangor sebagai tajuk
kajian saya kerana di kawasan ini terdapat banyak kemudahan pengangkutan awam seperti bus
dan teksi. Ini telah memberi tumpuan kepada aspek mengenal pasti konsep pengangkutan awam
di Lembah Keramat, menyatakan jenis-jenis pengangkutan awam dan kepentingan
perkembangan pengangkutan awam. Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam
dan mencadang untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam. Mengenal
pasti penerapan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian. Saya memilih kawasan ini
kerana saya tinggal di sini. Jaraknya yang dekat dengan rumah saya, iaitu 5 kilometer
memudahkan kajian yang dibuat.
5.0) OBJEKTIF KAJIAN
a)
Mengenal pasti konsep pengangkutan awam
b)
Menyatakan jenis-jenis pengangkutan awam
c)
Mengenal pasti kepentingan perkembangan pengangkutan awam
d)
Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam
e)
Menyatakan cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan
awam
f)
Mengenal pasti penerapan nilai murni atau unsur patriotism dalam dapatan kajian
6.0) KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya terletak di Lembah Keramat.Lembah keramat terletak dalam daerah
Ampang Jaya iaitu salah satu daerah dalam jajahan Negeri Selangor,Darul Ehsan. Dikawasan ini
terdapat banyak taman seperti Taman Permata, Taman Keramat, UKay Perdana dan Bukit
Antarabangsa.
Kawasan Lembah Keramat ini terletak di arah Tenggara dari Bandar Kuala Lumpur. Pandang
darat fizikal kawasan ini terletak di kawasan tanah pamah yang rata, sesuai untuk pembinaan
jalan pengangkutan dan petempatan. Oleh sebab itu, kawasan ini menjadi tumpuan penduduk
untuk menggunakan pengangkutan awam.
Jarak mutlak antara Lembah Keramat dengan Kuala Lumpur ialah 15 kilometer. Jarak relative
masa yang diambil dengan menaiki bas ialah 30 minit ke Bandar Kuala Lumpur.
7.0) KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam menjayakan kajian ini.
1)

Kaedah Pemerhatian :
Saya telah membuat pemerhatian jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di Lembah
Keramat, Ampang, Selangor.

2)

Kaedah Temu Bual :


Melalui kaedah ini saya telah menemubual 3 orang pemandu Bas Rapid KL untuk
mendapatkan maklumat tentang kepentingan pengangkutan awam , asalah perkembangan

pengangkutan awam dan mendapatkan maklumat tentang cadangan mengatasi masalah


tersebut.
3)

Kaedah Soal Selidik :


Seramai 20 orang pemandu bas telah saya temui untuk menjawab soalan kajian dari
borang soal selidik yang telah saya reka dalam borang tersebut, terdapat beberapa soalan
berkenaan kepentingan masalah pengangkutan awam

4)

Kaedah Rujukan :
Saya telah menggunakan internet dengan membuat rujukan di Wikipedia bagi mencari definisi
dan huraian tentang konsep pengangkutan awam..
8.0) DAPATAN KAJIAN
8.1) Konsep Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian
Lembah Keramat, Ampang Selangor Darul Ehsan menurut Wikipedia, pengangkutan awam
atau transit awam merangkumi segala sistem. Pengangkutan yang mana penumpang tidak
bergerak menggunakan pengangkutan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya
dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas , definisi yang lebih luas boleh
merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, rel, teksi dan mana-mana system yang
mengangkut orang awam termasuklah perkhidmatan komuter, LRT atau monorel
Pengangkutan awam ini juga merupakan jenis pengangkutan utama di Lembah Keramat,
Ampang Selangor, Darul Ehsan. Pengangkutan awam sangat penting terutamanya bagi mereka
yang tidak mempunyai kenderaan sendiri atau berpendapatan rendah, kebanyakan daripada
mereka iailah penuntut kolej, pelajar sekolah, operator kilang dan sebagainya . Di Lembah
Keramat pengangkutan awam penduduk disini ialah bas.

8.2) Jenis Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian


Jenis pengangkutan awam di Lembah Keramat, Ampang Selangor ialah bas dan
teksi.Pengangkutan bas yang terdapat disini ialah bas henti-henti, bas sekolah dan bas kilang.
Pengangkutan bas sekolah sangat penting terutamanya bagi pelajar sekolah yang memerlukan
pengangkutan ini setiap hari persekolahan, manakala bas henti-henti pula untuk para pelajar
kolej, pekerja kilang serta suri rumah yang ingin membeli barangan keperluan rumah di pasar
raya yang berhampiran dengan rumah seperti Giant, Carefour, Hero dan sebagainya..
Di kawasan ini juga terdapat stesen bas utama iaitu Wangsa Maju yang terletak kira-kira 2
kilometer sahaja dikawasan ini. Teksi pula sangat penting bagi mereka yang memerlukan
pengangkutan awam segera kerana teksi boleh terus sampai ke destinasi atau di hadapan rumah
penduduk ini.

8.3) Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam Di


Kawasan Kajian
-Kepentingan Pengangkutan Awam Di Lembah
Keramat Ampang Selangor Adalah
Seperti Berikut :
1) Mengangkut Penumpang :Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam di Lembah Keramat ini
sangat penting untuk mengangkut penumpang. Saya sendiri kadang kala jika pulang ke rumah
dari sekolah akan menggunakan pengangkutan ini. Saya akan menggunakan pengangkutan bas
henti-henti untuk pulang ke rumah. Jika keadaan mendesak, saya akan mendapatkan
perkhidmatan teksi di luar pagar sekolah saya untuk balik ke rumah saya di AU3/7A.
Berdasarkan temubual saya, pelajar kelas saya menggunakan kenderaan awam seperti dalam
jadual di bawah.

Jadual: Jumlah murid kelas 3 Intan menggunakan


pengangkutan awam ke sekolah
Kenderaan awam
Bas sekolah
Bilangan murid
5

Bas henti-henti
7

Teksi

Graf Bar: Jumlah murid kelas 3 Intan menggunakan


Pengangkutan awam ke sekolah

2) Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas


Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya dapati bahawa kita menggunakan pengangkutan
awam ini akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ini terjadi jika kebanyakan penduduk
di Lembah Keramat menggunakan pengangkutan awam, ia akan menggunakan penggunaan
kenderaan di jalan raya kerana kapasiti bas itu sendiri yang boleh memuatkansejumlah lebih dari
5 orang bagi sebuah bas.Ini akan dapat mengurangkan kesesakan jalan raya terutama di
kawasan Lembah Keramat ini yang begitu padat dengan penduduk kerana terdapat banyak
kawasan perumahan disini seperti Taman Permata,Taman Sri Keramat Tengah,Ukay Perdana
dan Bukit Antarabangsa.
3) Menjimatkan Kos
Melalui pemerhatian saya sendiri dengan menggunakan pengangkutan awam akan
menjimatkan kos. Ini berlaku kepada diri saya sendiri, jika ibu bapa saya tidak dapat
mengambil saya di sekolah, saya balik sendiri dengan menaiki penganggkutan awam seperti bas.
Jika saya menggunakan bas, kos yang ditanggung lebih rendah daripada menaiki teksi.

4) Sumber Pendapatan
Melalui temubual saya dengan pemandu bas henti-henti, iaitu Muhd Yusof Bin Ismail. Dengan
adanya pengangkutan awam ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka. Seterusnya
menambahkan pendapatan penduduk. Begitu juga dengan temubual saya dengan Puan
Zaharah Binti Muhd Zamir yang merupakan pengusaha bas sekolah. Dengan perkhidmatan bas
sekolah sahaja telah meningkatkan sumber pendapatan mereka sekeluarga dan kini beliau telah
memiliki 3 buah bas sekolah setelah memulakan perkhidmatan tersebut sejak 6 tahun yang lalu.
Saya sebagai penduduk Lembah Keramat, Ampang Selangor sangat bersyukur kerana dengan
adanya pengangkutan awam ini telah mengungtungkan pemandu bas dan teksi. Selain itu,
pengangkutan awam ini telah memberi pelbagai impak positif kepada penduduk di sini.

8.4)Masalah Pengangkutan Awam Dikawasan Kajian


-Masalah Pengangkutan Awam di Lembah
Keramat,Ampang Selangor ialah seperti
berikut:
1) Pencemaran Udara
Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam ini akan meningkatkan
pencemaran udara. Lebih-lebih lagi pengangkutan awam yang menggunakan minyak diesel yang
menyebabkan bas mengeluarkan asap yang lebih banyak
berbanding minyak petrol tanpa
plumbum yang lebih bersih, penggunaan minyak diesel ini akan menambahkan pengeluaran
karbon monoksida yang akan mencemarkan udara. Pencemaran udara ini akan menyebabkan
kesihatan penduduk terjejas.
2) Pencemaran Bunyi
Melalui pemerhatian yang saya jalankan juga, sepanjang saya menggunakan pengangkutan
awam terutama bas, pemandu bas gemar membunyikan hon yang amat kuat dan bunyi enjin yang
kuat juga akan menyebabkan pencemaran bunyi berlaku. Ini menyebabkan penduduk di Lembah
keramat ini berasa bimbang dengan bunyi tersebut kerana mengganggu ketenteraman penduduk
di sini.
3) Tambang Mahal
Melalui temubual saya dengan Encik Yusof , beliau menyatakan bahawa tambang bas semakin
mahal dari tahun ke tahun. Tambang bas dari Lembah Keramat ke Kuala Lumpur juga semakin
meningkat, iaitu sebanyak RM 1.90 sehala berbanding dahulu RM 1.50 sahaja.
Selain itu tambang bas sekolah pula sebanyak RM 60.00 sebulan
4) Kemalangan
Melalui pemerhatian juga, saya mendapati kemalangan sering berlaku disebabkan oleh sikap
pemandu bas dan teksi yang tidak berhati-hati apabila memandu. Akibat inginkan keuntungan
semata-mata, para pemandu bas akan memandu dengan laju agar cepat sampai di destinasi dan

mendapat ramai penumpang sehingga mereka memandu dengan tidak berhati-hati dan berhemah
sehingga menyebabkan kemalangan terjadi.
5) Kenderaan Lama
Melalui pemerhatian saya juga, saya mendapati bahawa kebanyakan bas terutama bas hentihenti merupakan kenderaan lama. Ini dapat dilihat apabila bas ini sering kali mengalami
kerosakkan dan tersadai di tepi jalan. Penumpang juga terpaksa mencari alternative lain, sama
ada menunggu bas lain,meminta bantuan keluarga atau rakan untuk ke destinasi yang dituju.
Kenderaan lama ini juga menyebabkan sering kali mengalami kerosakan enjin dan brek dan
menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Saya sebagai penduduk Lembah Keramat tetap bersyukur walaupun terdapat banyak
masalah kerana adanya pengangkutan awam ini telah membantu penduduk disini bergerak ke
tempat lain dan memudahkan mobiliti penduduk di sini.
8.5) Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah
Pengangkuatan Awam Di Kawasan Kajian
-Cadangan untuk mengurangkan masalah
pengangkutan awam di Lembah
Keramat, Ampang Selangor ialah:1) Penguatkuasaan Undang-Undang
Pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Awam perlulah menguatkuasakan undangundang agar pemandu bas yang melakukan kesalahan, iaitu menyebabkan kemalangan jalan
raya dikenakan denda yang setimpal dengan perbuatan mereka. Jika kesalahan mereka berat
sehingga menyebabkan kematian, mereka mestilah dihukum penjara agar mereka sedar akan
perbuatan mereka dan memberi pengajaran kepada pemandu lain agar tidak mengulangi
perbuatan sedemikian.
2) Kempen Alam Sekitar
Melalui temu bual saya dengan Encik Shafeeq Bin Zulfiqha, beliau menyatakan bahawa
kempen alam sekitar perlu diwar-warkan kepada penduduk di kawasan ini serta pemandupemandu bas yang terlibat agar mereka tidak terus mencemarkan udara dan bunyi,
kempen
mencintai alam sekitar ini boleh disampaikan melalui risalah atau disiarkan di televisyen dan
radio.
3) Pendidikan Alam Sekitar
Melalui temubual juga, saya mendapati bahawa pendidikan alam sekitar sangat penting
dilaksanakan bagi penduduk di sini terutama yang terlibat dengan pengangkutan awam agar
dapat mengurangkan pencemaran udara. Pendidikan ini boleh disampaikan oleh pihak tertentu
seperti Majlis Penbandaraan Ampang Jaya (MPAJ) melalui ceramah yang boleh diberikan
kepada semua pemandu kenderaan awam ataupun melalui facebook MPAJ sendiri.
4) Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum
Melalui pemerhatian, saya mendapati pencemaran udara ini akan dapat mengurangkan
pengeluaran asap dan secara tidak langsung mengurangkan pengeluaran karbon monoksida yang
boleh mencemarkan udara.

5) Penapis Asap ( Cataliytic Converter )


Pengguaan penapis asap atau catalytic converter juga akan mengurangkan pengeluaran asap
dan akhirnya akan mengurangkan pencemaran udara. Para pengusaha bas perlu bersama-sama
menggunakan penapis asap ini ataupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos dan tidak memikirkan
keuntungan semata-mata.
Saya berbangga kerana penduduk di Lembah Keramat, Ampang Selangor menyedari
kesan-kesan yang menjejaskan kemapanan alam sekitar di sekeliling kawasan ini disebabkan
dengan pengangkutan awam dan mereka bersungguh-sungguh serta bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

9.0) RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, jenis pengangkutan yang terdapat di Lembah Keramat,Ampang Selangor
ini adalah pengangkutan bas. Pengangkutan bas ini mempunyai banyak kepentingan. Antaranya
ialah untuk mengangkut penumpang, mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan kos dan
menambahkan sumber pendapatan.
Kajian ini juga dapat mengenal pasti masalah pengangkutan awam seperti pencemaran udara ,
pencemaran bunyi, kemalangan, tambang mahal dan masalah keselamatan penumpang terancam
dan masalah kenderaan lama.
Saya juga mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah pengangkutan awam,
antaranya penguatkuasa undang-undang, kempen alam sekitar, pendidikan alam sekitar,
penggunaan petrol tanpa plumbum dan penapis asap ( catalytic converter ).
Terdapat banyak kitar yang saya pelajari dan dapat terapkan dalam diri saya semasa
menjalankan kajian ini. Antara nilai tersebut adalah seperti mencintai alam sekitar, bersyukur dan
menjadi warga penduduk yang lebih bertanggungjawab..

11.0) RUJUKAN
11.1) Buku Teks
Latifah Mahmud & Samsiah Ahmad, 2003. Geografi Tingkatan 2.
Kuala Lumpur.Edaran Kemajuan (M) Sdn. Bhd.
11.2) Laman Web
www.wikipedia.org/wiki/pengangkutanawam
11.3) Melawat Tempat Kajian
Stesen bas Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
11.4) Orang Sumber
a) Pemandu Bas Sekolah
Puan Zahara Binti Zamir
10,Jalan AU4/11 Taman Lembah Keramat 54200 Kuala Lumpur.
b) Pengusaha Van Sekolah

Encik Muhd Yusof Bin Ismail


No 38,Jalan AU5C/4 Taman Lembah Keramat 54200 Kuala
Lumpur.

Pengangkutan di Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Hidup di Malaysia

Lebuh Raya Utara-Selatan 966km, melalui tujuh buah negeri di Semenanjung Malaysia, ialah lebuhraya
terpanjang di Malaysia.

Pengangkutan di Malaysia mula dimajukan semasa pemerintahan penjajahan British, dan


rangkaian pengangkutan negara ini kini luas dan maju. Rangkaian jalan raya Malaysia sangat besar,
merangkumi 63,445 km, termasuk 1,630 km lebuhraya. Lebuhraya utama negara ini berpanjang
melebihi 800 km, mencapai sempadan Thai dari Singapura. Rangkaian jalan diSemenanjung
Malaysia adalah berkualiti, sementara sistem jalan raya di Malaysia Timur kurang maju. Cara
pengangkutanutama di Semenanjung Malaysia termasuk bas, kereta api, kereta dan kepada suatu
tahap, kapal terbang.
Malaysia mempunyai enam buah lapangan terbang antarabangsa. Penerbangan rasmi Malaysia
ialah Penerbangan Malaysia, menyediakan perkhidmatan antarabangsa dan dalam negeri bersama
dua penerbangan lain. Kebanyakan bandar raya besar disambungkan dengan laluan udara. Sistem
kereta api diurus oleh syarikat tempatan, dan merangkumi sejumlah 1798 km, di Semenanjung
Malaysia sahaja. Yang popular di dalam bandar raya ialah Transit Aliran Ringan, yang
mengurangkan beban lalu lintas di sistem lain, dan dianggap selamat, selesa dan boleh dipercayai.

Sistem Pengangkutan Di Malaysia


1.0

LATAR BELAKANG ISU

Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat


yang lain. Ia juga berfungsi sebagai media yang menghubungkan satu lokasi
dengan lokasi yang berlainan serta membolehkan pergerakan manusia.Sektor
pengangkutan kini merupakan satu prasarana yang penting dalam meningkatkan
ekonomi dan perkembangan Malaysia di peringkat global. Walaupun dengan
status sebuah negara yang maju dan setiap keluarga di Malaysia ini mempunyai
kenderaan sendiri tetapi penggunaan kenderaan awam terutamanya di bandarbandar besar dan pesat seperti di Kuala Lumpur,Selangor,Pulau Pinang dan
Johor Bahru masih lagi kebanyakkan orang awam yang memilih untuk
menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Berikutan itu juga, setiap
tahun terdapat pelbagai reaksi dan aduan ketidakpuasan hati mereka terhadap
pihak yang bertanggungjawab keatas pengurusan perkhidmatan pengangkutan
awam ini.
Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen
khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang
kurang berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah
seperti pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT),
monorel dan sebagainya. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam
terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya.
Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan yang
ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan
menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan
sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan
mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut
dikatakan
termasuk
dalam
kategori
yang
mengecewakan
kerana
penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja
kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan
malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan.
Selain itu, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan
segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak
sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu

pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan


kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin
mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja
dalam sistem pengangkutan awam negara kerana seekor kerbau membawa
lumpur, semuanya terpalit. Ada di antara mereka yang masih mengamalkan sikap
ingin menjadi sang juara di jalan raya. Hal ini bukan sahaja membahayakan
penumpang kenderaan tersebut malah pada masa yang sama turut
membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, semua
pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka
lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat
awam. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah
Mat Hassan, selain faktor pemandu dan kenderaan, faktor jalan raya juga
merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan maut.(Sinar Harian, 26
Ogos 2010)
2.0

DEFINISI ISU

Seperti yang dinyatakan maksud pengangkutan dalam latar belakang isu diatas,
pengakutan ini juga boleh dikataka sebagai satu aktiviti asas manusia. Sistem
pengangkutan yang terjalin dibentuk oleh system jaringan jalan dan
pengangkutan dan seterusnya membentuk pergerakan yang berlaku dalam
sesebuah kawasan. Bidang pengangkutan memainkan peranan penting dalam
menyelaras segala program pembangunan sesebuah negara. Sektor
pengangkutan bukan sahaja merupakan penawaran perkhidmatan yang produktif
dan berpotensi, tetapi juga menawarkan kemudahan mod pengangkutan yang
pelbagai jenis dan bentuk bersesuaian dengan kehendak kemajuan ekonomi
negara dan keselesaan rakyat.
Perkembangan aktiviti manusia yang kian meningkat dan bertambah
kompleks melalui pelbagai fungsi dan aktiviti seharian secara tidak langsung
meningkatkan keperluan dan juga permintaan terhadap pelbagai jenis kenderaan,
dan secara tidak langsung juga menambah lagi bilangan kenderaan di atas
jalanraya setiap tahun.
3.0

PERSOALAN MASALAH DAN ISU.

Apakah punca yang menyebabkan berlakunya masalah pengangkutan yang


terdapat di Malaysia.

Apakah yang perlu dipertambahbaikan dalam sistem pengurusan pengangkutan di


Malaysia.
Apakah kesan terhadap alam sekitar negara jika masalah pengangkutan ini
berterusan.
Apakah fungsi utama pengangkutan.
Apakah jenis-jenis pengangkutan.
4.0

OBJEKTIF ISU YANG DIPERBINCANGKAN

Melihat sejauh mana masalah pengangkutan yang terjadi di Malaysia terutamanya


bagi kawasan yang padat penduduk.
Cadangan dalam penambahbaikan system pengangkutan di Malaysia.
Melihat masalah yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam di Malaysia.
Melihat cara pengurusan pengangkutan awam di Malaysia
5.0

FUNGSI PENGANGKUTAN
Keperluan untuk pengangkutan wujud walaupun dalam masyarakat yang belum
mencapai pembangunan ekonomi yang tinggi. Apabila ekonomi sesuatu kawasan
makin membangun, permintaan untuk pengangkutan semakin meningkat. Selain
fungsi ekonomi, pengangkutan juga mempunyai fungsi sosial untuk
menghubungkan sesama manusia sama ada ahli keluarga atau sahabat handai.
Dengan adanya sistem pengangkutan yang lebih baik manusia boleh memilih
untuk bekerja di sesuatu tempat di mana majikan boleh menawarkan gaji yang
lumayan tetapi pada masa yang sama memilih untuk tinggal di kawasan pilihan
mereka. Pengangkutan juga membolehkan manusia menggunakan masa
santainya dengan cara terbaik.
Di bandar, sebahagian besar penyediaan kemudahan adalah untuk
memenuhi permintaan bergerak daripada pengguna, dari satu tempat kepada
satu tempat yang lain. Antaranya untuk menghubungkan pengguna ke tempat
bekerja, pusat perkhidmatan, sekolah dan institut pengajian, tempat membeli
belah dan sebagainya. Penyediaan mod pengangkutan yang pelbagai, adalah
untuk memberi peluang kepada masyarakat memilih mod pengangkutan yang
lebih mesra pengguna, selamat, selesa dan ekonomik. Pengangkutan juga dilihat
sebagai pemangkin yang mampu melonjakkan pembangunan ekonomi ke tahap
yang lebih tinggi sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan pengeluaran
barangan dan perkhidmatan, penjanaan, guna tenaga dan pembangunan
masyarakat seluruhnya.

Pengangkutan berfungsi sebagai faktor integrasi dan koordinasi dalam


masyarakat yang kompleks terutamanya dalam masyarakat perusahaan.
Pengangkutan berkait rapat dengan pergerakan barangan. Tanpa sistem
pengangkutan, sesuatu masyarakat itu tidak dapat berkembang maju dan
menerima perubahan dalam sistem sosial, ekonomi dan sebagainya.
Pengangkutan juga mempunyai fungsi yang berkaitan dengan pertambahan
penduduk, perkembangan bandar dan guna tanah. Pengangkutan boleh
mengubah bentuk perkembangan bandar. Pada masa dahulu, pertambahan
penduduk hanya tertumpu pada kawasan yang mempunyai sosioekonomi
tertentu tetapi dengan perkembangan pengangkutan, perkembangan bandar
mengikut perkembangan pengangkutan.
5.1

Jenis-jenis Pengangkutan

Pengangkutan boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis. Jika dikaitkan dengan


mod atau ragam pengangkutan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
pengangkutan darat, pengangkutan laut, pengangkutan udara, pengangkutan rel
dan pengangkutan paip.

5.1.1 Pengangkutan Darat


Pengangkutan darat biasanya dikaitkan dengan kenderaan yang menggunakan
jalan raya sebagai laluan. Antaranya ialah kenderaan persendirian seperti kereta
dan juga motosikal, pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas henti-henti,
teksi dan juga kereta sewa, serta kenderaan perdagangan seperti lori, bas kilang
dan juga treler.
Setiap jenis kenderaan mempunyai fungsi serta kapasiti masing-masing.
Sebagai contoh, kenderaan persendirian memberi kelebihan dari segi penjimatan
masa, perkhidmatan dari pintu ke pintu dan kebolehsampaian. Walau
bagaimanapun, kenderaan persendirian hanya mampu menampung 4 hingga 5
orang penumpang untuk kereta ataupun, 6-8 orang untuk kenderaan serba guna
(MPV). Sementara pengangkutan awam memberi faedah dari segi kemurahan
tambang, keupayaan kenderaan yang tinggi dan juga kemudahan mendapatkan
perkhidmatan. Berikut merupakan pendaftaran kenderaan darat mengikut jenis.

5.1.2

Pengangkutan Rel

Pada mulanya, kereta api ditarik oleh kuda sehinggalah awal abad ke-19 di mana
enjin wap digunakan. Kereta api di Malaysia pada permulaannya digunakan bagi
mengangkat bijih timah. Perkhidmatan ini bermula pada 1 Jun 1885 dari Taiping
ke Port Weld. Pada 1920-an, kereta api mula menggunakan diesel sehinggalah
sekarang kereta api menggunakan tenaga elektrik. Pada 1970-an kebanyakan
negara telah menggantikan kereta api wap untuk kegunaan harian. Kereta api
terdiri daripada beberapa kenderaan berlandasan yang boleh bergerak bersama
untuk membawa muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain
melalui laluan tertentu. Landasan kereta api biasanya terdiri daripada rel
konvensional.

5.1.3

Pengangkutan Udara

Pengangkutan udara mempunyai kelebihan perkhidmatan dari segi kelajuan dan


keselesaan kepada penumpang. Pengangkutan jenis ini biasanya digunakan
untuk perjalanan jarak jauh. Pengangkutan ini juga boleh dibahagikan kepada
perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan. Antara
syarikat perkhidmatan udara di Malaysia adalah Malaysia Airline System (MAS)
dan juga Air Asia.
5.1.4

Pengangkutan Maritim

Sektor perkapalan dan pengangkutan melalui jalan laut juga telah bertambah
pesat. Hai ini terbukti dengan penggunaan pelabuhan dan kemudahan maritim
bertaraf dunia di Malaysia. Terdapat beberapa pelabuhan yang terkenal untuk
kapal perdagangan seperti pelabuhan Tanjung Pelepas. Perkhidmatan
pengangkutan untuk penumpang biasanya digunakan untuk menghubungkan
kawasan tanah besar ke pulau-pulau di sekeliling.
5.1.5

Pengangkutan Paip

Sejarah merekodkan seawal 900 sebelum Masihi dimana negara China telah
menggunakan buluh untuk membina talian paip untuk menyalurkan gas
asli.talian paip ketika itu diperbuat daripada kayu berongga untuk meyalurkan
gas aslibagi tujuan cahaya. Peningkatan dalam permintaan produk telah
membawa kepada lebih banyak sumber galian atau telaga minyak untuk
keperluan yang lebih besar.

6.0

ISU DAN MASALAH PENGANGKUTAN DI MALAYSIA.

Pelbagai isu utama yang timbul dan menjadi kekangan dalam mencapai kualiti
hidup yang baik terutamanya di bandar-bandar besar dan pesat di Malaysia ini.
Pertambahan penduduk bukan sahaja memerlukan pertambahan peluang
pekerjaan, permintaan terhadap perumahan dan kemudahan sosial tetapi juga ia
akan menambahkan bilangan kenderaan diatas jalanraya. Perubahan demografi
ini akan meningkatkan lagi permintaan terhadap pengangkutan bagi
memudahkan pergerakan, dengan ini akan menyebabkan berlakunya percemaran
udara.
Masalah ini bukan sahaja melibatkan mod pengangkutan yang terdapat
diatas jalanraya tetapi juga turut melibatkan struktur dan keadaan jalanraya yang
merbahaya seperti jalanraya yang tidak rata, pecah dan berlopak, kurangnya
kemudahan lampu isyarat dan seterusnya kesesakan lalu lintas yang boleh
memberi kesan kepada fizikal dan psikologi manusia. Keadaan seperti ini
menyebabkan masyarakat yang tinggal di bandar merasa tidak selesa, terkejarkejar, letih kerana setiap hari mereka akan menghadapi dan terpaksa menempuh
kerumitan ini untuk ke tempat kerja dan juga pelbagai urusan penting lain kerana
tidak mempunyai pilihan lain.
Selain itu juga, kemudahan pengangkutan awam yang terdapat di bandar
bandar besar tidak memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna.
Misalnya jadual perjalanan yang tidak konsisten, bilangan penumpang yang
terlalu ramai yang menimbulkan kesesakan, kekerapan perjalanan yang kadang
kala terlalu lama, kemudahan penyaman udara yang tidak diselenggara dan

pelbagai lagi isu lain yang di utarakan. Keadaan seperti inilah yang menyebabkan
pengguna terpaksa juga menggunakan perkhimatan awam ini kera tidak mahu
terlibab dan kesesakan lalu lintas yang lama dan meletihkan.

7.0

MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai


untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem
pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi
mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang
berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti
pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan
sebagainya.
Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem
pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal. Kadar
tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal
terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah serta menghalang mereka
daripada menggunakan sistem pengangkutan itu dengan lebih kerap. Kadaan ini
menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang
dan tidak menyeluruh. Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan
pengangkutan awam hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja.
Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu
melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan pengangkutan awam
tersebut.
Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan amalan
pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan
awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu
operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan
yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan
menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan
sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan
mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut
dikatakan
termasuk
dalam
kategori
yang
mengecewakan
kerana

penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja


kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan
malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan
pengangkutan awam turut dirasai.
Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan bahawa
tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh. Kemudahan
stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang kadang-kala
menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini bertambah rumit kerana
masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau fider bus di kawasan itu.
Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan
menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya di antara
stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen bas dengan tesen
monorel. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana
terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang
lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti
keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket
yang bersepadu harus diadakan oleh kerajaan sebelum kemelut ini menjadi
semakin rumit untuk diselesaikan.
Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai
rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT dan
komuter. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang teliti sebelum
projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan sahaja menyukarkan orang
ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang orang ramai untuk
menaiki kemudahan awam tersebut. Di beberapa buah stesen komuter dan LRT di
ibu kota Kuala Lumpur umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan
kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka hati
atau di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kesesakan
malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Lebih malang
pula, ada sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh pihak polis biarpun
masalah ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit. Jelasnya, rungutan
pengguna pengangkutan awam tersebut perlu ditangani dengan baik agar
pengangkutan awam di negara kita tidak menjadi indah khabar dari rupa.
Masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu diambil berat oleh
pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih terus didiamkan tanpa
sebarang tindakan, kita bimbang hasrat kerajaan untuk menjadikan

pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di negara kita akan
terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam
menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak
hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara.
8.0

KESESAKAN LALU LINTAS DAN PENYELESAIAN.

Isu kesesakan lalu lintas di kawasan bandar merupakan satu fenomena dan isu
yang global dan keadaan ini telah menyebabkan berlakunya gangguan dan
implikasi terhadap persekitaran manusia dan persekitaran fizikal serta psikologi
pengguna lalu lintas itu sendiri. Masalah kesesakan lalu lintas sering dianggap
sebagai virus kepada perkembangan bandar. Walaupun diketahui umum bahawa
kesesakan lalu lintas ini memberikan implikasi terhadap pengguna lalu lintas itu
sendiri, namun mereka kelihatan lali dalam menghadapi situasi kesesakan lalu
lintas saban hari bagi meneruskan kehidupan dan rutin harian mereka kerana
kebanyakan daripada penduduk bekerja di kawasan bandar. Kesesakan akan
berlaku secara teruk dan kompleks dan menjadi meruncing pada waktu puncak
iaitu pada pukul 7.00 hingga 9.00 pagi dan pada pukul 4.30 hingga 7.00 malam
pada waktu bekerja dan pada musim-musim tertentu terutama semasa cuti
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Pada masa tersebut, penduduk di kawasan
bandar akan pulang ke kampung dan dapat dilihat jalan raya pada waktu tersebut
sangat sibuk. Dengan adanya pengalaman dan pemerhatian diri sendiri, dapat
membuktikan dengan sendiri mengenai fenomena tersebut dengan melihat pada
waktu yang sama dalam cuti umum seperti pada hari ahad dan waktu cuti
persekolahan. Pada waktu cuti, iaitu pada jam yang sama semasa waktu puncak
pada hari bekerja, dapat dilihat keadaan di jalan raya adalah lengang, kurang
kenderaan dan tidak sesak seperti hari bekerja iaitu pada hari isnin hingga
jumaat ataupun hingga sabtu.
Kesesakan lalu lintas merupakan satu fenomena yang normal jika dikaitkan
dengan pengangkutan terutamanya di kawasan bandar. Kesesakan merupakan
antara permasalahan yang melibatkan jalan raya. Kebiasaannya, kesesakan
terjadi di jaringan pengangkutan daratan yang melibatkan jalan raya.
Perkataan kesesakan merupakan perkataan terbitan dan berasal daripada
perkataan sesak. Sesak mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
Keempat (2007) bermaksud tidak lapang iaitu tidak lega, tidak longgar atau
sempit, terlalu penuh sehingga tidak ada ruang lagi, tumpat yang merujuk kepada
penumpang di dalam kenderaan, tersumbat ataupun tersekat perjalanan nafas,

sendat, senak ataupun susah. Lalu bermaksud berjalan ataupun melintas, boleh
masuk, telus atau lulus atau yang sudah lepas. Lintas pula bermaksud lalu
dengan cepat dan bahagian dari jalan kereta api iaitu dari satu tempat ke tempat
yang lain. Kesesakan lalu lintas boleh dirumuskan sebagai keadaan yang sesak,
sempit dan tersekat dalam perjalanan di tempat yang selalu boleh jalan dengan
cepat dan pantas.
Laporan Managing Urban Traffic Congestion (2007) menyatakan bahawa
kesesakan lalu lintas merujuk kepada fenomena fizikal yang berkaitan dengan
perilaku atau keadaan kenderaan yang menghalang pergerakan antara satu sama
lain dengan tujuan untuk mendapatkan ruang yang terhad di jalan raya yang
mencapai kapasiti yang maksimum. Kesesakan juga merujuk kepada fenomena
relative berhubung dengan jangkaan prestasi perkhidmatan system jalan raya
vis-a-sis (berjaringan).
Kesesakan juga ialah ketidakupayaan untuk bergerak (immobility). Kesesakan
merupakan fenomena dimana barisan panjang kenderaan yang bergerak secara
perlahan-lahan atau berhenti di lebuhraya Bandar, lebuhraya pinggir Bandar
ataupun jalan-jalan di Bandar. Kesesakan boleh berlaku setiap hari pada waktu
yang sama pada lokasi yang tertentu yakni disebut sebagai kesesakan berulangulang atau semasa berlaku kemalangan jalan raya atau terdapatnya sebarang
penyelenggaraan iaitu kesesakan tidak berulang. Kebiasaannya, kesesakan
berlaku apabila system jalan raya tidak dapat menampung isipadu trafik pada
kelajuan yang memadai, terdapatnya konflik di antara pelbagai jenis trafik seperti
kereta, trak, bas atau pejalan kaki dan kawalan trafik yang tidak digunakan
dengan cekap. Penumpuan jalan, penurunan kapasiti secara tiba-tiba, pergerakan
yang tersekat atau peningkatan geseran turut mendorong kepada peningkatan
kesesakan lalu lintas (Rahim F.(Ray), 1997).
Selain itu, menurut Daniel Mohamed (1993), kesesakan berlaku disebabkan
oleh barisan kenderaan menjadi panjang di sepanjang perjalanan dan kenderaan
tidak dapat bergerak dengan lancer disebabkan halangan tertentu. Antara bentukbentuk halangan yang wujud ialah persimpangan dan lampu isyarat yang
mempengaruhi kelengahan, kemalangan jalan raya, banjir kilat dan juga
penyelenggaraan jalan raya.
Menurut Bruton (1982), kesesakan lalu lintas boleh menimbulkan
ketidakselesaan dan masalah emosi (marah, runsing dan tekanan fikiran) yang
boleh mengganggu penumpuan pemandu di jalan raya dan seterusnya
menyebabkan kejadian kemalangan. Kepadatan pergerakan kenderaan boleh

juga menyebabkan berkumpulnya bahan pencemaran daripada ekzos kenderaan


dalam ruang bandaraya. Kepadatan pergerakan kenderaan berlaku apabila orang
ramai mempunyai destinasi yang sama. Masalah kebolehsampaian kenderaan
ialah kerana pertambahan pergerakan kenderaan yang tidak lancer dan
kelemahan infrastruktur jalan raya. Selain itu, kurangnya laluan trafik yang
sistematik yang menimbulkan konflik antara pejalan kaki dengan kenderaan
bermotor dan antara kenderaan dengan kenderaan sendiri.
Pada masa kini, masalah kesesakan jalan raya sudah menjadi masalah
yang sering menghantui pengguna jalan raya di Malaysia. Pelbagai kempen telah
dijalankan oleh pihak kerajaan namun usaha tersebut ibarat mencurahkan air ke
daun keladi kerana formula untuk menyelesaikannya masih menemui jalan
buntu. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Wajarkah masyarakat
menuding jari kepada pihak kerajaan semata-mata? Seharusnya semua pihak
perlu menyedari bahawa kesesakan jalan raya berlaku disebabkan oleh beberapa
faktor yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak selama ini.
Salah satu punca kesesakan jalan raya ialah keadaan jalan raya itu sendiri.
Kebanyakan jalan raya di negara ini sempit terutamanya jalan-jalan persekutuan
dan jalan negeri. Keadaan ini menyebabkan jalan raya tidak dapat menampung
kenderaan yang banyak pada satu-satu masa terutamanya pada musim
perayaan. Selain itu, aktiviti peyelenggaraan jalan raya turut menyumbang
kepada kesesakan jalan raya. Kerja-kerja membaik pulih jalan raya yang rosak
menyebabkan laluan kenderaan menjadi sempit sehingga kenderaan yang
melalui kawasan tersebut terpaksa bergerak dengan perlahan-lahan. Sekiranya
kerja-kerja penyelenggaraan tersebut tidak dipantau oleh pihak berkuasa dengan
sebaiknya akan menyebabkan para pekerja akan bekerja seperti melepaskan
batok di tangga. Keadaan ini mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan
memakan masa yang agak panjang hingga akhirnya masalah kesesakan jalan
raya tidak dapat diselesaikan dengan segera.
Di samping itu, pertumbuhan industri automobil yang pesat turut
menyumbang kepada kesesakan jalan raya. Di Malaysia, pertumbuhan industri
ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan menjadikan Malaysia berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain dalam bidang pengeluaran
kenderaan. Tambahan pula, harga kereta buatan Malaysia yang ditawarkan amat
berpatutan dan berkualiti tinggi menjadikan rakyat Malaysia alah
membeli, menang memakai. Antara kereta buatan Malaysia yang mendapat

permintaan yang tinggi di pasaran ialah Perodua Kancil, Myvi, Viva, dan Proton
Wira. Pertumbuhan industri automobil yang pesat dengan harga yang berpatutan
menyebabkan rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk membeli kenderaan buata
Malaysia. Hal ini mengakibatkan bilangan kenderaan semakin bertambah di jalan
raya sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Kelembapan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi juga


merupakan faktor yang membawa kepada kesesakan jalan raya. Kebanyakan
pengusaha pengangkutan awam tidak memberikan perkhidmatan yang
memuaskan kepada pengguna. Contohnya, bas tidak mengikut jadual yang
ditetapkan menyebabkan orang ramai terlewat sampai ke destinasi yang ditujui.
Lebih mendukacitakan lagi, terdapat juga segelintir pemandu bas atau teksi yang
tidak mengikut peraturan jalan raya seperti menggunakan telefon bimbit semasa
memandu, memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan memotong di garisan
berkembar. Sikap seumpama ini akan mengundang padah kepada pelanggannya
bak kata pepatah, "Lain yang makan nangka, lain pula yang terkena getahnya".
Selain itu, pengguna juga terpaksa berhimpit-himpit apabila menggunakan
pengangkutan awam serta tidak mempunyai kemudahan yang lengkap. Hal ini
menyebabkan pengguna berasa bimbang akan keselamatan mereka dan berasa
tidak selesa semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Dengan
itu, pengguna akan berasa lebih selamat dan selesa apabila mengggunakan
kenderaan sendiri sehingga menyumbang kepada kesesakan jalan raya.
Konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan
masalah kesesakan jalan raya. Jika satu pihak sahaja yang bertindak tidak akan
mendatangkan hasil kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Pepatah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing perlulah diamalkan oleh semua
pihak agar perkara yang sukar akan menjadi mudah.
Langkah-langkah Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas
Berkongsi kereta sekiranya hala destinasi yang hendak dituju sama. Dapat jimat
tenaga dan wang perbelanjaan dikongsi bersama
Semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu lintas seperti
mengikut papan tanda isyarat jalan raya, mematuhi had laju yang telah ditetapkan
dan mematuhi lampu isyarat.
Setiap pengguna jalan raya perlu berhemah tinggi dan mengamalkan nilai-nilai
murni seperti bersabar dan bertolak ansur.
Menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, komuter dan LRT. Perkhidmatan
awam di Malaysia sudah berkembang - efisyen. Darjah ketersampaian tinggi tidak sukar untuk ke tempat yang ingin dituju.

Menggunakan jalan atau laluan alternatif seperti lebuh raya.


Rancang perjalanan. Bertolak lebih awal untuk mengelakkan kesesakan pada
waktu puncak.
Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya atau Jabatan Kerja Raya memastikan
jalan-jalan yang rosak seperti berlubang atau tidak berturap dibaiki segera
jalan-jalan yang sempit dilebarkan agar dapat menampung lebih banyak
kenderaan - melicinkan perjalanan trafik.
Berdasarkan laporan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, hanya 20 peratus penduduk
Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam.
Situasi ini secara tidak langsung menyumbang kepada penambahan jumlah kereta
di jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas selain pencemaran.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan
berkata, pelbagai langkah diambil kerajaan bagi mengurangkan tahap kesesakan lalu
lintas, terutama di Kuala Lumpur, antaranya menggalakkan orang ramai menggunakan
pengangkutan

awam.

"Kerajaan

sudah

mengambil

inisiatif

memperbaiki

dan

memperkasa sistem pengangkutan awam di Malaysia, khususnya di kawasan bandar.


Diharap usaha ini akan memberi lebih kebaikan kepada pengguna," katanya kepada
Metro Ahad.
Berikut beberapa langkah yang diambil: * Menyelaras kapasiti sistem yang sudah
mencapai hadnya. Di bawah sistem ini beberapa inisiatif diambil, misalnya meningkatkan
kapasiti komuter dan sistem transit aliran ringan (LRT) sebanyak 1.7 hingga empat kali
ganda (bergantung kepada laluan tertentu), penambahan 22 set tren empat gerabak baru
sistem transit aliran Kelana Jaya, di samping ruang khas bagi penumpang berkerusi
roda dilengkapi tali pinggang keselamatan, serta lampu amaran di pintu untuk golongan
kurang upaya (OKU) serta tingkap kecemasan, pembinaan Terminal Pengangkutan
Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TPBBTS) selain laluan bas merentasi 12 koridor utama
di Lembah Klang yang akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat * Merangsang
permintaan

bagi

menarik

rakyat

menggunakan

pengangkutan

awam.

Antara

diperkenalkan adalah konsep '1 tiket 1 perjalanan', menambah 6,800 tempat letak kereta
baru di 14 stesen rel utama di luar kawasan pinggir bandar menjelang 2012,
meningkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen serta
terminal yang mempunyai bilangan trafik tinggi, selain menyediakan sistem IT bersepadu
secara menyeluruh di samping pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi,
termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD), JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) * Menghalang kenderaan berat memasuki
kawasan perniagaan pusat. Bagi melaksanakan misi ini tiga terminal pengangkutan
bersepadu (ITT) utama luar bandar diwujudkan, bermula di ITT Bandar Tasik Selatan.
Manakala di kawasan bandar akan diwujudkan dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu

Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota, Hentian Putra dan Pudu bagi memudahkan
aliran lalu lintas dari kawasan pinggir bandar ke pusat bandar * Menguruskan
permintaan melalui faktor tolakan. Apabila penggunaan pengangkutan awam melebihi 25
peratus dan sistem perkhidmatan pengangkutan awam ditambah baik, masa perjalanan
akan ditepati, keselesaan dipertingkat dan inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif
pengangkutan awam iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan dipercepat.
"Kita sedar bukan mudah mahu melaksanakannya dalam sekelip mata. Banyak
aspek perlu diperbaiki dalam memperkasa pengangkutan awam di Malaysia, khususnya
di kawasan bandar. Penekanan khusus sudah dan akan diambil di bawah pelaksanaan
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Awam Bandar. Kini,
dianggarkan 240,000 atau 10 hingga 12 peratus individu daripada jumlah populasi
penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam," kata Solah.
Beliau berkata, kerajaan menjangka seramai 600,000 atau 25 peratus penduduk
sekitar

Lembah

Klang

akan

menggunakan

perkhidmatan

awam

itu menjelang

penghujung 2012.
"Bagi merealisasikan usaha ini, kerajaan akan meningkatkan tahap pengangkutan
awam, meningkatkan tahap keselesaan pengguna, menambah jumlah perjalanan,
meningkatkan kapasiti pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan kenderaan
berat di kawasan pusat perniagaan (CBD).
"Di samping itu, langkah seperti penambahbaikan dan pembinaan lebuh raya
serta jalan bertingkat di kawasan mempunyai aliran trafik tinggi dan langkah lain turut
dibuat dari semasa ke semasa," katanya.Solah berkata, masalah kesesakan lalu lintas
adalah senario biasa dihadapi seluruh dunia.
Berbanding negara Asia lain, katanya, situasi di Malaysia masih dalam keadaan
terkawal dan tidak membimbangkan disebabkan kesesakan hanya berlaku pada waktu
puncak iaitu 7 hingga 9 pagi.
Kesesakan itu antara lain berpunca daripada jumlah kenderaan yang tidak
terkawal di ibu kota.
Menurutnya, sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 9,441, 907 motosikal serta
9,114, 920 kenderaan persendirian di seluruh negara berdaftar dengan JPJ.
"Bagi kenderaan perkhidmatan awam pula, sebanyak 69,149 bas, 84,661 teksi dan
18,300 kereta sewa pandu sendiri didaftarkan. Bilangan kenderaan barangan pula
sebanyak 966,177 dan kenderaan lain 493, 451.
"Jumlah keseluruhan hingga tarikh sama adalah 20,188,565 kenderaan yang
berdaftar dengan JPJ seluruh negara, manakala laporan dari Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) pula menyatakan kira-kira tiga juta kenderaan keluar masuk setiap hari
di Kuala Lumpur," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika situasi ini berlarutan, ia akan memberi kesan
jangka panjang terhadap kesejahteraan rakyat sama ada daripada segi ekonomi sosial
mahupun pembangunan negara.
"Ia akan memberi kesan, misalnya peningkatan penggunaan minyak kenderaan,
selain produktiviti individu di tempat kerja mungkin terjejas kesan kelesuan menempuh
kesesakan sewaktu pergi dan balik kerja setiap hari.
"Daripada segi sosial pula, individu hanya mempunyai masa terhad di rumah dan
beriadah disebabkan banyak masa dihabiskan di jalan raya. Atas sebab ini, inisiatif
seperti NKRA Pengangkutan Bandar diberi perhatian, malah langkah jangka panjang
dibuat bagi mengatasi masalah ini dan ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada
rakyat yang pada masa sama memastikan modul insan negara ini dapat digunakan
sepenuhnya untuk pembangunan negara," katanya. (SUMBER: HARIAN METRO, 22 MEI
2011)

9.0

SISTEM PENGANGKUTAN SEBAGAI FAKTOR PEMBANGUNAN SESEBUAH


KAWASAN
Pembangunan merupakan satu proses yang berterusan, melalui satu
perancangan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek.
Satu aspek yang penting dalam pembangunan tersebut ialah pengangkutan.
Hampir seluruh kehidupan manusia tidak terlepas daripada keperluan
pengangkutan. Pengangkutan berkembang seiring dengan kemajuan kehidupan
dan budaya manusia. Sistem pengangkutan merupakan salah satu faktor
penggerak utama dalam pembangunan negara yang secara langsungnya dapat
meningkatkan kualiti hidup sosial. Sejarah telah membuktikan bahawa proses
perbandaran telah banyak membawa kesan positif kepada pembangunan negara.
Dari awal lagi pusat bandar telah memainkan peranan yang penting sebagai
pusat pengumpul, pertukaran barangan melalui aktiviti perniagaan dan
perdagangan serta menjadi pusat pengedaran hasil pengeluaran ke kawasankawasan lain atau di peringkat tempatan.
Proses ini berterusan sehingga fungsi bandar merebak keluar ke kawasankawasan di sekitarnya setelah wujudnya kawasan-kawasan perindustrian,
perdagangan, pejabat-pejabat pentadbiran, pasar raya dan kawasan kediaman
yang memerlukan kawasan yang lebih luas. Akibatnya wujud pula bandar-bandar
lain di pinggir bandar atau di sepanjang jalan pengangkutan utama mengikut
fungsinya yang tertentu seperti bandar satelit, bandar baru, bandar peranginan,

bandar universiti dan suburb yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti suburb
perumahan eksklusif, campuran dan suburb perindustrian ringan yang
merangkumi kawasan bandar yang lebih luas dan kompleks seperti yang dialami
pada masa kini. Justeru itu kesannya tidak dapat dinafikan di kalangan
sebahagian penduduknya dalam memperoleh kualiti hidup sosial pada peringkat
minimum disebabkan kepesatan proses perbandaran yang tidak terkawal.
Bandar-bandar di Malaysia kini sedang mengalami proses perbandaran
yang pesat dengan melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi, pergerakan barangan
dan manusia serta jalinan rangkaian pengangkutan jalan raya yang bertambah
kompleks. Tumpuan pembangunan dan proses perbandaran yang tidak terkawal
serta keadaan sistem perbandaran yang tidak tersusun pada peringkat awalnya
telah menyebabkan berlakunya pelbagai permasalahan dan isu pengangkutan di
kebanyakan bandar utama dewasa ini. Pembangunan yang pesat bererti keluasan
kawasan bandar menjadi bertambah sempit. Ditambah pula dengan sebahagian
daripada kawasan pusat bandar yang kebanyakannya dijadikan kawasan
kediaman, terutama di rumah-rumah kedai dua tingkat yang dibina sebelum
Perang Dunia Kedua dengan dihubungi oleh lorong-lorong sempit telah
menyebabkan laluan kenderaan bertambah sesak dan padat.
Bagi setengah kawasan yang lain pula terdapat percanggahan penggunaan
tanah dengan ditempatkan kawasan-kawasan industri di kawasan kediaman dan
perniagaan di pusat-pusat bandar. Kedudukan bangunan-bangunan peninggalan
sejarah sebelum perang yang berdekatan dengan laluan lorong-lorong yang
sempit menyebabkan kerja-kerja untuk melebarkan jalan raya tidak dapat
dilaksanakan. Keadaan ini dijangka menjadi bertambah buruk lagi pada masa
akan datang dengan bertambahnya jumlah kenderaan sama ada persendirian,
awam atau pengangkutan barangan dengan melibatkan pelbagai mod
pengangkutan yang akhirnya membawa banyak masalah kesesakan lalu lintas
bukan saja di pusat bandar, tetapi juga di jalan-jalan utama yang sudah pun
melebihi had isi padunya terutama pada waktu-waktu kemuncak.
Kepesatan perkembangan bidang pengangkutan di Malaysia adalah hasil
daripada pertumbuhan dan pembangunan sosioekonomi yang berterusan.
Pembangunan rangkaian pengangkutan jalan raya merupakan salah satu faktor
penting dalam menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk kepentingan
program pembangunan ekonomi negara. Kepesatan proses pembandaran
menyebabkan timbulnya pelbagai masalah secara langsung atau tidak langsung.

Pertumbuhan pesat bandar metropolitan seperti Johor telah menyebabkan


bandar-bandar kecil mengalami kemerosotan kadar pertumbuhan dan fungsi.
Perpindahan penduduk keluar boleh melebarkan lagi jurang pembangunan sosial
dan ekonomi antar bandar-bandar kecil dengan bandar-bandar besar. Pembinaan
lebuh raya dan sistem pengangkutan antara bandar-bandar utama dan wujudnya
jalan pengangkutan yang cekap di luar bandar telah memudahkan lagi
pergerakan masyarakat dan barangan.[3]
Kini, Malaysia mengamalkan sistem pengangkutan jalan raya yang lebih
moden dan berteknologi tinggi di bawah `Sistem Lebuh Raya Malaysia melalui
pengawasan Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Justeru itu proses perbandaran di
Malaysia semakin pesat membangun yang bertindak sebagai penggerak ekonomi
negara. Antara yang utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya
Timur- Barat, Johor-Karak, Johor- Air Hitam, Lebuh Raya Pan-Borneo dan Lebuh
Raya Pantai Barat, Johor. Kesemua rangkaian lebuh raya yang siap dan sedang
dalam pembinaan merupakan penghubung utama dengan semua rangkaian jalan
raya dan bandar-bandar sedia ada di seluruh negara. Laluan Lebuh Raya UtaraSelatan di antara Pantai Barat Semenanjung Malaysia menghubungi kawasan
utara dari sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam ke Johor Johor di
selatan melalui bandar-bandar utama bermula dari Alor Setar, Butterworh, Ipoh,
Johor, Seremban dan Johor Johor. Bagi rangkaian Lebuh Raya Timur-Barat pula
menghubungi Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dengan menghubungi Grik, Perak dan Jeli di Johor. Manakala Lebuh
Raya Gua Musang pula menghubungi Kota Johor, Gua Musang, Bentong dan
Johor. Di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya JerangauJabor menghubungi Kuala Johor, Kuantan, Bentong dan Johor atau terus melalui
Lebuh Raya Segamat dari Kuantan, Segamat dan Johor. Di Sarawak, Lebuh Raya
Pan-Borneo menghubungi Bandaraya Kuching, Sibu dan Miri.
Dengan ini pada keseluruhannya rangkaian lebuh raya di Malaysia
mempunyai pengaruh dan pertalian dengan bandar-bandar yang sedang
meningkat proses pembandarannya. Antaranya termasuk bandar Jitra, Sungai
Petani, Taiping, Kuala Kangsar, Kota Tinggi dan Segamat, Johor. Proses ini
dijangka berterusan dan akan menggalakkan lagi pertumbuhan bandar-bandar
kecil di seluruh negara dalam tempoh jangka panjang.
Oleh yang demikian, sistem pengangkutan dapatlah dianggap sebagai satu
daripada faktor pendorong yang utama di dalam pembangunan, terutama kepada
negara yang sedang membangun. Pengangkutan berfungsi sebagai media yang

menghubungkan satu tempat dengan satu tempat yang lain dan ini membolehkan
pergerakan manusia. Pembinaan jalan-jalan dan kemudahan sistem
pengangkutan di dalam dan di luar bandar memberi jalan masuk kepada sesuatu
kawasan dan seterusnya memudahkan pengaliran pengaruh terhadap
pembangunan dan unsur-unsur pemodenan. Manusia atau masyarakat lazimnya
mempunyai ciri-ciri sosioekonomi tertentu. Masyarakat juga dapat dibahagikan
kepada beberapa kumpulan mengikut status ekonomi dan ini dapat diukur
berdasarkan jenis pekerjaan dan garis pendapatan. Faktor-faktor ini akan
mencerminkan kawasan penempatan, kepadatan penduduk dan jenis sistem
pengangkutan yang diperlukan.
Hal ini menunjukkan jalan-jalan utama melalui pusat-pusat penempatan
dan kemudahan pengangkutan awam yang cekap amat diperlukan. Jika
pengangkutan di sesuatu kawasan itu baik, murah, tepat pada waktunya, senang
didapati dan terletak di lokasi yang strategik, hal ini akan mewujudkan
permintaan yang berlebihan. Sesuatu lokasi yang strategik dikaitkan dengan
kegiatan tumpuan seperti pusat pelancongan atau pusat membeli-belah. Jika
permintaan melepasi peringkat optimum, kesesakan akan wujud dan ini akan
merendahkan nilai lokasi kepada pengguna atau masyarakat sedia ada.
Kesesakan lokasi sukar diukur dan ini biasanya berlaku di pusat-pusat bandar, di
tempat-tempat peranginan, atau di sesebuah kawasan yang menarik. Oleh itu,
perancangan pengangkutan hendaklah dikait rapat dengan perancangan guna
tanah.
Dengan itu, tiap-tiap aktiviti di dalam bandar merupakan elemen-elemen
yang mempunyai fungsi tersendiri. Di antara elemen-elemen penting ialah
temp[at tinggal, tempat bekerja atau belajar, tempat membeli-belah dan tempat
beristirahat. Tiap-tiap elemen tersebut saling berkaitan dan memerlukan suatu
sistem pengangkutan. Di samping itu, kehendak masyarakat juga selalu berubah
mengikut peredaran zaman. Perkembangan bandar telah mewujudkan peluang
pekerjaan, meningkatkan permintaan perumahan dan memperbanyakkan pejabat.
[4]
Situasi ini akan meletakkan suatu kawasan atau bandar itu di peringkat
optimum, di mana tahap kesesakan amat ketara. Pada kebiasaannya,
perkembangan bandar akan meluas ke kawasan pinggir bandar dan hal ini
memerlukan suatu sistem perhubungan yang baru dan menjadi faktor kepada
pembukaan sesebuah bandar baru.

9.1

Pembangunan dan Pengangkutan di Iskandar Malaysia

Iskandar Malaysia terletak di dalam Negeri Johor, kawasan paling pesat


membangun di selatan Semenanjung Malaysia di mana kehidupan, hiburan, alam
persekitaran dan perniagaan bergabung untuk membentuk metropolis yang
progresif dan berdaya maju. Wilayah Pembangunan Iskandar meliputi kawasan
seluas 2,217 km persegi (221,634 hektar) bersamaan lebih 3 kali ganda saiz
Singapura dan 2 kali ganda saiz Hong Kong. Kawasan di dalam lingkungannya
adalah Daerah Johor Johor dan sebahagian daripada Daerah Pontian iaitu Mukim
Jeram Batu, Mukim Sg. Karang, Mukim Serkat dan Pulau Kukup (Mukim Ayer
Masin).
Antara kesan positif yang dapat dilihat melalui pembangunan koridor ialah
sistem jalan raya yang semakin bersistematik. Dapat dilihat perbezaan pada
waktu kini dan dahulu adalah amat berbeza dari segi sistem pengurusan
infrastrukturnya. Sistem pengangkutan yang semakin baik ini adalah salah satu
cara berkesan dalam menghubungkan satu wilayah dengan wilayah yang lain.
Oleh yang demikian, kawasan-kawasan terpencil dapat dimajukan apabila
jaringan jalan raya diperbaiki.
Dalam hal ini, sesebuah pembangunan yang dilaksanakan misalnya di
Wilayah Pembangunan Iskandar sememangnya berkait rapat dengan kepentingan
sistem pengangkutan. Pengangkutan berfungsi sebagai kenderaan untuk
memindahkan
bahan-bahan
pembinaan
di
wilayah
tersebut
serta
menghubungkan masyarakat dengan kawasan tersebut. Iskandar Malaysia
mempunyai sistem jalan raya yang meluas. Selain itu, beberapa rangkaian jalan
utama telah pun dicadangkan seperti Eastern Dispersal Link (EDL), Johor Bahru
Coastal Road dan Johor Baru Middle Ring Road. Tambahan pelaksanaan
program menaik taraf dan membaik pulih jalan raya yang relevan dan penting
telah dicadangkan untuk membanyakkan jalan raya di mana kegiatan ekonomi
akan meningkat di kawasan tersebut. Lebuh raya utama juga sedang dinaik taraf
untuk melancarkan aliran trafik daripada kawasan yang sesak serta menyediakan
laluan penghubung untuk menerajui pembangunan kawasan tersebut.[5]
10.0

Sistem Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan Negara

Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur melalui sistem
pengangkutan awamnya. Sekiranya sistem pengangkutan awamnya tidak
bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sebuah negara
yang lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana kepada
pembangunan negara .
Hari ini semua negara maju di dunia mempunyai sistem pengangkutan
awamnya yang bersistematik , serba maju dan canggih seperti dalam
pengangkutan udara dengan lapangan terbangnya manakala sistem
pengangkutan kereta apinya yang serba moden begitu juga rangkaian
pengangkutan darat yang maju dengan lebuh rayanya bereka bentuk moden ,
pengangkutan laut dengan pelabuhannya bertaraf dunia . Ini semua kerana tanpa
sistem pengangkutan awam yang sistematik tidak akan dapat merancakkan
pembangunan negara ; Mengapa tidak? Kerana sistem pengangkutan awam
adalah nadi rangkaian pergerakan dan perhubungan negara . Andai kata berlaku
sesuatu ke atas sistem pengangkutan ini seperti dilanda becana alam , rusuhan ,
mogok pekerja atau kerosakan sistem pengangkutan sudah pasti ia boleh
melumpuhkan kegiatan ekonomi sekaligus merencatkan kerancakkan
pembangunan negara .
Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pengangkutan awam terhadap
pembangunan negara . Maka negara memerlukan satu sistem pengangkutan
yang bersistematik dan moden supaya berupaya menjana pembangunan negara .
Melalui sistem pengangkutan awan yang sistematik juga dapat meningkatkan
pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memberi pulangan kepada pendapatan
negara .Sebab itulah negara sanggup berbelanja besar dalam menyediakan
rangkaian pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara. Ini bukan satu
pembaziran seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak , tetapi sebaliknya
ia merupakan satu pelaburan jangka panjang yang membawa keuntungkan
kepada negara malah dapat memberi keselesaan rakyat serta memberi ruang dan
peluang kepada para pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka
sekaligus membantu kepada pembangunan negara .
Negara perlu membina dan mengilhamkan sistem pengangkutan awam
yang canggih lagi sistematik sepei pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan,
Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Pantai Timur dan banyak lagi lebuh raya.
Bayangkan jika sekarang ini tidak dibinanya rangkaian lebuh raya ini pasti sudah
tentu negara tidak dapat menampung aliran trafik , kesesakan berlaku di mana

mana, kepayahan untuk berhubung antara satu tempat ke satu tempat maka
impaknya pembangunan negara tersekat . Bukan setakat rangkaian lebuh raya ,
malah mengilhamkan pembinaan aliran transit ringan seperti komuter, LRT,
monorel turut banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Pembinaanpembinaan sistem pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara telah
meneroka pembukaan tanah-tanah terbiar, tanah-tanah di pedalaman sekaligus
kawasan ini dahulunya mundur tiada penghuni dan pembangunan dengan
sekelip mata menjadi kawasan lubuk emas. Harga tanah naik melambung,
dahulunya pekan atau perkampungan kecil kini telah menjadi bandar moden
yang maju lagi terurus, dahulunya tiada penghuni di hutan belantara kini menjadi
kawasan penempatan moden yang cantik dan selesa didiami oleh ribuan
penduduk di merata pelusuk negara. Hal sedemikian kerana adanya sistem
pengangkutan awam yang sistematik maka telah dapat membangunkan
kepesatan pembangunan negara .
Tidak dapat dinafikan, sekiranya tanpa sistem pengangkutan awam yang
sistematik pastinya negara tidak dapat membangun dengan baik. Cuba
mengimbau kembali sistem pengangkutan awam lama, pembinaannya tidak
mementingkan sesuatu yang sistematik, pembinaannya asal buat sahaja tanpa
memikirkan kesan alam sekitar, kesan jangka panjang, hanya mengira
kesesuaian dan keperluan semasa tanpa mengambil kira impaknya di masa
hadapan. Oleh sebab itu ia kelihatan berpusat di suatu tempat dan tidak
membawa kepada pembangunan yang menyeluruh. Ini sebenarnya terletak
kepada kebijaksanaan para perancang termasuk para pengurus dan pentadbir
negara yang perlu tahu bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik
adalah penjana pembangunan negara. Sekiranya negara dapat menyediakan
sistem pengangkutan awam yang sistematik lagi efisen, secara tidak langsung ia
telah menjana pembangunan negara yang lebih teratur, berkembang dan berdaya
maju. Penyediaan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini bukan sekadar
dilihat kepada kecanggihan penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam
seperti bas, lori, kereta api, teksi, kapal terbang, kapal laut, feri dan
seumpamanya
tetapi
perlu
dilihat
dalam
penyediaan
perhubungan
infrastrukturnya juga perlu sistematik maka baru boleh dilihat dapat menjana
pembangunan negara.
Apabila melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam
penyediaan infrastruktur sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan
raya, lebuh raya, stesen kereta api, landasan kereta api, lapangan kapal terbang
dan landasannya, pelabuhan -pelabuhan dan dermaganya. Semua ini

memerlukan kawasan-kawasan lama diperbesarkan, kawasan-kawasan baru


diterokai, sistem lama sedia ada dipermodenkan, kawasan padat dialihkan ke
penempatan baru. Ini bermakna dalam penyediaan sistem pengangkutan awam
telah dapat menjana pembangunan negara secara besar-besaran. Dalam erti kata
lain tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik, pembangunan negara
tidak membangun pesat dan apa yang lebih penting sistem pengangkutan awam
yang sistematik ini memerlukan perancangan yang terliti mengambil kira
ekosistem negara yang sedia ada, impak masa hadapan negara lebih terjamin,
tidak berisiko tinggi, sistem pengangkutan yang efisen lagi kondusif dan negara
terus dapat memacu pembangunan yang memberi kepuasan semua rakyat selari
dengan slogan : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan .
Sistem pengangkutan awam yang sistematik juga dilihat mampu menjamin
keselamatan pengguna, memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai
ciri-ciri perkhidmatan selamat, dapat mengurangkan kemalangan atau kerosakan
serta kehilangan harta, juga mampu memberi perkhidmatan sosial yang baik.
Sekiranya semua ini diambil kira dalam penyediaan sistem pengangkutan awam
bermakna pembangunan negara terus membangun dalam landasan yang betul.
Sistem pengangkutan yang selamat satu faktor yang amat penting dalam
menjana pembangunan negara kerana sistem pengangkutan awam yang tidak
selamat, sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pelabur untuk melabur
dalam negara dengan itu negara kehilangan modal untuk membangunkan negara.
Aliran perniagaan juga akan terjejas sekiranya sistem pengangkutan awam ini
tidak menjaminkan keselamatan kerana hasil perniagaan, pengeluaran produk
industri tidak dapat diangkut dan diurus dengan baik maka perniagaan tidak
dapat berkembang kerana ada kebimbangan untuk berurus niaga atau
kebimbangan untuk membangunkan sektor industri dalam negara dan
seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam negara.
Negara mempunyai jutaan tenaga pekerja dalam pelbagai sektor di seluruh
pelosok negara dan pastinya mereka ini memerlukan sistem pengangkutan awam
yang sistematik dan terbaik untuk memberi keselesaan mereka ke tempat kerja.
Mereka ini adalah penjana kepada pembangunan negara. Sekiranya negara tidak
mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen sudah pasti mejejaskan
pergerakan mereka ke tempat kerja dan ini boleh menjejaskan produktiviti
mereka bermakna keberhasilan negara turut merosot, maka pembangunan
negara juga terjejas. Menyediakan prasarana sistem pengangkutan awam yang
bersistematik ini sebenarnya adalah menjana kepada pembangunan negara.

Sekiranya negara tidak membina prasarana sistem pengangkutan awam, ini


bermakna tiada pembangunan yang dilakukan. Berapa banyak prasarana ini yang
telah dibangunkan di serata negara dengan pelbagai konsep, bercirikan moden,
canggih, termaju dan bertaraf dunia. Semuanya ini adalah merupakan
pembangunan negara melalui sistem pengangkutan awam. Kalau tanpa
memikirkan keperluan sistem pengangkutan awam yang sistematik maka
pastinya pembangunan serupa ini tidak dibangunkan dan negara turut tidak
membangun.
Memandangkan sistem pengangkutan awam yang sistematik dapat menjana
kepesatan pembangunan negara. Maka dapat kita lihat negara negara di
seluruh dunia berlumba lumba menggerakan jentera pentadbirannya memberi
tumpuan kepada pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih
sistematik. Ini bermakna pembangunan sistem penganguktan awam yang
sistematik merupakan satu faktor penting yang dapat menjana pembangunan
negara. Negara akan turut bertambah maju sekiranya sistem pengangkutan
awamnya lebih bersistematik. Kita lihat di sesebuah negara yang sistem
pengangkutan awamnya kucar kacir lagi kelam kabut serta tidak terurus
dengan baik maka gambarannya negara berkenaan sebuah negara yang mundur
serta tidak dapat menjana kepada pembangunan negara itu sendiri.
Pembangunan sesebuah negara itu tidak akan dapat membangun dengan
pesat seandainya sistem pengangkutan awamnya tidak sistematik atau negara
mengabaikan sistem pengangkutan awamnya. Ia akan memberi impak yang amat
besar kepada negara. Pertumbuhan ekonomi negara tidak berkembang,
kemajuan tidak dapat dicapai, tiada pelaburan, kurangnya peluang pekerjaan
untuk rakyat, rakyat tidak dapat keselesaan dan seterusnya tiada pembangunan
yang dapat dibawa untuk negara. Sistem pengangkutan awam yang sistematik
jika dapat dilaksanakan dengan berkesan sebenarnya ia seiring dengan
pembangunan dan kemajuan negara dalam erti kata lain tiada pembangunan
dalam sistem pengangkutan awam maka tidak dapat menjana pembangunan
negara.
Isu lain yang dapat dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam terhadap
menjana pembangunan negara ialah penerokaan kawasan dalam penyediaan
prasarana sistem pengangkutan awam yang sistematik, bukan setakat
menyediakan prasarana pengangkutan awam sahaja malah ia melibatkan dalam
penyediaan infrustruktur yang lain seperti bekalan air paip, bekalan elektrik,

bekalan telekomunikasi, perumahan, ruang perniagaan, kawasan pentadbiran,


kawasan reakriasi, rangkaian jalan raya dan sebagainya. Ini pastinya akan
membangunkan kawasan berkenaan dengan itu menunjukkan ada pembangunan
berlaku di negara berkenaan. Disamping itu dalam sistem pengangkutan awam
yang sistematik, negara berupaya mengguna jentera pengangkutan awam yang
moden dan canggih. Ini juga merupakan satu pembangunan kemudahan awam
dalam menjana pembangunan negara jika tidak negara masih di takuk lama
dengan penggunaan jentera lama yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan.
Di negara negara maju telah lama mereka bangunkan sistem
pengangkutan awamnya kerana mereka telah nampak membangunkan sistem
pengangkutan awam boleh menjana pembangunan negara. Mereka telah lama
menggunakan sistem kereta api laju , sistem kereta api bawah tanah, kapal
terbang supersonik dan berjentera jet, kapal laut pengangkut yang besar serta
berkuasa tinggi. Semua ini mereka bangunkan demi hendak menerokai pelusuk
dunia serta menguasai sistem pengangkutan awam dunia yang pastinya memberi
pulangan yang tinggi kepada mereka lantaran dapat menjana pembangunan
negara mereka berterusan dari semasa ke semasa dan terus berlumba lumba
untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik di dunia dapat membina sistem
pengangkutan awam yang sistematik berbanding dari negara negara pesaing
mereka. Negara negara maju juga sentiasa memastikan sistem pengangkutan
awamnya bersistematik dan bertaraf dunia, mereka sanggup melabur dan
berbelanja besar untuk membangunkan dan memajukan sistem pengangkutan
awam mereka kerana mereka tahu melalui cara ini negara tidak akan rugi malah
negara mendapat pulangan yang besar ke arah pembangunan yang sejahtera.
Banyak perkara yang turut menjana kepada pembangunan negara tetapi
sistem pengangkutan awam yang sistematik lebih tinggi sumbangannya kepada
kepesatan pembangunan negara kerana pembangunan yang dibawa melalui
sistem pengangkutan awam yang sistematik ini lebih bersepadu dan menyeluruh.
Dalam hendak menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini
melibat banyak penyumbangnya secara global - bermula dari perancangnya,
penerokaan kawasan dan tapak, arkiteknya, juruteranya, jurubinanya, para
konsultannya, ahli koporat, para pemaju, usahawan usahawan, tenaga
buruhnya dan banyak lagi penglibatan terhadap penyediaan sistem
pengangkutan awam yang sitematik ini.

Maka jelas membuktikan bahawa sistem pengangkutan awam yang


sistematik ini dapat menjana pembangunan negara. Pembangunan sesebuah
negara tidak dapat dilihat sekiranya negara itu tidak mempunyai sistem
pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik. Justeru itu untuk terus maju
dan membangun sudah semestinya negara mampu memiliki sistem
pengangkutan awam yang sistematik.
11.0

KESAN PENGANGKUTAN DAN PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR


Alam sekitar boleh dirujuk kepada segala benda yang berada di sekeliling
manusia pada suatu titik ruang dan masa.[6] Pencemaran alam sekitar telah
bermula sejak wujudnya revolusi perindustrian lagi. Dalam kita mengejar
kemajuan dan meningkatkan taraf hidup, kegiatan ekonomi dan pembangunan
yang pesat tidak dapat dielakkan atau dihalang bagi memenuhi keperluan dan
kehendak masyarakat. Pencemaran yang disebabkan oleh kegiatan manusia
sama ada secara sengaja atau tidak sengaja seperti pelepasan gas-gas beracun
oleh kilang-kilang ke ruang udara, pembuangan sisa kumbahan, asap dari
kenderaan, pemusnahan dan pembakaran hutan serta aktiviti yang berkaitan
dengan pengaruh manusia. Hal ini secara tidak langsung adalah kesan daripada
kepesatan pembangunan dan kemajuan sistem pengangkutan di negara kita.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak
membawa perubahan dan kebaikan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia.
Begitu juga dengan pembangunan yang berkembang dengan pesat di negara
kita. Impak pembangunan terhadap alam sekitar pada masa ini semakin
meningkat, walaupun terdapat pelbagai badan yang dipertanggungjawabkan
untuk mengawasinya dan bertambahnya peraturan dan garis panduan yang
digubal bagi melawannya.[7]
Sistem jalan raya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang,
dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat
membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah
Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90 peratus hingga 95 peratus kawasan desa
yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan raya
yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walau bagaimanapun,
perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam
sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya
kebaikan dan keburukan.
11.1

Pencemaran Udara

Pencemaran udara adalah salah satu kesan sampingan daripada sistem


pengangkutan iaitu kenderaan bermotor.[8] Kesan negatif yang disebabkan oleh
sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan
pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas
beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan
hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan
rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan
menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan
terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum,
30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena,
Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah peratusannya.
Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan
udara) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motosikal
dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan
kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland menunjukkan sistem
pengangkutan darat, kecuali kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali ganda
keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi
kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda
pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan
statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi daripada hasil
kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan
kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.
11.2

Pencemaran Bunyi

Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang


bising dan mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yang tinggal berhampiran
dengan jalan raya utama dan lebuh raya selalu mengalami keadaan yang bising
dan ketenteraman emosi mereka akan terganggu. Selain itu, kerja-kerja
pembinaan jalan raya dan lebuh raya juga boleh menghasilkan bunyi bising yang
kuat.
11.3

Perubahan Landskap

Pembinaan sistem pengangkutan boleh mengubah landskap fizikal sesuatu


kawasan. Pembinaan lebuh raya atau melebarkan jalan raya boleh menyebabkan
cerun bukit dipotong dan hutan-hutan ditebang dengan banyaknya. Projek
memotong dan menarah bukit boleh menyebabkan kejadian hakisan cerun.
Seterusnya apabila berlaku hujan lebat, air hujan boleh melonggarkan tanah dan
menyebabkan berlakunya tanah runtuh

12.0

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Penjagaan alam sekitar adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah besar
yang akan timbul kemudian hari. Jika alam sekitar tidak dijaga dan dipelihara
dengan betul, hal ini boleh memberi masalah kepada masyarakat dan hidupan
lain. Oleh itu, langkah pencegahan dan pengawalan telah dijalankan oleh pihakpihak tertentu bagi menjamin kualiti udara di Malaysia. Antara langkah-langkah
pencegahan yang boleh dilakukan adalah dengan mengelakkan penggunaan
klorofluorokarbon (CFC) dan melalui perundangan dan penguatkuasaan.[9]
Dalam usaha mengawal pencemaran di Malaysia, kerajaan telah membuat
beberapa peraturan dan kaedah. Dalam konteks pencemaran udara yang
disebabkan oleh kenderaan bermotor, peraturan-peraturan yang ditetapkan boleh
didapati dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978,
Kaedah-kaedah Kereta Motor (Kawalan Pelepasan Asap dan gas), 1977. Selain itu,
pencemaran udara juga boleh dikawal dengan menggunakan Peraturan-peraturan
Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Petrol) 1996 dan
Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan daripada Enjin
Diesel) 1996.
Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam
kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat
penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan
menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakan
lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan
penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu.
Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang
ketika meletakkan kenderaan bermotor di tengah panas juga boleh
mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat
mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan
seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan


sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih
bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu,
menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh
menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita seharusnya mengurangkan
penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat. Penggunaan
basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam
sekitar di samping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.
Penglibatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam melaksanakan tanggungjawabnya
hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan
betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan
terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui
pembangunan sains dan teknologi negara.

13.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kepesatan pembangunan dan perkembangan sistem


pengangkutan yang semakin meningkat banyak memberi kesan kepada
masyarakat dan alam sekitar, sama ada kesan negatif mahupun kesan positif.
Pembangunan sesebuah bandar bertujuan membawa transformasi yang lebih
bermakna dan diharapkan agar negara dapat mengharungi arus globalisasi yang
kian mencabar dari semasa ke semasa.
Kepesatan bandar telah membawa kepada perkembangan sistem
pengangkutan yang selaras dengan keperluan masyarakat yang semakin
meningkat. Kawasan-kawasan yang dibangunkan ini mempunyai fungsi yang
tersendiri dan memberi faedah antara satu sama lain. Kawasan-kawasan yang
dicantumkan sehingga wujudnya wilayah, mempunyai fungsi tertentu yang
membolehkan pergantungan berlaku antara satu kawasan dengan kawasan yang
lain. Contohnya kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan
mempunyai hubungan rapat dengan kawasan yang terdapat banyak peluang
pekerjaan, yang menjadi tempat tumpuan orang ramai.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem pengangkutan dan pembangunan
sesebuah kawasan merupakan dua perkara yang saling berkaitan dan
mempunyai kepentingan tersendiri dalam sistem sosial masyarakat khususnya di

Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam menikmati kepesatan pembangunan dan


perkembangan sistem pengangkutan, kesan-kesan di sebaliknya perlu dikawal
dan seharusnya langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi
mengelakkan kesan negatif terhadap masyarakat dan alam sekitar.

Bibliografi

Azura Sarbini. (2011). Kajian pengaruh jumlah kenderaan terhadap


pencemaran udara di Jalan Skudai (Master thesis). Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Detwyler, T. R. & Marcus, M. G. (1985). Pembandaran dan persekitran
geografi fizikal bandar (Trans. by Sulung Muhamad) (pp. 106). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim Wahab. (1988). Pengangkutan dan struktur bandar. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Jamaluddin Md. Jahi. (1996). Impak pembangunan terhadap alam
sekitar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khairani Alladin @ Jalaludin. (1993). Pengangkutan darat: Kesannya
terhadap alam sekitar: Kajian kes di Kuala Lumpur. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd. Razali Agus & Fashbir Noor Sidin. (2000). Perbandaran dan
perancangan persekitaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Mohmadisa Hashim & Mohamad Suhaily Yusry Che Ngah.
(2005).Pembangunan dan alam sekitar di Malaysia. Tanjong Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mustakim Melan, et al. (2012). BPMG 3013: Pengenalan pengangkutan dan
logistik. Sintok: PACE UUM

HARI

TARIKH

AKTIVITI
Menerima soalan dan panduan rubrik
perlaksanaan kajian

HARI 1
1 Julai 2014
Isnin

Tajuk: kejadian pencemaran udara di kawasan


kajian.
Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan
yang hendak dilakukan

HARI 2

Taklimat tentang kajian


2 Julai 2014

Selasa

membuat catatan hasil penerangan guru

CATA

HARI 3
3 Julai 2014
Rabu

berbincang dengan guru hasil maklumat yang


diperoleh
menyediakan borang temubual dengan
bimbingan guru

HARI 4
4 Julai 2014
Khamis

HARI 5
5 Julai 2014
Jumaat
HARI 6
6 Julai 2014
Sabtu
HARI 7
8 Julai 2014
Isnin

9 Julai 2014
Selasa

Rabu

waktu petang membuat temubual dengan


jiran-jiran dan penduduk setempat mengenai
kejadian jerebu di kawasan kajian.
waktu petang membuat temubual dengan
jiran-jiran dan penduduk setempat tentang
faktor kejadian jerebu di kawasan kajian..

den
bimb

den

den

membuat temubual dengan jiran-jiran dan


penduduk setempat yang pernah mengalami
kesan jerebu dan minta cadangan untuk
mengatasi jerebu di kawasan kajian.
membuat analisis daripada temubual 10
responden yang diperoleh.

den
bimb

menghasilkan bahan grafik yang sesuai.

HARI 8

HARI 9

mula mengumpul maklumat dalam internet


mengenai konsep di makmal komputer dengam
bimbingan guru

menulis laporan daripada hasil kajian di


hadapan guru.
menulis laporan daripada hasil kajian di
hadapan guru.

10 Julai
2014

menyemak laporan kajian dan bahan grafik.

di h
guru

HARI 10
Khamis

11 Julai
2014

membuat penambahbaikan

menghantar hasil kajian kepada guru

12 hingga 18 Julai
Guru membuat pentaksiran
2014
ONTOH JADUAL KERJA

CONTOH CARTA ALIR


PROSES KAJIAN KES MENGENAI kejadian pencemaran udara
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 2014

Вам также может понравиться