You are on page 1of 5

ADA APA DENGAN PUASA?

Ramadhan datang dan pergi. Saban tahun ia hadir untuk memberi


semangat baru kepada orang Islam dengan ganjaran-ganjaran yang
besar. Ia juga sebuah program pembentukan jati diri muslim agar
menjadi insan yang lebih baik.
Allah s.w.t mempelbagaikan bentuk ibadah kepada hambaNya.
Terdapat ibadah yang kita diminta berikrar iaitu syahadah,
mengeluarkan sebahagian harta seperti zakat, melakukan
pergerakan dan bacaan seperti solat serta melakukan perjalanan ke
mekah di mana semua muslim di dunia berkumpul untuk melakukan
ibadah haji. Semua ibadah ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Namun keunikan puasa dalam bulan Ramadhan ialah tiada suatu
perbuatan khusus dalam ibadah ini melainkan setiap muslim yang
ingin melakukannya perlu menahan diri dari makan dan minum,
menahan syahwat dan emosi, menjaga pertuturan dan prasangka.
Bukan itu sahaja bahkan pada bulan mulia ini seseorang muslim
digalakkan melakukan banyak kebaikan seperti mendirikan solat
malam, bersedekah, membaca dan memahami ayat-ayat Al-Quran
serta lain-lain kebaikan.

KEM MUKMININ
Bagi memudahkan kefahaman kepada anak murid, saya suka
mengingatkan mereka bahawa Ramadhan ibarat satu kem.
Sepertimana kem motivasi yang sering mereka hadiri, objektif akhir
ialah adanya perubahan dalam diri peserta kem setelah menjalani
modul yang ditetapkan. Contoh lain ialah seperti individu yang
memasuki latihan ketenteraan. Sebelum memasuki tentera individu
tersebut barangkali berbadan besar dan tidak kuat, tidak mahir
menggunakan senjata, kurang berdisiplin serta bermacam lagi
kekurangan. Namun setelah menjalani latihan dalam satu tempoh
yang ditetapkan, mereka keluar sebagai individu yang berbeza.
Tubuh yang lebih tegap, berdisiplin, cekap menggunakan senjata
bahkan mahir dalam strategi peperangan.
Demikianlah
ini. Ia keluar
lebih baik,
bersedekah,

seharusnya muslim apabila ia memasuki bulan mulia


dari pintu ramadhan dan berubah menjadi insan yang
rajin melakukan ibadah, ringan tangan dan suka
memahami Al-Quran, dan senantiasa bersikap lunak

dengan insan yang dalam kesusahan. Proses berpuasa juga mampu


menjadikan individu muslim lebih sihat.

BULAN MENDIDIK JIWA DAN MENJANA PAHALA


Puasa bukanlah deraan Tuhan kepada muslim sebaliknya ia adalah
satu proses penyucian jiwa. Di dalam bulan yang mulia ini kita
bukan sahaja menahan makan dan minum tetapi menundukkan
nafsu jahat sehingga kita mampu menjadi hamba yang patuh
kepada perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Proses ini
mengambil masa satu bulan. Allah lebih mengetahui sekiranya
latihan puasa ini dilakukan hanya seminggu dua barangkali ia
tidak memberi kesan yang optimum kepada pengamalnya.
Bayangkan sahaja dalam bulan ramadhan kita dididik supaya
menahan marah, tidak melihat aurat wanita, bersihkan hati dari
prasangka buruk, tidak mengeluarkan perkataan keji. Barang siapa
yang ingkar pahala puasanya akan berkurangan.
Hakikatnya tidaklah setiap insan yang berpuasa memperoleh nilai
pahala yang sama. Ada insan yang berpuasa dan dalam masa yang
sama dia bekerja sedangkan ada yang berpuasa dan tidak
melakukan pekerjaan. Ada pula insan yang berpuasa
dengan
melakukan pelbagai amal kebaikan sementara ada yang sekadar
berpuasa tanpa menambah sebarang amal. Demikian pula ada yang
berpuasa dan tidak pula meninggalkan perbuatan buruk seperti
mengumpat, melihat aurat orang lain dengan nafsu berahi,
mendengar alunan muzik yang melaghakan. Maka pastinya
ganjaran puasa berbeza bagi setiap individu berdasarkan
kepatuhannya terhadap disiplin yang ditetapkan sewaktu berpuasa.
Sebab itu Baginda Nabi menyebut Betapa banyak orang yang
berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut
kecuali rasa lapar dan dahaga. (HR. At Thobaroni).
Dalam erti kata lain ada insan yang mendapat 0% pahala puasa
kerana ia gagal mematuhi perintah Allah ketika berpuasa.
Tidak sekadar dengan pahala yang Allah peruntukkan untuk sesiapa
yang berpuasa, Allah juga memberi tawaran yang berlipat kali
ganda kepada sesiapa yang berpuasa disertai dengan ibadah lain
seperti membaca Al-Quran, solat sunat, bersedekah, berzikir,

membantu insan lain dan bermacam lagi amal kebaikan. Kelebihan


berpuasa ini Allah ganjarkan dengan pahala yang amat bersar
seperti yang disebuat dalam hadith.
Setiap amalan kebaikan anak Adam akan dilipatgandakan menjadi
10 hingga 700 kali dari kebaikan yang semisal. Allah Azza wa Jalla
berfirman (yang artinya), Kecuali puasa, amalan tersebut untuk-Ku
dan Aku sendiri yang akan membalasnya karena dia telah
meninggalkan syahwat dan makanannya demi Aku. (HR. Muslim)

BULAN SIHAT
Berdasarkan statistik hampir 5 juta penduduk Malaysia merokok.
Jika 35% darinya adalah muslim maka pada bulan tersebut udara di
Malaysia lebih segar kerana berlaku pengurangan bilangan perokok
di siang hari ramadhan sebanyak 1,750,00 orang. Bahkan terbukti
bahawa betapa ramai individu berjaya meninggalkan rokok bermula
pada bulan ramadhan. Kempen Nafas Baru Bermula Ramadhan
sememangnya efektif.
Berpuasa juga seperti yang diketahui dapat menjadikan tubuh
seseorang itu sihat. Menurut Dr. Mac Fadon seorang doktor dari
Amerika, Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat
menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut. Bahkan kajian
pakar-pakar perubatan menyebut berpuasa dapat menurunkan
kadar gula dalam darah, tekanan darah, lipid darah serta berat
badan. Bukan itu sahaja puasa juga mampu memberikan kesan
yang baik pada otak seperti yang disebut oleh Dr Alan Cott, seorang
pakar perubatan Amerika yang melaporkan bahawa puasa terbukti
meningkatkan darjah kecerdasan seseorang.

TAQWA DAN IHSAN


Antara lain keunikan puasa ialah ia satu bentuk ibadah yang
dilakukan tanpa siapa yang mengetahuinya. Seseorang mungkin
mengatakan bahawa dia berpuasa namun hakikatnya dia berbohong
kerana dia makan minum secara sembunyi. Puasa tidak boleh dilihat
seperti solat, zakat dan haji. Maka yang hanya mengetahui
kebenaran puasanya itu ialah dirinya sendiri serta Allah s.w.t.
sahaja.

Justeru dengan berpuasa seseorang itu boleh melatih diri untuk


mencapai tahap IHSAN. Ihsan ialah seperti yang disebut oleh Nabi
tatkala di tanya oleh malaikat Jibril seperti dalam hadith yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu melakukan ibadah seperti
melihat Allah, sekiranya tidak dapat melihat Allah sesungguhnya
Allah melihatmu.
Maqam ihsan lebih tinggi dari ikhlas. Seseorang mungkin sahaja
ikhlas beribadah namun belum tentu ia boleh mencapai tahap ihsan.
Sebagai contoh seseorang yang menunaikan solat ikhlas kerana
Allah dan bukan kerana ingin menunjuk atau terpaksa belum tentu
dia dapat menunaikannnya secara khusuk. Mungkin sahaja disaat ia
menunaikan solat itu fikirannya melayang-layang dan tidak focus
bersolat. Ini kerana khusuk boleh dicapai disaat dia benar-benar
merasakan Allah melihatnya tatkala dia melakukan ibadah.
Sekiranya dia khusuk atau melakukan ibadah dengan penuh
konsentrasi maka dia mencapai tahap ihsan.
Kesan dari maqam ihsan ini manusia akan senantiasa merasai
keberadaan Allah di mana sahaja dia berada sehingga dia mampu
menjauhi maksiat sekalipun berseorangan kerana dia tahu di sana
adanya Allah yang sentiasa melihat perbuatan hambaNya.

PUASA DAN KEINDAHANNYA


Di bulan puasa kita akan melihat suasana bertukar juadah. Tangantangan muslim lebih murah di bulan mulia ini. Inilah waktu keluarga
berkumpul, bekerjasama menyediakan juadah berbuka berbuka dan
menikmati jamuan. Sesibuk mana pun ibu dan bapa mereka akan
meluangkan masa bersama-sama anak-anak bersembang dan
makan bersama. Menjamah makanan selepas berlapar seharian
pasti mengujakan.
Pada malamnya pula masjid memberikan pemandangan yang indah
dengan limpahan jemaah yang hadir untuk menunaikan solat.
Muslim berkumpul untuk membesarkan Allah. Dan sudah menjadi
tradisi di kebanyakan masjid dan surau untuk menyediakan jamuan
moreh untuk jemaah yang hadir bersolat. Maka dapat dilihat
kesatuan dikalangan orang-orang Islam berkumpul dan bersosial
secara sihat.

Bulan ramadhan juga sinonim dengan Al-Quran. Justeru kita dapat


menyaksikan ramai dikalangan muslim memanfaatkan waktunya di
mana sahaja dengan membaca Al-Quran, mentadabburinya serta
menghafaznya. Ianya secara tidak langsung dapat mengelak dari
membuang masa dengan menonoton TV, bersembang kosong atau
melakukan hal yang tiada faedah.
Terdapat 1001 kebaikan untuk dicatat berkenaan kelebihan
berpuasa. Ia sebuah transformasi ke arah kebaikan secara holistik
yang melibatkan emosi, kognitif, fizikal dan spiritual.