You are on page 1of 10

KEBIMBANGAN DALAM KALANGAN PEMAIN BOLA JARING

SEKOLAH MENENGAH
Syed Kamaruzaman Syed Ali, Haidatullaila Khalid dan Shabeshan Rengasamy
JPMS
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

The aim of the study was to identify the anxiety levels among the
under 15 netball players using the STAI X2 questionnaire and
anxiety factors. A total of 66 players were surveyed in the study. The
results of the study indicated anxiety on certain issues pertaining to
personal characteristic ranked the highest (M=2.98; SD=1.23)
whereas anxiety levels were low with regards to losing or to issues
due to being late in arriving at a decision. Outsides factors that
ranked the highest among the students were the reaction of
spectators (M=3.98; SD=1.45) and the anxiety that was ranked
lowest was the worry of losing a game. The correlation coefficient
results indicated that a correlation of (r=.07, p>0.05) was not
significant between anxiety and experience of players in sports.

Kebimbangan merupakan satu keadaan negatif yang dialami oleh manusia dan merupakan
gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing, cemas, bimbang, risau, gelisah,
khuatir dan pelbagai emosi lain (Mohd. Sofian Omar Fauzee, 2002). Perasaan ini akan terus
berlaku bila seseorang itu merasa khuatir akan kebolehan dan kepakarannya. Seseorang
jurulatih tidak kira di peringkat mana sekalipun harus mengetahui dan mengambil berat
tentang faktor psikologi atlit mereka. Biasanya atlit tidak hanya dilengkapi dengan persediaan
fizikal tetapi harus juga seimbang dengan persediaan mental.
Wann (1997) mendefinisikan kebimbangan sebagai interpretasi negatif yang dibuat
terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran sama ada yang telah,
sedang dan yang akan dihadapi oleh seseorang individu. Kebimbangan merujuk kepada
tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu tersebut terhadap apa yang terdapat di
persekitarannya. Sekiranya tafsiran tersebut mendatangkan sesuatu yang negatif maka ia
merupakan kebimbangan.
Manakala, Iso-Ahola dan Hatfield (dalam Shaharuddin Abd Aziz,2006), menerangkan
bahawa kebimbangan merupakan gabungan antara kesan fisiologi dan psikologi yang berlaku
akibat tafsiran yang dibuat oleh seseorang individu terhadap sesuatu situasi. Landers dan
Boutcher (dalam Shaharudin Abd Aziz, 2006) mengaitkan kebimbangan sebagai kesan reaksi
emosi yang negatif yang terhasil dari ransangan terhadap sistem saraf pusat (central nervous
system) yang diluar kawalan. Kesan reaksi tersebut seperti peningkatan kadar nadi,
peningkatan kadar pernafasan, berpeluh sejuk dan menggeletar.

Masalah kebimbangan semasa menghadapi apa jua pertandingan ataupun kejohanan


sukan sering mengganggu perasaan pemain sekolah. Kebanyakan guru yang berperanan
sebagai jurulatih kepada atlit remaja, mendapati atlit di peringkat sekolah menghadapi
masalah tidak merasa yakin sewaktu pertandingan. Kenyataan ini disokong oleh Mahmood
Nazar Mohamed (2005) yang menyatakan bahawa, seseorang individu yang mengalami
kebimbangan hanya berasa bingung, runsing dan bimbang tanpa sebab yang jelas. Secara
kesimpulannya, perasaan bimbang merupakan suatu situasi yang boleh menyebabkan
seseorang itu berasa takut dan gementar seterusnya boleh menganggu prestasi atlit. Terdapat
beberapa teori yang berkaitan dengan kebimbangan dan prestasi atlit. Teori tersebut adalah
Teori Zon Berfungsi yang Optimum Hanin (ZBO) dalam Cox (2002), Teori Pembalikan U
(Fazey & Hardy, 1988) dan Teori Pembalikan Martens (Martens, 1987).
Teori Zon Berfungsi yang Optimum Hanin (ZBO) diperkenalkan oleh ahli psikologis
sukan Rusia, iaitu Yuri Hanin. Beliau mengandaikan bahawa tahap optimum kebimbangan
berasaskan situasi adalah berbeza antara atlit yang lain. Ada yang bermula pada tahap yang
paling rendah dan ada pula yang bermula pada tahap yang paling tinggi. Hanin (dalam Cox,
2002) menerangkan bahawa setiap atlit mempunyai ZBO tersendiri. ZBO atlit yang optimum
akan menghasilkan prestasi yang baik. Manakala ZBO yang rendah akan menghasilkan
prestasi yang buruk. Teori Pembalikan U pula menjelaskan bahawa atlit yang terbabit perlu
diambil kira bagi memahami perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan. Atlit biasanya
ingin berada pada tahap kebangkitan yang rendah untuk mengelakkan kebimbangan. Oleh
yang demikian, sebagai seorang jurulatih sama ada diperingkat sekolah, daerah atau
kebangsaan, harus mengenali personaliti atlit mereka bagi memudahkan mereka menangani
sebarang masalah yang berhubung dengan prestasi. Seterusnya Teori Pembalikan Martens
memperlihatkan bagaimana atlit dapat menghasilkan prestasi cemerlang apabila mereka
mempunyai kedua-dua bentuk tenaga iaitu tenaga positif dan negatif. Prestasi akan menurun
jika kedua-dua bentuk tenaga ini menurun. Kekuatan yang terdapat dalam teori ini ialah dapat
meningkatkan potensi atlit dan memahami perkaitan antara prestasi dan kebimbangan. Selain
daripada itu juga dapat membantu atlit membuat interpretasi sendiri tentang tahap
kebimbangan.
Soalan Kajian
Artikel ini mengutarakan hasil kajian tentang kebimbangan dalam kalangan pemain bola
jaring bawah 15 tahun sekolah menengah. Secara khususnya kajian ini cuba menjawab soalan
kajian berikut:
1. Adakah terdapat unsur peribadi yang boleh mendatangkan kebimbangan dalam sukan?
2. Adakah terdapat unsur luaran yang boleh mendatangkan kebimbangan semasa
menghadapi kejohanan?
3. Adakah terdapat hubungkait antara tahap kebimbangan dan pengalaman dalam
bersukan?
Metodologi
Bahagian ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang merangkumi rekabentuk
kajian, instrumen kajian, sampel kajian dan analisa data.
Rekabentuk dan Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Dua set soal selidik digunakan iaitu borang soal
selidik Spielberger State Trait Anxiety Inventory (STAI X-2) dan borang soal selidik

Faktor-faktor kebimbangan dalam sukan yang telah diubah suai daripada instrumen asal
iaitu instrumen Spielberger (1995). Kajian rintis telah dibuat untuk mengesahkan aras
kefahaman subjek terhadap item yang terdapat dalam soal selidik tersebut. Data daripada
kajian rintis telah dinalisa dan nilai Cronbach alpha yang diperolehi ialah .785. Berdasarkan
kepada nilai tersebut didapati soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini mempunyai
aras kepercayaan yang tinggi.
Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 66 orang pemain bola jaring yang berumur antara 13-15 tahun
dan telah dipilih daripada enam buah daerah di Negeri Sembilan. Sampel tersebut mewakili
sekolah masing-masing dalam permainan bola jaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri
Sembilan. Daerah tersebut ialah Port Dickson, Jempol, Rembau, Seremban Barat, Seremban
Timur dan Seremban Utara.
Analisis Data
Data yang telah dikumpul dinalisis dengan menggunakan statistik diskriptif seperti peratusan,
min, dan sisihan piawai. Analisis statistik diskriptif ini digunakan untuk meninjau tentang
unsur-unsur yang boleh mendatangkan kebimbangan dalam sukan dan semasa menghadapi
kejohanan sukan. Disamping itu, statistik inferensi iaitu Spearman Rank Order Correlation
juga digunakan untuk melihat hubungkait antara tahap kebimbangan dan penglaman dalam
bersukan.
Dapatan Kajian
Berikut adalah dapatan kajian yang telah dianalisis dan dihuraikan berdasarkan kepada soalan
kajian.
Unsur-Unsur Peribadi yang boleh Mendatangkan Kebimbangan
Tahap kebimbangan responden dalam sukan berpunca daripada unsur negatif keperibadian
yang diukur dengan menggunakan sebelas pernyataan atau unsur. Setiap unsur
menggambarkan satu ciri keperibadian ahli sukan, dan sekiranya unsur ini wujud dalam diri
seseorang responden, ini akan menjejaskan prestasi dalam sesuatu kejohanan. Dalam konteks
kajian, inilah yang dimaksudkan sebagai kebimbangan dalam sukan.
Jadual 1 menunjukkan min skor (M) dan sisihan piawai (SP) bagi setiap unsur dalam
turutan menurun daripada skor tertinggi kepada skor terendah atau secara relatif daripada
yang lebih kerap dialami (berperasaan sedemikian) kepada yang kurang kerap dialami oleh
pemain sekolah.
Terlalu mengambil berat tentang sesuatu perkara merupakan unsur kebimbangan yang
paling kerap dialami responden (M=2.98; SP=1.234). Bagaimanapun, saiz min skor
menunjukkan tahap kebimbangan terhadap unsur ini tidaklah begitu serius. Empat lagi unsur
yang kadang-kadang membimbangkan mengikut turutan menurun adalah cuba mengelakkan
krisis atau masalah (M=2.91; SP=1.389); terlalu menitikberatkan perkara yang
mengecewakan sehingga tidak dapat melupakannya (M=2.68; SP=1.438); kurang keyakinan
diri (M=2.65; SP=1.330); dan juga perkara yang remeh temeh kadangkala boleh mengganggu
pemain (M=2.64; SP=1.343).
Sementara itu, terdapat enam unsur yang jarang menimbulkan kebimbangan. Mengikut
turutan daripada yang secara relatifnya lebih kerap dialami kepada yang kurang kerap

dialami, unsur tersebut adalah seperti berikut: pertama, menjadi tegang dan terganggu apabila
memikirkan mengenai hal diri sendiri (M=2.35; SP=1.387); kedua, berasa seperti hendak
menangis (M=2.18; SP=1.201 ); ketiga, terlalu risaukan perkara yang tidak sepatutnya
dirisaukan (M=2.17; SP=1.131); keempat, berasa sedih (M=2.15; SP=1.056); kelima, berasa
masalah yang dihadapi semakin bertambah sehingga tidak dapat mengatasinya (M=2.15;
SP=1.180); dan keenam, kerugian atas beberapa perkara kerana lewat membuat keputusan
(M=2.14; SP=1.021).
Responden juga di dapati lebih berkemungkinan bimbang dengan sikap mereka yang
terlalu mengambil berat tentang sesuatu perkara dan paling jarang bimbang akan rugi dalam
beberapa hal disebabkan lewat membuat keputusan. Perbandingan antara unsur ini adalah
kerana kebimbangan responden terhadap setiap unsur di atas adalah pada tahap jarang sahaja.
Berdasarkan kepada analisis tersebut, terdapat sebilangan individu yang memang menghadapi
masalah berpunca daripada aspek-aspek keperibadian yang negatif dalam konteks bersukan.
Keputusan kebimbangan dalam sukan dalam kalangan responden yang timbul daripada
beberapa ciri keperibadian mereka tidaklah begitu serius. Seperkara mengenai unsur-unsur di
atas adalah ia tidak berkait secara langsung dengan ciri-ciri fizikal responden seperti stamina,
daya tahan lasak dan lain-lain unsur yang lebih nyata (tangible) dan yang penting dalam
sesuatu pertandingan. Bagaimanapun unsur-unsur fizikal adalah di luar skop kajian.
Jadual 1
Min Skor Tahap Kebimbangan Mengikut Unsur Peribadi (N=66 )
Bil Unsur Peribadi

Sisihan
Piawai
1. Saya terlalu mengambil berat tentang sesuatu perkara.
1.234
2. Saya cuba mengelakkan krisis atau masalah
1.389
3. Saya terlalu menitikberat perkara yang mengecewakan 1.438
sehingga tidak dapat melupakannya.
4. Saya kurang keyakinan diri.
1.330
5. Perkara yang remeh temeh adakalanya mengganggu saya. 1.343
6. Saya menjadi tegang dan terganggu apabila memikirkan 1.387
mengenai hal saya sekarang.
7. Saya berasa seperti hendak menangis.
1.201
8. Saya terlalu risaukan perkara yang tidak sepatutnya saya 1.131
risaukan.
9. Saya berasa sedih
1.056
10. Saya berasa masalah saya semakin bertambah sehingga 1.180
saya tidak dapat mengatasinya.
11. Saya kerugian atas beberapa perkara kerana lewat 1.021
membuat keputusan.
Keseluruhan unsur
0.704

Min
2.98
2.91
2.68
2.65
2.64
2.35
2.18
2.17
2.15
2.15
2.14
2.45

Unsur-Unsur Luaran yang boleh Mendatangkan Kebimbangan


Terdapat beberapa unsur luaran yang membimbangkan pemain bola jaring sekolah
menengah. Penyelidik telah memilih dua puluh (20) unsur tersebut yang setiap satunya boleh
mendatangkan kebimbangan kepada responden semasa menghadapi sesuatu kejohanan sukan.
Jadual 2 menunjukkan min skor unsur-unsur yang diandaikan berpotensi mendatangkan
kebimbangan kepada pemain, mengikut turutan daripada yang paling membimbangkan
kepada yang paling kurang membimbangkan.

Didapati bahawa unsur yang dipersepsikan responden sebagai paling membimbangkan


antara dua puluh unsur ialah reaksi penonton (M=3.98; SP=1.452), dan secara puratanya
mereka bersetuju unsur tersebut membimbangkan. Ia diikuti dengan unsur seperti takut
menghampakan harapan orang yang disayangi (M=3.65; SP=1.283) dan kekuatan pihak
lawan (M=3.52; SP=1.18).
Seterusnya responden tidak pasti sama ada empat belas unsur berikutnya boleh
mendatangkan kebimbangan ataupun tidak. Mengikut interpretasi skala, unsur yang paling
responden tidak pasti ialah latihan yang tidak cukup (M=3.02; SP=1.376). Manakala takut
tidak dapat melaksanakan segala yang dirancang (M=3.35; SP=1.259) adalah termasuk dalam
kumpulan unsur yang responden tidak pasti ianya membimbangkan, tetapi min skornya
mencerminkan unsur ini paling utama boleh mendatangkan kebimbangan berbanding dengan
unsur lain dalam kumpulannya. Responden juga tidak pasti unsur takut kalah (M=2.55;
SP=1.383) boleh mendatangkan kebimbangan, tetapi ia merupakan unsur yang paling tidak
mendatangkan kebimbangan antara unsur-unsur dalam kumpulan ini.
Lima unsur dipersepsi responden sebagai tidak membimbangkan secara mutlak, akan
dijelaskan mengikut turutan menurun iaitu bermula dari yang paling tidak membimbangkan.
Unsur unsur tersebut ialah takut menang (M=1.62; SP=0.89), takut ego terancam (M=2.08;
SP=1.1), bantahan ibubapa (M=2.15; SP=1.218), tiada pasangan yang sesuai dalam sukan
berpasukan (M=2.15; SP=1.099), dan bergaduh dengan pihak lawan (M=2.39; SP=1.214).
Berdasarkan analisis tersebut, terdapat sebilangan individu yang memang menghadapi
masalah yang berpunca daripada unsur-unsur luaran yang negatif dalam konteks bersukan.
Apabila responden memilih reaksi penonton sebagai unsur luaran yang paling
membimbangkan dan takut menang sebagai unsur yang paling tidak membimbangkan,
responden adalah konsisten serta logik dalam persepsi mereka. Reaksi penonton, terutamanya
sokongan kepada pasukan lawan, memang diketahui umum boleh menjejaskan tumpuan ahli
sukan dalam sesuatu kejohanan. Dalam kes tertentu penyokong pasukan sendiri boleh
berubah haluan, bukanlah bertukar kepada menyokong pasukan lawan secara langsung, tetapi
tindakan mereka menghasilkan suasana yang sama. Dalam kes takut menang pula, tentulah
ia merupakan satu unsur yang paling tidak dibimbangi responden.
Berdasarkan Jadual 2, min skor kesuluruhan bagi dua puluh (20) unsur ialah (M=2.34;
SP=0.375). Ini bermakna sebahagian besar responden menganggap unsur ini sebagai satu
kumpulan tidak mendatangkan kebimbangan (responden tidak bersetuju ia mendatangkan
kebimbangan).
Jadual 2
Min Skor Unsur Luaran yang Membimbangkan Responden (N=66 )
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Unsur luaran yang membimbangkan


Reaksi penonton.
Takut menghampakan harapan orang yang disayangi
Kekuatan pihak lawan
Takut tidak dapat melaksanakan segala yang dirancang.
Keadaan padang/tempat pertandingan
Kurang pasti kesudahan pertandingan
Latihan yang tidak cukup.
Tidak dapat mencapai matlamat
Kurang pengalaman
Dimarahi oleh jurulatih
Tidak mempunyai jurulatih yang berkelayakan
Belum bersedia dari segi mental.

Sisihan
Piawai
1.452
1.283
1.180
1.259
1.244
1.229
1.376
1.292
1.287
1.281
1.286
1.188

Min
3.98
3.65
3.52
3.35
3.33
3.24
3.02
2.8
2.77
2.67
2.62
2.61

13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Takut kepada pandangan negatif masyarakat seperti penakut.


Takut cedera.
Takut kalah
Bergaduh dengan pihak lawan.
Tiada pasangan yang sesuai dalam sukan berpasukan.
Bantahan ibu bapa.
Takut ego terancam.
Takut menang.
Keseluruhan Unsur

1.458
1.266
1.383
1.214
1.099
1.218
1.100
0.89
0.375

2.58
2.56
2.55
2.39
2.15
2.15
2.08
1.62
2.34

Hubungkait antara Tahap Kebimbangan Pemain dengan Pengalaman Bersukan


Jadual 3 menunjukkan analisis korelasi antara tahap kebimbangan dengan pengalaman
bersukan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan antara tahap kebimbangan
dengan pengalaman bersukan (r = 0.07, p>.05). Ini bermakna tidak terdapat hubungan yang
siginifikan antara tahap kebimbangan dengan pengalaman bersukan.
Jadual 3
Analisis Korelasi antara Tahap Kebimbangan dan Pengalaman dalam Bersukan

N
Korelasi Spearman
Sig. (2-tailed)

66
.07*
0.000

__________________________________________________________________________________

* Korelasi adalah tidak signifikan.


Perbincangan
Keputusan analisis menunjukkan terdapat unsur peribadi yang boleh menyebabkan
kebimbangan dalam sukan dan sekiranya dibiarkan ia boleh mengurangkan tumpuan dan
menjejaskan prestasi atlit. Secara keseluruhannya, kebimbangan dalam diri atlit berpunca
daripada ciri-ciri keperibadian yang negatif.
Antara unsur peribadi yang telah dikenal pasti dalam kajian ini adalah sikap terlalu
mengambil berat tentang sesuatu perkara, kecenderungan mengelakkan diri daripada krisis
atau masalah, terlalu menitikberatkan perkara yang mengecewakan sehingga tidak dapat
melupakannya, kurang keyakinan diri dan terganggu dengan perkara yang remeh temeh.
Mellalieu (2002) turut mendapati bahawa kebimbangan mempunyai kaitan dengan keyakinan
diri seseorang atlit. Sekiranya atlit itu berfikiran negatif tentang perlawanan yang
dihadapinya, maka kebimbangan yang wujud juga negatif dan atlit itu akan gagal untuk
beraksi dengan cemerlang. Coen dan Ogles di dalam Howard (1997) berpendapat bahawa
atlit remaja yang terlalu memikirkan kualiti pencapaian yang tinggi dalam persembahan
mereka akan mengalami tahap kebimbangan yang tinggi. Begitu juga dengan atlit yang
mengalami kesakitan, kecederaan, dan masalah lain semasa menyertai pertandingan.
Analisis juga menunjukkan beberapa unsur luaran yang diandaikan boleh
mendatangkan kebimbangan hingga menjejaskan prestasi dalam sesuatu pertandingan.
Namun demikian, ia bukanlah menyebabkan kebimbangan yang serius. Secara purata,

responden tidak bersetuju unsur-unsur tersebut secara keseluruhannya menyebabkan


kebimbangan. Bagaimanapun kajian telah mengenal pasti tiga unsur yang dipersepsikan
responden sebagai mendatangkan kebimbangan iaitu reaksi penonton, takut menghampakan
harapan orang yang disayangi dan kekuatan pihak lawan. Ini disokong oleh Cratty di dalam
Mohd Sofian Omar Fauzee (2003a) yang menyatakan kehadiran penonton sudah cukup untuk
meningkatkan rasa bimbang di hati mereka dan menjejaskan prestasi mereka.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rainey dan Conklin (1987), kebanyakan atlit
remaja menganggap sukan adalah lebih penting daripada segalanya dalam hidup mereka.
Kajian ini juga menunjukkan terdapat kumpulan atlit remaja yang bimbangkan kepada
kemarahan orang yang disayangi mereka seperti jurulatih dan ibu bapa sekiranya mereka
kalah. Selain daripada itu, kajian ini juga mendapati sokongan daripada ibu bapa merupakan
kekuatan kepada atlit-atlit remaja ini.
Dalam kajian ini, dapatan juga menunjukkan terdapat hubungkait yang kecil antara
tahap kebimbangan dan pengalaman bersukan dalam kalangan pemain bola jaring bawah 15
tahun. Roberts di dalam Howard (1997) menyatakan bahawa setiap atlit yang berbeza
pembawaan matlamat kejayaan boleh memberi lebih atau kurang pengalaman yang
berpotensi mengikut tahap kebimbangan pertandingan mereka. Roberts juga
mempertahankan pendapat beliau bahawa atlit yang mempunyai pengalaman dapat
menangani dan mengimbangi kebimbangan yang dialami semasa pertandingan. Namun
begitu keputusan kajian yang bergantung kepada responden dalam kajian ini telah
menunjukkan hubungkait yang terlalu kecil antara tahap kebimbangan dan penglaman dalam
sukan.
Implikasi Kajian
Hasil daripada kajian ini telah mengenal pasti beberapa faktor yang berkaitan dengan
kebimbangan dalam sukan bola jaring dan tahap kebimbangan yang mana ianya secara tidak
langsung boleh mempengaruhi prestasi dalam sesuatu kejohanan. Apabila atlit tersebut sedar
tentang tahap kebimbangannya, kemungkinan mereka boleh melakukan sesuatu untuk
mengurangkannya kepada tahap yang rendah. Berdasarkan kepada teori pembalikan U, atlit
hendaklah berada pada tahap kebangkitan yang rendah untuk mengelak dari berlakunya
kebimbangan (Cox, 2002).
Teori Pembalikan Martens, di dalam Cox (2002) pula, menjelaskan bahawa atlit dapat
menghasilkan prestasi cemerlang apabila mereka mempunyai kedua-dua bentuk tenaga iaitu
tenaga positif dan negatif. Prestasi akan menurun jika kedua-dua bahagian tenaga ini
menurun. Teori ini juga dapat membantu atlit meningkatkan potensi dan memahami perkaitan
antara prestasi dan kebimbangan dan membantu atlit membuat interpretasi sendiri tentang
tahap kebimbangan.
Seseorang atlit harus bijak menangani kebimbangan yang wujud dalam diri mereka.
Mereka perlu mempunyai kekuatan diri yang positif untuk berjaya di dalam setiap
pertandingan yang diikuti selain daripada faktor fizikal dan latihan. Ini disokong oleh kajian
Mellalieu (2002) yang mendapati kebimbangan ada kaitan dan dipengaruhi oleh keyakinan
diri seseorang. Sekiranya atlit itu berfikiran negatif tentang perlawanan yang dihadapinya,
maka kebimbangan yang wujud juga negatif dan atlit itu akan gagal untuk beraksi dengan
cemerlang. Kumpulan jurulatih sukan sekolah pula perlu menyediakan suasana latihan yang
positif serta mampu mempengaruhi motivasi atlit sukan sekolah. Penggunaan kaedah latihan
yang berkesan pada umumnya bergantung kepada kreativiti dan kemahiran seseorang
jurulatih itu.
Jurulatih harus mampu memainkan peranan dalam membantu dan mengawal
perkembangan personaliti atlit mereka. Sebagai seorang jurulatih mereka boleh berperanan

sebagai guru, kawan, kaunselor dan penjaga kepada atlit. Di samping itu mereka juga perlu
mempunyai tingkah laku yang baik dan sentiasa berdisiplin (Syed Kamaruzaman Syed Ali,
2004). Melalui disiplin yang tinggi, biasanya atlet akan dapat mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam sukan.
Peranan ibu bapa dalam menentukan kejayaan sukan seseorang pelajar tidak kurang
pentingnya kerana ibu bapa merupakan antara orang yang paling rapat dalam kehidupan
pelajar. Perhubungan yang mesra di antara ibu bapa dengan anak mereka, dan sikap kedua
ibu bapa terhadap pencapaian anak mereka merupakan antara faktor penting dalam
pembentukan konsep kendiri yang positif terhadap anak. Ibu bapa yang menggabungjalinkan
kasih sayang bersama ketegasan dan jangkaan yang tinggi terhadap anak mereka akan
berkecenderungan membesarkan anak mereka yang berfikiran positif terhadap diri mereka
dan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik (Hamachek, 1978).
Ibu bapa harus terlibat dalam pembangunan personaliti anak remaja mereka yang
terlibat di dalam sukan. Ibu - bapa perlu memberi dorongan, perangsang dan sokongan moral
dan kewangan kepada anak mereka agar dapat mengatasi masalah kebimbangan dan sekali
gus dapat membentuk personaliti yang baik. Ibu bapa dan juga jurulatih harus memastikan
atlit remaja mereka dapat mengamalkan pemakanan dan melakukan latihan yang sesuai
dengan tahap umur mereka. Oleh itu, dalam menentukan aspirasi dan persepsi keluarga
terhadap kejayaan anak, para ibu bapa seharusnyalah memberi sokongan yang padu di
samping sikap timbang rasa dalam pengurusan diri dan masa anak mereka.
Weinberg dan Gould di dalam Mohd Sofian Omar Fauzee (2003b) telah menyarankan
beberapa cadangan kepada atlit dan jurulatih dalam mengawal kebimbangan sebelum dan
semasa pertandingan. Antara cadangan tersebut ialah pertama, pemain mestilah senyum
apabila berada keadaan tertekan. Senyuman akan melarikan diri daripada situasi memulakan
perasaan kebimbangan. Dengan demikian, mereka dapat melupakan tentang tekanan dan
menikmati alam pertandingan dengan baik.
Kedua, para pemain merupakan orang yang mempunyai tugas yang harus diselesaikan
secara berseronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk mengatasi
tekanan. Berseronok semasa bertanding akan membantu para pemain muda mengelakkan
daripada menarik diri untuk bertanding. Cubalah untuk mengamalkan kemenangan dan
fokuskan kepada berseronok dan jangan memikirkan mengenai hasil.
Ketiga, berlatih dalam keadaan tekanan yang dibuat-buat akan membantu pemain
semasa menghadapi situasi sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan tekanan semasa
latihan. Contohnya, dalam latihan bola jaring seseorang jurulatih boleh menjemput beberapa
kenalan untuk melakukan latihan bersama dan sekiranya ada kesilapan yang dilakukan oleh
pemain, mereka bolehlah di boo kan dan menjerit. Dengan ini pemain sedikit sebanyak
dapat menyediakan diri untuk belajar menghadapi tekanan.
Keempat, kebanyakan pemain mengadu bahawa apabila mereka mengalami perasaan
bimbang dan hilang tumpuan, pergerakan mereka akan menjadi lebih cepat. Untuk mengatasi
masalah ini, seseorang pemain bolehlah berlatih dengan mengurangkan pergerakan semasa
latihan dan ini harus dilakukan berterusan.
Kelima, memikirkan mengenai apa yang akan terjadi selalunya menimbulkan dan
menambahkan kebimbangan. Dalam permainan, perasaan sedih akan menambahkan lagi
kebimbangan. Jadi fikirkanlah apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana boleh
mengurangkan kebimbangan semasa bertanding.
Keenam, tidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa
kebimbangan. Membuat keputusan pula boleh memberi tekanan dan semasa menghadapi
pertandingan para pemain serta jurulatih perlu membuat keputusan. Jadi, pemain atau
jurulatih perlu ada satu perancangan permainan yang lengkap atau strategi agar proses
membuat keputusan akan menjadi lebih mudah.

Ketujuh, mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum menghadapi


pertandingan. Kebanyakan pemain menggunakan kaset dengan alat pendengarannya di
telinga sebelum pertandingan. Berlatih sambil mendengar muzik boleh menghasilkan
keghairahan dan perasaan.
Kelapan, biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya,
memperkatakan atau memikirkan mengenai perkataaan-perkataan mood seperti kuat, pantas,
keras, agresif, gerak dan hebat boleh memberi kesan kepada pergerakan. Contoh lain seperti
Saya boleh lakukan.
Kesimpulan
Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat mengenal pasti kebimbangan pemain tidak kira jenis
sukan yang diceburi. Semoga hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi
panduan kepada peningkatan prestasi pemain dalam permainan dan pertandingan. Pemain
dapat memberi tumpuan kepada perkara yang membolehkan seseorang itu sentiasa berada
dalam kawalannya.
Kajian ini juga diharapkan dapat membantu jurulatih dan pihak yang berkenaan
mendalami kemahiran mengurus dan mengawal kebimbangan agar dapat dipraktikkan oleh
pemain mereka. Jika perasaan bimbang tidak dapat diatasi oleh pemain walau di peringkat
mana sekalipun, ia akan memberi kesan yang negatif terhadap prestasi pemain itu sendiri.
Oleh itu usaha untuk memperkenalkan strategi bagi mengatasi masalah ini perlu diajar
bersama dengan kemahiran lain bagi membolehkan atlit itu sendiri berupaya mengatasi
masalah kebimbangan yang dialami.
Seseorang jurulatih juga perlu menyediakan pasukannya dengan memberi pelbagai
pendedahan terhadap berbagai situasi bagi membolehkan pemain biasa dengan pelbagai
tekanan atau suasana yang lain daripada biasa. Seseorang jurulatih boleh mengetuai
pasukannya dalam sesi perbincangan mengenai hubungan antara kebimbangan dengan
ketakutan, meyakinkan pemain bahawa semua pemain menghadapi rasa kebimbangan semasa
pertandingan tetapi pemain yang berupaya mengawal kebimbangan adalah lebih baik dan
akan membantu meningkatkan atau sekurang-kurangnya mengekalkan prestasinya.
Akhir sekali, para jurulatih di peringkat sekolah perlu merancang program latihan yang
lebih berfokus, memperbaiki teknik permainan dan meningkatkan stamina serta ketahanan
fizikal dan mental. Seterusnya, jika responden mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dan
cukup terlatih, kesan daripada unsur keperibadian dan luaran yang negatif akan dapat
dikurangkan.
Rujukan
Cox, R. H. (1986). Relationship between skill performance in womens volleyball and
competitive state anxiety. Journal of Sport Psychology, 17,183190.
Cox, R. H. (2002). Sport psychology: Concept and applications (5th ed.). Missouri,. McGraw-Hill.
Duda, L. ( 1998 ). Advances in sport and exercise psychology measurement. Morgantown, W
V: Fitness Information Technology.
Fazey, J., & Hardy, L. (1988). The inverted-U Hypothesis: Catastrophe for sport psychology.
British Association of sports sciences Monograph No.1-Leeds.
Hamachek, D. E. ( 1978 ). Encounters with the self (2nd ed). New York: Holt.
Howard, L. (1997). Gender, sport, and aggressive behaviour outside sport. Journal of Sport
& Social Issues, 21, 379391.
Martens, R. (1987). Coaches guide to sport psychology. Champaign, IL: Human Kinetics.
Mellalieu, S. (2002). Intensity and direction of competitive trait anxiety and the

relationship with positive and negative affect. The Journal of Sport Sciences,
18, 54 56.
Mahmood Nazar Mohamed, (2005). Pengantar psikologi: Satu pengenalan asas kepada jira
dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur : DBP.
Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2002). Psikologi sukan: Daya tahan mental dan emosi di
kalangan atlet. Kuala Lumpur: Utusan.
Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2003a). Psikologi Sukan: Aplikasi teori dan praktikal. Kuala
Lumpur: Utusan Publications.
Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2003b). Sosio psikologi: Sukan dan kegiatan fizikal. Shah Alam :
Karisma Publications.
Rainey, W., & Conklin, E. (1987). Competitive trait anxiety among male and female junior high
school athletes. Journal of Sport Psychology, 18, 171179.
Shaharudin Abd. Aziz.(2006). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications.
Spielberger, C. D. & Vagg, P. R. (1995). Test anxiety: theory, assessment, and treatment.
Washington, DC: Taylor & Francis.
Syed Kamaruzaman Syed Ali,
(2004). Jurulatih:Tugas dan peranannya. Buletin
Jurulatih.issue number?month?35-37.
Wann, D.L. (1997). Sport psychology. CITY??, New Jersey: Prentice Hall.

10