Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
yang tidak memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka.
Inilah Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan teknologi maklumat tentulah membosankan
murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ada murid yang terlebih celik
komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia pengkomputeran.
Selain itu, penggunaan komputer dan 'smart board' seharusnya dimanfaatkan
sepenuhnya oleh para guru untuk menarik minat murid-murid selain susun atur kerusi
meja murid yang bercirikan kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai setiap minggu.
Ini Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang bersumberkan internet amat
disukai oleh murid. Guru yang kreatif dan inovatif pula akan berperanan sebagai
pemudah cara ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat penting dalam
Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Pengajaran guru yang berbantukan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp atau
Instagram perlu diperluas selain penggunaan mel elektronik atau Google Chrome
secara komprehensif. Murid-murid perlu digalakkan melayari internet untuk mencari
maklumat terbaharu tentang sesuatu topik pengajaran semasa. Ini penting dalam
mengharungi Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Seterusnya, aktiviti kumpulan sewajarnya diamalkan setiap masa meskipun guru
Bahasa Melayu atau guru Geografi telah diamanahkan mengajar murid yang akan
menduduki peperiksaan awam baik UPSR, PT3, SPM atau STPM. Dengan kata lain,
pengajaran guru yang memberi muridnya peluang untuk kolaboratif antara satu sama
lain sememangnya dinanti-nantikan oleh murid pascamerdeka ini. Cabaran
Pendidikan Abad Ke-21.
Kesimpulannya, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama
iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau
kurikulum. Penyampaian guru secara aktif, komunikatif dan kolaboratif
sememangnya menjadi impian setiap pelajar pada arus perdana ini kerana rangkuman
tiga komponen inilah yang merupakan faktor penentu peningkatan peratusan
kehadiran pelajar di sekolah setiap hari. Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Usahausaha ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tidak sedikit dan sebagai
bagi guru yang komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika anak
didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya.
Memahami