Вы находитесь на странице: 1из 1

Berdasarkan video tersebut, dapat saya rumuskan bahawa pertumbuhan dan

pembangunan ekonomi berkait rapat dengan hubungan antara etnik. Kita dapat
melihat perubahan ekonomi semakin baik dalam merentasi masa sebelum merdeka,
selepas merdeka dan sekarang. Jika dulu jurang kemiskinan antara kaum jelas
ketara. Ini kerana penjajah telah melaksanakan Dasar 'pecah dan perintah' dimana
berlakunya pengasingan tempat tinggal dan ekonomi mengikut etnik. Hal ini telah
memberi impak negatif iaitu ketidak puasan hati antara etnik. Etnik Melayu paling
ramai tergolong dalam peratus kadar kemiskinan pada tahun 1970 manakala
peratus kekayaan paling banyak dimilki oleh etnik Cina. Bagi mewujudkan hak adil
dan saksama, beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar
Pembanguan Nasional telah dilaksanakan untuk menangani masalah kemiskinan ini.
Selepas itu, berlakulah pencapaian kemakmuran dimana kesemua kumpulan etnik
menikmati peningkatan taraf ekonomi. Oleh itu, pentingnya keharmonian etnik dan
sosiopolitik terhadap pertumbuhan dan pembangunan ekomoni negara.

Вам также может понравиться