You are on page 1of 13

PENGGUNAAN KAEDAH SIAPA HERO DAPAT MEMBANTU

MENGAWAL TINGKAH LAKU DISRUPTIF MURID BERMASALAH


PEMBELAJARAN
Oleh
NORLIZA BINTI JAYUDIN
Encik Yusop Bin Hj Malie
Ilmu Pendidikan
leeza93@hotmail.com

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat bagaimana
kaedah Siapa Hero yang digunakan sebagai intervensi dapat
membantu meningkatkan tingkah laku positif murid di dalam bilik
darjah semasa PdP berlangsung. Pengumpulan data yang telah
digunakan di dalam kajian ini terdiri daripada tiga jenis iaitu analisis
dokumen (gambar), temu bual dan pemerhatian. Data yang saya
kumpul telah dirumuskan dalam senarai semak dan graf iaitu melalui
kaedah pemerhatian, transkripsi temu bual dan juga berdasarkan
gambar yang telah saya ambil sebelum, semasa dan selepas kajian
terhadap murid PPKI SK Permaisuri. Hasil penyelidikan
menunjukkan keberkesanan kaedah siapa hero dalam membantu
mengurangkan tingkah laku disruptif murid dalam bilik darjah. Data
dianalisis dan disemak menggunakan triangulasi data.
Kata kunci : siapa hero, tingkah laku positif, tingkah laku disruptif,
PPKI

ABSTRACT

This action research study was to determine how the Siapa Hero
method was used as an intervention that can help increasing positive
behavior of pupil in the classroom during the learning process. The
data was collected through observation, interviews and document
analysis (picture). The data has been summarized in a checklist and
1

graphs that through observation, interview transcription and also


based on the pictures I have taken before, during and after the study
of SK Permaisuri PPKI students. Data were analyzed using the
triangulation of data sources. Research has shown the effectiveness
of the Siapa Hero method in reducing disruptive behavior of
student in classroom.
Keyword : Siapa Hero, positive behavior, disruptive behavior, PPKI
1.0

PENGENALAN

Penyelidikan yang dijalankan adalah melalui kaedah Siapa


Hero dengan menggunakan kaedah modifikasi tingkah laku dan
mengaplikasikan peneguhan positif dan negatif untuk meningkatkan
perubahan positif tingkah laku disruptif murid.
Umumnya, bahagian ini menerangkan secara ringkas
pengenalan mengenai topik penyelidikan yang dijalankan, hasil
refleksi yang pengkaji peroleh semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dan nilai pendidikan yang digunakan dalam
penyelidikan yang telah dijalankan.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini menjurus kepada strategi penyelesaian masalah
dalam membantu para guru yang mengalami kesukaran dalam
menguruskan responden yang kurang tumpuan di dalam kelas
kerana karakter responden disruptif seperti mudah marah, mudah
merajuk, agresif, bising dan mengganggu rakan lain sehingga
mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran sering
terganggu.
Berdasarkan teori B.F Skinner iaitu yang menekankan
pelaziman operan di dalam teori behavioris, kajian yang saya
jalankan sangat berkait rapat dengan masalah murid yang saya kaji.
Hal ini kerana, intervensi yang saya gunakan iaitu kaedah siapa hero
dapat membantu mengurangkan dan mengawal tingkah laku murid
sasaran.
Kajian Jennifer L. Diedrich (2010) dengan tajuk kajian beliau
iaitu "Motivating Students Using Positive Reinforcement" yang
menekankan ganjaran dan pujian bagi peneguhan positif ke atas
tingkah laku responden beliau. Penerapan penggunaan peraturan
menjadi intervensi beliau untuk mengawal tingkah laku iaitu dengan
kaedah beliau yang diberi nama Marbles for Manner. Kajian ini
2

dijalankan ke atas 13 orang murid bermasalah pembelajaran


sekolah rendah dengan hasil kajian beliau menunjukkan
peningkatan terhadap perubahan tingkah laku murid. Berkait rapat
dengan kajian tersebut, kaedah ganjaran dan peneguhan yang
digunakan adalah intervensi yang sama dengan kaedah yang saya
gunakan dalam kajian ini. Keberkesanan kaedah yang beliau
gunakan dapat membantu saya dalam kajian ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN


3.1

Objektif

Meningkatkan penguasaan dan mengawal tingkah laku murid dalam


proses pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah peneguhan.
Secara khususnya kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada
murid, guru termasuklah ibu bapa.
Murid dapat mengawal tingkah laku mereka semasa berada di
dalam mahupun di luar
kelas.
Aktiviti pdp guru dapat berjalan dengan lancar dengan kawalan
tingkah laku murid
3.2

Persoalan Kajian

Untuk mencapai objektif kajian tersebut, saya telah merangka


beberapa persoalan kajian iatu:
i)
Sejauhmanakah tingkah laku positif murid dapat ditingkatkan
melalui kaedah yang dijalankan di dalam bilik darjah?
ii)
Sejauhmanakah intervensi yang dijalankan dapat membantu
kelancaran proses
PdP dengan lancar dan dapat membentuk
tingkah laku positif dan minat murid selepas intervensi dijalankan.

4.0

PESERTA KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini di Sekolah Kebangsaan


Permaisuri yang telah melibatkan saya sendiri selaku penyelidik
dalam kajian ini dan melibatkan semua murid di Kelas 4 PPKI tetapi
responden yang dipilih adalah seramai tiga orang murid sahaja yang
saya kenalpasti mengalami masalah tingkah laku disruptif yang
3

sangat membimbangkan sehinggakan murid lain tidak dapat


memberi tumpuan di dalam kelas dan guru tidak dapat menjalankan
aktiviti PdP dengan lancar. Ketiga-tiga responden saya adalah
Hanifah, Hairul dan Mariam.

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 Langkah-Langkah Tindakan
Berikut merupakan prosedur dan langkah tindakan yang telah saya
gunakan dalam mengendalikan kaedah siapa hero di dalam kelas
peserta kajian.
1. Menerangkan kepada murid-murid mengenai kaedah siapa hero
yang akan diaplikasikan di dalam kelas mereka.
2. Menjelaskan peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid sepanjang
berada di dalam kelas saya.
3. Kaedah siapa hero ini dijalankan terhadap semua murid kelas 4
tetapi fokus utama kaedah ini digunakan adalah untuk peserta kajian
(Hanifah, Hairul dan Mariam).
4. Menjelaskan kepada murid bagaimana mereka dapat
memperolehi ganjaran berupa pelekat mahkota dan menerima
mahkota sebenar setelah berjaya dikumpulkan.

Setiap orang murid memiliki karikatur gambar mereka sendiri


di atas kereta yang saya bina di atas mounting board.
Murid yang mematuhi peraturan dan menunjukkan tingkah
laku yang positif, karikatur mereka di atas kereta yang
disediakan akan digerakkan ke hadapan.
Murid yang melanggar peraturan dan arahan guru serta
menunjukkan tingkah laku yang kurang baik, kereta mereka
akan diundurkan ke belakang.
Kereta pada karikatur murid yang berjaya sampai ke
penghujung destinasi akan diberikan ganjaran berupa
pelekat mahkota.
Pelekat mahkota yang berjaya dikumpulkan sebanyak tiga
kali, murid tersebut akan dihadiahkan sepasang mahkota
yang dipakaikan di atas kepala murid sepanjang waktu
4

persekolahan sehingga waktu lonceng tamat persekolahan


dibunyikan.
Namun, sekiranya murid menunjukkan tingkah laku kurang
baik dan melanggar peraturan guru semasa memakai
mahkota tersebut, guru akan menarik semula ganjaran
tersebut serta merta.

5.1.1 Model Kajian Tindakan


Sesebuah penyelidikan perlu diikuti dengan tindakan sosial (Lewin,
1946). Pelaksanaan kajian tindakan yang akan saya gunakan adalah
Model Kurt Lewin. Beliau menyatakan bahawa satu model pilin atau
kitaran itu mengandungi langkah-langkah perancangan, tindakan
dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau
keputusan sesuatu tindakan.

Rajah 1 carta alir pelan tindakan Model Kurt Lewin


5.2 Kaedah Mengumpul Data
Terdapat tiga cara pengumpulan data digunakan dalam kajian ini.
Pengumpulan data dilakukan mengikut tiga fasa iaitu sebelum
intervensi digunakan, semasa intervensi dijalankan dan juga selepas
intervensi dihentikan.

Jadual 2 menunjukkan kaedah mengumpul data


5.3 Cara Menganalisis Data
Secara ringkas, kaedah ini melibatkan penyelidik meneliti data yang
diperoleh dan menggariskan atau menandakan perkara-perkara
yang dianggap penting berhubung dengan persoalan kajian.
Terdapat 3 jenis analisis yang akan dibincangkan meliputi instrumen:
a) Data melalui nota lapangan dan senarai semak (pemerhatian)
b) Data melalui temubual
d) Data melalui analisis dokumen
5.4 Cara Menyemak Data
Menurut Othman (2006), triangulasi merupakan prosedur kesahan di
mana penyelidik menggunakan pelbagai sumber maklumat yang
berbeza untuk membentuk tema atau kategori dalam sesuatu kajian.
Saya telah menggunakan triangulasi data sebagai teknik menyemak
data dalam kajian saya.

6.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN


Di dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah pengurusan
tingkah laku iaitu kaedah siapa hero bagi membantu mengurangkan
masalah tingkah laku murid yang dikaji. Di dalam kaedah ini, saya
6

telah menyediakan mahkota dan pelekat mahkota sebagai ganjaran


untuk peneguhan positif murid-murid dalam kajian ini.
6.1.1 Pengumpulan Data
Persoalan Pertama : Sejauhmanakah tingkah laku positif murid
dapat ditingkatkan melalui kaedah yang dijalankan di dalam
bilik darjah?
6.1.1.1Analisis Dapatan Pemerhatian
Pada permulaan pengumpulan masalah kajian ini, saya telah
membuat pemerhatian awal secara menyeluruh yang saya jalankan
di dalam bilik darjah. Sepanjang pemerhatian saya selama seminggu
tersebut, saya mendapati murid (Hanifah, Mariam dan Hairul bukan
nama sebenar) telah menunjukkan tingkah laku yang boleh
mengganggu sesi PdP saya. Saya juga telah mengambil gambar
tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid berkenaan, menjalankan
temu bual dengan guru-guru PPKI di sekolah tersebut dan
menggunakan borang kekerapan tingkah laku bagi mendapatkan
maklumat
tentang
kekerapan peserta kajian
berkenaan
menunjukkan tingkah laku disruptif mereka.
a.) Hasil dapatan selepas intervensi
Setelah merumuskan hasil pemerhatian ketiga-tiga responden
kajian, saya menyimpulkan hasil dapatan saya dalam graf yang
menunjukkan perbandingan perubahan tingkah laku disruptif yang
semakin berkurang dari sebelum, semasa sehingga selepas
intervensi dijalankan. Jadual di bawah menunjukkan hasil dapatan
senarai semak yang saya jalankan.

Jadual 3 Rekod jumlah kekerapan tingkah laku sasaran sebelum,


semasa dan selepas intervensi
Berdasarkan jadual di atas jelas menunjukkan perubahan tingkah
laku sasaran yang direkodkan semakin berkurangan setelah kaedah
ini dijalankan. Setiap murid bersaing untuk merebut mahkota dan
7

gelaran hero. Dengan saingan yang sihat antara murid, secara tidak
langsung, pembentukan shapping tingkah laku telah dapat dibentuk
dengan berkesan. Sepanjang pemerhatian saya selama menjalani
praktikum di sekolah ini, saya dapat melihat peningkatan tingkah
laku yang sangat memberangsangkan. Graf berikut menunjukkan
dengan lebih jelas penurunan tingkah laku disruptif yang ditunjukkan
responden bermula dari sebelum, semasa dan selepas kajian
dijalankan.

Rajah 4 menunjukkan graf kekerapan tingkah laku sasaran


responden sebelum, semasa dan selepas intervensi dijalankan

Jadual 5 menunjukkan hasil pemerhatian selepas intervensi


Selepas saya menjalankan kaedah siapa hero ini, saya telah
menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku responden di dalam
kelas dan guru yang berbeza. Pada pemerhatian saya, murid telah
8

menunjukkan perubahan yang sangat memberangsangkan dengan


peningkatan tingkah laku positif mereka yang ditunjukkan. Kaedah
ini juga telah membantu memudahkan kerja guru apabila, guru tidak
lagi perlu memikirkan kaedah dan masa yang panjang untuk
mengawal kelas tersebut.

6.1.1.2 Analisis Dapatan melalui Dokumen

Rajah 6 menunjukkan kaedah siapa hero pada mounting board


semasa intervensi

Rajah 7 menunjukkan contoh pelekat mahkota yang diberikan


kepada peserta semasa kajian dijalankan

Rajah 8 menunjukkan gambar responden menerima mahkota


Berdasarkan gambar-gambar tersebut menunjukkan ketiga-tiga
responden yang berjaya memperoleh mahkota yang mereka
idamkan. Mereka telah berjaya mengumpulkan sebanyak tiga token
selepas mereka menunjukkan tingkah laku sasaran di samping
mematuhi peraturan yang telah saya tetapkan. Selain itu, mereka
juga berjaya menyiapkan tugasan yang saya berikan dengan hasil
kerja yang cemerlang dan membanggakan.

b.) Analisis gambar selepas intervensi


Merujuk kepada gambar yang telah saya ambil ambil selepas
intervenssi ini dijalankan, saya telah membuat huraian keadaan
tingkah laku yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah bagi
melihat perbandingan perubahan tingkah laku peserta kajian pada
peringkat sebelum, semasa dan selepas intervensi dijalankan.
Berikut merupakan gambar yang diambil selepas intervensi
dijalankan.

Rajah 9 menunjukkan murid kelas 4 sedang fokus menyiapkan


tugasan mereka
Gambar berikut jelas menunjukkan Mariam, Hanifah dan Hairul
malahan rakan kelas yang lain semakin fokus di dalam kelas.
Kelihatan murid-murid kelas ini hanya duduk di tempat masingmasing sambl menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru. Hal ini kerana, semua murid khususnya peserta kajian
sangat bersemangat untuk mengikuti sesi PdP dan berusaha
secara bersaing dengan rakan lain bagi memperoleh
ganjaran berupa mahkota demi mendapat gelaran Hero.
Persoalan kedua : Sejauhmanakah intervensi yang dijalankan
dapat membantu kelancaran proses PdP dengan lancar dan

10

dapat membentuk tingkah laku positif dan minat murid selepas


intervensi dijalankan.
Perubahan pengurangan kekerapan tingkah laku seperti dalam graf
yang ditunjukkan pada Rajah 4 telah menunjukkan bahawa
intervensi yang telah saya jalankan iaitu kaedah siapa hero dapat
mengawal dan membantu membentuk tingkah laku positif responden
seterusnya memberi impak yang baik bagi proses PdP yang saya
jalankan. Bukan itu sahaja, kaedah siapa hero yang saya gunakan
ini telah menimbulkan keseronokan murid untuk belajar dengan
adanya penggunaan karikatur di atas kereta lebih-lebih lagi dengan
kereta yang dapat digerakkan di atas jalan raya yang saya ukirkan
seolah-olah objek sebenar bagi murid.
Tambahan lagi, kaedah siapa hero yang memberi
pemberatan kepada gelaran hero kepada murid telah membantu
guru dalam menguruskan kelas khususnya perjalanan PdP agar
sentiasa berjalan dengan lancar tanpa memikirkan kawalan kelas
yang memerlukan masa yang agak lama untuk dikawal. Seperti
mana yang dinyatakan oleh guru-guru PPKI sekolah ini, bagi
mengawal murid sahaja masa yang diperuntukkan untuk satu-satu
masa mata pelajaran tidak mencukupi kerana tingkah laku murid
yang pelbagai dan memberi kesukaran kepada guru untuk menarik
perhatian murid. Berikut menunjukkan analisis temu bual yang saya
jalankan selepas intervensi bersama guru kelas dan guru KH
responden.

Rajah 10 menunjukkan analisis temu bual selepas intervensi


dijalankan
11

7.0 REFLEKSI
Hasil dapatan kajian telah menunjukkan berkurangnya
tingkah laku kurang baik responden seperti mengganggu rakan,
berjalan tanpa kebenaran guru, ingkar arahan, tidak fokus daan
bergaduh seperti di dalam hasil dapatan kajian. Hal ini telah
membuktikan keberkesanan kaedah yang telah saya aplikasikan
kepada responden dan rakan sekelas mereka yang turut serta
sepanjang saya menggunakan kaedah ini.
Saya tidak mengkhususkan penerimaan mahkota kepada
peserta kajian sahaja, kerana saya ingin menerapkan nilai
persaingan antara murid lain dan peserta kajian agar mereka
terdorong dalam mengubah tingkah laku positif dan dapat
memajukan diri untuk merebut gelaran hero. Kaedah yang saya
gunakan ini tidak melibatkan pemberian ganjaran berupa kebendaan
kerana saya tidak mahu murid melakukan sesuatu perubahan untuk
mengejar hadiah semata-mata sehingga pada akhirnya mereka
mengulangi tingkah laku negatif jika tiada hadiah diberikan.
Secara keseluruhannya, saya melihat intervensi yang saya
jalankan ini telah menunjukkan banyak peningkatan ke arah tingkah
laku yang diharapkan. Apabila berkurangnya tingkah laku disruptif
peserta kajian ini, maka secara tidak langsung murid lain akan dapat
memberi tumpuan semasa di dalam kelas dan seterusnya akan
membantu memudahkan para guru menyampaikan ilmu dengan
sebaiknya. Saya dan beberapa guru lain telah dapat impak yang
baik dari hasil perubahan tingkah laku ini di mana amalan PdP kami
terhadap kelas ini semakin berjalan lancar dan teratur dan lebih
penting lagi dapat mencapai objektif PdP yang diharapkan.

8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Sesuatu penyelidikan tidak berhenti setakat itu sahaja. Saya
telah memikirkan dan membuat keputusan untuk meneruskan
penyelidikan berkaitan isu ini dalam lingkungan kedua pada masa
akan datang. Azam saya, kajian ini dapat diaplikasikan di kelas-kelas
PPKI lain untuk membantu para guru mengawal kelas dan tingkah
laku murid. Bila kita bekerja keras untuk membantu perubahan
tingkah laku murid dalam konteks sekolah, akan mudahlah bagi kita
selaku guru untuk menjangkakan masa depan mereka. Dengan kata
mudah expectancy effect, Bill Rogers (2004).

12

Selain itu, saya juga berhasrat untuk menekankan aspek


penghapusan tingkah laku negatif murid sedikit demi sedikit. Adalah
lebih baik sekiranya tingkah laku kurang baik murid terus dihapuskan
dan bukan sahaja dikurangkan seperti di dalam kajian saya ini di
mana fokus utama saya adalah untuk mengawal dan mengurangkan
tingkah laku disruptif murid sahaja. Saya berharap agar pada kitaran
kedua di sekolah kelas sebagai guru sebenar saya dapat
mengaplikasikan kaedah ini dengan membuat penambahbaikan alat
dan bahan yang lebih kreatif dan canggih sesuai dengan peredaran
masa.

6.0 RUJUKAN
Bill Rogers. (2004). How to manage childrens challenging behavior.
London : Paul Chapman Publishing.
Othman Lebar (2011) Kajian Tindakan dalam Penyelidikan : Teori
dan Amalan. Perak. Penerbitan UPSI.
Pengurusan tingkah laku, diakses pada 15 April 2016 melalui
http://www.scribd.com/doc/21195044/PengurusanTingkahLaku-PBS#
Quinn. M, Osher. D, Warger. C, Hanley. T, Bader. B, Tate. R,
Hoffman. C. (2000) Educational Strategies For Children
With Emotional And Behavioral Problems. Center
for
Effective Collaboration and Practice American Institutes for
Research
Teknik modifikasi tingkah laku. (n.d.). diakses pada 11 April 2016
melalui
http://www.scribd.com/doc/49138193/TEKNIKMODIFIKASITINGKAH-LAKU

13