Вы находитесь на странице: 1из 11

CABARAN DAN HALATUJU PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS.

1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan di negara kita masa kini telah banyak melalui transformasi
yang memerlukan komitmen guru yang amat tinggi. Perubahan dan
pembaharuan dalam sistem pendidikan dilihat sebagai peluang untuk menguji
potensi, kemampuan dan cara untuk mengoptimumkan pembangunan individu.
Mereka perlu sedar akan kekuatan dan kelemahan diri dan di atas kesedaran itu
sanggup meningkatkan keupayaan diri serta bersedia melakukan perubahan
mengikut keperluan. Guru bertaraf dunia bukan sahaja merancang strategi
pengajaran-pembelajarannya dengan teliti dan sentiasa membuat persediaan
untuk membuka peluang kepada pelajar melakukan penerokaan malah
merancang pelbagai laluan pembelajaran dengan kemahiran yang tinggi.
Cabaran dalam profesion perguruan masa kini memerlukan pengorbanan
yang sangat tinggi. Pekerjaan yang penuh cabaran ini menguji kemampuan dan
ketabahan dalam menguruskan suatu organisasi dengan bijaksana. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil
yang mencabar kemampuan dan ketabahan seseorang dalam pekerjaan yang
penuh dengan cabaran. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang
guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam
melaksanakan tugasannya bukan dengan muridnya tetapi juga bersama
organisasi dan rakan sekerja yang mempunyai pelbagai kepakaran. Pengurusan
dalam pendidikan mempunyai satu organisasi yang dibentuk yang mempunyai
hala tuju yang mahu dicapai.
Halatuju pula bermaksud penetapan matlamat dan sasaran yang hendak
dicapai dalam sesuatu organisasi. Pendidikan khas perlu mempunyai visi, misi
dan objektif utama dalam mengurus tadbir sesuatu organisasi. Halatuju
merangkumi perancangan pentadbiran, program-program utama, peningkatan
kemahiran dan pengetahuan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dan
membentuk kepakaran yang beretika.

2.0 Cabaran yang dimaksudkan boleh dilihat dalam pelbagai aspek:


2.1 Individu dan keluarga

Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa
mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam
keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa
yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana
terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak
layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan

sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka wujudlah keciciran muridmurid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus
menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang
baik dan akhirnya memberi bebanan kembali kepada keluarga masing-masing.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai
betapa pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri
kepada anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini
berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa
mereka ini. Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit,
mungkin boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu bapa terhadap anakanak mereka berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan
yang mungkin boleh mengundang bahaya semasa di dapur dan semasa
menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan
perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di
Malaysia agak ketinggalan.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada
pihak sekolah semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak
mereka terutama dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat
murid-murid yang masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di
tempat yang sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak
mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya
guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanak tersebut semasa
berada di dalam kelas.
Segelintir mereka mengharapkan sesuatu yang mustahil dalam masa
yang singkat. Keenganan ibu bapa memahami perjalanan pengurusan pendidikan
khas menjadikan ianya semakin sukar untuk dilaksanakan. Bagi mereka anak
mereka harus diajar seperti murid aliran perdana yang lain. Keghairahan
menjadikan anak mereka sama dengan rakan sebaya sedikit sebanyak
memberikan tekanan kepada pengurusan pendidikan khas. Walau bagaimanapun
ada sebahagian mereka pula menyerahkan sepenuhnya anak mereka kepada
pihak sekolah.
Mereka mengharapkan sepenuhnya kepada guru pendidikan khas
mendidik anak mereka dalam segala aspek. Kedua-dua situasi ini menjadi satu
cabaran yang besar dalam pendidikan khas. Hal yang demikian kerana tidak ada
kesinambungan dan komitmen daripada pihak ibu bapa terhadap pembelajaran
anak mereka di luar waktu persekolahan. Peranan sesebuah institusi keluarga
dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran
yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan transformasi dalam pendidikan.
Terdapat sebahagian ibu bapa merasa rendah diri kerana mempunyai anak yang
tidak sempurna dan berasa malu pada ahli keluarga yang lain. Ada
sebahagiannya pula mengasingkan diri dari ahli keluarga lain.
Dari aspek individu murid pula adalah berbeza diantara satu sama
lain. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat

kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek
yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Cabaran
utama bagi guru-guru pendidikan khas bagaimana untuk mendapat kepercayaan
dari anak-anak istimewa ini. Bukan senang untuk berhadapan dengan mereka
kerana setiap orang kanak-kanak istimewa tersebut biasanya mempunyai
pelbagai kelainan. Kesediaan anak-anak istimewa ini memasuki alam
persekolahan juga dengan cara yang berbeza. Ini dapat dilihat pada faktor
kematangan dan kesediaan fizikal berhadapan dengan rakan-rakan baru di
sekolah. Besar kemungkinan layanan yang diterima di sekolah tidak sama
dengan dirumah. Setiap hari mereka perlu mengikuti peraturan-peraturan sama
seperti rakan sebaya mereka.
Guru akan menghadapi berbagai bagai gaya dan karenah daripada muridmurid pendidikan khas ini kerana kebanyakan mereka tidak pernah mengenali
alam persekolahan pada peringkat awal. Mereka mahu dilayan sebagaimana ibu
bapa mereka melayan mereka di rumah. Guru sebagai pengganti ibu bapa perlu
peka kepada keperluan mereka setiap masa. Termasuklah dalam pengurusan
emosi dan amalan berdikari. Cabarannya ialah mungkin apa yang diberi oleh
guru tidak sama dengan apa yang mereka terima dirumah. Sangat sukar bagi
guru berhadapan dengan mereka yang mempunyai kepelbagaian yang pelbagai.
Hanya dengan kesabaran dan keperihatinan serta kemampuan memberikan
layanan yang baik dalam pelbagai aspek mampu meningkatkan kepercayaan
murid terhadap guru pendidikan khas. Kepercayaan dan kasih sayang mereka
terhadap guru akan melebihi kepercayaan dan kasih sayang terhadap ibu bapa
mereka sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dengan kepelbagaian mereka.
Cabaran juga dilihat dalam menguruskan murid-murid pendidikan khas
yang berada di dalam kelas inklusif . Kelas inklusif yang berjaya memerlukan
guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu bersikap jujur dan terbuka.
Perkara yang sering diperkatakan ialah layanan yang diberikan terhadap murid
pendidikan khas dan keprihatinan guru dalam membimbing mereka bersama
murid biasa. Kita juga melihat peranan yang perlu dipikul oleh guru pendidikan
khas semasa menghantar murid mereka ke kelas inklusif. Murid inklusif ini
mempunyai potensi untuk cemerlang sama dengan murid biasa tetapi mereka
memerlukan lebih bimbingan dan motivasi yang tinggi untk berdaya saing.

2.2 Sosial dan persekitaran


Sosial dan persekitaran merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan
pendidikan khas. Sikap dan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan
murid-murid pendidikan khas merupakan satu lonjakan ilmu yang perlu diterokai
bersama. Masyarakat mempunyai pelbagai perbezaan gaya hidup dan
kepercayaan. Cabaran yang sangat besar bagi pengurusan pendidikan khas
adalah dalam memberikan kesedaran dan membetulkan tanggapan mengenai
pendidikan untuk kanak-kanak kelainan upaya. Bukan semua daripada mereka
mempunyai kemampuan untuk memenuhi keperluan perbelanjaan sara hidup
anak-anak mereka.

Malah kebanyakan kanak-kanak kelainan upaya ini datang dari keluarga


yang mempunyai kemampuan yang tinggi untuk memberikan kemudahankemudahan yang sesuai dengan keperluan.
Kita mengharapkan sokongan dan komitmen dari ahli masyarakat dalam
menangani masalah tingkah laku dan displin serta penderaan kanak-kanak.
Sokongan masyarakat sangat penting bagi meredakan kegundahan hati
ibu bapa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran membesarkan
anak-anak kurang upaya. Ibu bapa sendiri perlu bersikap terbuka bagi
menggalakan masyarakat bersifat penyayang dan prihatin. Hubungan dengan
ahli komuniti yang lain perlu dijaga supaya semua orang sekeliling faham
mengenai pengurusan anak-anak pendidikan khas. Pengurusan pendidikan khas
menghadapi cabaran dalam menerapkan nilai-nilai simpati dan empati dalam
kalangan ahli masyarakat atas nama kesedaran dan tangungjawab. Kegiatankegiatan kerja amal dalam masyarakat masih lagi kurang mendapat sambutan
dan penglibatan dalam badan-badan sukarela hanya dalam kalangan ahli yang
terlbat sahaja.
Oleh yang demikian pelbagai kemudahan dalam persekitaran dapat
diusahakan bersama . Namun demikian bukan disemua tempat segala
kemudahan itu disediakan malah ada segelintir yang menyalahgunakannya.
Menerapkan kesedaran dalam kalangan ahli masyarakat mengenai keperluan
golongan kelainan upaya bukanlah sesuatu yang mudah. Lontaran pandangan
sinis dan serong terhadap golongan ini secara negatifnya akan memberi impak
kepada pergaulan kanak-kanak kelainan upaya dalam masyarakat. Kita lihat juga
di persekitaran sekolah dimana penerimaan pentadbiran sekolah dalam
membuka ruang kepada murid-murid pendidikan khas. Pengintegrasian sesuatu
program bukanlah sesuatu yang mudah hendak dilaksanakan. Kesanggupan
berkongsi segala kemudahan yang ada dan memberikan keutamaan kepada
murid-murid pendidikan khas merupakan antara sesuatu yang amat sukar untuk
dilakukan.
Kebanyakan sekolah lebih berfokus kepada kecemerlangan dan bukan
kepada kebajikan kerana ianya membawa kepada impak yang lebih besar. Bukan
semua program integrasi mendapat tempat yang selesa dan mempunyai ruang
yang cukup bagi menampung keperluan aktiviti mereka. Pentadbir melihat
program pendidkan khas ini seolah sekadar menumpang disatu sudut yang lain
atau menjadi tempelan sahaja kepada sekolah. Masyaralat sekolah memandang
ianya satu program yang bukan menyumbang kepada kecemerlangan dan
pembangunan sekolah.
Inilah cabaran yang sangat besar yang perlu dihadapi oleh pengurusan
pendidikan khas. Dalam melaksanakan tugasan hakiki dan berdaya saing
dengan ahli masyarakat sekolah yang lain maka pengurusan pendidikan khas
perlu mempunyai hala tuju supaya program ini akan dipandang sama hebat
dengan program lain. Kerjasama dengan badan-badan atau persatuan yang boleh
memperjuangkan hak-hak kanak-kanak kelainan upaya sangat memberi impak.
Kita semua perlu bersatu menetapkan satu perjuangan yang sama supaya akan

timbul kesedaran dalam kalangan mereka bagi menghargai golongan yang


kurang bernasib baik. Jabatan-jabatan kerajaan turut memainkan peranan
membuka ruang dan menjalankan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran
masyarakat terhadap tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan berbanding
kepentingan peribadi.
Pelbagai aktiviti dan program perlu dirancang bagi membuktikan bahawa
pengurusan pendidikan khas boleh berdaya saing dan mempunyai matlamat
jangka panjang. Kesedaran dapat dilihat sudah banyak badan-badan sukarela
menjalankan aktiviti-aktiviti bersama dan memberikan bantuan kepada yang
memerlukan.

2.3 Personel dan Kepakaran


Asas terpenting yang perlu dimiliki dalam sesuatu organisasi pendidikan ialah
personel yang terdapat dalam sesuatu organisasi. Personel inilah yang akan
membentuk dan menggerakkan sesuatu organisasi untuk mencapai matlamat
yang telah ditetapkan. Menurut Greenlaw dan Kohl dalam buku Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan(zaidatol,2003), pengurusan personel merangkumi semua
keputusan yang berkaitan dengan sesebuah organisasi. Termasuklah aspek
motivasi, melatih dan menyediakan keperluan serta kefungsian personel.
Dalam konteks cabaran dalam pengurusan pendidikan khas, pengurusan
sekolah berusaha membentuk personel seorang guru yang mempunyai nilainilai etika dan kredibiliti sebagai seorang pendidik. Semua peringkat dalam
pengurusan perlu memberikan perhatian dan mengambil berat kebajikan guru
dalam memberikan ruang keselesaan. Pengurusan perlu bijak meletakkan guru di
tempat yang betul dengan minat dan kepakarannya. Kecekapan sesuatu
pengurusan dapat dilihat dengan sumbangan dan kerja buat seorang guru yang
mampu melaksanakan tugasan dengan efisyen.
Tugas seorang guru sebagai pengurus kanak-kanak istimewa ini sangat
mencabar. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan
meneliti pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap murid
pendidikan khas, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran.
Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu adalah berbeza dari
aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana
sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.
Setelah guru perlu mampu memahami serta mengenali setiap jenis murid
didalam kelas supaya mereka juga boleh mencapai kejayaan daripada hasil
pembelajaran mereka di sekolah. Cabaran yang paling besar bagi guru
pendidikan khas ialah bukan sahaja memberikan pendidikan malah memastikan
mereka juga boleh melakukan amalan berdikari dalam kehidupan harian mereka.
Amat sukar untuk dipastikan sebanyak mana amalan tersebut dipraktikan di
rumah dan mempunyai kesinambungan yang berterusan.
Pengurusan pendidikan khas juga perlu membuat perancangan mengurus
bagi menentukan keperluan dalam sesuatu organisasi. Ini bermaksud

mengetahui bilangan guru yang diperlukan dalam sesuatu organisasi mencukupi


dengan keperluan. Kebanyakan program pendidikan khas sering mengalami
kekurangan guru. Tenaga pengajar yang tidak cukup akan menganggu proses
pengajaran dan pembelajaran murid khas. Oleh yang demikian lahirlah guru-guru
yang dilatih secara segera oleh kementerian termasuklah yang bertukar opsyen.
Pengurusan pendidikan khas terpaksa berhadapan dengan tenaga kerja yang
kurang berpengetahuan, kurang kepakaran dan tidak mempunyai minat dengan
pendidikan khas.
Kewibawaan dan kebolehan guru pendidikan khas pula sering dipertikaikan
kerana usaha melahirkan seorang kelainan upaya yang cemerlang sangat sukar
dilakukan. Kecemerlangan mereka dinilai oleh prestasi murid pendidikan khas
dalam akademik. Guru perlu sentiasa mengubahsuai proses pengajaran dan
pembelajaran termasuk kesediaan menggunakan pelbagai alatan pengajaran
bagi mencapai objektif pengajaran. Namun demikian masa untuk menghasilkan
seorang insan yang cemerlang dalam kalangan kelainan upaya memerlukan
masa yang amat panjang. Sikap kebanyakan guru pendidikan khas sendiri yang
terlalu mengambil mudah dan tidak menunjukkan kesungguhan dalam
melaksanakan tugas. Alasan kerana mengajar pendidikan khas bukanlah satu
helah yang baik untuk tidak memberikan kerjasama dalam organisasi sekolah.
Inilah satu cabaran dalam pengurusan pendidikan khas kerana keseluruhan
organisasi akan dipandang sepi kerana sikap beberapa orang guru yang
sedemikian.
Begitu sukar meletakan satu-satu kepakaran mengikut minat dan
kebolehan guru dalam pengurusan pentadbiran. Kepakaran itu boleh diperolehi
dengan usaha latihan dan bacaan, kursus, pembelajaran kendiri. Inidividu guru
itu sendiri perlu mengapliksikan kepakaran yang ada bersama organisasi lain
atau kepakaran itu tidak boleh dikongsikan dengan orang lain. Ini satu cabaran
yang sukar dihadapi kerana ianya bergantung kepada minat dan komitmen guru
dalam menjana idea dan perkongsian maklumat. Bekerjasama sebagai satu
kumpulan guru-guru biasa dan guru khas merupakan satu himpunan kepakaran
dan resos yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian
murid. Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut akan mengurangkan
pergantungan kepada pendekatan pengasingan.
Pengurusan pendidikan khas perlu melahirkan personel yang mempunyai
kepakaran dan kualiti kerja yang seimbang dengan penampilan peribadi. Cabaran
memupuk hubungan baik dengan dalam satu organisasi bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan dan daya pengeluaran dalam satu kerja berpasukan. Struktur
organisasi perlu membina hubungan baik dan menyediakan latihan bagi
meningkatkan semangat kerja berpasukan dan mempertingkatkan kepakaran
personel.

3.0 HALATUJU PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS

Halatuju dalam amalan pendidikan telah jelas dinyatakan dalam Falsafah


Pendidikan Khas iaitu satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya,beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Halatuju bermaksud menetapkan sasaran, misi, visi dan objektif
keseluruhan dalam sesuatu organisasi.
Pengurusan pendidikan khas dalam sesuatu organisasi akan berjaya
apabila terdapat komitmen sepenuhnya terhadap kualiti. Pentingnya
melaksanakan visi dan misi haruslah seiring dengan kecemerlangan tindakan.
Tribus 1994, dalam buku Mengurus Kualiti Di Sekolah(2004), mengatakan
matlamat hendaklah tetap dan tidak berubah-berubah setiap hari. Justeru itu
hasrat organisasi untuk mempunyai hala tuju yang betul perlu selari dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi pendidikan untuk berdepan dengan
cabaran-cabaran dalam pendidikan. Secara keseluruhannya perbincangan
halatuju dalam konteks pengurusan pendidikan khas merangkumi aspek:
3.1 Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Khas
Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada
murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat
berdikari,berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada
masyarakat dan negara. Visi Pendidikan Khas pula bagi menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti kepada mereka dengan keperluan khas kearah
kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Pentadbiran pendidikan khas perlu menyusun atur bidang tugas dengan
bijak supaya tidak berlaku pertindihan tugas yang boleh menjejaskan kualiti guru
dan keseluruhan organisasi. Pembahagian tugas yang adil dan sentiasa
memantau pengurusan kerja serta memberikan khidmat bantu membolehkan
seseorang guru itu menjalankan tugas di atas landasan yang betul. Pentadbiran
pendidikan khas perlu mempunyai acuan yang tersendiri dengan gaya
kepimpinan yang berkesan. Pentadbiran pendidikan khas perlu melihat secara
menyeluruh dari aspek pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid,
pengurusan kewangan dan pentadbiran. Tugas-tugas tersebut harus difahami dan
dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai penetapan perancangan
strategik dengan sumber-sumber yang cukup sesuai dengan keupayaan
membangunkan organisasi. Hubngan baik dengan rakan sekerja yang bersedia
menerima kritikan, idea dan mencari jalan penyelesaian masalah.
3.2 Personel Dan Kepakaran
Menurut Atan (1991), guru mempunyai tugas yang mulia dan penting
kerana di tangan gurulah letaknya rakyat pada masa hadapan. Jika tugas guru
itu dijalankan dengan baik, masyarakat beruntung kerana menjadi rakyat yang
berguna tetapi jika berlaku sebaliknya, masyarakat akan menanggung kerugian
yang besar. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini

harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik
generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Mereka perlu diberi ruang menjalani
kehidupan yang bermakna dan mampu menjalani hidup berdikari dalam
masyarakat.
Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan
pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara
tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti
bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi
dan kejayaan hidup memuaskan.Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011),
menyatakan bahawa mendidik murid kelas pendidikan khas bukan sahaja
memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam
pembelajaran kerana setiap setiap daripada mereka memerlukan kaedah
pengajaran tersendiri.
Pentadbir pendidikan khas perlu merupakan seorang yang menjadi pakar
rujuk dalam segala aspek. Pengetahuan dan pengalaman adalah gabungan yang
boleh memimpin guru-guru lain. Halatuju yang cemerlang memerlukan guru yang
mempunyai keperibadian yang unggul, bersikap positif, memiliki ketrampilan
pengetahuan dan kemahiran dan beretika. Guru perlu berusaha meningkatkan
profesionalisme keguruan supaya kewibaan dan kebolehan mengendalikan
murid-murid pendidikan khas tidak boleh dipertikaikan. Justeru itu keupayaan
berkomunikasi dan berkolaborasi dengan semua pihak membawa kepada satu
budaya kerja cemerlang dan berkualiti.
Guru pendidkan seharunya berani membuat anjakan minda dan sentiasa
membuat pelabagai inovasi dalam pengajaran sebagai tuntutan atas satu usaha
yang bersungguh-sungguh. Kepakaran yang dimiliki menjadi amalan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang membawa kepada kecemerlangan dalam
pendidikan khas. Perkongsian ilmu dapat meningkatkan prestasi kerja dan
memperbaiki kelemahan diri. Mohd Taib Hj Dora, 2005 dalam buku Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesioanal(2010), mengatakan seorang guru itu
perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk meningkatkan
profesion perguruan.
Guru pendidikan khas perlu mempunyai pengurusan emosi dan spiritual
yang tinggi supaya dapat mengekalkan kualiti dalam perkhidmatan. Ketrampilan
diri hendaklah seiring dengan kepercayaan pada diri sendiri dan berteraskan
iman yang kuat agar tidak kecundang dengan tewas dengan tanggapan negatif
pihak lain. Halatuju guru dalam merealisasikan misi Kementerian Pendidikan,
khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha
meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan,
perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri,
memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran
dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang
serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan profesionalisme.
Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik

generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan


dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini setiap masa.
Disamping itu berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan
pendidikan terkini. Guru pendidikan khas perlu menyambut baik dengan
mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib
agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Selain itu juga seorang guru
perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang
berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk
peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan
mencari penyelesaian.
Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk
menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga
perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan
sama sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa
dan guru kelas Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak
berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu.
Kedua-dua guru kelas biasa dan guru khas perlu bersedia untuk menjalankan
tugas dan tanggungjawab yang dipersetujui serta berkesanggupan untuk
merancang dan bekerjasama dalam semua aspek aktiviti dan isu. Penting sekali
adalah kita tidak boleh mengenepikan, mengabaikan atau mengecilkan
pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas ini. Isu isu pengasingan dan
pelabelan membangkitkan semangat dan kekuatan untuk bangun berdaya saing.
Murid-murid pendidikan sudah boleh berada dalam kelompok murid-murid
biasa dan menjalankan aktiviti kurikulum serta kokurikulum bersama. Program
inklusif banyak membantu menjadikan mereka berdaya saing dan
berketrampilan setanding dengan rakan sebaya. Justeru itu program inklusif
perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya supaya murid-murid pendidikan khas
boleh berpeluang membuktikan keupayaan mereka dalam bidang akademik.
Guru pendidikan khas harus berusaha dan menunjukkan kepakaran dalam
pelbagai bidang supaya kebolehan dan kepakaran itu tidak boleh
dipertikaikan. Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran
perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan
inklusif. Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum didiagnosis
lebih positif berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah.
3.3 Peranan Ibu bapa dan Masyarakat
Kita melihat perkembangan program pendidikan khas masa kini semakin
diterima dengan baik. Sambutan dari pihak ibu bapa sangat menggalakan demi
kesedaran dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak istimewa. Akta
pendidikan wajib telah memperlihatkan kedudukan kanak-kanak kelainan upaya
juga berhak diberi pendidikan yang selayaknya seperti kanak-kanak yang seusia
mereka. Bukan mudah bagi pihak ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada
orang tidak mereka kenali. Guru sentiasa perlu bersedia memberikan harapan

dan menunjukkan kecekapan mereka agar kewibawaan mereka dalam mendidik


anak-anak kelainan upaya tidak dipandang remeh.
Pihak pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai hubungan baik
dengan ibu bapa dan sentiasa berkolaborasi demi kejayaan anak-anak
pendidikan khas. Keberkesanan dan pemantapan program sangat memerlukan
sokongan daripada institusi keluarga dan masyarakat. Pendapat Sharifah Alwiyah
Al Sagoff, 1985 dalam buku Kepimpinan Pendidikan di Malaysia92005),
mengatakan sekolah dan keluarga perlu mempunyai aspirasi , nilai dan sikap
yang ada kesinambungan antara sekolah dan rumah. Hal ini akan mengeratkan
hubungan baik dua pihak dalam mencapai visi pengurusan pendidikan khas. Ibu
bapa dan masyarakat juga akan menjadi role model kepada ibu bapa lain dan
anak-anak pendidikan khas. Kesediaan ibu bapa dan masyarakat memberi
sokongan dalam program-program anjuran sekolah dan penglibatan dalam majlis
ilmu seperti seminar ke ibu bapaan membawa kepada hala tuju yang sama.
Kerjasama dengan badan-badan sukarela dan NGO akan membuka ruang
dan pemikiran yang lebih luas dan terbuka. Disinilah tempat yang paling sesuai
untuk mereka bertukar-tukar pendapat, menjana idea dan memberikan kritikan
membina dalam usaha memahami keperluan pendidikan masa kini. Kesedaran
dalam kalangan mereka merupakan satu sokongan dan berfungsi sebagai
penyumbang dalam kemajuan pendidikan. Persepsi ibu bapa dan masyarakat
terhadap pengurusan sekolah perlu berubah mengikut keperluan semasa tanpa
menyalahkan mana-mana pihak.

4.0 Rumusan
Kesimpulannya cabaran dan halatuju pengurusan pendidikan khas perlu
seiring. Isu-isu yang dihadapi bukanlah satu halangan dalam mentadbir sesuatu
program. Semua pihak perlu bekejasama dan berganding bahu supaya muridmurid pendidikan khas mendapat peluang dan hak yang sama dalam pendidikan.
Kecekapan pengurusan sangat bergantung kepada kebijaksanaan mellaksanakan
hal-hal yang berkaitan dengan komunikasi dua hala. Pihak-pihak yang terlibat
secara langsung seharusnya diberi pendedahan yang sebaiknya mengenai
pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas. Dengan adanya kerjasama dan
hubungan baik, maka kecemerlangan murid-murid pendidikan khas sudah pasti
dapat ditingkatkan. Pendidkan Khas juga mempunyai murid yang mempunyai
matlamat mencapai kehidupan bermakna dan berketrampilan dengan didikan
golongan guru yang inovatif dan kreatif. Berikan ruang kepada mereka untuk
menjadi rakyat yang berpendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Senarai rujukan:
Atan Long. (1991). Isu-isu latihan mengajar: Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Habib, M (2005). Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap pelaksanaan


perubahan kurikulum. Tesis Ph.D. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mohd Taib.(2010). Asas kepimpinan dan perkembangan profesional. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd,A(2008), Mengurus kanak-kanak yang susah belajar. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
Noriati, A (2010), Guru dan cabaran semasa.Shah Alam:Oxford Fajar.
Razhiyah, K (2008), Menjadi guru pendidikan khas, Kuala Lumpur: PTS Profesional
Publishing Sdn.
Bhd.
Robiah , S(1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

Syed Ismail, Ahmad Subki. (2010). Guru dan cabaran semasa. Kuala Lumpur:
Penerbitan Multimedia.
Zaidatol Akmaliah (2003) Pengurusan dan kepimpinan pendidikan satu langkah
ke hadapan.
Universiti Putra Malaysia: Serdang
Zharulnizam, S (2010), Kepimpinan dan pengurusan pendidikan khas. Kuala
Lumpur: Utusan
Publication.

Вам также может понравиться