Вы находитесь на странице: 1из 9

INSTITUT PENDIDIKAN

GURU MALAYSIA
KAMPUS BAHASA MELAYU, LEMBAH PANTAI

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


KERJA KURSUS
EDU 3083
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

NAMA

NO.KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

FARHANA BINTI
OTHMAN

930404 - 02 5054

2013191340047

SEMESTER

: 8 AMBILAN JANUARI 2013

KELAS

: PISMP 8B

PENSYARAH

: EN. ZULKARNAIN BIN HASSAN

ISU 1 : MASALAH TUMPUAN MURID


PENGENALAN
Pendidikan merupakan salah satu komponen yang menjadi perhatian utama semua
pihak bagi melahirkan generasi muda yang berilmu dan cemerlang dalam semua aspek yang
diceburi oleh mereka. Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan
komponen yang penting untuk memotivasikan minat dan penglibatan terhadap pelajarnya.
Hal ini kerana kepelbagaian teknik P&P yang baik boleh membantu meningkatkan motivasi
pelajar untuk belajar.
Guru-guru merupakan orang yang berperanan penting dalam memastikan corak
penyampaian sesuatu mata pelajaran itu berkesan atau sebaliknya. Namun begitu, pada
masa kini didapati ramai pelajar semakin kurang tumpuan dan minat dalam mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan oleh guru di dalam kelas. Berdasarkan
kepada definisi yang dikemukakan oleh James (1890) yang menyatakan tumpuan itu adalah
terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara dalam satu masa.
Penumpuan juga mempunyai sifat terpilih kerana manusia boleh memilih sesuatu tumpuan
pada satu masa dan penumpuan juga sangat berkait rapat dengan konsep kesedaran yang
merupakan satu situasi dalam apa-apa jua masa. Penumpuan juga boleh dijelaskan sebagai
perhatian yang memberikan tumpuan terhadap mental dengan membiarkan ransangan lain
mengganggu.

Dengan

pengertian

lain,

aktiviti

mental

yang

ada

kaitan

dengan

pengakategorian, pembentukan konsep, penyelesaian masalah dan membuat keputusan


juga adalah sebahagian dari penumpuan.
Secara keseluruhannya, memberi tumpuan di dalam kelas boleh dijelaskan sebagai aktiviti
mental yang memerlukan pelajar memberi perhatian semasa guru menyampaikan sesi
pengajaran. Definisi yang telah dikemukakan oleh James juga telah menyatakan bahawa
kurang tumpuan semasa guru mengajar ini termasuklah melakukan aktiviti lain seperti
membuat kerja sekolah yang tidak disiapkan, berbual bersama rakan dan sebagainya.
Menurut Reinhartz dan Beach, 1998; Wiles dan Bondi, (1998) menyatakan bahawa
penumpuan di dalam kelas amat penting kerana sekiranya pelajar memberi tumpuan
semasa aktiviti P&P, maka seseorang pelajar itu dapat meningkatkan kecerdasan minda
pelajar agar pelajar dapat menyesuaikan diri, mencapai kejayaan dalam kehidupan serta
bersedia untuk
berada dalam masyarakat masa hadapan yang kian mencabar pada masa kini

MASALAH
Melalui pemerhatian yang dilakukan pada minggu ketiga di Prasekolah SK Selayang
Baru 2, Batu Caves, terdapat beberapa orang murid prasekolah ini yang kurang memberikan
tumpuan atau hilang tumpuan ketika aktiviti dilakukan di dalam kelas. Hal ini dapat dilihat
apabila guru mengajar atau menjalankan aktiviti semaa proses pengajaran dan
pembelajaran. Beberapa orang murid kelihatan berangan dan tidak mendengar arahan guru,
manakala beberapa murid lain tidak mengikut arahan yang diberikan oleh guru kerana leka
bermain di belakang rakan yang lain.
ANALISIS MASALAH
Masalah seperti ini sudah lama diperhatikan oleh guru dan kebelakangan ini semakin
menjadi-jadi. Melalui permerhatian yang dibuat ke atas tingkah laku murid-murid yang
mempunyai masalah tumpuan ini, mereka menunjukkan tingkah laku tidak berminat terhadap
sesuatu aktiviti dengan menunjukkan uka bosan, mengganggu rakan, tidak mempedulikan
guru, tidak memandang ke arah guru dan bercakap dengan rakan.
CADANGAN
Terdapat beberapa cadangan yang telah saya fikirkan bagi mengatasi masalah ini. Untuk
menggalakkan murid-murid supaya lebih aktif dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran, saya ingin mencadangkan beberapa langkah penyelesaian seperti berikut:

Guru perlu menyediakan aktiviti fizikal semasa kelas berlangsung.


Waktu attention breaks perlu dijalankan ketika murid leka melakukan aktiviti.
Jadual yang sistematik perlu dijalankan.
Permudahkan aktiviti melalui kumpulan kecil atau aktiviti mudah yang dapat

dijalankan melalui minat murid.


Hubungan antara guru dan murid yang mesra dan baik dapat membantu murid
menumpukan perhatian sepenuhnya.
Menurut Sulaiman (1997) terdapat pelbagai cara guru menarik minat pelajar ketika

proses pengajaran serta pembelajaran dalam kelas, salah satu daripadanya ialah
menggunakan alat bantu mengajar yang menarik. Penggunaan alat bantu mengajar seperti
carta dan gambar dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru. Guru
perlu menggunakan beberapa pendekatan dan kaedah bagi menarik perhatian pelajar. Guru
yang berfikiran positif sebenarnya boleh menyediakan peluang pembelajaran dengan
mengambil kira gaya pembelajaran.
Daripada kajiannya yang bertajuk Survey of Research on Learning Styles yang
dimuat dalam jurnal Educational Leadership, Mac 1989, Rita Dunn telah membuktikan
bahawa murid yang berjaya belajar dengan lebih berkesan serta berupaya mengekalkan apa
yang dipelajari dengan lebih lama lagi apabila murid tersebut diajar berdasarkan kekuatan

pengamatan dan suasana pengajaran yang mengambil kira cara-cara dan gaya murid
belajar.
TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan yang telah saya lakukan ialah melalui perbincangan dengan guru
kelas untuk menyesuaikan jadual dengan aktiviti dan menyediakan aktiviti yang menarik
kepada murid. Aktiviti menarik yang dijalankan melibatkan aktiviti fizikal seperti menari,
menyanyi sambil melakukan pergerakan dan aktiviti mengikut stesen yang memerlukan
gerakan dalam keseluruhan kelas. Aktiviti yang susah dipermudahkan menjadi aktiviti kecil
yang dibentuk melalui stesen yang disediakan mengikut langkah dan aras iaitu daripada
mudah ke susah dengan disertai aktiviti menarik seperti lakonan dan bermain pupet.
Waktu attention breaks ialah waktu dimana guru menyediakan satu aktiviti atau
nyanyian untuk menarik perhatian murid ketika menjalankan aktiviti. Saya telah
menggunakan beberapa siri nyanyian lagu kanak-kanak dalam menarik perhatian murid.
Beberapa aktiviti regangan juga dijalankan ketika murid leka menjalankan aktiviti bagi
membolehkan mereka untuk melepaskan tekanan ketika belajar dan dapat memberikan
masa untuk mereka rehat. Hubungan antara guru dan murid yang baik dan mesra juga
dipertingkatkan melalui beberapa amalan dan aktiviti yang dilakukan melalui perbualan
antara guru dan murid serta beberapa siri aktivii lain.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Abd. Karim (1994) menyatakan
bahawa setiap guru memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pelajar untuk
belajar dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran. Apabila murid-murid tidak
berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu, guru tidak pula berusaha untuk menarik
minat mereka.
Menurut Salleh (2003) dan Haittie (2003) dalam Rohani Arbaa. et al (2010) telah
menyatakan bahawa faktor guru adalah signifikan dalam mempengaruhi minat dan
komitmen pelajar terhadap pelajaran serta berpotensi mengubah sikap dan status pelajar
terhadap sesuatu kurikulum. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Rohani Arbaa
et.al dalam kajiannya telah menunjukkan bahawa adanya hubungan positif yang sederhana
di antara ciri kualiti guru yang dikaji dengan komitmen pelajar. Hubungan guru dan pelajar
dikenal pasti sebagai ciri kualiti guru-guru yang menjadi peramal terbaik untuk meningkatkan
komitmen belajar pelajar.

ISU 2: MURID PASIF DI DALAM KELAS


PENGENALAN
Interaksi dua hala antara guru dan pelajar merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam
suatu proses pembelajaran, baik di peringkat formal seperti di sekolah dan kampus
(mahupun di peringkat tidak formal seperti keluarga dan masyarakat). Aktiviti bertanya ini
dipengaruhi oleh kebiasaan dan budaya yang terdapat dalam masyarakat. Perbezaan
amalan dan budaya bertanya ini yang membentuk sikap dan karakteristik mahasiswa di
barat dan mahasiswa di timur, khususnya di Malaysia. Kemahiran menanyakan soalan dan
kemahiran memberi rangsangan kepada pelajar untuk menjawab soalan merupakan salah
satu kemahiran yang harus dimiliki oleh pensyarah dan guru. Kemahiran ini sangat penting
dalam kejayaan proses belajar mengajar yang berkesan sama ada di dalam bilik kuliah
mahupun dalam bilik darjah. Apabila seorang pensyarah atau guru bertanya soalan kepada
pelajarnya, matlamatnya bukan sahaja menguji pemahaman mereka terhadap perkara yang
diajar, tetapi juga memberi kesempatan kepada pelajar dan mahasiswa untuk melatih dan
membiasakan mereka dengan budaya kebebasan menyampaikan fikiran dan pendapat
mereka (Winarsih, 2009).
MASALAH
Minggu ini merupakan minggu keempat

saya di sekolah ini, kali ini saya ingin

mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas, terutamanya di


dalam aktiviti berkumpulan. Masalah yang sangat ketara apabila hanya murid yang sama
sahaja yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan. Manakala murid lain hanya
memerhati dan kadangkala mengganggu murid lain.
ANALISIS MASALAH
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah
berbanding dengan murid lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke hadapan
menjadi punca masalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki
keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang
keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan
diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
CADANGAN
Terdapat beberapa cadangan yang telah saya fikirkan bagi mengatasi masalah ini. Untuk
menggalakkan murid-murid supaya lebih aktif dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran, saya ingin mencadangkan beberapa langkah penyelesaian seperti berikut:

Guru perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar mereka
dapat menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam diri mereka.

Guru harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan yang
memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
yang dijalankan dalam kelas.

Guru perlu merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid untuk
melibatkan diri semasa proses PdP berlangsung.

TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan yang saya lakukan ialah semasa menyediakan soalan atau latihan
terhadap murid. Saya telah menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid bagi
membolehkan mereka mampu dan yakin menjawab soalan yang diberikan. Selain itu, hadiah
atau ganjaran juga diberikan kepada murid agar dapat memberikan semangat untuk
melibatkan diri secara aktif. Aktiviti yang menarik juga disediakan seperti melibatkan
beberapa siri permainan dalam standard pembelajaran yang ingin diajar seperti standard
pembelajaran mengira dilakukan melalui permainan lego.
KESIMPULAN
Kebanyakan murid pasif terhadap aktiviti di dalam kelas atas beberapa faktor seperti kurang
keyakinan dalam diri mereka dan aras soalan yang diberikan oleh guru merupakan aras
yang tinggi yang memerlukan mereka berfikir. Selain itu sikap murid yang kurang aktif
menyebabkan mereka tidak gemar sesuatu aktiviti yang dianggap perlu melakukan banyak
perkara.

ISU 3: KAWALAN KELAS


PENGENALAN
Menurut Eileen (2000) dalam kajiannya tentang kawalan kelas, selalunya sistem kawalan
kelas yang lemah menjadi punca utama kebanyakkan proses P&P tidak dapat dijalankan
dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti, kurangnya minat
murid terhadap proses P&P serta kaedah tradisional dalam proses P&P masih digunakan.
Tambahan pula, kurangnya rasa hormat kepada guru serta hilang rasa tanggungjawab
sebagai seorang murid juga menyebabkan mereka sering tidak mengendahkan tugasan dan
arahan yang diberikan oleh guru.

MASALAH
Pada minggu keenam praktikum saya telah mengalami masalah kawalan kelas di mana
murid saya suka membuat bising sekiranya ada orang yang datang melawat atau sesiapa
sahaja yang datang ke prasekolah saya. Selain daripada itu terdapat juga murid yang suka
membuat bising semasa guru sedang mengajar. Mereka seperti tidak menghormati tetamu
yang hadir serta guru. Masalah kelas agak kurang memuaskan.
Masalah yang saya hadapi sekarang adalah saya sukar untuk mengawal kelas ketika
ada orang datang melawat dan ketika mengajar, terutamanya sewaktu guru pembimbing
membuat pemerhatian penilaian. Saya agak malu, namun begitu saya cuba sedaya upaya
untuk mengawal kelas dengan baik. Setakat ini syukur Alhamdulillah saya masih dapat
mengawal kelas walaupun terpaksa menggunakan pelbagai kaedah. Dengan cara ini juga ia
dapat menambah ilmu pengetahuan saya di dalam mengatasi masalah tingkah laku murid.
ANALISIS MASALAH
Perancangan yang teliti adalah penting untuk mengajar. Mengikut

Clark and Lampert

(1986), perancangan guru menentukan apa yang diajar disekolah-sekolah. Perancang yang
baik melibatkan peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai
agar boleh menarik

minat pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang

produktif. Malah aktiviti yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Maka di sini
murid-murid tidak akan menganggu pengurusan guru dengan para pelawat yang datang ke
tabika ataupun sekolah. Marilah kita melihat bagaimana guru merancang pengajarannya.
Sebelum guru merancang, beliau patut ikuti prinsip merancang pengajaran:

Menentukan apa yang hendak diajar

Merancang bagaimana hendak mengajar

Mencari cara memudah cara pembelajaran

Pengurusan pembelajaran.

CADANGAN
Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :
1)

Memberi peneguhan yang positif kepada murid sekiranya ia berkelakuan baik dan tidak

mengganggu rakan-rakan yang lain.


2)

Mengadakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai bahan

yang sesuai serta menggunakan teknik variasi rangsangan bagi menarik minat mereka.
3)

Menasihati dan menegur mereka jika tidak menunjukkan tingkah laku yang kurang

sopan di depan tetamu.


4)

Memberi mereka dendaan atas perbuatan yang mereka lakukan sebgai pengajaran dan

peringatan bagi mereka supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut.


TINDAKAN SUSULAN
Saya akan mengambil langkah dengan membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak yang
bermasalah dan akan menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.
Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah pengurusan diri. Kanak-kanak
yang bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu mengubah
tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru. Di sini saya akan mengambil
langkah dengan memerhati kanak-kanak yang berkenaan secara jarak jauh dan berjumpa
ibu bapa mereka untuk bertanyakan kepada ibu bapa mereka tentang tingkah laku anak
mereka di rumah adakah sama semasa di sekolah.

Menurut pemerhatian yang saya

lakukan saya dapati masalah ini boleh diatasi dengan cara memberi nasihat kepada mereka
secara individu dan memberi mereka dendaan jika tindakan nasihat tidak berhasil. Kanakkanak ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta disayangi. Sebagai seorang guru
saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak
mencari jalan penyelesaiannya.

RUJUKAN
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & N ordin Abd Razak (2010). Hubungan Guru - Pelajar dan
Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan
Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia35(2): 61-69.
Abd Karim Desa (1994), Keberkesanan Guru - guru Kemahiran Hidup Bersepadu Terhadap
Pengajaran dan P embelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Tesis (B.Ed.).
Universiti Teknologi Malaysia. Abd Karim Desa
Wiles, J and Bondi, J. (1998), Curriculum Development: A guide to practice (5th edition) New
Jersey:Merrill James, W. (1890). Principle of Psychology. New York: Holt
Winasih, Y. (2009). Peningkatan Respon Siswa pada Pembelajaran IPS Melalui Pendekatan
Ketrampilan Proses (PTK Pembelajaran IPS di SMP Muhammadiyah 2 Surakarta Kelas VIII
B Tahun Ajaran 2008/2009). Skripsi. Surakarta: Universitas Muhammadiyah Surakarta
http://www.docstoc.com/docs/22028831/1-Peningkatan-Respon-Siswa-Pada-PembelajaranIps-Melalui 05.07.2010_19.15.
Eileen Ferrance.(2000). Action Research, United States: The Education Alliance

Вам также может понравиться