Вы находитесь на странице: 1из 16

1

Permainan Kad Tikrar XOX Membantu Murid Tahun 3 Menghafaz Surah


al-Humazah
Nor Hasanah Binti Remeli
asmaajamilah@yahoo.com
Sarkiah Binti Shaari
Jabatan Pendidikan al-Quran & as-Sunnah
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu empat orang
responden tahun tiga menghafaz surah al-Humazah melalui
permainan Kad Tikrar XOX. Isu murid yang sering dibiasakan dengan
aktiviti Bacaan Ikut Guru pada setiap kali pengajaran dan
pembelajaran al-Quran menyebabkan murid bosan, jemu dan sukar
untuk mengekalkan tumpuan jangka panjang terhadap isi pelajaran.
Berikutan itu, murid juga didapati tiada pendedahan tentang kaedah
menghafaz menyebabkan mereka tidak dapat menghafaz surah alHumazah dengan baik. Oleh itu, teknik hafazan secara berperingkat
yang cuba diterapkan diharapkan dapat memudahkan responden
untuk menghafaz. Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen seperti lembaran kerja.
Hasil dapatan menunjukkan ketiga-tiga orang responden berjaya
menguasai surah al-Humazah dengan baik manakala seorang
responden memerlukan bimbingan seterusnya daripada guru. Saya
mencadangkan agar permainan kad Tikrar XOX ini digunapakai dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi surah-surah pendek yang lain bagi
menarik minat serta penglibatan murid secara aktif semasa aktiviti
menghafaz dijalankan.
Kata kunci: Kad Tikrar XOX, permainan, tikrar, hafazan
berperingkat, penglibatan secara aktif
Abstract
The purpose of this action research is to help four respondents from
year three to memorize surah al-Humazah. During the teaching and
learning of the al-Quran, pupils were so used to read along activity.
The preliminary investigation that I had conducted showed that pupils
did not pay full attention during the memorization activity. They were
easily distracted and as a result, they did not manage to memorize
properly. In addition, pupils were also not exposed with the correct
memorizing methods as they cannot memorize the surah very well.
Therefore, the memorizing techniques which was applied gradually
will facilitate the pupils to memorize easily. An intervention tool called
XOX Tikrar card was created to help improve the respondents ability

2
in memorization. The data collection methods were conducted
through observation, interview, and document analysis. The data
collected showed that all respondents enjoyed using this intervention
tool during the memorization activity. The results showed that three of
them managed to memorize the surah exceptionally well while
arespondent needs further guidance from the teacher. In attracting
pupils as well as their active participation in teaching and learning, I
hope to use this intervention tool to help them in memorizing other
short surahs.
Keywords:
XOX Tikrar card, games, tikrar, memorization stages and active
participation
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Atau Pengalaman Melaksanakan Tugas

Semasa menjalani praktikum selama 3 bulan di sebuah sekolah


di daerah Hulu Langat, saya dikehendaki mengajar 3 Amanah bagi
mata pelajaran al-Quran ayat Hafazan. Kelas tahun 3 Amanah
merupakan kelas kedua terakhir dan terdiri daripada 38 orang murid
iaitu 16 orang murid lelaki dan 22 orang murid perempuan.
Pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan di dalam kelas pada
pukul 11.30-12.30 tengah hari.

Melihat amalan pengajaran saya yang lepas, aktiviti mengulang


secara berkumpulan dan individu sehingga hafaz tidak berjaya
menarik tumpuan, minat dan penglibatan murid-murid. Menurut
Salihah Siais (1993), meskipun telah banyak dibuktikan bahawa
melakukan

sesuatu

perkara

secara

berulang

kali

banyak

mendatangkan faedah yang baik kepada kefahaman dan daya


ingatan, tetapi terdapat juga masalah yang akan wujud daripadanya.

3
Aktiviti

mengulang-ulang

menjemukan

sekiranya

telah
proses

menimbulkan
ulangan

ini

rasa

bosan

dilakukan

dan

dengan

menggunakan teknik yang tidak sesuai. Jika terlalu banyak ulangan


dilakukan mungkin aktiviti ini boleh menjadi satu aktiviti yang hanya
membuang masa dan membosankan.

Fokus Kajian
Fokus

kajian

saya

adalah

untuk

membantu

murid-murid

menghafaz surah al-Humazah melalui permainan Kad Tikrar XOX. Oleh


itu, saya telah membuat perancangan yang teliti dalam menambah
baik amalan pengajaran dan pembelajaran saya. Justeru itu,melalui
aktiviti

bermain

murid-murid

dapat

mencungkil

sifat

kreativiti

menyusun isi pelajaran melalui aktiviti permainan Kad Tikrar XOX.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) serta bahan bantu belajar


(BBB) iatu Kad Tikrar XOX dibina sebelum intervensi dilaksanakan.
Tempoh kajian ini telah dijalankan selama seminggu manakala
intervensi dilaksanakan pada waktu pengajaran dan pembelajaran alQuran (Hafazan) bertempat di bilik Media dan Alat Pandang Dengar
(APD) sekolah.

4
Tinjauan Masalah
Semasa membuat tinjauan awal, saya telah mengumpul data dengan
menggunakan beberapa instrumen kajian bagi mendapatkan gambaran awal tentang
sesuatu

masalah.Saya

telah

menggunakan

kaedah

pengumpulan

data

dalam

melakasanakan kajian seperti kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.
Melalui data-data tersebut, saya berupaya mengenal pasti kelemahan dan masalah yang
terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran saya bagi tajuk hafazan surah al-Humazah.
Analisis Tinjauan Masalah

Data yang telah dikumpul telah dianalisis untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Data daripada pemerhatian


Semasa tinjauan awal, didapati kesemua responden tidak dapat
memberikan tumpuan dan kesungguhan semasa menghafaz. Mereka
hilang fokus terhadap isi pelajaran dan cenderung untuk membuat
perkara-perkara lain seperti berbual-bual, mengusik rakan sebelah
dan berkhayal.

Data daripada analisis dokumen


Jadual 7.2 - Analisis keputusan lembaran kerja semasa tinjauan awal.
Responden

R1

R2

R3

R4

Markah

1/9

1/9

2/9

2/9

Berdasarkan hasil dapatan analisis lembaran kerja yang saya


peroleh, didapati keputusan markah bagi setiap responden adalah
tidak memuaskan. Responden didapati banyak melakukan masalah
tingkah laku semasa menyiapkan lembaran kerja seperti menguap,
menepu-nepuk kepala dan berkhayal. Berikutan itu juga, responden
didapati tidak yakin dengan jawapan sendiri semasa melengkapkan
ayat. Kesemua responden dilihat sering mencuit-cuit bahu rakan
untuk mendapatkan bantuan dan kadang-kadang responden menolehnoleh jawapan rakan sebelah untuk ditiru.

Objektif Kajian
1. Permainan kad Tikrar XOX dapat meningkatkan penguasaan murid
untuk menghafaz surah al-Humazah dengan lancar.
2. Permainan kad Tikrar XOX dapat menambah

baik

amalan

pengajaran dan pembelajaran guru.


Kumpulan Sasaran
Berikut adalah kumpulan murid sasaran saya dalam kajian tindakan
ini.
Jadual 1 Kumpulan murid sasaran
Kelas
Bilangan murid
Jantina

Tahun tiga
Empat orang
Dua orang lelaki dan dua orang perempuan

6
Prestasi
akademik

Prestasi akademik kesemua responden adalah pada


tahap sederhana dalam tilawah al-Quran tetapi lemah
dalam menguasai kemahiran hafazan

Ciri-ciri unik

R1 Suka menyanyi; suka bercakap dan membuat


tugasan lain selain menghafaz
R2 Suka melukis dan mereka bentuk pakaian; suka
berkhayal
R3
Suka mengarang cerita pendek; mudha hilang
tumpuan dan suka bermain dengan alat tulis

R4 Suka menyendiri dan pemalu; mudah hilang


tumpuan dan suka membuat aktiviti sendiri

Pelaksanaan Kajian
Cara Mengumpul Data
Jadual 1 Cara mengumpul data
Bilang
an
1

Tindakan

Tujuan

Pemerhatian

Melakukan pemerhatian secara berstruktur


terhadap tingkah laku responden semasa
tinjauan awal
Temu
bual
dilaksanakan
bertujuan
mendapatkan maklum balas dan menilai
sejauh
mana
responden
dapat
meningkatkan penguasaan hafazan melalui
aktiviti permainan Kad Tikrar XOX. Temu
bual dilakukan secara tertutup bagi
memberikan keselesaan kepada responden
dalam meluahkan pendapat
Lembaran kerja diedarkan pada akhir
pengajaran dan pembelajaran bagi melihat
sejauh mana sikap dan tahap kemampuan
responden menghafaz surah al-Humazah
secara bertulis

Temu bual

Analisis data

7
Jadual 3 di atas ini menerangkan bagaimana pengumpulan data telah
dilakukan. Data yang telah dikumpul perlu dianalisis dan dibuat
interpretasi bagi membolehkan dapatan kajian dilaporkan berdasarkan
bukti-bukti yang telah diperoleh (Mertler, 2006).

Analisis tinjauan masalah


Jadual 2Prosedur bagi meninjau masalah yang berlaku semasa
pengajaran dan pembelajaran hafazan surah al-Humazah
Langkah
Langkah 1

Tindakan
-

Langkah 2

Pemerhatian
awal

Langkah 3

Temu bual
(Murid)

Tujuan
a Masuk ke kelas tahun 3
Amanah untuk
mengajar
Asuhan Tilawah al-Quran
(Hafazan)
Hasil pemerhatian ialah dari segi:
a Tingkah
lakutumpuan
terhadap ayat yang dihafaz
b Sikap

Minat
dan
penglibatan dalam aktiviti
menghafaz
(dilakukan semasa aktiviti tikrar
secara kelas dan berkumpulan di
dalam kelas)
a Bersoal
jawab
secara
berstruktur
dengan
beberapa orang murid selepas
proses pengajaran.
b Contoh:
Apa
perasaan
kamu
selepas
aktiviti
menghafaz?
Apakah
teknik
hafazan
yang kamu gunakan? Kalau
ada, cuba ceritakan kepada
ustazah?
Adakah
kamu
minat
menghafaz? Mengapa?

8
Langkah 4

Analisis
dokumen
Lembaran
kerja

Langkah 5

Analisis
dokumen
Penulisan
jurnal refleksi
guru

a Diedarkan kepada murid


untuk
melihat
sejauh mana mereka
dapat menguasai surah alHumazah secara bertulis.
a Dilakukan
selepas
proses
pengajaran
dan
pembelajaran.

Merujuk kepada jadual 1 berikut adalah proses tinjauan yang saya


lakukan untuk mendapatkan data awal semasa proses pengajaran dan
pembelajaran hafazan surah al-Humazah.

Tujuan

saya

membuat

pemerhatian

ini

ialah

untuk

mengenalpasti murid yang bermasalah dan juga untuk memerhati


sikap dan tingkah laku semasa aktiviti menghafaz. Selain itu, saya
juga telah menjalankan sesi temubual secara tidak berstruktur dengan
murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Tujuan temu bual
ini diadakan adalah

untuk mendapat maklum balas terhadap cara

pengajaran serta kaedah yang saya gunakan semasa mengajar.


Adakah

mereka

dapat

mengikuti

sepanjang

aktiviti

menghafaz

dilakukan?
Tindakan menangani masalah
Jadual 8 Prosedur pelaksanaan kaedah permainan Kad Tikrar XOX
Langkah 1

Cara Pelaksanaan
1. Sebelum aktiviti tikrar dimulakan,
responden mendengar bacaan
contoh daripada guru
2. Responden diperkenalkan dengan

3.

Langkah 2

1.

2.
Langkah 3

1.
2.
3.

Langkah 4

1.
2.
3.

4.

Kad Tikrar XOX


Responden diminta melakukan
tikrar bacaan surah al-Humazah
menggunakan Kad Tikrar XOX
secara berkumpulan
Responden
melakukan
tikrar
bacaaan secara individu sebanyak
3 kali dengan melihat dan 3 kali
tikrar tanpa melihat Kad Tikrar
XOX
Guru mengulang-ulang bacaan
secara khusus untuk responden
yang lemah
Responden dibahagikan kepada
dua kumpulan
Responden diterangkan tentang
permainan Kad Tikrar XOX
Responden
memperdengarkan
bacaan
secara
bergilir-gilir
semasa bermain kad
Tasmik secara berkumpulan dan
individu
Lembaran kerja diedarkan
Guru
membuat
pemerhatian
pada keseluruhan pengajaran
dan pembelajaran dan membuat
catatan refleksi.
Temu bual bersama responden.

Pemerhatian
Berstruktur

Temu bual
Berstruktur
Analisis
Lembaran kerja

Jadual di atas menunjukkan prosedur pelaksanaan kaedah permainan


Kad Tikrar XOX dalam membantu murid Tahun 3 menghafaz surah alHumazah. Sebelum memulakan kajian, saya juga telah meyiapkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) serta membina Bahan Bantu
Belajar (BBB) iatu Kad Tikrar XOX. Kajian dilaksanakan pada waktu
pengajaran dan pembelajaran al-Quran (Hafazan) di dalam bilik Media
dan Alat Pandang Dengar.

10

Hasil Kajian dan Perbincangan


Berdasarkan analisis interpretasi data yang telah dijalankan,
permainan kad Tikrar XOX didapati dapat membantu murid tahun 3
Menghafaz surah al-Humazah. Di samping itu, saya juga dapat menilai
sejauh mana saya telah dapat memperbaiki amalan pengajaran saya
bagi menarik minat dan tumpuan murid terhadap isi pelajaran sekali
gus melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti menghafaz.

Data daripada pemerhatian


Jadual 6 Item-item soalan temu bual
Bil
1
2
3
4

Perkara
Mula
memberikan
tumpuan
dan
kesungguhan menghafaz
Murid
tidak
tergagap-gagap
ketika
membaca surah
Mampu membaca dengan mengikut urutan
ayat yang betul
Murid membaca ayat dengan tajwid yang
betul

R1
/

R2
/

R3
/

R4
/

Melalui pemerhatian, responden menunjukkan perubahan sikap


dan tingkah laku semasa aktiviti menghafaz menggunakan Kad Tikrar
XOX. Responden kelihatan bersemangat dan bersungguh-sungguh
menghafaz

lebih-lebih

lagi

semasa

aktiviti

bergilir-gilir

memperdengarkan bacaan antara pasangan melalui permainan Kad


Tikrar XOX.

11

Data daripada temu bual


Berikut pula adalah hasil analisis daripada maklumat yang diperoleh
daripada

responden

sepanjang

proses

temu

bual.

Temu

bual

berstruktur ini saya lakukan secara individu dan tertutup.

Antara soalan temu bual dan respons daripada maklum balas


responden adalah seperti berikut:TB 1: Apa perasaan kamu apabila menggunakan Kad Tikrar
XOX semasa menghafaz surah al-Humazah?
Jadual 7 Data temu bual 1(a)
Respon
den
R1
R2
R3
R4

Data Temu bual


...Rasa best sangat..dapat hafaz sambil main
dengan kawan sendiri
...ustazah ajar teknik baru untuk hafaz, suka
sangat...
...best..syok...sebab saya dapat hafaz sambil
bermain kad..
... syok giler..main kad tikrar ni tak rasa bosan
,lemah, dan saya seronok...

Melalui temu bual pula, kesemua responden menzahirkan


perasaan seronok apabila menghafaz sambil bermain kad Tikrar XOX

12
bersama pasangan masing-masing. Bagi mendapatkan kesan yang
maksima terhadap pengajaran dan pembelajaran, adalah penting bagi
seorang guru untuk memancing perhatian muridnya dengan aktivitiaktiviti yang menarik dan menyeronokkan.

Apabila murid belajar

dalam suasana yang gembira, tambahan pula aktiviti yang disediakan


selari dengan minat mereka, secara tidak langsung motivasi mereka
untuk belajar akan meningkat. Motivasi dan minat yang mendalam
tersebut akan menjadi pemacu kepada kejayaan murid dalam
pelajaran.

13
Data daripada analisis dokumen
Jadual 10 Analisis keputusan lembaran kerja
Responden

R1

R2

R3

R4

Markah

9/9

9/9

9/9

9/9

Jadual 10 menunjukkan markah yang diperoleh responden


melalui lembaran kerja yang dilakukan secara individu semasa proses
pengajaran

dan

pembelajaran

di

dalam

kelas.

Melalui

aktiviti

menganalisis data daripada lembaran kerja ini dapat menyokong dan


mengukuhkan lagi data-data sebelum ini. Lembaran kerja telah
diedarkan kepada setiap responden pada akhir pengajaran dan
pembelajaran.

Selain itu, permainan kad Tikrar XOX telah dapat membantu


saya menambah baik amalan rutin pengajaran dan pembelajaran
saya. Saya dapat memahami apa kelemahan dan kekuatan saya
dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

saya

yang

terdahulu.

Pendekatan berpusatkan guru telah menyebabkan murid-murid hilang


minat

terhadap

aktiviti

pembelajaran.

menggunakan Kad Tikrar XOX

Malahan,

apabila

saya

sebagai bahan bantu belajar kepada

murid-murid, saya dapati penglibatan murid menjadi lebih aktif.


Kesannya, saya berasa lebih yakin dengan apa yang saya sampaikan

14
kepada mereka apabila mereka berminat dan mudah mengikuti
aktiviti menghafaz. Suasana bilik darjah menjadi lebih positif apabila
murid-murid

memperlihatkan

kerjasama

dalam

melengkapkan

potongan ayat semasa bermain kad Tikrar XOX.

Malahan, saya berasa gembira apabila murid-murid menyukai


dengan

kaedah

hafazan

secara

berperingkat

perkenalkan. Secara tidak langsung,

yang

telah

saya

motivasi dan kesungguhan

murid-murid untuk menghafaz surah-surah pendek yang lain dengan


menggunakan kaedah tersebut dapat ditingkatkan.

Refleksi
Penggunaan

kaedah

permainan

Kad

Tikrar

XOX

dalam

membantu murid Tahun 3 menghafaz surah al-Humazah yang telah


saya perkenalkan dalam kajian ini diakui mempunyai kekuatan
tersendiri. Kekuatan utama kaedah ini adalahdapat menarik minat
serta tumpuan murid terhadap isi pelajaran. Di samping itu, melalui
penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) ini dapat menggalakkan
penglibatan diri murid secara lebih aktif dalam aktiviti menghafaz.
Temu bual bersama responden telah menunjukkan bahawa mereka
seronok dan gembira apabila menghafaz sambil bermain semasa
aktiviti

memperdengarkan

pasangan.

bacaan

secara

bergilir-gilir

dengan

15

Selain itu, dengan adanya pendedahan teknik hafazan secara


berperingkat telah membantu responden untuk menghafaz dengan
lebih mudah. Semasa saya memperkenalkan teknik ini, murid terus
tertarik apabila mendengar namanya sahaja. Responden kelihatan
amat fokus dengan penerangan saya berkenaan dengan teknik
hafazan yang baru dipelajari. Saya berasa sangat kagum dengan
minat dan usaha murid-murid dalam mempelajari dan menghafaz alQuran ayat-ayat suci Allah SWT pada ketika itu.

Cadangan Kajian Seterusnya


Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran pada
masa akan datang permainan kad Tikrar XOX mampu membantu
murid menghafaz surah pendek yang lain. Secara keseluruhannya
kaedah ini

mencapai objektif

yang telah ditetapkan.

Sedikit

penambah baikan terhadap kaedah permainan yang saya gunakan,


saya akan cuba menerapkan sistem token dalam meningkatkan
motivasi murid menghafaz dari semasa ke semasa. Kesimpulannya,
saya akan meneruskan permainan kad Tikrar XOX ini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang akan datang mengikut kesesuaian
murid dan objektif pengajaran.

16

Rujukan
al-Quranul Karim
Ahmad Mohd Salleh. (2004). Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi
Pengajian Islam: KPLI pengajian Islam& j-Qaf. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep
& Amalan Dalam Pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd.
Hajijah. (2008). Kaedah Mesra Warna (Di Kalangan Murid Tingkatan
Lima). Sabah: SMK Majakir Papar.
Mertler, C. A. (2006). Action Research: A Guide For The Teacher
Researcher (2nd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson, Merrill
Prentice Hall.
Morrison, G.S. (2000). Early Childhood Education Today. New Jersey:
Prentice Hall, Inc.
Mok Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran &
Pembelajaran. Ipoh. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Muhammad Mustafa (2011). Kaedah Hafazan Berperingkat Membantu
Memudahkan Penguasaan Murid Dalam Bidang Hafazan Bagi
Surah at-Takastur. Institut Pndidikan Guru Kampus Pendidikan
Islam
Ngalim Purwanto. (1990). Psikologi pendidikan. Bandung: Rosdakarya.
Noriati A. Rashid et al. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Noriati A. Rashid et al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn Bhd.
Spodek, B (1985).Teaching In Early Years, (3rd Ed). New Jersey:
Prentice Hall.
Stephen Ackroyd and John A. Hughes. (1992). Data collection in
context. New York: Longman.

Вам также может понравиться