You are on page 1of 17

1

Penggunaan Kit PHdiy dalam Kaedah Pembelajaran Koperatif Membantu Murid 3


Dedikasi Memahami Konsep Hukum dalam Islam

Nafiisah binti Noh


akusadis@gmail.com
Ustazah Isyah Radhiah binti Idris
IPG Kampus Pendidikan Islam

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu kefahaman murid tahun 3
terhadap konsep hukum dalam Islam. Sasaran Kajian seramai empat orang
menggunakan kit PHdiy dalam kaedah pembelajaran koperatif. Data yang
dikumpul adalah melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.
Dapatan kajian yang melibatkan semua responden yang lemah dalam
pemahaman konsep hukum dalam Islam menunjukkan peningkatan
pencapaian positif dalam aktiviti susulan dan ujian lisan. Malah murid mudah
faham dan seronok apabila menggunakan kit PHdiy dalam kaedah
pembelajaran koperatif. Selain itu, amalan pengajaran saya dalam tajuk ini
bertambah baik dengan pengenalan kit PHdiy dalam kaedah pembelajaran
koperatif.
Kata kunci: Kit PHdiy, Pembelajaran Koperatif, Konsep Hukum dalam
Islam
Abstract
This action research conducted to help students understand the concept in
Islamic law of 3 years. Review target of four using a kit PHdiy in cooperative
learning methods. Data is gathered through observation, interviews and
document analysis. The findings of a study involving all respondents ground
in understanding the concept of law in Islam showed increased positive
achievements in the follow-up activities and an oral exam. Even pupils are
easy to understand and fun when learning to use the PHdiy kit in cooperative
learning methods. In addition, my teaching skills in this topic improved with
the introduction of PHdiy kit in cooperative learning methods.
Keywords: Kit PHdiy, Cooperative Learning, The Concept in Islamic Law

Bidang Ibadah sangat luas dan menyeluruh serta merangkumi tingkah laku
dan amalan manusia dalam kehidupan dengan berlandaskan syariat Allah
berpandukan al-Quran dan al-Hadith. Setiap amalan yang dilakukan didunia
dengan niat yang ikhlas kerana Allah dianggap sebagai ibadah sama ada
ibadah itu merupakan ibadah khusus atau ibadah umum. Pengetahuan
mengenai konsep ibadah pada zaman sekarang kurang memberangsangkan
apabila setiap amalan yang wajib ditunaikan dipandang remeh oleh
sesetengah golongan. Manakala perkara yang haram dilakukan menjadi
tabiat serta cara hidup yang kononnya mengikut peredaran zaman.
Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran atau Pengalaman
Melaksanakan Tugas
Saya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dibawah tajuk
Suruhan dan Larangan Allah di kelas 3 Dedikasi. Sebagai seorang guru
adalah wajar untuk saya melakukan persiapan dari segi bahan dan ilmu
secukupnya sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Musa Daia (1992) dalam Ahmad Mohd Salleh (2013), seseorang
guru mesti mempunyai kemahiran yang cukup dalam menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran yang berbeza. Walaupun banyak kaedah pengajaran
yang yang baharu diperkenalkan, tetapi perlu ditekankan bahawa tidak ada
satu formula pun yang betul-betul dapat menentukan bagaimana cara untuk
mengajar. Apa yang diperlukan adalah menyesuaikan kaedah ini dengan
kehendak dan kehidupan manusia yang dinamik. Justeru saya telah
menggunakan peta pemikiran i-think peta pokok bagi mengklasifikasikan 5

3
hukum dalam Islam beserta pengertian dan contoh-contah bagi setiap
hukum. Saya telah menitikberatkan penggunaan warna, simbol dan gambar
dalam peta pokok yang telah digunakan semasa sesi penerangan. Saya
berpendapat bahawa penggunaan unsur grafik yang bersesuaian mampu
menimbulkan minat dan rangsangan kepada murid-murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Setelah itu, saya berhasrat untuk menguji pemahaman murid-murid
mengenai pengertian setiap hukum-hukum dalam Islam melalui aktiviti teka
silang kata yang dilakukan secara kelas dengan konsep undian nama.
Walaubagaimanapun,

saya

mendapat

keputusan

yang

mengecewakan

apabila murid-murid masih teragak-agak dalam memberi jawapan semasa


aktiviti teka silang kata. Saya meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan aktiviti permainan bola bertuah yang mana aktiviti ini memberi
penekanan khusus kepada contoh bagi setiap hukum dalam Islam. Saya
dapat membuat kesimpulan daripada aktiviti permaianan bola bertuah
bahawa murid dapat memberi contoh yang bersesuaian malah turut dapat
membuat banding beza contoh bagi setiap hukum.
Menerusi pengamatan refleksi bagi sesi pengajaran dan pembelajaran
ini, saya telah meneliti ada dalam kalangan murid yang tidak dapat memberi
pengertian hukum dalam Islam secara spontan. Saya terpaksa membantu
murid dengan memberi contoh amalan yang bertepatan dengan hukum
untuk memberi rangsangan kepada murid untuk berfikir pengertian hukum
yang

disoal.

Hasil

pemerhatian

saya

semasa

sesi

pengajaran

dan

4
pembelajaran berlangsung saya melihat ada 5 orang murid lelaki yang tidak
menunjukkan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran. Mereka dilihat
bermain sesama sendiri dan tidak mengendahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung. Malah mereka dilihat seperti tidak berminat
langsung untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang
saya laksanakan. Saya sangat terkilan dan kecewa sehingga saya membuat
tanggapan bahawa murid-murid sudah bosan dengan pengajaran yang
menekankan kaedah penerangan sahaja tanpa pergerakan secara aktif
mahupun kolaboratif. Selain itu, saya sempat memerhatikan tingkahlaku 2
orang

murid

yang

tersangat

pasif

sewaktu

sesi

pengajaran

dan

pembelanjaran berlangsung. Saya mempunyai naluri yang kuat bahawa 2


orang murid itu sedang berada di dalam dunia masing-masing tanpa
mengendahkan saya yang sedang mengajar dihadapan kelas.
Maka, saya bercadang untuk menyelitkan kaedah pembelajaran
koperatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat
bergerak secara aktif dan mampu berfikir secara kritikal sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekakan pemikirian kreatif dan
kritis. Saya turut berhasrat untuk menyediakan bahan pembelajaran yang
dapat digunakan semasa pelaksanaan pembelajaran koperatif sebagai bahan
rangsangan.
Fokus Kajian
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat membandingbeza
pengertian antara hukum dengan tepat walaupun telah dikemukakan contoh

5
dalam sesi soal jawab. Murid juga kurang keyakinan diri dan masih keliru
semasa menjawab soalan ketika aktiviti pengukuhan dijalankan. Malah murid
tidak dapat menjawab soalan dengan betul semasa aktiviti dalam lembaran
kerja dan buku aktiviti. Masalah ini berlaku dalam kalangan murid kelas 3
Dedikasi yang sering tidak fokus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Murid didapati bosan dengan penerangan guru walaupun telah ditunjukkan
dengan bahan bantu yang lengkap dengan isi pelajaran, penggunaan warna
dan juga gambar-gambar yang membantu penguasaan murid. Semasa sesi
soal

jawab

dilaksanakan,

murid-murid

tidak

dapat

membandingbeza

pengertian setiap hukum dalam Islam dengan tepat. Murid dilihat teragakagak untuk menjawab kerana mudah terkeliru dengan isi pelajaran. Maka,
objektif pembelajaran yang dirancang tidak dapat tercapai dengan baik
apabila sebahagian besar murid masih keliru.
Saya cuba untuk mengatasi masalah ini dengan penggunaan kit PHdiy
(Piramid Hukum do-it-yourself) bagi meningkatkan kefahaman murid dalam
tajuk ini. Murid juga akan menggunakan kit ini dalam perbincangan yang
aktif melalui kaedah pembelajaran koperatif. Saya merujuk kata-kata Mel
Silberman (2007) yang mengatakan apabila pembelajaran bersifat aktif,
pelajar melakukan kebanyakan kerjanya. Mereka menggunakan minda dan
pancaindera untuk mengkaji idea, menyelesaikan masalah dan menerapkan
apa yang dipelajari. Pembelajaran secara aktif adalah pantas, seronok,
membantu dan menarik. Maka saya bercadang untuk mengetengahkan

6
pembelajaran koperatif untuk membina pembelajaran secara aktif dalam
kalangan murid-murid tahun 3 Dedikasi.
Tinjauan Masalah
Semasa membuat tinjauan awal, saya mengumpul data dengan menggunakan beberapa instrumen
kajian, bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang sesuatu masalah yang dihadapi di
samping membantu untuk memahami masalah yang dikenal pasti dengan lebih mendalam.
Sebelum merancang, perlu mengenal pasti masalah yang terdapat dalam pengajaran dan
pembelajaran. Saya mengutip data dengan menggunakan pelbagai kaedah, contohnya dengan
menggunakan soal selidik, menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, dan membuat analisis
dokumen.
Analisis Tinjauan Masalah
Saya telah meneliti ada dalam kalangan murid yang tidak dapat memberi
pengertian hukum dalam Islam secara spontan. Saya terpaksa membantu
murid dengan memberi contoh amalan yang bertepatan dengan hukum
untuk memberi rangsangan kepada murid untuk berfikir pengertian hukum
yang

disoal.

Hasil

pemerhatian

saya

semasa

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran berlangsung saya melihat ada 5 orang murid lelaki yang tidak
menunjukkan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran. Mereka dilihat
bermain sesama sendiri dan tidak mengendahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung. Malah mereka dilihat seperti tidak berminat
langsung untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang
saya laksanakan. Saya sangat terkilan dan kecewa sehingga saya membuat
tanggapan bahawa murid-murid sudah bosan dengan pengajaran yang

7
menekankan kaedah penerangan sahaja tanpa pergerakan secara aktif
mahupun kolaboratif. Selain itu, saya sempat memerhatikan tingkahlaku 2
orang

murid

yang

tersangat

pasif

sewaktu

sesi

pengajaran

dan

pembelanjaran berlangsung.

Objektif Kajian
Terdapat dua objektif yang perlu dicapai bagi kajian tindakan ini iaitu:
1.

Membantu murid

memahami konsep hukum dalam Islam dengan

menggunakan kit PHdiy dalam kaedah pembelajaran koperatif.


2.

Menambahbaik amalan pengajaran guru terhadap konsep hukum


dalam

Islam

dengan

menggunakan

kit

PHdiy

dalam

kaedah

pembelajaran koperatif.

Kumpulan Sasaran
Jadual 1: Kumpulan Sasaran
Bil
1
2

Perkara
Bilangan
murid
Jantina

3
4

Nama kelas
Prestasi
akademik

Ciri-ciri lain

Catatan
4 orang
2 orang lelaki
2 orang perempuan
Tahun 3 Dedikasi
1. Murid
tidak
dapat
membandingbeza
pengertian pengertian bagi setiap hukum
dalam Islam
2. Murid tidak dapat mengemukakan contoh bagi
setiap hukum dalam Islam
3. Seorang sasaran kajian lelaki hanya menyalin
contoh jawapan mengikut turutan yang ditulis
oleh guru di papan putih
SK 1:

8
Aktif bercakap
Mudah hilang fokus
Suka mengajar orang lain
2:
Suka membuat kerja lain semasa guru mengajar
Suka keluar tandas
3:
Pasif
Tidak tahu membaca dengan lancar
Sukar memahami pelajaran
Lambat menyiapkan latihan
4:
Suka bermain dengan rakan sebelah
Mudah
bosan
dengan
pengajaran
dan
pembelajaran
- Tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti yang
dirancang

SK
SK
SK
-

Pelaksanaan Kajian
Cara Mengumpul Data
Penggunaan kaedah dan instrumen yang pelbagai ini adalah untuk
mewujudkan triangulasi instrumen bagi mengelakkan bias (Picciano, 2007).
Pengumpulan

data

bagi

kajian

tindakan

ini

adalah

melalui

kaedah

pemerhatian sewaktu pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung di


dalam kelas, analisis dokumen iaitu lembaran kerja murid dan penulisan
jurnal refleksi yang saya catat. Akhir sekali saya membuat temubual
bersama responden kajian.
Analisis tinjauan masalah
Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah
TINDAKAN
Pemerhatian

TUJUAN
Murid tidak dapat mengingat isi penting konsep

Temu bual

hukum dalam Islam


Murid tidak dapat membandingbeza setiap hukum
dalam Islam

9
Analisis Ujian Lisan
Lembaran Kerja

Murid tidak dapat menjelaskan secara lisan konsep


hukum dalam Islam
Beberapa orang murid tidak dapat menjawab soalan
yang disediakan guru dalam lembaran kerja.

Tindakan menangani masalah


Saya telah membuat tindakan untuk membantu murid menguasai konsep
hukum

dalam

Islam

dengan

penggunaan

kit

PHdiy

dalam

kaedah

pembelajaran koperatif. Pelaksanaan tindakan ini telah berlaku semasa sesi


pengajaran dan pembelajaran bidang Ibadah di bawah tajuk Suruhan dan
Larangan Allah yang menekankan konsep Hukum dalam Islam. Perancangan
bagi penambahbaikkan bermula dengan perancangan dalam Rancangan
Pengajaran Harian yang ditunjukkan seperti dalam Jadual 3 berikut:
Jadual 3: Tindakan Menangani Masalah
Langka
h
(masa)
L1
(10
min)

Isi
kandunga
n
Peta pokok hukum
dalam
Islam:
- Pengert
ian
- Contoh -

Aktiviti

Murid ditunjukkan peta pokok


hukum dalam Islam dihadapan
kelas
Murid diminta membaca isi
pelajaran dengan bimbingan
guru secara kelas
Murid
diberi
penerangan
berkaitan pengertian bagi setiap
hukum dalam Islam.
Murid
ditunjukkan
gambargambar perbuatan manusia
Setiap murid mendapat satu
gambar dan diminta untuk
menampal
gambar
pada
ruangan
hukum
yang

Catatan

Bahan:
- Peta
pokok
hukum
dalam
Islam
- Gambar
perbuatan
manusia
Kaedah:
- Peneranga
n
- Sumbang
saran

10

L2
(30
min)

Aktiviti
berkumpula
n.
-

bersesuaian pada peta pokok


tersebut
Nilai:
Jawapan murid dibincangkan - Mengamal
oleh guru bersama-sama
kan
perintah
Allah
- Meninggal
kan
larangan
Allah
- Yakin
- Bersunggu
h-sungguh
Bahan:
Murid dibahagikan kepada 5
kumpulan
- Kit PHdiy
Murid diberikan arahan bagi - Gam
- Gunting
aktiviti yang akan dijalankan
Setiap kumpulan diberikan kit - Lembaran
panduan
PHdiy dan panduan penggunaan
Murid
diberi
penerangan
panduan penggunaan
Murid ditunjukkan sebuah model
Kaedah:
contoh kit PHdiy yang telah siap
Pembelajar
Dalam kumpulan murid diminta
an
untuk
bekerjasama
koperatif
menyelesaikan kit PHdiy dalam
masa 25 minit.
Nilai:
Hasil model PHdiy yang telah
- Bekerjasa
siap
dipamerkan
dihadapan
ma
kelas
dan
dinilai
dan - Bersunggu
dibincangkan oleh guru bersama
h-sungguh
murid
- Yakin
Kumpulan yang menepati ciri-ciri - Berani
panduan kit PHdiy dikira berjaya
dan diberikan token peneguhan.

Hasil Kajian dan Perbincangan

11
Soalan kajian 1: Bagaimanakah penggunaan kit PHdiy dalam kaedah
pembelajaran koperatif dapat membantu murid memahami konsep
hukum dalam Islam?
Soalan ini telah dijawab dengan melakukan analisis data terhadap tiga
instrumen dalam kajian ini iaitu melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen (lembaran kerja murid). Berdasarkan analisis melalui
kaedah pemerhatian, responden amat tertarik dengan penggunaan Kit PHdiy
dalam pengajaran saya. Ia telah membantu responden untuk memberi fokus
terhadap isi kandungan konsep hukum dalam Islam. Malah murid dapat
menceritakan semula dengan jelas konsep hukum dalam Islam.
Instrumen soalan temu bual berstruktur yang saya telah gunakan jelas
menggambarkan
membantu

pendapat

mereka

responden

memahami

konsep

terhadap
hukum

faktor-faktor

dalam

Islam

yang
dengan

menghubungkaitkan penggunaan Kit PHdiy. Manakala analisis dokumen pula


adalah berdasarkan kepada lembaran kerja murid. Segala data yang saya
telah peroleh menunjukkan peningkatan terhadap tahap kefahaman murid
terhadap tajuk konsep hukum dalam Islam selepas penggunaan Kit PHdiy ini.

Soalan kajian 2: Adakah penggunaan kit PHdiy dalam kaedah


pembelajaran

koperatif

membantu

menambahbaik

amalan

pengajaran guru terhadap konsep hukum dalam Islam?


Bagi soalan kajian kedua ini, jawapannya telah berjaya diperoleh melalui tiga
instrumen yang saya gunakan. Ianya adalah melalui temubual, pemerhatian

12
dan analisis dokumen (jurnal refleksi guru). Secara keseluruhannya, hasil
analisis terhadap instrumen-instrumen tersebut menunjukkan gambaran
bahawa perubahan amalan pengajaran guru iaitu penggunaan Kit PHdiy
dalam kaedah pembelajaran koperatif.
Hasil temu bual menunjukkan bahawa responden sangat menggemari
penggunaan

buku Kit

PHdiy

kerana

elemen hands-on

serta

kaedah

pembelajaran koperatif. Seterusnya hasil pemerhatian pula menunjukkan


murid

lebih

bersemangat

dan

fokus

semasa

sesei

pengajaran

dan

pembelejaran. Manakala analisis terhadap dokumen jurnal refleksi guru pula


menunjukkan perubahan situasi penambahbaikan berlaku jika dibandingkan
dengan amalan rutin guru sebelum ini.
Refleksi
Secara kesimpulannya penggunaan kit PHdiy dalam kaedah pembelakaran
koperatif ini banyak memberi kesan positif terhadap sasaran kajian saya.
tahap kefahaman mereka terhadap isi pelajaran dilihat menunjukkan
peningkatan walaupun tidak 100%. Kajian tindakan ini berjaya mengubah
amalan pengajaran saya dengan kewujudan komunikasi dua hala yang turut
membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap isi pelajaran.
Sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bidang Ibadah
dengan menngunakan kit PHdiy dalam kaedah pembelajaran koperatif
terbukti dapat memberi sedikit perubahan kepada sesi pengajaran dan
pembelajaran biasa yang hanya menekankan satu kaedah pengajaran.
Kajian ini ingin mengetengahkan bahan sumber inovasi dengan penambahan

13
kaedah pembelajaran koperatif. Dapatan kajian turut memberi impak positif
dengan

penggunaan

kaedah

pembelajaran

koperatuf.

Melalui

kaedah

pembelajaran koperatif pula dapat membantu murid menggunakan bahan


secara aktif dan bekerjasama bagi menyelasaikan tugasan yang telah
diberikan.
Cadangan Kajian Seterusnya
Beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan bagi meneruskan kajian
pada masa akan datang ialah sentiasa meningkatkan tahap pengajaran dan
pembelajaran dari semasa ke semasa agar sentiasa selari dengan Falsafah
Pendidikan

Kebangsaan

Menambahbaik

setiap

serta
amalan

Falsafah

Pendidikan

pengajaran

dan

Islam.

Seterusnya.

pembelajaran

dengan

mempelbagaikan kaedah pembelajaran aktif yang bersesuian dengan tajuk


pelajaran.
Selain itu, menggunakan kajian tindakan ini terhadap kumpulan murid
yang mempunyai ciri-ciri dan tahap kecerdasan yang berlainan seperti murid
pada

aras

tinggi, sederhana

dan lemah. Tambahan pula,

cadangan

penambahbaikan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif bagi sesi


pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk dan bidang yang lain. Malah guru
boleh mengubah suai kit PHdiy mengikut kesesuaian tajuk. Akhir sekali ialah
mempelbagaikan

bahan

inovasi

pembelajaran koperatif bagi tajuk lain.

untuk

digunakan

dalam

kaedah

14

Rujukan
Abdul Fattah Hassan (2003). Penggunaan Minda Secara Optimum dalam
Pembelajaran.
Bentong: PTS Publication and Distributor Sdn Bhd.
Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Kajian Tindakan
dalam
Penyelidikan Tindakan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Asri Lazi (2013). Definisi Kit Pembelajaran. Diperoleh Ogos 20, 2015 dari
http://www.scribd.com/doc/141841618/Definisi-KitPembelajaran#scribd
Bowring-Carr C. & West-Burnham J (2010). Siri Kepimpinan & Pengurusan
Sekolah: Belajar
Secara

Berkesan

Diterjemahkan oleh Annur

di

Sekolah

(Effective

Learning

in

Schools).

15
Ayob. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Bryan Coombs (2010). Mengajar Secara Efektif. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Malaysia
Berhad.
Cheah & L. Poon (1998). Efficacy of Cooperative Learning Among Malaysian
Secondary
School Student. Jurnal Pendidikan Jilid 16, 13-27
Deobold P. Van Dalen (1993). Memahami Penyelidikan Pendidikan. Serdang:
Universiti
Pertanian Malaysia.
Effendi Zakaria (1998). Pembelajaran Koperatif. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ismail Said (2009). Kaedah Pemelajaran Koperatif Sekolah Rendah. Shah
Alam: Karisma
Publication Sdn Bhd.
Ismail Zain (2001, Mac 28). Faedah Koperatif dalam Sistem Penilaian. Utusan
Malaysia.
Kamarudin Hj Husin (2010). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications &
Distributors Sdn Bhd

Khalid bin Mohamed Nor (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala


Lumpur: Cahaya

16
Pantai (M) Sdn Bhd.
Mel Silberman (2007). Pembelajaran Aktif: 101 Strategi untuk Mengajar Apa
Jua Subjek. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Malaysia Berhad.
Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti Konsep dan Teori Praktis. Skudai:
Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Yusof Hassan (2000). Pemikiran Saintifik SPB4L. Petaling Jaya Selangor:
Pearson
Education Malaysia Sdn Bhd.
Mok Soon Sang (2010).

Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan

Pembelajaran Edisi Kedua.


Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Mykamus.com
Najeemah Md Yusof (2006). Konsep Pendidikan. Bentong: PTS Profesionals
Publishing Sdn
Bhd
Picciano, A. G. (2007). Educational Research Primer. London: Continuum
Robert F. Meger
(2010).

Teknik

Mendorong

Pelajar

Belajar...

Semangat Mereka. Kuala


Lumpur: Institu Terjemahan Negara Malaysia.

Tanpa

Membunuh

17
Rosinah Edinin (2014). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala
Lumpur:
Freemind Horizons Sdn Bhd
Shamsina Shamsuddin (2013). Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di
Sekolah. Kuala
Lumpur: Freemind Horizon Sdn Bhd
.