You are on page 1of 2

Aku sebatang gigi kacip.

Aku berbentuk tajam


dan pipih seperti pahat. Tuan aku seorang budak
perempuan yang comel. Namanya ialah Lina. Aku
membesar bersama Sang geraham,Sang taring dan
Sang geraham kecil dalam rongga mulut Lina.
Aku mempunyai tugas yang tersendiri seperti
rakan-rakanku yang lain. Tugasku adalah
menggigit dan memotong makanan seperti daging
dan ayam. Selain itu, aku juga dapat melancarkan
sebutan.
Lina sentiasa menjaga kebersihanku. Aku
diberus sekurang-kurangnya tiga kali sehari agar
aku sentiasa wangi dan bersih. Penggunaan
benang flos dapat mengeluarkan sisa makanan
yang tertinggal disekelilingku. Malah, aku juga
perlu dikumur dengan pencuci mulut yang
berflorida sekurang kurangnya sekali sehari.
Selain dari menjaga kebersihanku, Lina juga
perlu mengambil makanan yang sihat dan
berkhasiat agar kesihatan aku menjadi lebih baik.
Makanan yang mengandungi vitamin seperti sayursayuran dan buah-buahan dapat memastikan
kesihatan aku lebih terjamin. Selain itu,
makanan yang mengandungi kalsium seperti susu
juga perlu diambil agar aku sentiasa kuat dan
dapat melaksanakan tugasku dengan baik. Lina
juga tidak lupa untuk mengambil makanan yang
mengandungi zat besi dan protein seperti ayam,

ikan dan makanan laut yang lain agar aku sentiasa


sihat.
Bagi memastikan keadaan aku sentiasa baik,
Lina akan membuat pemeriksaan gigi pada setiap
enam bulan sekali ataupun sekurang-kurangnya
setahun sekali. Hal ini kerana, aku perlu dijaga
dengan rapi agar aku sentiasa dapat berkhidmat
kepada Lina dengan baik.