Вы находитесь на странице: 1из 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2014

SK BANDAR T6
PENGACARA MAJLIS: FARAH & AFIQAH
AKTIVITI

TEKS UCAPAN
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
**protokol
Yang berusaha Tn. Hj. Mohmad Johari Bin Hj. Abd.Rahman, Guru
Besar SK bandar T6, Yang Berusaha, Pn Hjh Habibah Binti
Mohamad, (GPK 1), En. Atan bin Ab. Rahman (Gpk Hem), Pn.

Kata alu-aluan

Supiah Binti Othman (GPK KoKu), guru-guru serta murid-murid


yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta
limpah rahmat-Nya kita diberikan peluang untuk bersua di Majlis
Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-57 SK Bandar T6 bagi
tahun 2014.

Pengenalan

Hadirin-hadirat yang dihormati, sepanjang bulan kemerdekaan ini,

pihak sekolah telah merencana variasi program khas untuk


menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan negara yang
Ke-57. Antaranya ialah Kelas Patriotik, Melukis Poster, Basikal
Patriotikku, Buku Skrap dan banyak lagi.
Majlis

Program-program tersebut adalah bertujuan memupuk semangat


cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat yang
melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta diharap dapat
mengeratkan silaturrahim dalam kalangan murid dan juga guruguru.
Adat berbicara menyampaikan pesan,
Adat upacara menyampaikan aluan.

Menjemput

Oleh yang demikian, majlis menjemput Yang Berusaha Tn. Hj.

Guru Besar

Mohamad Johari bin Hj. Abd. Rahman Guru Besar SK Bandar T6

untuk berucap

untuk menyampaikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan


Program Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 57 bagi tahun
2014.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana
sudi menyampaikan ucapan dan menyempurnakan perasmian
sebentar tadi sebentar tadi.

Ucapan terima
kasih

Hadirin sekalian,
Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan ini,
dijemput adik Mohd. Iqbal bin Ishak dan Nur Afiqah bt. Masrukin dari
Persembahan

kelas 5 Arif untuk medeklamasikan puisi yang bertajuk Hujan


Merdeka

dan

sekaligus

nyanyian

Lagu

Tema

Sambutan

Kemerdekaan Yang Ke-57 Disini Lahirnya Sebuah Cinta oleh adik


Mohd Haiqal Bin Hasnin. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Selepas
Persembahan

Bergetar rasanya apabila mendengarkan sajak yang dideklamasikan


oleh adik Iqbal dan Afiqah sebentar tadi. Malah, suara lunak adik
Haiqal juga menaikkan semangat kemerdekaan ini.
Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara kemuncak
sambutan kemerdekaan SK bandar T6. Untuk itu dijemput, Tn. Hj.

Gimik

Mohamad Johari bin Hj. Abd. Rahman bagi menyempurnakan


majlis. Dipersilakan tuan guru besar untuk mengklik butang tetikus
sebagai tanda gimik majlis pelancaran. Dipersilakan.

Penutup

Begitulah tadi meriahnya majlis sambutan Bulan Kemerdekaan


ingatlah ini baru sahaja permulaan. Diharapkan sambutan ini akan
sentiasa bersemangat dan hangat sepanjang sambutan bermula
pada hari ini hinggalah pada penutupnya pada 25 September.
Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara;


Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan
murid

atas

kehadiran

dan

kerjasama

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.

anda.

Sekian.

Вам также может понравиться