Вы находитесь на странице: 1из 2

Pengalaman dalam hidup saya dalam sifat sabar dan syukur ialah ketika saya

masih berada di bangku sekolah lagi saya merupakan seorang pelajar yang selalu
mendapat kedudukan terakhir dalam peperiksaan tahunan. Saya merasakan diri
saya seorang pelajar yang lemah.
Tapi saya mengajar diri saya untuk bersabar sehinggalah masuk dalam
peperiksaan terbesar pertama kali yang saya duduki iaitu pada tahun 2000
peperiksaan UPSR. Dan Alhamdulillah syukur kehadrat allah saya telah mnedapat
keputusan 5A. Saya begitu gembira pada masa itu dan terus melakukan sujud
syukur. Alhamdulillah. Daripda hari tersebut saya sematkan dalam diri saya yang diri
saya ini adalah seorang yang boleh Berjaya sama sperti pelajar-pelajar yang lain.
Ketika saya menghabiskan pembelajaran saya di peringkat diploma, saya
menunggu peluang pekerjaan. Terlalu banyak sudah resume yang saya hantar di
beberapa jabatan akan tetapi belum ada panggilan temuduga yang saya dapat.
Saya mulai merasa kecewa dan merasa malu kepada kawan kawan saya yang telah
mendapat pekrjaan di sector kerajaan.
Sehingga pada satu masa sebelum saya mendapat sebarang kerja saya
pernah menjadi tukang angkat barang di salah satu pasaraya di Sandakan. Saya
menahan kesabaran saya sehingga 6 tahun bekerja sebagai tukang angkat barang.
Tetapi, saya tidak pernah berhenti berusaha mengisi borang-borang pekerjaan yang
saya jumpa di surat khabar dan beberapa laman sesawang. Saya juga tidak berhenti
berdoa kepada allah agar dipermudahkan segala urusan.
Selama saya bekerja saya merasakan satu sifat dimana walaupun pada masa
itu, gaji yang saya dapat hanyalah rm 400.00 tetapi saya dapat membantu kedua
ibubapa saya sehingga mereka pergi menunaikan umrah dan saya juga dapat
membantu adik saya dalam kos perbelanjaan ketika dia masih berada di university
Malaysia sabah (UMS) walaupun dengan gaji yang sedemikian saya mampu
membuat beberapa perkara berbanding dengan kawan-kawan saya yang pada
masa itu sudah terbeban dengan hutang pinjaman peribadi. Itulah yang dikatakan
dengan sifat syukur dengan segala apa yang telah diberikan oleh allah swt.

Dengan berkat kesabaran saya selama lebih 6 tahun akhirnya saya telah
dipanggil temuduga untuk jawatan DGA29 penolong pegawai pendidikan lepasan
diploma. Saya mendapat jawatan itu pada 26 febuari 2012 dan sehingga sekarang
ini saya sudah berada dalam jabatan agama negeri sabah 4 tahun tempoh
perkhidmatan. Ucapan syukur pada allah yang telah memberi saya beberapa ujian
untuk mengajar diri ini sifat bersabar dan bersyukur.

Вам также может понравиться