Вы находитесь на странице: 1из 3

1.

0 PENGENALAN
BAB 1
INDUSTRI DOBI
1.0
INDUSTRI DOBI
Pengetahuan merupakan asas penting bagi seseorang usahawan sebelum menceburi dunia
perniagaan. Pengetahuan tidak hanya pada asas perniagaan secara amnya tetapi juga asas
didalam bidang perniagaan yang menjadi pilihan. Manakala pengalaman merupakan
pembelajaran yang paling baik dan berkesan bagi seorang usahawan. Perniagaan dobi
merupakan sebuah perniagaan yang sedang berkembang dengan pesatnya. Ini terjadi kerana
terdapatnya permintaan bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Ini terdorong atas beberapa
faktor antaranya adalah kesuntukan masa dan faktor cuaca.
Kesuntukan masa yang dimaksudkan di sini adalah ekonomi Malaysia kebelakangan ini
membangun dengan pesatnya. Dan ini secara tidak langsung telah mengubah cara hidup
masyarakat Malaysia yang semakin sibuk memenuhi tuntutan kerja dan sosial. Manakala
faktor cuaca yang tidak menentu juga mendorong kepada pertumbuhan kepada perniagaan
dobi. Membuka perniagaan dobi dilihat sebagai trend bagi kebanyakan usahawan. Banyak
pusat dobi dibuka, dan telah menjadi satu pemandangan yang biasa apabila dalam satu
kawasan perumahan terdapat lebih daripada satu kedai dobi. Usahawan menganggap
perniagaan dobi sebagai satu perniagaan yang mudah untuk dijalankan, memberi keuntungan
yang tinggi, memerlukan kos permulaan dan kos operasi yang rendah serta usahawan tidak
memerlukan kemahiran atau kepakaran dalam mengawal operasi perniagaan.
Untuk membuka khidmat dobi, pengusaha perlu fikirkan apakah jenis dobi yang ingin
dimulakan. Keputusan pemilihan akan bergantung kepada situasi kewangan dan faktor
geografi. Strategi pemasaran juga perlu diambil kira dalam menentukan jenis dobi yang
mereka mahu mulakan. Jika bukan dobi layan diri atau coin operated, mereka boleh memilih
sama ada dobi lengkap ataupun hanya pick-up station.

Dobi lengkap Segala operasi dobi akan dibuat di dalam satu kedai dari penerimaan tugas,
tagging, sorting, lipat dan bungkus, menggosok dan juga cucian kering atau aquawash.
Sangat menyenangkan untuk membuat semua operasi di dalam satu tempat kerana ia dapat
mengurangkan kekeliruan pakaian. Melayan pelanggan juga menjadi lebih mudah, lagi-lagi
kalau ada permintaan khas atau aduan yang boleh ditangani dengan segera, selain mampu
untuk menyediakan perkhidmatan siap untuk satu hari. Mereka juga tidak perlu mempunyai
pekerja yang hanya menunggu pelanggan. Pekerja yang bertugas dibelakang kaunter untuk
membasuh atau menggosok boleh melayan pelanggan. Walaubagaimanapun, menyewa ruang

yang besar untuk operasi menjadikan overhead yang besar kerana pembayaran sewa yang
tinggi.

Pick-up station mereka menerima tugas dobi di satu tempat, dan melaksanakan khidmat
dobi tersebut di tempat yang lain. Tempat yang lebih strategik boleh dijadikan tempat operasi.
Bagi yang kekurangan modal, mereka boleh menggunakan rumah sendiri untuk tempat
operasi. Dengan keperluan ruang yang kecil untuk tempat penerimaan, maka mereka boleh
memilih tempat yang selalu dilawati oleh potential customer tanpa perlu membayar sewa
yang tinggi. Tempat penerimaan yang kecil, tidak bermakna jualan juga kecil. Penambahan
cawangan juga mudah kerana mereka tidak memerlukan modal yang besar untuk
membuka pick-up station yang baru.
Walaubagaimanapun, pick-up station tidak dapat memberikan khidmat yang cepat melainkan
mereka melabur untuk alatan tertentu bagi membolehkan operasi tertentu di pick-up
station. Pada kebiasaannya, menggosok dilakukan di pick-up station, dengan ini masa pekerja
yang menunggu pelanggan tidak dibazirkan begitu sahaja. Pick-up station tidak dapat
memberikan perkhidmatan basuhan atau cucian kering yang cepat. Model perniagaan pick-up
station ini juga memerlukan pengusaha mempunyai sekurang-kurangnya dua cawangan.
Cawangan pertama ialah tempat operasi, ini menjadikan pengurusan kedai dan pekerja lebih
kompleks, berbanding mempunyai hanya satu dobi lengkap.

Setelah diteliti Dobi Lengkap adalah jenis perkhidmatan dobi yang paling digemari oleh
pengusaha atau usahawan di Malaysia. Setelah dianalisis sebanyak 60 peratus menunjukkan
jenis Dobi Lengkap yang paling digemari oleh usahawan Malaysia manakala 40 peratus lagi
menunjukkan Pick-Up Station Dobi. Hal ini kerana Dobi Lengkap adalah jenis dobi yang

dapat memudahkan pekerja melakukan tugas cucian mereka manakala jenis Pick-Up Station
pula menyukarkan dan melambatkan pekerja melakukan tugas mereka.
Jika dilihat pada zaman ini dianggarkan lima buah kedai dobi secara purata akan dibuka
didalam satu kawasan berikutan terdapatnya permintaan bagi perkhidmatan yang ditawarkan.
Tetapi tidak kurang juga terdapat banyak kedai dobi yang tutup tidak sampai tempoh satu
tahun usia perniagaan. Hal ini terjadi atas beberapa faktor iaitu pertama, melihat perniagaan
dobi sebagai satu perniagaan yang mudah dengan membandingkan basuhan rutin dirumah,
kedua, hanya melihat perniagaan dobi dari aspek keuntungan yang bakal diperolehi, ketiga,
melihat perniagaan dobi sebagai satu perniagaan atau pendapatan sampingan, keempat,
kurang persediaan dari segi modal, pengetahuan, pengurusan am dan akaun syarikat, kelima,
kurang memberi penekanan didalam aspek operasi harian perniagaan, pengurusan am dan
akaun syarikat, dan yang keenam, kurang memberi penekanan didalam aspek pemasaran dan
promosi.
Pemilihan mesin dan peralatan yang betul merupakan aspek penting bagi perniagaan dobi.
Ianya bergantung kepada jenis perniagaan dobi yang ingin diceburi samaada dobi runcit atau
dobi komersial dan jenis perkhidmatan yang ingin ditawarkan oleh usahawan kepada
pelanggan. Memilih jenama dan kapasiti mesin dan peralatan juga adalah penting. kesilapan
didalam pemilihan mesin dan peralatan dobi boleh mendorong kepada tempoh pulangan
modal akan menjadi lebih panjang daripada kebiasaan, membataskan aspek pemasaran, dan
akan terdapat lambakan pada basuhan berikutan tiada kapasiti mesin dan peralatan yang
bersesuaian.

Oleh itu, bakal usahawan disarankan untuk memahami akan perniagaan dobi, jenis
perkhidmatan yang ingin ditawarkan, jenis pemasaran yang ingin ditawarkan dan kepada
siapa perkhidmatan ini ingin ditawarkan sebelum membuat sebarang pembelian mesin dan
peralatan agar tidak berlaku kerugian dimasa akan datang.

Вам также может понравиться