Вы находитесь на странице: 1из 4

Menurut Newman (1963), dalam bukunya yang bertajuk Administrative Action,

beliau mendefinisikan pentadbiran sebagai satu bimbingan, kepimpinan dan


kawalan daya usaha kumpulan pekerja kearah pencapaian matlamat. Bagi
Walker (1977), mendefinisikan pentadbiran sebagai satu proses untuk
menyelaraskan aktiviti-aktiviti organisasi melalui pembentukan matlamat dan
polisi dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya.
Campbell (1983) pula, dalam bukunya Introduction to Educational
Administration, mendefinisikan pntadbiran pendidikan sebagai pengurusan
sesebuah institusi pendidikan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran.
Definisi-definisi di atas memberikan satu unsur penting iaitu kakitangan.
kakitangan merupakan orang yang ditadbir. Selain itu, terdapat juga unsur
pencapaian matlamat organisasi. Sebagai seorang pendidik yang telah lama
berkecimpung dalam bidang pendidikan, saya telah memahami satu konsep
mengenai pentadbiran yang mempunyai tanggungjawab untuk mempengaruhi
tingkah laku kakitangan atau orang bawahan. Hal ini selaras dengan usaha
sesebuah organisasi kearah pencapaian matlamat. Seperti yang dinyatakan oleh
Newman dan Walker melalui definisi pentadbiran, didapati bahawa pihak atasan
merupakan pembuat polisi dan menentukan matlamat organisasi. Seterusnya,
mari kita lihat pula definisi- definisi yang diberikan oleh beberapa lagi penulis
buku yang telah menjalankan kajian terhadap maksud pengurusan.
Menurut Denyer (1977), pengurusan ialah proses mengarah dan mengawal
sesuatu institusi yang melibatkan perancangan dan pengarahan terhadap tugastugas kakitangan. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan arahan dan
kawalan kepada empat factor, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan
alatan. Bagi Thierauf (1977) dalam bukunya yang bertajuk Management
Principles and Practices: A Contingency and Questionnaire Approach, pengurusan
ialah satu proses yang menempatkan input organisasi melalui perancangan,
pengelolaan, pengarahan dan pengawalan bagi menghasilkan output (barangan
dan perkhidmatan) yang diingini oleh pelanggan supaya matlamat organisasi
tercapai. Stoner (1984) dalam Management, menyatakan pengurusan sebagai
satu proses untuk merancang, mengelola, mengarah dan mengawal daya usaha
ahli-ahli organisasi dan pengurusan sumber-sumber organisasi yang lain untuk
mencapai matlamat organisasi yang telah ditentukan.
Melalui definisi-definisi pengurusan itu, tidak terdapat banyak perbezaannya
dengan maksud pentadbiran. Cuma yang membezakan ialah, pengurusan lebih
menekankan kepada input organisasi iaitu barangan dan perkhidmatan.
Pengurusan merupakan satu cara untuk mencapai matlamat melalui
pengendalian input yang terdiri daripada kakitangan, kewangan, bahan mentah
dan teknologi. Input-input ini penting kerana diperlukan untuk mencapai
matlamat. Terdapat beberapa faktor penting yang diperlukan bagi mencapai
matlamat dalam pengurusan. Antaranya ialah perancangan, pengelolaan,
pengarahan dan pengawalan daya usaha kakitangan kearah perlaksanaan tugas
yang cekap dan efektif.
Konsep sekolah ialah sebagai satu sistem yang bertujuan untuk mencapai
matlamat pendidikan tertentu. Konsep ini dikenali sebagai purposif. Konsep
sekolah sebagai satu sistem yang purposif mengambil kira bagaimana ia
menyebarkan khidmat pendidikannya kepada para pengguna. Selain itu, ia juga
mengambil kira bagaimana untuk ia menyediakan peluang bagi ahli-ahlinya
mencapai kepuasan melalui kerja-kerja yang mereka lakukan. Bagi memahami

sistem sesebuah sekolah, yang juga dikenali sebagai organisasi sosial, adalah
penting bagi setiap pendidik untuk mempunyai pengetahuan asas mengenai
konsep dan fungsi pengurusan.
Memiliki pengetahuan adalah penting bagi seseorang guru besar atau pengetua
untuk membimbingnya selain memainkan peranannya sebagai seorang
pentadbiran dan pengurus sesebuah organisasi di sekolah. Oleh kerana guruguru dan kakitagan merupakan am merupakan sumber utama dalam sistem
pentadbiran sekolah, dan tingkah laku mereka mempengaruhi keberkesanan
sekolah, maka satu corak pentadbiran yang tersusun dan teratur diperlukan
untuk memudahkan pengetua membimbing mereka bagi mempertingkatkan
mutu pengajaran-pengajaran.
Pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usahausaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan
berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
Proses pentadbiran ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun
kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi
seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memamahami apakah yang dimaksudkan
dengan pentadbiran.

Perbezaan di antara pentadbiran dan pengurusan


Pentadbiran
Pematuhan secara mutlak kepada peraturan & prosedur.
keputusan One man decision
Aliran komunikasi , arahan dan penugasan adalah bersifat dari atas (hirarki) ke
bawah (hirarki) dan ia bersifat vertical
Pemusatan Arahan Kerja & Kuasa
Subordinat melaksanakan tugas dengan kuasa yang terhad.
Pematuhan konsep hirarki yang ketat.

Pengurusan
Peraturan & prosedur hanya sebagai garis panduan dan pematuhan adalah
bersifat pilihan.

Keputusan dicapai melalui persetujuan bersama.


Aliran komunikasi, arahan dan penugasan adalah bersifat mendatar dan
pengagihan secara saksama mengikut fungsi unit dan ia bersifat horizontal.
Entrepreneur stance
Pengagihan Arahan Kerja & Kuasa
Penugasan disertakan dengan autonomy within the boundary
Konsep hirarki diguna pakai sebagai formaliti namun pasukan kerja mengandungi
ahli dari hirarki yang pelbagai.

Salam sejahtera diucapkan kepada Prof dan rakan sekalian,


Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan
kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu
maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang
menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi.
( Morphet et al, 1982). Griffiths(1959) pula menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku
yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal
sesuatu organisasi sosial itu.
Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan
ialah memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang
terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KSSR. Guru besar juga perlu
membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka
untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok
dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut. Guru besar memainkan peranan yang positif dan
serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak
untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat. Guru
besar mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-cita dan
kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah. Guru besar perlu membimbing dan
mendorong serta merangsang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang
tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi. Guru besar haruslah menjadikan sekolahnya
sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh
sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan
kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.
Dalam konteks guru besar sebagai pemimpin pentadbiran, Barrow (1977) menyatakan kepimpinan
pentadbiran ialah pola-pola tingkahlaku (secara relatif) yang bersekutu dengan kedudukan seseorang
itu sebagai seorang pemimpin. Tingkahlaku ini adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau mengarah
individu atau kumpulan bagi mencapai tugasan dan objektif yang ditetapkan terlebih dahulu untuk
organisasi. Dalam organisasi formal tingkahlaku ini adalah berkaitan dengan peranan-peranan formal
seorang pemimpin itu. Contohnya Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan
kewangan. Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam pengurusan
hal-hal kewangan sekolah dengan memastikan penggunaan wang secara optima. Guru Besar perlu
mengagihkan peruntukan kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan kurikulum,
pembelian alat dan kelengkapan sekolah (b) Pembangunan Fizikal Sebagai pemimpin Guru Besar
juga berperanan mengetahui keperluan fizikal untuk memenuhi segala kehendak kurikulum. Peranan
utama Guru Besar ialah memastikan wujud bilik darjah yang beriklim selesa sepertisaiz bilik darjah

dan ketinggian kerusi meja yang sesuai. Guru Besar juga dilihat dari segi kebolehannya menyebarkan
maklumat-maklumat tertentu kepada guru-guru, kakitangan, ibubapa dan masyarakat setempat
mengenai ordinan-ordinan pelajaran, buku panduan sekolah dan surat-surat pekeliling seperti
pakaian dan dan persatuan. Pemimpin pentadbiran juga kadangkala berperanan sebagai resource
providers atau brokers.
Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться