You are on page 1of 6

Artikel Kedua

Pola Isu, Perspesi Serta Pengalaman Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam
Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat
Objektif
Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka kepelbagaian isu yang dihadapi oleh
pelajar pintar dan berbakat serta selesa dibincangkan mereka dengan kaunselor di sekolah.
Secara umum, responden kajian menunjukkan kecenderungan untuk bersikap selektif dalam
pemilihan isu-isu untuk dikongsi dengan kaunselor sekolah.
Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman menyeluruh
responden terhadap pelaksanaan perkhidmatan kaunseling di sekolah. Secara kolektif,
maklum balas yang diperoleh daripada kedua-dua sumber temu bual memberikan variasi
pengalaman responden yang pelbagai terhadap pelaksanaan perkhidmatan kaunseling serta
kaunselor yang berurusan dengan mereka di sekolah.
Di samping itu, objekif kajian ini adalah untuk meneroka persepsi menyeluruh
responden terhadap pelaksanaan perkhidmatan kaunseling di sekolah. Maklum balas
kualitatif yang diperoleh memaparkan indikasi kepelbagaian perspesi menyeluruh responden
kajian, seakan-akan menyerupai kepelbagaian pengalaman menyeluruh perkhidmatan
kaunseling yang pernah mereka lalui.
Teori
Dalam artikel ini, pengarang telah mengemukakan Teori Humanistik. Abraham
Maslow dan Carl Rogers merupakan dua orang dalam Teori Humanistik. Teori ini
mementingkan kesediaan moral dan potensi pelajar. Di samping itu, Teori Humanistik ini
juga memfokuskan kepada perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan individu,
keunikan diri sendiri bagi seseorang individu dan juga kepentingan kemanusiaan terhadap
individu.
Sepanjang proses pembelajaran, Teori Humanistik ini menekan kepada pelajar,
berpusat kepada pelajar dan pelajar diibaratkan sebagai klien. Dalam keadaan ini, konsep ini
sangat penting kerana menceritakan tentang beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak
individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil.

Konsep
Dalam konteks pedagogi pendidikan, aspek kepelbagaian pelajar perlu diberi
perhatian dalam proses merangka strategi serta alternative pengajaran dan pembelajaran
berkesan terutama bagi kelompok pelajar dengan aptitude rendah serta golongan pelajar
berkeperluan khas termasuk yang pintar dan berbakat.
Seperti yang kita ketahui, kepelbagaian pelajar dapatlah digambarkan melalui
perbezaan mereka dalam pelbagai aspek seperti personaliti, gaya dan keperluan pembelajaran
serta pengetahuan dan keupayaan kognitif yang disebabkan oleh perbezaan faktor sosial dan
latar belakang keluarga seperti jantina, etnik dan budaya, status sosioekonomi serta tahap
keupayaan untuk belajar.
Kepelbagaian pelajar juga dianggap sebagai satu himpunan populasi pelajar yang
terdiri daripada kelompok-kelompok yang dibezakan oleh tahap kebolehan pembelajaran,
merangkumi golongan yang mempunyai satu atau beberapa masalah pembelajaran, golongan
biasa, termasuklah kelompok pelajar yang dianggap pintar dan berbakat.

Hujah
Hujah-hujah yang dikemukakan dalam artikel ini adalah sejauh manakah
perkhidmatan kaunseling yang disediakan dalam sistem pendidikan kebangsaan mampu
memenuhi keperluan populasi pelajar yang berbeza-beza?
Kepelbagaian yang wujud dalam kalangan pelajar memerlukan kaunselor yang
berbeza dalam memberikan perkhidmatan kaunselor yang diperlukan. Pelajar bermasalah
pembelajaran contohnya, merupakan golongan yang dianggap mempunyai peratusan yang
tinggi untuk gagal dalam sistem persekolahan. Justeru, perkhidmatan kaunseling yang
diberikan harus juga memberi tumpuan kepada isu memotivasikan mereka untuk terus
berusaha belajar selain dari memberikan mereka kemahiran belajar yang berkesan.
Metodologi
Artikel ini menggunakan kaedah pengumpulan data. Data dikumpul melalui
pelaksanaan sesi-sesi temu bual kumpulan fokus dan temu bual mendalam menggunakan satu
set *niversi temu bual berstruktur sebagai *niversity kajian.

Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar pintar dan berbakat daripada kohot
pertama dan kedua dari sebuah institusi pendidikan tempatan yang menawarkan program
pendidikan khusus untuk populasi pelajar berkenaan. Sejumlah 24 orang telah terpilih secara
rawakan sistematik untuk dijadikan *niversity*emu bual kumpulan fokus yang mana lapan
orang pelajar membentuk keahlian setiap kumpulan fokus (dengan tiga latar belakang
persekitaran sekolah terdahulu yang berbeza) yang telah dibentuk. Baki seramai enam orang
lagi memberi maklum balas selaku *niversity*emu bual mendalam yang mana setiap
kumpulan fokus dengan latar belakang berbeza diwakili oleh dua orang responden dalam sesi
temu bual mendalam ini.
Data yang diperoleh daripada sesi-sesi temu bual ini dilakukan analisis tema secara
terperinci menggunakan perisian Nvivo versi 8.0 bagi mengelompokkan tema-tema
pembolehubah kajian yang digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan yang telah dibina
berpaksikan tiga objektif utama penyelidikan.
Bukti
Data daripada maklum balas sesi-sesi temu bual kumpulan fokus dan temu bual mendalam
menunjukkan keselesaan responden untuk berkongsi isu-isu dalam dua domain utama iaitu
kerjaya dan akademik. Bukti-bukti temu bual diperlihatkan dengan jelas melalui contoh
petikan-petikan daripada transkripsi kedua-dua temu bual seperti berikut:
1. saya boleh berkongsi dengan kaunselor berkaitan urusan-urusan akademik, kerjaya
dan fasal environment sekolah ke, tapi rasanya bukan isu-isu peribadilah kot
2. yang selalu saya bincang dengan kaunselor adalah pasal kerjaya, sebab lepas
sekolah mesti fikir pasal futurekaunselor ada ujian yang boleh bantu kita pilih nak
buat apa masa university nantiisu kedua yang selesa saya bincangkan dengan
kaunselor adalah dari segi pembelajaranselalunya, cara guru mengajarada sekali
tu saya dapat C dalam satu mata pelajaran, terus pergi jumpa kaunselor
3. saya bersedia untuk berbincang dengan kaunselor dari segi kerjaya, sebab
nampaknya mereka ada pengalaman dan pengetahuansaya juga selesa untuk
berkongsi dengan kaunselor tentang akademik dan pasal sekolah
4. saya lebih selesa bincang perkara-perkara professional, hal-hal kerjaya ke,
akademik, kemahiran belajar ke, hal-hal peribadi, keluarga tak berapa, lebih-lebih lagi
kalau kaunselor lelaki, kalau kaunselor perempuan oklah
Nilai

Isu etika penyelidikan biasanya dilakukan menggunakan manusia yang mempunyai


perasaan dan pengalaman. Kaedah mengumpul data dalam sesetengah kajian pula
mennyentuh emosi, hak, hal peribadi dan sebagainya. Perkataan etika adalah berasal dari
perkataan Greek bermaksud Ethos yang bermaksud budi pekerti yang baik.
Aspek
Penyertaan sukarela

Penentuan diri

Kecerdasan fizikal dan mental


Rahsia peribadi

Identiti pengkaji

Panduan
Responden adalah subjek sukarela. Pengkaji
boleh menyediakan borang jaminan kajian dan
surat persetujuan menjadi responden.
Pengkaji perlu mengetahui individu yang
responden mempunyai hak untuk menilai
maklumat kajian sebelum membuat keputusan
untuk mengambil bahagian atau tidak.
Memastikan keselamatan responden terjamin
Kepekaan maklumat yang diberi darjah
keperibadian dan potensi ancaman adalah
selamat setelah didedahkan.
Keadaan persekitaran responden iaitu tempat
tinggal, jenis kenderaan, tempat bekerja,
kewangan dan sebagainya.
Perlu diberitahu kepada responden secara
ikhlas sebelum meminta kebenaran responden
untuk mengambil bahagian dalamn kajian.

Tanpa nama atau identiti

Keadaan yang mana orang lain tidak mengenali


siapakah subjek kajian yang membekalkan data
atau maklumat kajian. Pengkaji perlu
merahsiakan segala maklumat yang dibekalkan
oleh pembekal maklumat.

Perjanjian sulit

Segala maklumat responden haruslah


dirahsiakan.

Pembelotan

Kajian pecah amanah haruslah dielakkan oleh


pengkaji.

Penipuan

Pengkaji harus memberi maklumat yang benar.

Hak cipta

Pengkaji menggunakan hasil kerja pengkaji


lain dengan mendapat kebenaran bertulis.

Kesusasteraan
Kajian yang dijalankan dalam artikel ini dapat digunakan di peringkat sekolah
menengah dalam memahami sikap dan emosi para pelajar terhadap gaya pembelajaran di
dalam kelas. Setiap pelajar pintar dan berbakat mempunyai keperluan yang unik dan berbezabeza. Pandangan para pelajar terhadap kaunselor akan berubah dari negatif kepada positif.
Sebelum ini, para pelajar beranggapan perkhidmatan kurang bermanfaat. Oleh itu
perlu ada penambahbaikan dalam pelaksanaan perkhidmatan di peringkat sekolah
terutamanya sekolah menengah.

Ciri-ciri kaunselor yang tidak ideal perlu dihapuskan.

Kaunselor perlu lebih profesional semasa melaksanakan tugas utama mereka sebagai
kaunselor.

Sumbangan
Kajian ini telah memberikan sumbangan yang besar terhadap bidang kaunseling di
sekolah-sekolah terutamanya sekolah-sekolah menengah. Penerokaan secara mendalam
terhadap bentuk perkhidmatan kaunseling kerjaya khusus untuk populasi pelajar, penerapan
kemahiran bimbingan dan kaunseling bersesuaian dalam kalangan pemegang taruh
pendidikan pintar dan berbakat seperti guru dan ibu bapa serta pendidikan kaunselor untuk
populasi pelajar unik ini wajar dilakukan pada masa hadapan kerana dapat membantu para
pelajar memilih bidang kerjaya yang bersesuaian selepas tamat persekolahan dan berusaha
untuk mencapai keputusan yang baik dalam akademik.

Gaya
Bahasa yang digunakan oleh pengarang agak mudah untuk difahami. Ayat-ayat yang
digunakan pendek dan tidak berjela-jela panjangnya sehingga menimbulkan kekeliruan
pembaca.

Selain itu, pengarang turut menggunakan rajah untuk menerangkan pola isu lazim
pelajar pintar dan berbakat yang dikongsi dengan kaunselor sekolah dan rajah maklumbalas
pengalaman pelajar pintar dan berbakat dengan kaunselor sekolah agar para pembaca dapat
memahami serta mendapat gambaran yang lebih tepat lagi.
Di samping itu, juga terdapat jadual ciri-ciri kaunselor sekolah berdasarkan persepsi
responden kajian. Melalui jadual tersebut, para pembaca dapat membezakan dan memahami
ciri-ciri ideal kaunselor dan ciri-ciri tidak ideal kaunselor.
Kesimpulan
Kesimpulannya, perkhidmatan kaunseling kerjaya dan bimbingan akademik
merupakan perkhidmatan yang paling utama dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat.
Mereka lebih selesa berkongsi masalah mereka dalam bidang kerjaya dan akademik. Oleh itu,
pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak program kaunseling yang berkaitan dengan
kerjaya dan akademik untuk memenuhi keperluan para pelajar. Dengan ini, para pelajar dapat
mengenali diri mereka dengan lebih dekat serta mereka tahu apa yang mereka perlukan
selepas tamat persekolahan suatu hari nanti.
Kepelbagaian yang wujud dalam kalangan pelajar memerlukan kaunselor yang
berbeza. Oleh itu, perkhidmatan kaunseling yang diberikan harus juga memberi tumpuan
kepada isu memotivasikan mereka untuk terus berusaha belajar selain dari memberikan
mereka kemahiran belajar yang berkesan.