You are on page 1of 5

LAMPIRAN

Kriteria Pembentangan Usulan


Seminar Siswazah Fakulti Pendidikan
SENARAI SEMAK KANDUNGAN USULAN
BAB 1

PENDAHULUAN

BIL

PERKARA

1.1

Pengenalan

1.2

1.3

Memperkenalkan bahagian-bahagian dalam Bab 1.

Pernyataan rasional tentang mengapa kajian ini dicadangkan.

STATUS
(ADA/TIADA)

MUKA
SURAT

CATATAN

Latarbelakang Kajian

Menyatakan senario semasa yang berkaitan dengan permasalahan


kajian secara keseluruhan.

Membincangkan beberapa idea kecil tentang permasalahan kajian yang


disokong oleh rujukan.

Membincangkan secara ringkas tentang konsep permasalahan kajian.

Menjuruskan kepada satu idea utama daripada beberapa idea kecil


permasalahan kajian di atas; dengan disokong oleh 2-3 rujukan primer
kepada topik proposal kajian.

Pernyataan masalah

Membuktikan dan mengulas kewujudan masalah kajian (dengan


data/jadual berkaitan, jika ada) berdasarkan rujukan-rujukan berwasit;
samada buku, jurnal, artikel, prosiding, laporan-laporan dan sumbersumber sahih.

Mengenengahkan jurang pengetahuan (knowledge gap) yang wujud


di antara penyelesaian yang telah dibuat, dengan penyelesaian yang
masih di dalam persoalan. Perbincangan perlu merujuk kepada aspekaspek kajian yang berkaitan dengan permasalahan kajian yang telah
dilaporkan dan yang belum dilaporkan.

Menjustifikasikan rasional mengemukakan cadangan kajian (ke atas


tajuk yang dipilih) berdasarkan jurang pengetahuan di atas.
* Rujuk Creswell (2008) dan Schumacher (2000)

1.4

Tujuan kajian

1.5

Menghuraikan secara am tentang arah tujuan kajian berdasarkan


permasalahan kajian (1.3) dalam bentuk pernyataan matlamat kajian.

Objektif kajian
(a) Bagi penyelidikan kuantitatif, pastikan setiap ayat objektif kajian
mempunyai unsur jenis dan nilai hubungan yang hendak dikenalpasti,
pembolehubah--pembolehubah (bersandar dan tidak bersandar) yang
hendak diukur dan sampel yang akan digunakan.
Formula: Hubungan + V1.V2.V3.+ Sampel

Hubungan merujuk kepada tahap, korelasi, perbezaan, pengaruh,


faktor-faktor, dan kesan interaksi. Sebagai contoh:

pertalian/korelasi di antara pembolehubah yang hendak dikaji.


pengaruh dan kesan/akibat antara pemboleh ubah.
perbezaan antara pembolehubah.
tahap/status sesuatu fenomena.

(b) Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan ayat objektif kajian


menggambarkan penerokaan kearah memahami:

bagaimana sesuatu konstruk itu dikonsepsikan/diterjemahkan.

bagaimana proses/pendekatan sesuatu konstruk itu dilakukan.

Apa(konsep-konsep/langkah-langkah/teknik-teknik/strategistrategi) yang terkandung dalam sesuatu konstruk tersebut.

apakah cadangan (cth: model, pendekatan, strategi dll) yang akan


diketengahkan hasilan daripada dapatan-dapatan di atas.
1.6

Soalan kajian

1.7

Status
(Ada/Tiada)

Muka
surat

Catatan

Menyatakan setiap objektif kajian di atas dalam bentuk ayat tanya dan
jika perlu dipecahkan lagi kepada beberapa persoalan kajian yang lebih
terperinci/kecil.

Hipotesis kajian (jika berkaitan)

1.8

1.9

Memastikan pernyataan hipotesis kajian adalah dalam bentuk hipotesis


nol (Ho).
Kerangka konseptual kajian/Kerangka Teoritikal Kajian

Bagi kerangka konseptual kajian, jelaskan teori/kajian-kajian berkaitan


yang dirujuk sebagai asas pembinaannya (samada oleh penyelidik atau
penyaran) dan bagaimana kerangka ini sesuai untuk menjawab
persoalan-persoalan kajian.

Menghuraikan/menjelaskan setiap komponen dalam model/kerangka


teori yang digambarkan dan hubungannya antara satu sama lain dengan
berdasarkan bagaimana pembina/penyaran kerangka teori/model
membangunkannya.

Membuat rumusan ringkas secara keseluruhan dengan memberikan


rasional kepada pemilihan kerangka konseptual/teoritikal kajian dalam
konteks kesesuaiannya menjawab persoalan kajian.

Memastikan gambarajah yang menunjukkan hubungkaitan antara


komponen-komponen dalam satu model/kerangka teori.

Kepentingan kajian

1.10

Menunjukkan bagaimana kepentingan kajian boleh menyumbang


kepada penyelidikan dalam bidang yang sama daripada aspek:
i.
Pembolehubah-pembolehubah baharu yang akan dikaji.
ii. Metodologi kajian.
iii. Sampel kajian.
iv. Hasilan baru yang diharapkan.
v. Perspektif baharu/lain.

Batasan kajian

Menyatakan had kajian daripada aspek metodologi kajian seperti


sampel yang dipilih, instrumen yang dilaksanakan, dan prosedur kajian
yang dijalankan.

Menyatakan had kesahan dan kebolehpercayaan kajian dari aspek


ketekalan/replikasi dan generalisasi kajian.

Menyatakan had kajian dari aspek skop kajian seperti sebahagian


daripada bidang yang lebih besar.

1.11

Definisi Operasional/Istilah
(a) Bagi penyelidikan kuantitatif, pastikan konstruk/konsep/pembolehubah
yang terkandung dalam objektif kajian diberikan definisi yang
operasional (yang boleh diukur nilainya dalam bentuk skala tertentu)
serta berdasarkan rujukan-rujukan yang sah.
(b) Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan konsep-konsep utama/konstruk
yang terkandung dalam objektif kajian diberikan maknanya berdasarkan
konsepsi-konsepsi yang disarankan dalam kajian kepustakaan yang
dipilih oleh penyelidik.

BAB 2
BIL

ULASAN KEPUSTAKAAN
PERKARA

Memastikan bahagian pendahuluan menggambarkan topik-topik yang


akan dibincangkan dalam bab ini secara ringkas dan menyeluruh.

Bagi kajian-kajian tertentu, perlu dimuatkan maklumat-maklumat latar


belakang yang difikirkan perlu pembaca tahu untuk konteks perbincangan
seterusnya. (Contohnya, tentang sesuatu institusi, sistem, dll).

Membincangkan topik berkaitan huraian definisi konstruk/konsep dalam


tajuk kajian dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah.

Membincangkan topik berkaitan huraian komponen konstruk/konsep


dalam tajuk kajian dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah.

Membincangkan topik berkaitan setiap konstruk/pembolehubah dalam


semua objektif kajian yang telah disenaraikan dengan berdasarkan
rujukan-rujukan yang sah. Pastikan setiap konsep dan elemen yang
membina maksud konstruk/pembolehubah telah digali sehingga tepu dari
sebanyak mungkin rujukan.

Membincangkan teori-teori yang mendasari model/kerangka konseptual


yang digunakan dalam Bab 1.

Membincangkan model-model yang ada selain yang diketengahkan dalam


bab 1 dengan tujuan memberi gambaran keseluruhan dan mengapa model
yang dipilih dalam Bab 1 paling sesuai.

Membincangkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan objektif


kajian dan pernyataan masalah dengan iritis (Contoh, membuat sntesis
dan memberi hujah).

Membuat rumusan dengan mensintesis arah aliran ilmu yang menjadi


asas kepada tesis berdasarkan maklumat-maklumat yang dinyatakan
sebelumnya.

STATUS
(ADA/TIADA)

MUKA
SURAT

CATATAN

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN (RUJUK GAYA UKM)

BIL

PERKARA

3.1

Pengenalan

3.2

3.3

STATUS
(ADA/TIADA)

MUKA
SURAT

CATATAN

Menerangkan secara ringkas komponen kandungan dalam bab ini.

Rekabentuk kajian

Membincangkan reka bentuk kajian yang dipilih.

Memberikan rasional kepada pemilihan reka bentuk kajian yang berkaitan.

Populasi dan sampel kajian/Peserta Kajian

Membincangkan ciri-ciri dan rasional pemilihan sampel/responden yang


terlibat dalam memberikan data kepada penyelidik.

Menerangkan jenis teknik persampelan yang digunakan (secara rawak,


sistematik, berstrata, purposive dll) serta prosedur persamplean yang
berkaitan.

Bagi penyelidikan kuantitatif, terangkan faktor-faktor yang diambil kira


untuk menentukan saiz sampel. [Contohnya, daripada aspek statistical
power analysis, Effect size dan seumpamanya.]
**Rujuk Gall and Gall (2003)

3.4

Memperincikankan tentang tempat/lokasi data dikutip.

Menerangkan mengapa lokasi berkenaan dipilih dalam konteks menepati


objektif kajian.

Instrumen kajian (jika berkaitan)

Menerangkan format instrumen yang digunakan untuk mengutip data.

Menerangkan tentang bagaimana item-item instrumen ini dibina bagi


konstruk-konstruk yang hendak diukur kajian (content validity) serta
rujukan (pakar-pakar dan buku-buku ilmiah).

Menerangkan proses kajian rintis untuk memurnikan instrumen dengan


melaporkan pekali kebolehpercayaannya (reliability coefficient).

Menerangkan pemurnian item-item instrumen yang dibuat berdasarkan


maklum balas daripada kajian rintis di atas

Jika mengadaptasi instrument yang sedia ada, jelaskan sumbernya, proses


mendapatkan kebenaran, serta nyatakan mengapa dan bagaimana proses
adaptasi dilakukan.

Bincangkan, Kesan Hawthorn, bias disebabkan kehadiran penyelidik dan


perakam video dalam tempat kajian, jika relevan.

Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan perkara-perkara berikut:


i. soalan berstruktur temubual/thinking aloud/restrospektif/focus group
discussion yang dibina adalah berdasarkan objektif kajian, rekabentuk
kajian, kajian literatur dan model kajian yang dikemukakan.
ii. panduan item yang hendak dibuat pemerhatian selari dengan itemitem dalam soalan berstruktur di atas.

iii. dokumen yang akan dianalisis dijelaskan mengapa ia sesuai untuk


ditriangulasikan maklumatnya serta sebutkan nama/jenis/penerbit
dokumen yang dianalisis.

3.5

3.6

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dibincangkan dengan jelas.

Tatacara/prosedur pemerolehan data

Menerangkan tentang prosedur atau langkah mengutip data survey atau


intervensi yang dilakukan daripada aspek:
i. Masa
ii. Pelaksanaan intervensi keatas sampel
iii. Tempat

Bagi penyelidikan kualitatif , jika menggunakan kaedah pemerhatian dan


temubual, nyatakan dengan jelas siapa yang menjalankan pemerhatian dan
temubual, waktu dan bilangan jumlah jam pemerhatian, lokasi serta
kaedah menjalankan pemerhatian dan temubual tersebut.

Jelaskan bagaimana dokumen akan diperoleh daripada mana-mana sumber


dan kerelevanannya.

Status
Ada/Tiada

Muka
Surat

Catatan

Tatacara penganalisisan data


(a) Bagi penyelidikan kuantitatif;
Memastikan skala bagi setiap pembolehubah yang hendak diukur
adalah betul.
Memperincikan tentang jenis statistik yang akan digunakan untuk
menganalisis data bagi setiap bahagian/section.
Memberi rasional tentang pemilihan jenis statistik yang akan
digunakan.
Menetapkan paras keyakinan (tahap ), jika berkaitan.
(b) Bagi penyelidikan kualitatif;
Terangkan pendekatan analisis data yang dipakai dan bagaimana ia
akan dilakukan. [Contohnya: Constant comparative method, inductive
analysis dll.]
Terangkan bagaimana trianguasi digunakan semasa proses
penganalisisan data.
Terangkan bagaimana aspek-aspek kesahan dan kebolehpercayaan
dipastikan.