Вы находитесь на странице: 1из 10

KAEDAH MENTORING BERWARNA MEMUPUK NILAI INSANIAH MURID

TAHUN LIMA DALAM PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI


Noor Syafika Izzaty Binti Yahaya
Encik Azizan Bin Puteh
Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
931201025710fika@Gmail.Com
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu memupuk nilai insaniah
dan kepimpinan melalui kaedah pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kaedah ini dapat
meningkatkan kualiti pembelajaran pengajaran Pendidikan Jasmani secara lebih berdisiplin.
Murid dalam kajian ini seramai 32 orang murid dari tahun Lima Karisma dari Sekolah
Kebangsaan Langkasuka, Yan Kedah yang terdiri daripada 13 murid lelaki dan 19 murid
perempuan berbangsa Melayu. Data telah dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian dan soal
selidik. Tindakan yang telah dilakukan untuk memupuk nilai insaniah berkonsepkan kaedah
Mentoring Berwarna dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Data yang
diperolehi telah dianalisi dengan menggunakan perisian komputer Microsoft Excel untuk
melihat peningkatan tahap nilai insaniah serta kepimpinan murid. Dapatan pemerhatian kajian
mengenai aspek nilai insaniah menunjukan peningkatan sebanyak 75 % bagi aspek fleksibal
dan berfikiran terbuka, 56% bagi aspek minat dan yakin, 56% aspek bertanggungjawab, 47 %
aspek menghargai rakan-rakan, dan 28 % bagi aspek sistematik dan teratur. Hasil dapatan
soal selidik menunjukan perubahan positif bagi item 1 sebanyak 12.50%, item 2 sebanyak
28.13 %, item 3 sebanyak 40.62%, item 4 sebanyak 56.30% dan item 5 sebanyak 46.90%.
Justeru, penggunaan kaedah Mentoring Berwarna adalah satu kaedah yang boleh
digunakan oleh guru-guru di sekolah bagi memupuk nilai insaniah dan kepimpinan dalam
Pendidikan Jasmani secara optimum dan mata pelajaran lain.

Kata kunci : Nilai insaniah, kepimpinan, kualiti pembelajaran, disiplin.


ABSTRACT
The action research designed was aimed to help nurture human values and leadership
through effective learning methods. In addition, this method can improve the quality of
teaching and learning Physical Education towards more disciplined. The respondents were 32
pupils in Year Five Karisma from Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan Kedah which consist
of 13 Malay boys and 19 Malay girls. Data were collected through observation and
questionnaires. Measures were taken to promote humanity value through Coloured Mentoring
methods of teaching and learning in Physical Education. The data were analyzed using
computer software, Microsoft Excel to evaluate an increased level of humanity values and
leadership. The findings from the observation on the aspects of attitudes and values showed
an increase of 75% of the flexibility and open-minded, 56% for the interest and confidence,
56% of the responsibility, 47% of the friendship value, and 28% for the systematic and orderly.
The results of the questionnaire showed a positive change of 12.50% of item 1, item 2 of
28.13%, 40.62% of item 3, item 4 of 56.30% and 46.90% of item 5. Thus, the use of Coloured
Mentoring is an intervention that can be used by teachers in schools to inculcate soft skills
and leadership in Physical Education optimally and in other subjects as well.

Keywords :human values, leadership, quality of teaching, disciplined

PENGENALAN
Pengkaji telah menjalankan beberapa aktiviti berpasukan kepada murid Tahun Lima.
Semasa pengajaran Pendidikan Jasmani yang pengkaji telah kendalikan, pengkaji
mendapati murid tidak dapat bekerjasama dan saling menyalahi antara satu sama
lain jika kumpulan itu kalah atau rakan tidak membuat sesuatu dengan betul dalam
aktivitii yang dirancang. Mereka akan sentiasa menunding jari antara satu sama lain
serta berasa malu ditertawakan oleh rakan yang lain. Pengkaji mula berasa khuatir
kerana apabila murid sering bertelingkahan dan menyalahkan antara satu sama lain
kelas tidak dapat dikawal serta murid akan mula muram dan bersikap pasif serta
tidak mahu untuk mencuba lagi. Situasi ini juga menyukarkan pengkaji untuk
memberikan sepenuh perhatian kepada semua murid dan akan mengambil masa
yang agak lama untuk meleraikan pergaduhan. Tambahan lagi, jika pengkaji
meminta beberapa orang murid untuk tolong menyimpan alatan ke dalam stor juga
turut menjadi salah satu faktor pergaduhan. Ini juga adalah salah satu masalah untuk
pengkaji membuat pilihan dalam memupuk nilai dalam diri setiap murid. Maka
timbulah beberapa persoalan dalam diri pengkaji seperti Adakah kaedah yang
sebelum ini tidak mendisplinkan murid dan Mengapakah sebahagian besar murid
tidak mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan?Walaupun, mereka sudah
mahir dalam sesuatu permainan namun sekiranya nilai insaniah tidak ada untuk
mendisiplinkan diri mereka maka mereka tidak akan ke mana. Malahan pencapaian
mereka akan merosot dari semasa ke semasa apabila mereka dewasa kelak.
Justeru itu, pengkaji ingin memperkenalkan kaedah baru dalam Pendidikan
Jasmani agar dapat membentuk sahsiah dalam mendisiplinkan diri disamping
menjadi pemimpin yang beribawa. Hal ini kerana, apabila setiap murid yang
memasuki diri dalam permainan berpasukan, beliau haruslah mempunyai nilai
insaniah serta kepimpinan untuk membentuk pasukan yang berkualiti. Pengkaji telah
menggunakan kaedah mentoring berwarna untuk memupuk nilai insaniah serta
kepimpinan dalam diri mereka seterusnya dapat diaplikasikan kepada murid iaitu
mereka sendiri akan menjadi mentor kepada murid lain yang dipanggil sebagai
mentee. Hal ini kerana pengkaji ingin melakukan satu perubahan yang positif seiring
pembangunan nilai insaniah dalam diri murid. Melalui kaedah mentoring ini juga, nilai
insaniah itu sendirii akan dipupuk oleh murid berdasarkan inovasi baru yang dibuat
oleh pengkaji iaitu pengkaji membuat bib berwarna yang didepannya tertulis
kemahiran insaniah mencakupi beberapa aspek iaitu kualiti peribadi yang
merangkumi erti tanggungjawab, kepercayaan diri, kemampuan berinteraksi,
pengendalian diri, integriti dan kejujuran. Tambahan lagi, nilai yang ingin dipupuk
adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan dalam enam eleman
aspirasi murid iaitu elemen kemahiran berfikir, etika dan kerohanian dan kemahiran
memimpin (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). Maka,
bersesuian dengan kaedah mentoring yang ingin digunakan oleh pengkaji yang
melibatkan terpupuknya nilai insaniah iaitu dapat bergaul secara berkelompok,
berkongsi pengetahuan dengan rakan sepasukan, meningkatkan daya kepimpinan
serta menolong rakan dalam pelbagai situasi dan ragam.
Pengumpulan data awal
Berdasarkan andaian awal melalui pemerhatian proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani, pengkaji menganggap murid-murid lemah dari
aspek insaniah sehinggakan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji telah mengadakan tindakan susulan untuk memastikan murid tersebut
betul-betul mengalami masalah dari aspek insaniah dan memenuhi kriteria yang
pengkaji ingin perhatikan. Pada peringkat tinjauan awal pengkaji telah menggunakan
instrumen pemerhatian (senarai semak), dan soal selidik bagi mendapatkan jumlah
2

kumpulan sasaran yang sebenar. Pengkaji telah mengutip data dan membuat
analisis berbentuk data numerikal.
Pengkaji telah mengadakan pemerhatian berbantukan borang senarai semak
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Melalui senarai semak
yang telah disediakan pengkaji dapat meninjau kewujudan perlakuan tertentu
berdasarkan senarai nilai insaniah dan kepimpinan yang ditetapkan dalam mencari
fokus penyelidikan. Pengkaji juga telah mengadakan soal jawab di dalam kelas dan
murid-murid telah diarah menjawab secara jujur berbuktikan borang soal selidik yang
telah pengkaji edarkan. Hasil melalui kedua-dua instrumen ini, pengkaji mendapati
sebilangan besar murid tidak mempunyai nilai insaniah dan kepimpinan dalam diri
mereka. Pengkaji telah melaksanakan pengumpulan data awal berdarkan instrumen
yang telah dijalankan. Jadual satu menunjukan data awal dari instrumen
pemerhatian (senarai semak) manakala jadual dua pula menjelaskan data awal soal
selidik dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Bil
Nilai Insaniah dalam pengajaran pendidikan jasmani ya
tidak
1.
Saya yakin ketika melakukan sesuatu aktiviti Pendidikan 28
4
Jasmani
2.
Saya mampu untuk menjana idea dan memberi 20
12
pendapat kepada rakan
3.
Saya mampu untuk bekerjasama dengan semua rakan
13
20
4.
5.

Saya mampu melaksanakan peranan yang diberikan


dengan baik
Saya mampu untuk memimpin sesuatu pasukan

25

15

17

Jadual Pemerhatian Awal Nilai Insaniah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Pendidikan Jasmani
Aspek
Kriteria nilai insaniah
Murid Dalam Subjek
Pendidikan Jasmani

Nilai Insaniah
Minat dan yakin
Fleksibal dan berfikiran terbuka
Menghargai rakan-rakan
Bertanggungjawab
Sistematik dan teratur

Pencapaian
10 daripada 32
5 daripada 32
15 daripada 32
10 daripada 32
16 daripada 32

Jadual Soal Selidik Terhadap Nilai Insaniah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Jasmani
FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan adalah istilah bagi memerihal penyelidik yang menyiasat amalan
sendiri untuk menambah baik amalan harian. Oleh yang demikian, pengkaji telah
melaksanakan kajian berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pengkaji iaitu kaedah
pembentukan nilai insaniah dan kepimpinan. Hal ini kerana, pengkaji mendapati
masalah yang terjadi menjurus kepada pelbagai masalah lain terutama kesukaran
pengkaji mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji berpendapat kaedah pengajaran yang unik melibatkan satu sistem
iaitu mentoring sangat sesuai untuk subjek Pendidikan Jasmani kerana penglibatan
yang aktif daripada semua murid sangat perlu bagi memastikan objektif sesuatu
pembelajaran tercapai.Tulisan ini mengisahkan Odysseus yang terlibat dalam
peperangan Trojan telah menyarankan kawan setianya yang berpengalaman, iaitu
3

Mentor supaya mendidik dan mengasuh anaknya, iaitu Telemachus (mentee atau
protege) agar anaknya mampu menghadapi alam kehidupan dewasa yang penuh
mencabar (Edlind & Haensly, 1985; Merriam, 1983; Wickman & Sjodin, 1997.
Menurut Arnold, (1997), Kleinman, Siegel dan Eckstein (2001), Kram (1983) dan
Sullivan (2000), mentee yang boleh menguasai pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan yang dipelajari mempunyai peluang yang besar untuk meningkatkan
kerjaya (seperti membentuk sahsiah kepimpinan dan profesion profesional) dan
mengembangkan psikososial yang positif (seperti membentuk jati diri, keupayaan
memberi penyampaian, cekap menggunakan teori, boleh bekerja dalam satu
pasukan dan menjadi contoh teladan yang baik kepada orang lain).
Pengkaji telah bercadangan untuk memupuk nilai insaniah serta kepimpinan
oleh murid dengan menggunakan kaedah pembelajaran mentoring berwarna sesama
mereka disamping dapat memupuk sikap insaniah, berdisiplin serta bertoleransi
dalam menjalankan sesuatu tugasan sepanjang pengajaran Pendidikan Jasmani
berlangsung. Selain itu juga, pengkaji menggunakan bip berwarna-warni bagi
memudahkan pembentukan kumpulan disamping setiap warna tersebut mempunyai
perana tersendiri untuk membina nilai insaniah setiap kumpulan yang memakai bib
berwarna. Hal ini kerana, kaedah mentoring yang disarankan ini dapat memberi
banyak manfaat kepada murid. Antaranya ialah memudahkan penghayatan murid
untuk memahami nilai insaniah seperti bekerjasama, saling menghormati antara satu
sama lain, menerima pendapat dan kritikan orang lain untuk membentuk disiplin diri
yang positif. Sehubungan dengan itu, setiap kumpulan murid akan mempunyai rasa
tanggungjawab untuk membangunkan setiap kumpulan mereka. Mereka akan
bersosialisasi antara satu sama lain dengan lebih berkesan untuk dalam
menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Oleh yang demikian, guru adalah sebagai
pemudah cara untuk membuat perancangan aktiviti dan memberi arahan untuk
aktiviti tersebut dijalankan oleh murid. Selain itu juga, melalui kaedah mentoring ini,
guru boleh memupuk nilai insaniah dalam diri setiap murid iaitu mendengar arahan
rakan yang menjadi mentor dalam kumpulan mereka serta berusaha untuk
memainkan peranan dengan lebih baik.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Umum :
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid dalam memupuk nilai insaniah melalui
kaedah mentoring berwarna.
OBJEKTIF KHUSUS : Kajian ini bertujuan untuk :
Murid dapat memupuk nilai insaniah melalui kaedah mentoring berwarna.
Murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembentukan kumpulan melalui
kaedah mentoring berwarna.
PERSOALAN KAJIAN : persoalan yang berkemungkinan akan timbul adalah
Adakah pengajaran melalui kaedah mentoring berwarna membolehkan murid
memupuk nilai insaniah?.
Adakah pengajaran melalui kaedah mentoring berwarna membolehkan murid
melibatkan diri secara aktif dalam pembentukan kumpulan?.
PESERTA KAJIAN

Kajian ini telah melibatkan murid berumur 11 tahun dan bilangan murid yang dipilih
ialah seramai tiga puluh dua orang iaitu tiga belas murid lelaki dan sembilan belas
murid perempuan. Kesemua murid juga terdiri daripada kaum Melayu. Kemudian,
dari segi fizikal pula majoriti murid kelas ini bersaiz normal dan sesuai dengan tahap
ketinggian dan berat masing-masing. Pengkaji telah menjelaskan pecahan peratus
sampel mengikut jantina seperti jadual 5 di bawah.
Jadual Pecahan Sampel Mengikut Jantina
Jantina

Bilangan

Peratus

Lelaki
Perempuan

13
19

40.6
59.3

Jumlah

32
100.0
TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengkaji telah menggunakan model Stephen Kemmis. Konsep penyelidikan tindakan


yang diutarannya adalah berasaskan kepada konsep Lewin tetapi telah diubah suai
dengan memberi perhatian khusus kepada penyelidikan tindakan. Penyelidikan
tindakan adalah satu proses yang berterusan tetapi terdapat gelung-gelung refleksi
kendiri dalam perkembangan kajian. Langkah kajian adalah perancangan, tindakan,
pemerhatian, refleksi.
Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis (1988).
i.

Perancangan Tindakan

Pengkaji tidak berpuas hati kerana sering menghadapi masalah kekangan masa
yang teruk semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Hal ini
kerana, pengkaji perlu menghentikan aktiviti ekoran pelbagai masalah disiplin yang di
tonjolkan oleh murid-murid. Pengkaji akan melaksanakan satu kaedah pembelajaran
iaitu mentoring berwarna untuk memupuk nilai insaniah dan kepimpinan bagi
membendung masalah ini.
ii.

Perlaksanaan Tindakan

Dalam melaksanakan tindakan, setiap tindakan akan mengikut jadual pelaksanaan


kajian tindakan yang telah dirangka dan akan sentiasa dikemaskini. Pengkaji akan
menjelaskan kepada setiap kumpulan mentor dan mentor di dalam ahli kumpulan
sendiri untuk memegang tanggungjawab yang telah diberikan berdasarkan bib warna
yang telah dibuat oleh pengkaji. Hal ini kerana, setiap kumpulan akan mendapat bib
warna bagi membentuk satu kumpulan dalam menjalankan aktiviti Pendidikan
Jasmani serta peranan dalam memupuk nilai insaniah dari sesi permulaan kelas
sehinggalah sesi penutup. Kaedah ini didapati menarik minat murid dan telah berjaya
memupuk nilai insaniah dalam diri mereka. Pembelajaran dalam kumpulan juga
menyebabakan murid menggambil bahagian secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran.
iii.

Pemerhatian

Pemerhatian akan dilaksanakan sepanjang kesemua sesi aktiviti Pendidikan


Jasmani, murid-murid bersama kumpulan mentor dan mentor setiap kumpulan
masing-masing. Pengkaji menggunakan dua jenis instrumen iaitu pemerhatian
berstruktur dengan menggunakan senarai semak dan soal selidik untuk melihat
peningkatan pencapaian setelah menggunakan kaedah yang dirancang. Hasil
dapatan data akan diperolehi dan dianalisis.
5

iv.

Refleksi

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi sangat aktif dan setiap murid
memainkan peranan masing-masing serta menunjukan perkembangan sosialisasi
secara sihat. Mereka mudah untuk menerima antara satu sama lain dan bertukartukar pendapat bagi membentuk kumpulan mentor atau mentor dalam kumpulannya
sendiri yang beribawa. Hasil dapatan yang diperolehi dinilai untuk tindakan
penambahbaikan dan untuk tujuan lanjutan kajian pada masa akan datang.
Prosedur Pelaksanaan
I.
Guru memberikan murid bib pelbagai warna dan murid membentuk kumpulan
berdasarkan warna bib yang sama dengan rakan yang lain.
II.
Guru akan memilih mentor dari setiap kumpulan untuk menjalankan peranan
berdasarkan bib warna yang dipakai.
III.
Sesi memanaskan badan berkait rapat dengan kemahiran yang akan diajar.
Bermula dari aktiviti memanaskan badan kumpulan yang memakai bib berwarna
hitam akan menjalankan peranannya iaitu sentiasa mengawasi kelas supaya kelas
berada dalam keadaan terkawal.
IV.
Semasa aktiviti perkembangan dan kemuncak murid mula menjalankan
aktiviti berkumpulan. Kumpulan yang memakai bib warna merah akan membuat
demostrasi berdasarkan penerangan sesuatu kemahiran yang diberikan oleh guru.
V.
Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti yang ditetapkan berpandukan
kepada demostrasi yang ditunjukan.
VI.
Pada sesi penutup, kumpulan yang memakai bib warna hijau akan membuat
kesimpulan kecil tentang kekuatan, kelemahan dan penambahbaikkan tentang
masalah yang timbul sewaktu aktiviti dijalankan.
VII.
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, kumpulan biru akan
menyimpan alatan yang digunakan ke dalam stor sukan dan memastikan semua
alatan berada dalam keadaan tersusun.
VIII. Sebelum murid berjalan pulang ke kelas, kumpulan kuning akan memeriksa
setiap rakan tentang kebersihan diri seperti memeriksa rambut, kuku, dan pakaian
berada dalam keadaan kemas dan membawa rakan pulang ke kelas dalam keadaan
tersusun.
CARA MENGUMPUL DATA
Data dalam kajian ini telah dikumpulkan menggunakan dua instrumen iaitu
pemerhatian (senarai semak) dan soal selidik. Kedua-dua kaedah ini digunakan bagi
mengaplikasikan kaedah triangulasi iaitu untuk tujuan meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan data yang dikumpul. Triangulasi adalah satu proses yang sering
kali digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan data yang dikumpulkan dalam
penyelidikan kualitatif. Proses triangulasi menggabungkan pelbagai teknik
mengumpul data dan proses ini sangat penting sekali utnuk mengurangkan
keberangkalian dan peluang terjadinya bias (Rosli, Kartini, Badrul Hisham dan
Ahamad Shabudin, 2011). Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji menggunakan
senarai semak setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Soal
selidik juga dilaksanakan dalam tempoh minggu terakhir pelaksanaan kajian.
DAPATAN KAJIAN
6

Item

Nilai insaniah
Maklumbalas
Maklumbalas
awal
dalam pengajaran
apabila
pendidikan
menggunakan
jasmani
kaedah
Aspek
Nilai
Jumlah Pencapaimentoring
Pencapaia
insaniah
murid
an
n selepas
berwarna
sebelum
(y)
Ya
Tidak(x) Ya
Tidak

Peningkatan
peratus
Peratus
peningkatan
(y-x)100
32

1.

Saya yakin
28
4
0 28
12.50%
Minat ketika
dan
32
10 32
56%
melakukan
sesuatu
yakin
aktiviti Pendidikan
Jasmani
2.
Saya mampu
20
12
3 29
28.13 %
Fleksibaluntuk
dan 32
5 29
75%
menjana
idea
dan
Kriteria
berfikiran
Nilai memberi
terbuka
pendapat
Insaniah
kepada rakan
15 25
47%
3. MuridSaya mampu untuk 32
13
20
7 30
40.62%
Dalambekerjasama
Menghargai
Subjek
rakan-rakan
dengan
semua
Pendidikan
rakan
Jasmani
32
10
28
56%
4.
Saya mampu
25
25
7
56.30%
Bertanggungj 7
melaksanakan
a-wab
peranan yang
32
16
25
28%
diberikan dengan
baik Sistematik
5.
Saya mampu
untuk 15
17
30
2
46.90%
dan teratur
memimpin sesuatu
pasukan
Jadual Pemerhatian Bagi Maklumbalas Sebelum Dan Maklumbalas Selepas Apabila
Menggunakan Kaedah Mentoring Berwarna Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Jasmani
Hasil analisis data bagi kriteria minat dan yakin meningkat sebanyak 18 orang murid
(56%). Kriteria fleksibal dan berfikiran terbuka meningkat sebanyak 24 orang murid
(75%). Kriteria menghargai rakan-rakan meningkat sebanyak 15 orang murid (47%).
Kriteria bertanggungjawab meningkat sebanyak 18 orang murid (56%). Manakala
kriteria terakhir sistematik dan teratur meningkat sebanyak 9 orang murid (28%).

Jadual Soal Selidik Maklumbalas Awal Kajian Dan Maklumbalas Selepas Apabila
Menggunakan Kaedah Mentoring Berwarna Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Jasmani.
Secara keseluruhanya, kesemua item yang disoal dalam soal selidik terhadap murid
menunjukan peningkatan yang positif. Melalui dapatan yang terdapat sebelum dan
selepas kaedah mentoring berwarna ini dijalankan, hasil menunjukan item pertama
iaitu Saya yakin ketika melakukan sesuatu aktiviti Pendidikan Jasmani meningkat
sebanyak 12.50 peratus. Bagi item soal selidik kedua iaitu Saya mampu untuk
menjana idea dan memberi pendapat kepada rakan , peratusan peningkatan yang
ditunjukan ialah 28.13 peratus. Bagi item yang ketiga iaitu, Saya mampu untuk
menjana idea dan memberi pendapat kepada rakan menunjukan peningkatan
sebanyak 40.62 peratus. Bagi item keempat pula, peratus peningkatan yang
7

ditujukan adalah sebanyak 56.30 peratus. Akhir sekali ialah, Saya mampu untuk
memimpin sesuatu pasukan, menunjukan peningkatan sebanyak 46.90 peratus.
REFLEKSI
Dapatan kajian ini mendapati bahawa Kaedah Mentoring Berwarna berjaya
membantu murid memupuk nilai insaniah dan kepimpinan dalam diri mereka. Dii
samping itu, kaedah ini mampu membantu murid menguasai kemahiran apabila guru
mampu memberi penekanan dan tumpuan yang khusus terhadap aspek kemahiran
kelak. Tambahan lagi, jika tidak ada pendekatan atau kaedah yang sesuai digunakan
ketika mengajar Pendidikan Jasmani ini boleh menyebabkan murid bosan untuk
mengikuti aktiviti yang dijalankan. Seterusnya, jika dikaitakan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) ingin pembelajaran secara holistik dari segi jasmani,
emosi, intelek, rohani dan sosial (JERIS). Akan tetapi, proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani yang tradisional yang sering dijalankan tidak
merangkumi apa yang dihasratakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Oleh itu, pengkaji berhasrat untuk membuat satu pembaharuan baru kepada
pembelajaran Pendidikan Jasmani secara holistik dari segi aspek Jeris tersebut.
Melalui permasalahan inilah yang menyebabkan sering terjadinya salah laku sepertii
disiplin yang tidak mantap di samping murid tidak melibatkan diri secara aktif dalam
sukan dan permainan di peringkat sekolah mahupun peringkat antarabangsa. Inii
kerana, masalah disiplin dalam diri murid yang berleluasa.
Berdasarkan dapatan kajian melalui kajian tindakan ini, didapati bahawa kaedah
mentoring berwarna ini dapat meningkatkan nilai insaniah dalam diri murid secara
berperingkat melalui peranan yang dijalankan. Maka dengan itu, guru sebagai
penjana modal insan, mempunyai tanggungjawab untuk melakukan inovasi
(Subahan 1999, Saipon 2002 dalam Hanum et ,al 2008.), bukan hanya
menyampaikan ilmu dan memberi maklumat, namun bertanggungjawab
membimbing murid untuk dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diterima dalam
realiti dunia hari ini yang sentiasa mengalami perubahan di luar kawalan. Dalam
usaha pembinaan daya kepimpinan atau kemahiran insaniah menerusi kaedahkaedah pembelajaran yang dapat menarik minat mereka dalam menyemai sesuatu
nilai tersebut dalam diri. Selari dengan peranan mentor mentee dalam
membangunkan nilai insaniah dan kepimpinan melalui cirinya tersendiri iaitu merujuk
kepada ciri-ciri keperibadian, daya tarik sosial, kemampuan berbahasa, norma
peribadi, sikap kepekaan atau kepedulian serta sikap optimis seseorang murid dalam
peranan yang tealah ditetapkan dalam kaedah mentoring berwarna ini.
Pengkaji yakin, melalui kaedah mentoring berwarna ini dapat membantu memupuk
nilai insaniah dalam diri murid. Hal ini kerana, perkara ini perlu dibentuk di peringkat
rendah lagi agar dapat dikuasi di peringkat menengah dan yang lebih tinggi dalam
memajukan diri dari pelbagai aspek. Oleh itu, kaedah ini sangat sesuai bukan sahaja
dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani bahkan boleh diaplikasikan dalam mata
pelajaran lain di sekolah dengan tujuan yang sama iaitu mendisiplinkan murid dan
melatih murid menjadi pemimpin yang berkaliber pada satu masa kelak.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Kajian ini hanya dapat dilakukan untuk satu kitaran sahaja kerana (kitaran tidak
dapat diteruskan) kerana pengkaji telah tamat tempoh praktikum di sekolah. Jika
kitaran dapat diteruskan, tumpuan akan diberikan kepada langkah merancang
tindakan baru khususnya dalam aspek menitikberatkan pengusaan sesuatu
kemahiran supaya selari dengan Dokumen Standard Sekolah Rendah (DSKP) yang
telah ditetapkan. Seterusnya penggunaan alatan yang lain dalam menghasilkan
sesuatu inovasi yang baru ekoran penggunaan bib berwarna menggunakan kos yang
8

agak tinggi. Akhir sekali, perlu merancang aktiviti yang lebih kreatif dan mampu
memberikan impak yang positif dalam diri murid.
RUJUKAN
Hanum Hassan, Razli Ahmad dan Lt. Kol. (B) Azuddin Bahari. 2008. Kemahiran
Insaniah Dan Kepentingan Penerapannya Dalam Program Baktisiswa
Perdana Unimap. Pusat Kemahiran Komunikasi Unimap.
http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/5842/1./pdf/
Kleinman, G., Siegel, P.H., and Eckstein, C. (2001). Mentoring and learning: the case
of CPA firms. Learning and Organization Development Journal, 22 (1), 22-33.
Kartini, A. S. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan :untuk PISMP dan DPLI.
Ipoh: Perpustakaan Negara Malaysia.
Malaysia, K. P. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

10

Вам также может понравиться