Вы находитесь на странице: 1из 2

Cabaran tamadun etnik dari aspek politik

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh
menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat
perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua
pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama,
kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia
tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.
Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan
identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan
cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata.
Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan
etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka
sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika
semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

Cabaran tamadun dari aspek ekonomi


Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi.
Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik.
Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga
sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya
menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan
menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan
perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan
kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu
ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk
berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi
yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan
ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan
ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat
dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan
akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku
terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah
berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka,
pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula
akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka

dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa
tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan
kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk
pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak
menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang
boleh menyebabkan negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara
tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam
kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam
pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan
pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk
seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskin dan peluang pekerjaan
produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di
kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat
perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan
kelompok etnik yang tertentu sahaja.

Вам также может понравиться