Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Seminar Anjuran
PERTUBUHAN TAREKAT MUKTABAR MALAYSIA
No. 33 & 35, Tingkat 4, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia
http://www.tarekat.org
tarekatmsia@gmail.com & info@tarekat.org
Penceramah:
DR HJ. JAHID BIN HJ. SIDEK AL-KHALIDI
AHLI JILSAH TURUQ SUFIYAH,
JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN
Dibentangkan Dalam:
SIMPOSIUM TAREKAT TASAWUF
Moderator:
USTAZ MOHD. NASIR BIN MOHD TAP
PENSYARAH KANAN,
JABATAN PENGAJIAN ISLAM
KOLEJ DAR AL-HIKMAH
Bertarikh / Hari:
07 NOVEMBER 2015 (SABTU)
Masa:
8:30 PAGI 9:45 PAGI
Bertempat:
AUDITORIUM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
special design by
abadisalam@gmail.com
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
Sebelum difardukan solat pada malam Israk Miraj, selama lebih dari sebelas tahun
Rasulullah s.a.w. dan umat Islam di zaman Mekah melakukan dua amalan iaitu dhikrullah
dan membaca al-Quran. Sesudah hijrah, kedua-dua amalan terus diamalkan, di samping
solat, puasa, zakat dan haji serta umrah dan lain-lainnya. Jelas sekali kedua-dua amalan
menjadi asas untuk menjana, memperkasa dan meningkatkan kualiti aspek ilmu, iman dan
ibadat yang disyariatkan.
Wirid dan dhikrullah adalah amalan yang mula-mula disyaratkan dan paling banyak
disebut dalam al-Quran dan Sunnah, berbanding dengan apa juga amalan lain. Lebih 60 ayat
yang menyentuh amalan wirid dan dhikrullah, termasuklah ayat-ayat yang mengalakkan,
kebaikan dan hikmah dhikrullah, ketingian darjat orang yang berdhikrullah, akibat buruk
orang yang tidak berdhikrullah, dhikr ism dhat, dhikr sir, masa berdhikrullah, kaedah dan
adab berdhikrullah dan sebagainya lagi.
Berbagai amalan seperti solat, haji, puasa, zakat dan sebagainya lagi diijtihadnya oleh
fuqaha atau para ulamak fekah hingga lahirlah empat mazhab yang termaklum. Semua
ijtihad fuqaha diterima dengan mudah dan diamalkan, tanpa apa-apa bantahan. Sebaliknya,
amalan wirid dan dhikrullah yang telah diijtihadkan oleh sufiyyah atau para ulamak tasawuf
hingga melahirkan disiplin ilmu dan amalan tarekat, tidak mudah diterima oleh masyarakat
Islam.
Pada hari ini, berbagai isu dan masalah berkaitan dengan ilmu dan amalan tarekat
begitu hangat diperkatakan. Tarekat selalu disebut-sebut dalam seminar, dikusi, kuliahkuliah di merata-rata tempat, di masjid, surau, musolla, pejabat dan sebagainya. Malahan
tarekat menjadi salah satu tajuk yang sangat hangat dan mengemparkan di dada akhbar dan
majalah.
Majoriti umat Islam tidak tahu dan tidak faham mengenai ilmu dan amalan tarekat.
Apa yang mereka tahu, tarekat adalah amalan sesat, bukan ajaran Islam, bukan sunnah
Rasulullah s.a.w. Mereka sangat takut terhadap tarekat. Sesetengah bijak pandai Islam pula
menolak tarekat secara total. Tarekat tidak ada dalam kamus hidup mereka. Malahan bagi
mereka tarekat wajib diperangi habis-habisan. kalimah tarekat, akhirnya menjadi sangat
popular sebagai ajaran sesat, lagi menyesatkan.
Sesetengah bijak pandai Islam, yang menjadi pensyarah di universiti ada membuat
kajian mengenai tarekat, atau mengarahkan pelajar mereka membuat tesis mengenai berbagai
aspek tarekat, tetapi mereka dan pelajar bimbingan mereka, bersikap tatabu semata-mata.
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
PENDAHULUAN
Maksudnya, kajian mereka untuk menonjol-nonjolkan keburukan pengamal tarekat, ilmu dan
amalan tarekat.
Sikap tatabu adalah sikap ketua-ketua kaum Quraisy, seperti Abu Jahal, Abu Lahab
dan ramai lagi, yang hanya memfokuskan fikiran mereka terhadap keburukan Rasulullah
s.a.w., tidak mahu melihat berbagai kebaikan baginda s.a.w. yang begitu terang seperti
terangnya matahari. Firman Allah:
) ( .
diminta, mereka bernazar tetapi mereka tidak tunaikan maka lahirlah orangorang malas dan dusta.
Selepas tiga kurun tersebut, agama Islam di dada umatnya kian lemah dan menurun
dan terus menurun, sehingga akhirnya tidak terdapat walaupun seorang alim. Rasulullah
s.a.w. bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak menghapuskan ilmu (Islam) dengan
dicabutnya dari diri manusia, akan tetapi Allah menghapuskkan ilmu (Islam)
dengan diwafatkan para ulamak, sehingga apabila Allah tidak meninggalkan
seorang alim pun, maka orang ramai menjadikan orang-orang jahil menjadi
ketua-ketua agama, maka mereka diminta memberi pua (mengenai berbagai
masalah) mereka memberikan fatwa tanpa ada ilmu, mereka sesat dan
menyesatkan.
Pada hari ini, asas agama Islam yang tiga, iaitu Islam, Iman dan Ihsan, yang tinggal
di dada majoriti masyarakat Islam hanya Islam dan Iman, sedang Ihsan seolah-olah telah
hilang lenyap. Jadi, yang ada di kalangan mereka, hanya ilmu fekah dan ilmu tauhid (aspek
syariiat) tanpa ilmu tasawuf (aspek hakikat). Apatah lagi ilmu dan amalan tarekat yang
menjadi tulang belakang Ilmu tasawuf. Tarekat yang ada di dada segelintir umat Islam
dimusuhi oleh orang-orang Islam sendiri. Lebih menyedihkan lagi, ilmu dan amalan tarekat
tasawuf dianggap bukan ilmu Islam. Kononnya, tarekat tasawuf adalah ilmu yang sengaja
direka dan diadakan-adakan oleh orang-orang sufi. Nasib agama Islam yang begini rupa dan
coraknya telah pun disebutkan oleh baginda s.a.w.:
Maksudnya: Islam bermula dalam keadaan asing dan akan menjadi asing
seperti permulaannya. Berbahagialah (orang mukmin) yang (dipandang)
asing.
Kalau kita lihat agama Islam dalam diri penganutnya, dari sudut usia atau zamannya,
sejak zaman Rasulullah hingga ke hari ini, menerusi satu gambarajah, maka gambarajah
tersebut dapat dilihat seperti di bawah ini:
ZAMAN RASUL
HARI INI
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
) ( .
Maksudnya: Siapa yang beramal dengan fekah sahaja, tanpa tasawuf, ia jadi
fasik (berdosa besar). Siapa beramal dengan tasawuf sahaja, tanpa fekah ia
jadi zindiq. Sesiapa yang mengabungkan kedua-duanya ia sampai kepada
hakikat.
Dapat kita fahami Beramal dengan fekah, tanpa tasawuf bermaksud, buat aspek
syariat sahaja, tanpa aspek hakikat. Misalnya, solat, hanya dilakukan semua rukunnya dan
dijaga segala syarat sah dan batalnya, tanpa dipedulikan aspek hati untuk ingat Allah, dan
khusyuk, tanpa tumpuan minda terhadap kewujudanNya, keagunganNya dan
kesempurnaanNya. Sedang solat Allah perintahkan dengan firmanNya:
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
Maksudnya: Pada hari ini (abad ketiga Hijrah) tasawuf ada namanya tapi
tiada hakikatnya. Pada asalnya (di zaman nabi s.a.w dan sahabat) tasawuf
ada hakikatnya, tanpa namanya.
Sebagai nabi dan rasul yang menjadi usuwah hasanah untuk seluruh umatnya, tentu
segala aspek agama wujud pada diri Rasulullah s.a.w. Ilmu dan amalan tasawuf dan berbagai
aspek mengenainya sudah pesti ada dalam diri baginda s.a.w. walaupun istilah-istilah yang
berkaitan tidak wujud. Islam pada diri baginda s.a.w. adalah satu, utuh, lengkap. Jika ada
keperluan maka dapat dipenuhi dengan turunya wahyu atau penjelasan dari Jibril a.s.
Kita telah ditinggalkan zaman hidupnya Abu Husayn al-Bushanji kira-kira 1,200
tahun, maka tidak hairan kalau hakikat tasawuf itu sudah tidak ada sama sekali, walaupun
namanya digembar-gembur, diseminarkan dan didiskusikan. Kita yang hadir dalam seminar
ini pun, kenal atau tidak tentang tasawuf, bolehlah dijawab oleh hati masing-masing. Jika
istilah tasawuf sudah begini nasibnya, apatah lagi mengenai kandungannya dan berbagai
istilah lain yang memang banyak terdapat dalam tasawuf. Tentunya, keadaannya lebih serius
dan lebih gawat dan rumit. Penulis sendiri pun tidak pasti adakah kertas kerja yang ditulis ini
memenuhi berbagai kehendak ilmu dan amalan tasawuf yang mampu mengajak masyarakat
Islam yang menjalani corak dan warna hidup moden, pada hari ini dan akan datang.
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
sebanyak 127 kali. Kalimat sirot, disebut sebanyak 39 kali. Dalam hadis, kalimah tariqah,
sabil dan sirot kerap juga digunakan.
Kalimah toriqah, sabil dan sirot dengan makna jalan memang sudah biasa dalam
Islam. Selalu disebut toriqul-jahanam (jalan ke neraka), toriqul-jannah (jalan ke syurga),
toriqul-din (jalan agama) dan sebagainya. Dalam al-Fatihah sirot disebut 2 kali, iaitu pada
ayat yang ke enam dan ayat yang terakhir. Sepatutnya istilah-istilah yang memangnya
popular tersebut, tidak menimbulkan apa-apa masalahan di kalangan ummat Islam.
Majoriti ahli tafsir menafsirkan kalimah at-toriqah yang tersebut dalam surah al-Jin,
ayat 16 diatas dengan makna al-Islam. Oleh yang demikian, maka kalimah at-toriqah
tersebut bermakna toriqatul-Islam.(Jalan agama Islam). Berdasarkan makna at-toriqah ini,
maka setiap orang Islam bertarekat.
Sememangnya setiap muslim, setiap mukmin bertarekat. Mereka bertarekat, sebab
mereka berilmu, berakidah, beramal, berakhlak, bersosial, berbudaya dan berbagai aspek
hidup lagi, mengikut garis-garis kaedah atau method atau gaya atau cara atau madrasah atau
panduan atau aliran agama Islam. Jelaslah, tuan-tuan, puan-puan hadirin dan hadirat yang
dirahmati Allah sekelian telah bertarekat. Tarekat yang mana? Jawabnya, tarekat yang
umum iaitu agama Islam. Apakah buktinya? Jawabnya, surah al-Jin, ayat 16:
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
Setiap manusia dan jin wajib beramal dengan rukun Islam yang lima dan percaya kepada
rukun iman yang enam sebagaimana yang termaklum.
Bila seorang beramal dengan rukun Islam yang lima dan berpegang dengan rukun iman
yang enam, jadilah ia seorang muslim dan mukmin. Bermakna ia telah menjadi seorang
angota toriqah yang umum atau toriqatul-Islam.
Mereka inilah di akhirat nanti di masukkan ke dalam golongan Ashabul Maimanah atau
golongan sebelah kanan yang dimasukkan ke syurga. Firman Allah:
Maksudnya: Ihsan ialah anda beribadat kepada Allah seolah-olah
melihatNya, jika tidak melihatNya, sesungguhnya Allah melihat anda.
Ihsan ada dua tahap:
1. TAHAP PERTAMA orang yang beribadat seolah-olah melihat Allah.
2. TAHAP KEDUA orang yang beribadat terasa dan sedar sentiasa dilihat dan dipantau
oleh Allah
Adapun toriqah yang khusus ialah jalan yang menyampaikan seseorang mukmin ke
darjat Ihsan seperti yang disebutkan dalam hadis di atas. Syeikh Mohammad Zakaria alKandahlawi dalam kitabnya Al-Syariah wat-Toriqah mendifinasikan;
Maksudnya: Tarekat adalah jalan yang menyampaikan (seseorang mukmin)
ke darjat ihsan yang disebut juga dengan tasawuf
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
Maksudnya: Ya Rasulullah ajarkan kepadaku (satu) tarekat yang paling
dekat (untuk sampai) kepada Allah (hakikat dan marifahNya) dan yang
paling mudah (untuk diamalkan) oleh para hamba Allah dan yang paling afdal
di sisi Allah.
Kalimah atau perkataan adalah jama takthir bagi perkataan . Oleh itu
Saidina Ali bermaksud agar Rasulullah (s.a.w.) mengajarkan satu tarekat yang paling dekat
untuk sampai kepada hakikat dan marifah )(
Rasulullah (s.a.w.) menjawab permintaan Saidina Ali itu dengan sabdanya:
Maksudnya: Ya Ali (jika engkau mahu satu tarekat seperti yang engkau
maksudkan itu) maka wajiblah di atas engkau sentiasa kekal berdhikrullah
secara sir (dalam hati tanpa suara) dan secara jihar (bersuara).
Dari pertanyaan Ali dan jawapan Rasulullah (s.a.w.) tersebut jelas sekali wujudnya
istilah dan konsepnya iaitu sentiasa berdhikrullah samada secara sir atau jihar. Asas
amalan tarekat yang wujud di kalangan umat Islam di seluruh dunia sentiasa berdhikrullah
seperti itu.
Bila saidina Ali mendengar jawapan Rasulullah (s.a.w.) itu maka beliau seakan-akan kurang
yakin. Oleh sebab itu beliau segera berkata :
Maksudnya: Orang ramai telah berdhikrullah ya Rasulullah (ajarkan aku)
sesuatu (amalan) secara khusus.
Rasulullah (s.a.w.) segera bersabda :
. :
Maksudnya: Perkara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para nabi
sebelumku ialah . Sekiranya semua langit dan bumi ini berada di
sebelah dacing dan (kalimah) itu berada di sebelah dacing (yang satu
lagi) nescaya itu lebih berat. Dan hari kiamat tidak berlaku sedang di
atas muka bumi ada orang yang menyebut .
Saidina Ali menjadi begitu yakin lalu berkata :
Maksudnya: Maka bagaimanakah (caranya) aku hendak berdhikr?
Rasulullah bersabda :
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
.
Maksudnya: Maka hendaklah engkau pejamkan kedua-dua matamu dan
dengarlah (baik-baik ketika) aku menyebut kalimah sebanyak tiga
kali. Kemudian engkau sebutlah tiga kali dan aku akan
menyemaknya. Kemudian Rasulullah (s.a.w.) melakukan (sebutan)
itu dengan menguatkan suara.
(Hadith musalsal ini berasal dari Saidina Ali diriwayatkan oleh al-Tibrani dan al-Bazzar
dengan para sanad yang hasan.) (Isa Abd. al-Qadir, Haqaiq An al-Tasawwuf, h. 84-85)
Dhikrullah yang ditalqinkan seperti inilah yang diistilahkan sebagai dhikr darajat iaitu
dipelajari secara tertentu, diamalkan dengan cara tertentu, dilengkapkan dengan perbagai
adab-adab sebelum berdhikr, sedang berdhikr, sesudah berdhikr dan sebagainya.
Rasulullah (s.a.w.) juga pernah mentalqinkan dhikr tahlil secara beramai-ramai
serentak. Yali bin Shaddad pernah menceritankan bahawa ayahnya (Shaddad) pernah
berkata : Maksudnya: Kami sedang bersama-sama Rasulullah (s.a.w.), baginda bertanya :
Adakah di kalangan kamu ada orang asing? (seseorang ahli kitab). Kami pun menjawab :
Tidak ada orang asing ya Rasulullah. Maka baginda pun menyuruh kami supaya menutup
pintu seraya bersabda: Angkatlah tangan-tangan kamu dan sebutlah La ilaha illalLah. Maka
kami pun mengangkat tangan kami sambil kami menyebutkan La ilaha illalLah.
Jelas sekali, tarekat memang disyariatkan di dalam Islam. Orang yang pertama
beramal tarekat ialah Nabi Muhammad (s.a.w.), diikuti oleh para sahabatnya. Malahan
istilah al-Tariqah itu telah digunakan oleh Nabi (s.a.w.) dan para sahabat. Konsep tarekat itu
sendiri pun telah dijelaskan dengan begitu terang oleh baginda (s.a.w.).
Dhikrullah yang ditalqinkan seperti inilah yang diistilahkan dalam tasawuf dengan
dhikr darajat, kerana boleh meningkatkan ilmu, iman dan amal seperti yang akan
diterangkan nanti. ianya dipelajari secara tertentu, diamalkan dengan cara tertentu,
dilengkapkan dengan perbagai adab-adab sebelum berdhikr, sedang berdhikr, sesudah
berdhikr dengan pimpinan syeikh mursyid dan sebagainya.
BAIAH
Tarekat yang khusus, serentak ketika ditalkinkan oleh syeikh mursyid, murid mesti
melakukan baih iaitu pengakuan hati murid untuk taat kepada Allah dan patuh kepada
syeikh. Ini didasarkan kepada amalan sahabat yang berbaih kepada Rasulullah s.a.w seperti
yang disebut di dalam firmanNya yang bermaksud;
Sesungguhnya orang-orang yang berbaiah kepada engkau (ya Muhammad),
sesungguhnya mereka (pada hakikatnya) berbaiah kepada Allah. Kekuasaan
Allah di atas kekuasaan mereka. Barangsiapa yang melanggar baiahnya
maka bahayanya (terkena) atas diri sendiri dan sesiapa yang menyempurkan
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
Dari hadith di atas kita dapat saksikan dengan terang bagaimana Rasulullah (s.a.w.)
telah mentalqinkan atau mengajarkan atau membaiahkan saidina Ali amalan dhikr tahlil
lisan .
apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, Allah akan memberikan ganjaran
yang besar kepadanya. (Surah Al-Fath: 10)
Kita dapati kedua-dua amalan talkin dan baih bukan bidah. Sebaliknya keduaduanya adalah sunnah Rasulullah (s.a.w.). Kerana itu sheikh Abd. al-Qadir Isa dalam
kitabnya Haqaiq An al-Tasawwuf menegaskan: Kemudian, para ulama pewaris (nabi s.a.w.)
dari kalangan para syeikh mursyid sufi menggunakan manhaj Rasulullah (s.a.w.) ini dalam
melakukan baiah (dan talqin).
Maksudnya: (Ulul-albab) adalah orang-orang yang sentiasa berdhikrullah
(dalam keadaan) berdiri, duduk dan berbaring, sambil tafakkur terhadap
(ayat-ayat Allah) dalam kejadian di langit dan di bumi. Mereka pun berkata;
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau tidak jadikan semua kejadian ini kosong
belaka, tetapi penuh dengan rahsia dan hikmahMu ya Allah. Maha Suci
Engkau ya Allah, peliharalah kami dari api neraka. (Al Imran, 191).
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
Firman Allah:
PRINSIP-PRINSIP TAREKAT
Ilmu dan amalan tarekat yang merupakan hasil ijtihad ulamak tasawuf seperti yang
telah dijelaskan di atas, bukan hanya mempunyai prinsip-prinsip disiplin yang tersusun
lengkap dan sangat baik, tetapi ianya juga mempunyai mekanisma kawalan akidah dan
syariah.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kempat-empat imam ,Abu Hanifah (w.150H.), Imam Malik (w.167H.), Imam Syafie
(w.204H.) dan Imam Ahmad Ibnu Hambal (w.241H.) bukan hanya turut belajar dan beramal
dengan tarekat tasawuf tetapi mereka juga mengakui peranan dan kepentingannya.
Imam Abu Hanifah yang berguru dengan Syeikh Jafar as-Sodiq (w.148H.) berkata:
Kalaulah tidak disebabkan dua sunnah, (sunnah yang zahir iaitu fekah dan
yang batin iaitu tarekat tasawuf) nascaya binasalah Numan.
Imam Malik juga meninggalkan wasiat penting dengan katanya seperti yang telah
disebutkan diatas. Apakah maksud wasiat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik tersebut?
Setelah beramal dengan tarekat tasawuf, kedua-dua tokoh memahami, setiap amalan tidak
boleh dipisahkan dari tiga aspek iaitu syariat, tarekat dan hakikat; jika sesorang mukmin
hanya beramal berdasarkan fekah sahaja bermakna ia hanya dapat melakukan aspek syariat
sahaja; dua aspek lain, tarekat dan hakikat akan tertinggal dan tidak tercapailah tujuan
ibadat.
Imam Syafie juga mengingatkan kita mengenai kepentingan tarekat tasawuf dengan
katanya:
Sesiapa yang mahu berbagai hijab hatinya dibukan oleh Allah, lalu Allah
limpahkan ilmu (terus ke dalam hatinya), wajiblah ia melakukan khalwat dan
mengawal makan dan menjauhkan diri dari orang-orang yang jahil dan juga
ulamak yang mengikutkan nafsu dan yang tidak beradab.
Wasiat Imam Syafie ini bermaksud, tarekat tasawuf yang diamalkan dalam khalwat
akan dapat meningkatkan tauhid ke tingkat hakikat dan makrifat. Imam Ahmad bin Hanbal
pernah mengingatkan puteranya, Abdullah dan juga kita semua denga wasiatnya:
Wahai anakku wajiblah engkau belajar dari orang-orang sufi, kerana mereka
boleh membantumu untuk membentuk sifat takut kepada Allah, tawakal
dan....
KESAN PENGARUH DUA TOKOH BESAR TAREKAT
Sepuluh aliran tarekat yang disenaraikan di atas telah meninggalkan impak yang
bersar dalam perkembangan dan penyebaran pengaruh tarekat tasawuf di zaman seterusnya
di seluruh dunia Islam. Terutamanya pengaruh dua tokoh besarnya; syeikh Abu Qasim alSimposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
Dhikrullah adalah rukun utama dalam ilmu tasawuf ini, bahkan seseorang
tidak akan sampai kepada (hakikat dan makrifat) Allah kecuali ia sentiasa
kekal berzikir
Junaydi al-Baghdadi (w.297H.) yang dianggap sebagai syeikh bagi semua syeikh di bidang
tarekat dan imam bagi semua imam di bidang syariat. Maksudnya, di zaman hidupnya,
beliaulah tokoh paling alim di kedua-dua bidang, fekah dan tasawuf.
Tokoh kedua ialah syeikh Abu Yazid al-Bustami (w.262H.). Kedudukan dan
peranannya pernahnya diakui oleh syeikh Abu Qasim al-Junnaydi seperti kedudukan dan
peranan Jibril a.s. di kalangan para mallaikat. Jinazahnya dikebumikan di sisi sebelah depan
masjidnya, terletak di daerah Shuhrood di Iran. Kita boleh saksikan bilik beliau berzikir dan
berkhalwat di masjidnya ini.
Antara murid syeikh Abu Qasim al-Junaydi yang aktif menyibarkan ilmu dan amalan
tarekat ialah Abu Abbas al-Adami (w.341H.) yang berpenggaruh di Jazirah Arab; Abu Bakar
al-Shibli (w.334 H.) di Baghdad; Abu al-Hasan al-Nuri dan Ibn Jala di Mesir; Abu Muhammad
al-Murtaish (w328H.) di Iraq; Abu Bakar al-Kattani (w.322H.) gigih menyibarkan tarekatnya
di Mekah yang dianggap oleh setengah ulamak tasawuf sebagai pelita yang menerangi Tanah
Haram.
Di masa yang sama, di Mekah dan Madinah juga terdapat dua orang murid Abu Qasim
al-Junaydi yang berpengaruh iaitu Abu Yaqub al-Nahrajuri (w.330H.) dan Ali bin Muhammad
al-Muzayni (w.328H.).
Di Khurasan terdapat syeikh Abu al-Hasan al-Busanji (w.348H.). Di Sham syeikh Abu
Bakar bin Dawud Daynuri (w.350H.). Di daerah Nisabur dan Samarqan syeikh Abu al-Hasan
Shirazi (w.353H.) dan lain-lain tokoh tarekat tasawuf terus gigih menyibarkan ilmu dan
amalan tarekat masing-masing.
SILSILAH PARA SYEIKH
Dalam turuq sufiyyah (seluruh tarekat para sufi) kesahihan silsilah syeih mestilah
bersambung hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w., kerana syafaat atau barakah baginda
s.a.w akan terlimpah dari syeih tersebut ke dalam rohani para murid. Syeih Muhammad Amin
Kurdi dalam kitabnya Tanwir al-Qulub, menegaskan: Sesiapa silsilahnya tidak bersambung
sampai kepada hadrat Kenabian s.a.w. sesungguhnya ia terputus dari limpahan syafaatnya
dan ia bukanlah waris Rasulullah s.a.w..
Bagi menentukan silsilah syeikh bersambung tidak terputus, maka seorang syeih mesti
dapat keizinan khusus dari syeikhnya, bukan hanya di bidang taklim dan tarbiyyah tapi juga
di bidang tarqiyyah. Demikian juga seorang yang hendak belajar tarekat dari seseorang syeikh
mestilah mengetahui secara pasti kesahihan silsilah syeikh tersebut.
Ilmu dan amalan tarekat ditalkin dan dibaiahkan oleh seorang syeih kepada para
muridnya tetap serupa dan sama dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika
baginda mentalkinkan amalan zikrullah kepada para sahabat seperti yang telah diterangkan
dalam rencana yang lepas. Menerusi makanisma syeikh dan silsilah tersebut maka keutuhan
dan ketulinan ilmu dan amalan tarekat tasawuf dapat dijaga dengan sebaik-baiknya. Tidaklah
keterlaluan jika kita katakan ilmu dan amalan tarekat tasawuf yang muktabar adalah
merupakan sunnah mutabaah yang sebenar.
Dalam tasawuf, bila disebutkah al-toriqah (jamaknya at-turuq) bermaksud tarekat
yang khusus ini, seperti yang biasa kita sebutkan; tarekat Ahmadiyyah, tarekat Qadiriyyah,
tarekat Satariyyah dan sebagainya lagi. Dianggap khusus kerana ianya khusus dapat
memperbaiki aspek ahwal qalbiyyah (keadan hati seperti hati keras menjadi lembut) dan
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
maqamat qalbiyyah (sifat-sifat hati seperti taubbat, sabar, syukur dan lain-lain) yang
akhirnya menyampaikan seseorang mukmin ke darjat ihsan dan jadilah ia seorang muhsin
Diakhirat dimasukkan dalam golongan muqarabun. (Surah al-Waqiah, 10)
Syeikh Jirjani (w. 816 H.) dalam kitabnya, at-Tarifat, mendefinasikan tarekat yang
khusus ini dengan:
ASHABUS-SUFFAH
Siapakah golongan ulul-albab yang disebut dalam ayat di atas? Di zaman hayat
Rasulullah, ulul-albab adalah sebahagian sahabat yang sentiasa berdhikrullah dan
tafakkur. Mereka telah diajar oleh baginda (s.a.w.) bagaimana cara berdhikrullah. Antara
mereka yang sentiasa berdhikrullah ialah ashabs-suffah sahabat yang beruzlah dan
beritikaf di serambi Masjid Nabi di Madinah. Saidina Ali pernah menyebutkan keadaan
mereka dan apa yang mereka sentiasa amalkan ketika berada di dalam masjid itu. Beliau
menyatakan :
Maksudnya: Demi Allah sesungguhnya aku dapat menyaksikan (benar-benar) para
sahabat Muhammad (s.a.w.). Aku tidak nampak sesuatu (sifat manusia lain) yang
serupa mereka. Sesungguhnya di pagi-pagi hari muka mereka pucat, rambut mereka
kusut masai dan berdebu. Mereka kelihatan (penat) seperti (orang musafir) yang
menunggang unta. Mereka berjaga malam dengan sujud dan berdiri (sentiasa
bersembahyang), membaca al-Quran. Bila waktu Subuh mereka berdhikrullah
menggerakkan badan (ke kiri dan kanan) seperti pokok ketika di musim angin kuat.
Bergenang mata mereka dengan air mata, demi Allah sampai basah pakaian mereka
KESIMPULANNYA
Telah diterangkan secara ringkas definasi tarekat, konsepnya, kepimpinannya,
pembelajarannya, penghayatannya, kedudukannya dalam Islam, hukum mengamalkannya,
adab zahir batinya, visinya dan beberapa perkara lain yang berkaitan. Sangat jelas institusi
tarekat yang menjadi madrasah kerohanian yang ideal dan lengkap telah wujud di bawah
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
pimpinan Rasulullah s.a.w. Warna dan corak mujahadah zahir batin baginda s.a.w. bersama
para sahabat, tersalin dengan jelas sekali dalam madrasah turuq sufiyyah yang wujud pada
hari ini. Jelas juga tarekat adalah amalan yang menyampaikan ke darjat ihsan atau tasawuf,
membolehkan seseorang menjadi muhsin atau sufi. Setiap sufi adalah ahli tarekat. Al-Quran
dan sunnah adalah sumber ilmu dan amalan tarekat yang wajib dipercayai. Tepatlah
penegasan sesetengah sufi; sesiapa yang mengatakan tarekat yang muktabar tidak ada
asasnya dalam al-Quran dan sunnah ia jadi kafir.
Bila kita telah yakin terhadap kedudukan tarekat sebagai salah satu institusi amalan
yang benar dan wujud bersama lahirnya Islam, mempunyai asas-asas atau prinsip-prinsipnya
yang sangat baik dan jelas selaras dengan al-Quran dan sunnah, maka dengan sendirinya kita
sedar terhadap kewajipan kita untuk menjaga serta mempertahankan kebenarannya. Di
samping itu kita perlu juga mengetahui sebahagian dari kepentingannya atau perananannya
dalam hubungan berbagai aspek kehidupan dan penghayatan agama pada zahir dan batin
kita.
Antara berbagai kepentingannya (selain daripada 40 kebaikan atau manfaat wirid dan
dhikir seperti yang telah diterangkan di atas) dapat kita sebutkan seperti berikut di bawah ini
iaitu yang berkait dengan ilmu, iman dan amal.
KEPENTINGAN TAREKAT
Insya Allah, Allah akan kurniakan hakikat dan makrifat wujudNya. Allah berfirman:
Maksudnya: Sesiapa beramal dengan ilmu yang ia ketahui, nescaya Allah
kurniakan ilmu yang ia belum ketahui. (Hilyah Awliya: j.6 h. 163)
Cara dhawqi tersebut kadang-kadang diistilahkan dengan cara tajalli iaitu
didasarkan kepada pengalaman Nabi Musa a.s. seperti yang tersebut dalam al-Quran. Allah
berfirman yang bermaksud:
Shazili (Guru tasawwuf Imam Sayuti). Bila orang ramai yang membanjiri masjid al-Azhar
bertanya kepadanya mengenai masalah sertanya Allah dengan kita seperti yang dinyatakan
dalam firmannya yang bermaksud:
Dan Dia (Allah) berserta kamu di mana-mana pun kamu berada- (Surah alHadid, ayat 4).
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
Allah mengurniakan hidayat kepada manusia sesuai dengan keadaan hati atau rohani
masing-masing. Golongan muslim, mukmin dan muhsin akan dapat hidayat sesuai dengan
kedudukan mereka. Demikian juga jika kita lihat dari sudut orang awam, salik, khawas dan
khawasul-khawas, masing-masing akan dapat hidayat yang sesuai dengan taraf mereka.
Kerana itulah dikatakan bahawa antara kebijaksanaan Rasullullah (s.a.w.) (fatanah) ialah
kebolehan baginda memberi jawapan yang benar-benar sesuai dengan kedudukan orang yang
bertanya, sehingga akhirnya mewujudkan kumpulan hadis afdaliyah.
Golongan sufiyah menggunakan kaedah tersebut untuk mendapatkan hidayat yang
sebaik-baiknya. Kerana itu mereka menumpukan usaha meneguhkan iman, membaiki amal
dan membanyakkan dhikrullah. Allah berfirman yang bermaksud:
Maksudnya: Hai nafs (hati atau jiwa) yang mutmainnah, kembalilah kamu
kepada Tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai Allah, maka masuklah
kamu dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kamu syurgaKu.(Surah al-Fajr, ayat 28-30).
Firman Allah di atas bukan hanya ditujukan kepada nafs/hati orang yang sudah
meninggal dunia, tetapi juga ditujukan kepada setiap nafs/hati yang mutmainnah. Menurut
keterangan setengah orang sufi mengenai ayat tersebut bahawa bila seseorang mukmin telah
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
Maksudnya: Sesiapa yang mahu Allah bukakan pintu hatinya dan diberi ilmu
(secara laduni/dhawqi) maka wajiblah ia berkalwah dan menyedikitkan
makanan dan tidak bercampur dengan orang yang bodoh dan setengah orang
alim yang tidak ada keinsafan dan tidak ada adab.- (Bustanul-Arifin, h. 47).
dapat mencapai hati mutmainnah maka mereka akan dapat empat macam kurnia dan
rahmat Allah:
PERTAMA, hati atau roh atau nafs mereka akan dikurniakan Allah untuk kenal semula
seperti roh belum masuk ke tubuh badan atau jasad di mana ketika itu roh manusia kenal
Allah dan mushahadah terhadap Allah seperti yang disebutkan dalam al-Quran di mana Allah
tanya kepada para roh manusia:
Dengan itu maka bila hati telah benar-benar mutmainnah maka Allah angkatkan atau
singkapkan berbagai hijab sehingga hati atau roh manusia itu dapat musyahadah terhadap
wujud Allah. Inilah antara hakikat dan makrifah Allah yang Allah sampaikan secara ladduni
atau secara mukasyafah.
KEDUA, Allah kurniakan kepada orang tersebut maqam reda dan diredai Allah.
KETIGA, orang tersebut akan menjadi hamba Allah yang sebenar tidak menjadi hamba
kepada yang lain daripada Allah. Ini bererti orang tersebut telah menjadi orang muhsin,
orang ulul-albab yang bila beramal dapat berbuat sebaik-baik amal seperti yang Allah
sebutkan dalam firmanNya yang bermaksud:
Maksudnya: Wahai roh-roh tidakkah Aku ini Tuhan kamu. Maka jawab para roh
manusia, bahkan (sebenarnya) Engkaulah Tuhan kami, kami saksikan (Surah alAraaf: 172)
tersebut akan menjadi orang yang kian hampir kepada Allah dan mudah dapat berbagai ilham
ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Sunnah.
Gambar rajah di bawah ini akan dapat membantu kita memahami proses pencapaian
hati mutmainnah dan mukasyafah seperti yang diterangkan di atas.
DALAM SIRR
DALAM ROH
KHAWWAS
ZIKIR
GHAYBAH
ZIKIR
KHUDUR
KEFAHAMAN = TAREKAT
ILMU = SYARIAT
MARIFAH
AHLI KAMAL
(KHAWWAS
AL-KHAWWAS)
kebenaran Allah. Mereka itu seperti binatang ternak. Bahkan mereka lebih
(buruk) dari binatang ternak itu. Mereka itulah orang-orang yang (benarbenar) lalai. (Al-Araf , 179)
Ghaflah atau lalai, lupa dan lain-lain sebutan yang serupa maknanya adalah lawan
ingat, sedar dan seumpamanya lagi. Maksud ghaflah biasanya mengenai dua perkara.
Pertama lalai dan tidak ingatkan Allah. Keduanya lalai dan tidak ingatkan hukumhakamNya. Disebabkan lalai dan tidak ingatkan Allah maka membawa akibat tidak ingatkan
berbagai hukum Allah. Amalan wirid dan dhikir, khasnya seperti yang terdapat dalam tarekat
akan dapat segera menghapuskan ghaflah atau lalai tersebut.
Maksudnya: Dan sebaik-baik amalan yang membolehkan seseorang murid
mencapai maqam dan (jalan yang) paling dekat sekali (untuk sampai kepada
berbagai maqam itu) ialah dhikrullah. )Iqazul Himam j.1, h. 75.)
Pandangan Ibn Ajibah dan ramai lagi ulama tasawwuf lainnya yang demikian adalah
sesuai dengan maksud hadis nabi (s.a.w.) yang menegaskan bahawa sentiasa dhikrullah
samada secara sirr atau jihar adalah jalan yang paling dekat untuk sampai kepada Allah.
Dengan hilangnya ghaflah maka hati akan serta-merta bertukar keadaannya, menjadi
yaqazah atau sedar, bangun dari tidurnya dan bercahayalah ruang hati diterangi oleh cahaya
hidayat Allah.
Allah berfirman yang bermaksud:
Dan apakah orang yang sudah mati (hatinya) kemudian Kami hidupkan (hati
itu) dan Kami jadikan bagi (hati yang telah hidup itu) nur yang terang yang
dengan cahaya itu ia dapat (berjalan melaksanakan peranannya) di kalangan
masyarakat manusia sama seperti orang yang hatinya dalam kegelapan dan
tidak dapat keluar dari kegelapan tersebut. (Surah Al-Anam: 122)
Bila hati telah sedar, hidup dan bercahaya maka iman akan jadi kuat, perkasa. Kerana
itu maka Allah menegaskan bahawa orang yang hatinya telah dihidupkan sahaja yang layak
menerima nur hidayat atau nur warid. Orang tersebutlah yang layak menjadi pemimpin
masyarakatnya dan mampu menyampaikan kebenaran Allah kepada mereka.
Nur warid yang Allah sampaikan terus ke dalam hati orang yang sentiasa
berdhikrullah itu terbahagi tiga jenis menurut Ibn AtailLah seperti yang disebutkan dalam
kitabnya al-Hikam. Nur al-Intibah, Nur al-Iqbal dan Nur al-Wisal.
Nur al-Intibah menjadikan hati sedar, hidup, jaga, nur al-Iqbal menjadikan hati jadi
terlalu ingat Allah atau hudur ma`alLah, nur al-Wisal menjadikan seseorang jadi fana dan
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
Ibn Ajibah menjelaskan bahawa amalan yang segera boleh merubah keadaan hati ialah
dhikrullah. Beliau menegaskan dengan katanya:
baqa billLah yang menyampaikan seseorang sampai ke tingkat ihsan Sila telitikan
gambar rajah di atas.
Bila seseorang sampai ke peringkat ihsan, tentulah imannya menjadi kuat dan
sempurna. Nabi bersabda yang bermaksud: Ihsan ialah anda ubudiyah kepada Allah, seolaholah anda melihatNya, jika anda tidak (seolah-olah) melihatNya, sesungguhnya Allah melihat
anda.
Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali menjelaskan bahawa bila seseorang mengalami seolaholah melihat Allah, maka orang tersebut menjadi seorang yang arif (sempurna kenal Allah
sampai kepada marifahNya), tetapi keikhlasannya masih belum sempurna; naqis.
Dari keterangan di atas nyata tarekat adalah merupakan amalan yang menyegerakan
peningkatan iman hingga ke tingkat setinggi-tingginya.
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bila terasa dan sedar Allah sentiasa hampir dan melihat dirinya di mana-mana pun ia
berada, maka orang tersebut menjadi seorang yang arif dan kamil (sempurna keikhlasannya).
BIODATA PENCERAMAH
PERKARA
MAKLUMAT
1.
Nama
2.
Alamat Rumah
3.
Alamat Pejabat
4.
Tarikh Lahir
03 NOVEMBER 1941
5.
Tempat Lahir
6.
Perkhidmatan Akhir
7.
Pendidikan
8.
Pengalaman Bekerja
9.
Organisasi NGO
1.
2.
3.
4.
BIL
PERINGKAT
1.
NEGERI SELANGOR
2.
NEGERI SELANGOR
3.
4.
AHLI JAWATANKUASA,
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
(SEJAK TAHUN 2005 HINGGA
KINI)
TAULIAH MENGAJAR,
NEGERI SELANGOR
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
BIL
5.
PANEL PENILAI,
PERINGKAT KEBANGSAAN
(MALAYSIA)
6.
PAKAR RUJUK,
PERINGKAT KEBANGSAAN
(MALAYSIA)
7.
8.
9.
10.
11.
12.
14.
15.
GARIS
PANDUAN
16.
17.
18.
19.
20.
AHLI PANEL,
PERINGKAT KEBANGSAAN
(MALAYSIA)
AHLI PANEL,
PERINGKAT KEBANGSAAN
(MALAYSIA)
KETUA PANEL,
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
MANTAN PENSYARAH,
PERINGKAT KEBANGSAAN
MANTAN PROF MADYA
(PENSYARAH), PERINGKAT
KEBANGSAAN
PENGERUSI SURAU,
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
NAZIR MASJID,
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
PENGASAS DAN PENGERUSI,
PERINGKAT DAERAH GOMBAK
PENGERUSI, PERINGKAT NEGERI
JOHOR
PENGERUSI, PERINGKAT NEGERI
PAHANG
YANG DIPERTUA,
PERINGKAT KEBANGSAAN
(MALAYSIA)
PENGASAS DAN PAKAR,
PERINGKAT KEBANGSAAN
(MALAYSIA)
PENGERUSI,
PERINGKAT KEBANGSAAN
(MALAYSIA)
PENGASAS DAN PENGERUSI,
PERINGKAT KEBANGSAAN
(MALAYSIA)
21.
PENASIHAT,
PERINGKAT KEBANGSAAN
(MALAYSIA)
22.
PERINGKAT KEBANGSAAN
23.
24.
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
13.
MEMBANGUNKAN
ANUGERAH KHAS
ANUGERAH
PERINGKAT
PERSATUAN/PERTUBUHAN/BADAN SUKARELA
1.
2.
3.
PERSATUAN/PERTUBUHAN/BADAN SUKARELA
JAWATAN
PRODUK DIHASILKAN/DIBANGUNKAN
BIL
PRODUK
TAHUN
1.
30 APRIL 2015
2.
01 OKTOBER 2015
TAJUK
BAHASA
1.
Bahasa
Melayu
2015
2.
Bahasa
Melayu
3.
Bahasa
Melayu
2010
1997
2004
Nurin Enterpirse
1988
Penerbitan Sarjana
1989
Bahasa
Melayu
5.
Bahasa
Melayu
6.
7.
4.
Bahasa
Melayu
Bahasa
Melayu
PENERBIT
Nurin Enterprise
Adabi Publishing Sdn Bhd
DITERBITKAN
1986 &1993
1981, 83 & 84
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
BIL
8.
9.
Bahasa
Melayu
Bahasa
Arab
1982
Nurin Enterprise
BIL
TAJUK
BAHASA
PENERBIT
DITERBITKAN
29 Ogos 2015
28 Jun 2015
1.
Bahasa Melayu
2.
Bahasa Melayu
3.
BOMOH:
ISU
DAN
MASALAH
PENGGUNAAN JIN, TANGKAL DAN
AMALAN MENURUN
Bahasa Melayu
4.
Bahasa Melayu
5.
PERUBATAN ISLAM:
ANCAMAN AQIDAH
Bahasa Melayu
6.
Bahasa Melayu
7.
WALI
ALLAH
KEDUDUKAN
KEPENTINGANNYA MENURUT IBNU
ATAILLAH ISKANDARI
Bahasa Melayu
8.
STRATEGI
MEMASYARAKATKAN
TASAWUF DALAM KEHIDUPAN MODEN
Bahasa Melayu
9.
Bahasa Melayu
10.
Bahasa Melayu
11.
Bahasa Melayu
KHURAFAT
&
01 Jun 2015
31 Mei 2015
21 Mac 2015
02 Dis 2014
1 Nov 2014
12.11.2013
1.12.2012
11.11.2013
dan
20.10.2013
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
13.
Bahasa Melayu
14.
Bahasa Melayu
15.
PENGENALAN
PERUBATAN
ISLAM/TRADISIONAL ISLAM
Bahasa Melayu
16.
Bahasa Melayu
17.
SIHIR:
CIRI-CIRINYA,
KAEDAH
RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING
Bahasa Melayu
18.
Bahasa Melayu
19.
Bahasa Melayu
20.
SAKA, SIHIR
RAWATAN
Bahasa Melayu
21.
Bahasa Melayu
22.
SAKA: KESANNYA
RAWATANNYA
Bahasa Melayu
23.
SIHIR:
CIRI-CIRINYA,
KAEDAH
RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING
SANTAU:
DAN
DALAM
KESAN
&
KAEDAH
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
11.11.2013
dan
20.10.2013
31 OKT. 2013
21.09.2012
13.05.2013
23.02.2013
20.10.2013
11.10.2010
11.07.2010
21.02.2010
03.03.2008
03.02.2008
05.01.2008
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
12.
KEKELIRUAN MASYARAKAT
RAWATAN SPRITUAL ISLAM
Bahasa Melayu
25.
Bahasa Melayu
26.
Bahasa Melayu
27.
MENURUN:
MENURUT ISLAM
Bahasa Melayu
28.
Bahasa Melayu
29.
Bahasa Melayu
30.
Bahasa Melayu
31.
PRINSIP-PRINSIP
TAREKAT
PENTING
ILMU
Bahasa Melayu
32.
PRINSIP-PRINSIP
TAREKAT
DALAM
ILMU
33.
Bahasa Melayu
34.
Bahasa Melayu
KEBENARANNYA
Bahasa Melayu
25.03.2007
25.12.2005
05.05.2004
04.07.202
01.12.2012
05.02.2012
03.12.2011
24.07.2011
14.05.2011
20.02.2011
26 JUL 2008
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
24.
METODOLOGI
PERUBATAN
TRADISIONAL MELAYU MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
Dan
Consultancy
DenganKerjasama
Masjid
Negara Kuala Lumpur
Seminar Perubatan Islam &
Tasawwuf anjuran Persatuan
Kebajikan
Bina
Budi
Malaysia dan Jawatankuasa
Penghuni Dewan Abbasiah
Kaherah Dengan Kerjasama
Jabatan Penuntut Malaysia
Kaherah, Yayasan Pahang
dan
Badan
Kebajikan
Mahasiswa/i Islam Pahang
Mesir
Seminar Sehari Metafizik
Islam 1 anjuran Persatuan
Kebajikan Saviour Insan
Selangor (PERKESAN)
Seminar
Perubatan
Tradisional Menurut Islam
Anjuran Sekolah Pengurusan
Dakwah, ILDAS
Seminar Alam Misteri Dalam
Budaya, anjuran Pejabat
Muzium Etnologi Dunia
Melayu, Jabatan Muzium &
Antikuiti
Simposium
Tarekat
Tasawwuf Siri 3
Maulidur Rasul 1433H
Anjuran: Madrasah AsSaidiyyah, Kg Pondok Rasah
Seremban
Kerjasama
Jabatan
Mufti
Negeri
Sembilan
Simposium Tarekat Tasawuf
Siri 2, Jabatan Mufti Negeri
Sembilan dan Madrasah AsSaidiyah
Seminar Kefahaman Tarekat
Tasawuf, Qolbu Solehin
Consultancy
Simposium
Tarekat
Tasawwuf Siri 1, Jabatan
Mufti Negeri Sembilan dan
Madrasah As-Saidiyah
Sempena
Sambutan
Maulidur
Rasul
1432H,
Jabatan
Mufti
Negeri
Sembilan dan Madrasah AsSaidiyah
Sambutan
Isra
&
Mikraj/Seminar Tasawwuf &
Tarekat Masjid Nur Salam Kg
Kubang Jelai Pendang
36.
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Jabatan
Sembilan
37.
Bahasa Melayu
38.
KEDUDUKAN
DAN
KEPENTINGAN
TAREKAT DALAM ISLAM
Bahasa Melayu
39.
Bahasa Melayu
40.
Bahasa Melayu
41.
Bahasa Melayu
42.
Bahasa Melayu
43.
44.
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
45.
Bahasa Melayu
46.
Bahasa Melayu
47.
Bahasa Melayu
48.
AMALAN SULUK/KHALWAT
TASAWWUF
Bahasa Melayu
49.
PERKEMBANGAN
TAREKAT
NAQSYABANDIAH DI MALAYSIA
DALAM
Bahasa Arab
Mufti
Negeri
Seminar
Kefahaman
Tasawwuf
Dan
Penghayatannya Anugerah
HRM Consultant Sdn Bhd
UTM Skudai Johor
Seminar
Kefahaman
Tasawwuf
Dan
Penghayatannya Anugerah
HRM Consultant Sdn Bhd
UTM Skudai Johor
Simposium Peradaban Ilmu
Dan Ketamadunan Islam
(SPIKE 04) PIUMTM, IKIM,
JAIJ
Seminar
Tasawwuf
Kebangsaan, Jabatan Mufti
Negeri Sembilan dengan
Kerjasama
Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM)
dan Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP)
Seminar Dakwah Tariqah
Tasawwuf
Antarabangsa,
UKM dan Jabatan Mufti
Negeri Sembilan
Seminar
Tasawwuf,
Persatuan Pelajar, Universiti
Islam Antarabangsa (UIA)
Gombak
Seminar
Kefahaman
Tasawwuf Islam UPM
Muzakarah Ulama, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM)
Seminar Kefahaman Islam
Sekretariat Persatuan Ulama
Malaysia (PUM)
Seminar Solat, Masjid AlFalah USJ 9 Subang Jaya
25- 26.03.2007
22.12.2007
25.03.2005
25.03.2005
10 &
11.01.2004
09&10.08.200
3
17&19.08.200
2
Seminar Kepimpinan UM
Forum
Tasawuf
Antarabangsa,
Ketua
Lembaga Wakaf Libya
16
18.09.1995
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
35.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
TAJUK
RAMADHAN: BULAN SERVIS JASMANI
DAN ROHANI BULAN TERAGUNG
PENUH KEBERKATAN
MELIHAT RASULULLAH DALAM MIMPI
DAN JAGA
TIGA
MESEJ
PENTING
DALAM
PERISTIWA ISRA DAN MIRAJ
CANGGIHNYA HATI YANG HIDUP
BERCAHAYA
BOLEHKAH
TAHALLI
SEBELUM
TAKHLIAH?
AWAS CENGKAMAN SYAITAN PADA
AHLI KASYAF
SAKA: BOLEH TEMPIAS KEPADA
SESIAPA SAHAJA
KEKELIRUAN MASYARAKAT DALAM
RAWATAN SPIRITUAL ISLAM
BAHASA
PENERBIT
DITERBITKAN
Bahasa Melayu
JULAI 2015
OGOS 2013
Bahasa Melayu
Bil 2, 2013
Bahasa Melayu
Bil 3, 2013
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
9.
Bahasa Melayu
10.
Bahasa Melayu
11.
Bahasa Melayu
12.
13.
CENGKAMAN
SYAITAN
DALAM
JEMAAH AL-ARQAM
MELIHAT RASULULLAH SAW DALAM
MIMPI DAN JAGA (YAQADZAH)
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
14.
Bahasa Melayu
15.
Bahasa Melayu
16.
Bahasa Melayu
17.
Bahasa Melayu
18.
Bahasa Melayu
19.
DI MANA
BISMILLAH
20.
Bahasa Melayu
21.
Bahasa Melayu
22.
Bahasa Melayu
23.
Bahasa Melayu
24.
25.
LETAKNYA
KEHEBATAN
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Majalah Anis
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
FEB 2015
NOV. 2013
JULAI 2008
OGOS 2012
OKTOBER 2012
DISEMBER
2012
JANUARI 2013
FEBRUARI
2013
MAC 2013
APRIL 2013
MEI 2013
JUN 2013
OGOS 2013
SEPTEMBER
2013
NOVEMBER
2013
DISEMBER
2013
JAN 2015
NOV 2014
SEPT 2014
OGOS 2014
JULAI 2014
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
BIL
27.
28.
29.
30.
Bahasa Melayu
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
JUN 2014
Bahasa Melayu
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
MEI 2014
Bahasa Melayu
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
APRIL 2014
Bahasa Melayu
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
MAC 2014
Bahasa Melayu
31.
Bahasa Melayu
32.
Bahasa Melayu
33.
Bahasa Melayu
34.
35.
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
36.
Bahasa Melayu
37.
Bahasa Melayu
38.
39.
40.
41.
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
42.
Bahasa Melayu
43.
Bahasa Melayu
44.
Bahasa Melayu
45.
46.
47.
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
48.
Bahasa Melayu
49.
Bahasa Melayu
50.
Bahasa Melayu
51.
Bahasa Melayu
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Al-Islam
Utusan Karya Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
FEB 2014
JAN 2014
ISU 01, 2012
ISU 04, 2012
ISU 05,
DIS 2012
ISU 06, 2012
ISU 08, 2012
ISU 09, 2012
ISU 11, 2012
ISU 12, 2012
ISU 14,
FEB 2013
ISU 16,
APR 2013
ISU 18,
JUN 2013
ISU 19,
JUL 2013
ISU 20,
OGOS 2013
ISU 21,
NOV 2013
ISU 22,
DIS 2013
ISU 24,
DIS 2013
ISU 25,
JAN 2014
ISU 26
FEB 2014
ISU 27
MAC 2014
ISU 28
APR 2014
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya
26.
52.
Bahasa Melayu
53.
Bahasa Melayu
54.
55.
56.
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
57.
Bahasa Melayu
58.
Bahasa Melayu
59.
Bahasa Melayu
60.
Bahasa Melayu
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISU 29
JUN 2014
ISU 30
JULAI 2014
ISU 31,
OGOS 2014
ISU 32
SEPT 2014
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISU 33
OKT 2014
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Majalah Q & A
Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISU 34,
NOV 2014
ISU 35,
DIS 2014
ISU 36,
JAN 2015
ISU 37,
FEB 2015
BIODATA MODERATOR
____________________________________
USTAZ MOHD NASIR BIN MOHD TAP merupakan anak peneroka yang
berasal dari Kluang, Johor Darul Takzim. Dilahirkan di Muar pada
Ramadhan 1398H/September 1978. Beliau merupakan Pensyarah
Kanan, Jabatan Pengajian Islam serta diamanahkan sebagai Ketua
Jabatan Penerbitan dan Penyelidikan di Kolej Dar al-Hikmah (KDH)
merangkap Timbalan Pengarah (Bahagian Penerbitan) di Akademi
Kajian Ketamadunan (AKK), KDH. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (B.IRKH Usul al-Din dan
Perbandingan Agama) pada tahun 2002. Dan Sarjana Ilmu Wahyu Dan
Warisan Islam (Master IRK Usul al-Din dan Pemikiran Islam) pada tahun
2005. Beliau seorang Penyelidik, Pengkaji, Akademik Kajian dan
Ketamadunan. Menulis buku bertajuk MENCARIK ILUSI MENGGAPAI
REALITI : WACANA TASAWUF, TAREKAT & PEMIKIRAN KALAM IMAM AHMAD AL-SIRHINDI
(971H/1563M-1034H/1624M) diterbitkan Akademi Kajian Ketamadunan, KDH.
Simposium TAREKAT Tasawwuf Anjuran: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Tarikh: 07hb November 2015
Hari: Sabtu Masa: 8:00 pg hingga 4:00 petang Tempat: Auditorium, Masjid Putra Wilayah Persekutuan Putrajaya