You are on page 1of 3

BABAK 1

NARRATOR
Pada suatu zaman yang tidak pernah dilalui oleh penghuni Bumi, terdapat sebuah
metropolitan yang begitu pelik jika dibandingkan dengan kehidupan masa kini.
Peristiwa ajaib dan magik adalah perkara biasa dalam kehidupan penghuni kota
ini. Namun, kisah kita akan tertumpu pada seorang gadis yang bernama
CINDERELLA.
(CINDERELLA masuk pentas)

NARRATOR
Pada satu hari, dia sedang menari-nari di tepi pantai dan menikmati keindahan
alam. CINDERELLA seorang yang terlalu yakin dengan kecantikannya dan dia juga
seorang pelupa.
(CINDERELLA menari-nari)

NARRATOR
Sambil CINDERELLA leka menari dengan kelembutannya yang tersendiri, dia tidak
sedar bahawa selipar jambannya tertanggal dari kakinya yang mulus.
(Selipar CINDERELLA tertanggal)

NARRATOR
Setelah penat menari sepanjang pantai tersebut, dia ingin kembali
istananya. Tiba-tiba CINDERELLA tersedar selipar jambannya sudah tiada
kakinya. Dia mula mencari seliparnya. Dia begitu risau kerana selipar
begitu bernilai dan berharga baginya. Namun, dia gagal menjumpai selipar
dan kembali ke istana dengan hati yang kecewa.

ke
di
itu
itu

(CINDERELLA keluar pentas)

BABAK 2
NARRATOR
Kejadian kehilangan selipar jamban CINDEREELLA tersebar ke seluruh kota
Metropolitan. Maka kesemua hero-hero kota itu memulakan pencarian untuk
menemui selipar dengan harapan akan dapat menuntut ganjaran untuk mengahwini
CINDERELLA dan hidup mewah di istana. Terdapat dua hero yang begitu gigih
mencari selipar itu iaitu BATMAN dan IRONMAN.
(BATMAN dan IRONMAN masuk pentas serentak berlatarkan muzik)

NARRATOR
BATMAN, yang sangat minat menari, dan IRONMAN, yang amat pemalu orangnya,
masing-masing sibuk menyelesaikan misi mencari selipar CINDERELLA.
(BATMAN dan IRONMAN mencari-cari selipar di atas pentas)

NARRATOR
Tiba-tiba mereka ternampak selipar itu terapung-apung di atas lautan. Mereka
berdua menuju ke arah selipar itu dan bertemu tidak jauh dari destinasi
mereka. Tidak ada sesiapa yang ingin m engalah. Maka, berlaku pertempuran
hebat antara BATAMAN dengan IRONMAN.
(Muzik pertarungan bermain di latar belakang)

NARRATOR
Setelah beberapa jam berlalu, kedua-dua hero itu kehabisan tenaga untuk
meneruskan pertarungan tersebut. Kedua-dua hero itu berputus asa lalu kembali
ke kubu masing-mmasing. Maka, tertinggallah selipar itu terapung di lautan.
(BATMAN dan IRONMAN keluar pentas)

BABAK 3
(SPONGEBOB masuk pentas)

Selipar itu terus terapung tanpa sesiapa pun menuntutnya. Di dasar lautan,
seorang yang bernama SPONGEBOB sedang keluar rumah nanasnya untuk pergi
bekerja apabila dia ternampak sesuatu yang terapung di permukaan laut.
Didorong oleh perasaan ingin tahu, SPONGEBOB berenang ke arah objek tersebut
dan mendapati bahawa dia telah menjumpai selipar CINDERELLA. Dia bergegas ke
istana CINDERELLA untuk mengembalikan selipar tersebut.
(CINDERELLA masuk pentas)

NARRATOR
SPONGEBOB tiba di istana itu dan menyarungkan selipar tersebut pada kaki
CINDERELLA. CINDERELLA terlalu gembira dan menyatakan hasrat ingin berkahwin
dengan SPONGEBOB. Tetapi, SPONGEBOB menolak lamaran tersebut. SPONGEBOB
menyatakan alasannya kerana mereka hidup di dua dunia yang berbeza dan cara
hidup yang berbeza. Maka, SPONGEBOB pun keembali ke rumah nanasnya dan
CINDERELLA menangis kesedihan.

Memperkenalkan barisan pelakon CINDERELLA, BATMAN, IRON MAN, dan SPONGEBOB.