Вы находитесь на странице: 1из 17

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Muzik

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Daerah Hulu


Selangor : Satu Tinjauan

Hishammuddin Bin Idrus


E-mail: hishamidrus@yahoo.com

Abstrak

Keputusan untuk menjadikan pendidikan muzik sebagai mata


pelajaran wajib bagi semua pelajar pada peringkat sekolah rendah di
Malaysia telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Kabinet pada tahun
1983 yang dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada
tahun 1996, Jawatankuasa Kabinet memutuskan untuk
memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah sebagai satu kesinambungan kepada
mata pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang guru-guru
yang mengajar mata pelajaran pendidikan muzik sama ada mereka
mendapat latihan secara formal dari maktab-maktab perguruan atau
hanya terpaksa mengajar kerana kekurangan guru muzik. Selain itu,
masalah-masalah utama guru-guru muzik dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan cuba dikenal pasti.
Seterusnya, kajian juga meliputi aspek pelaksanaan mata pelajaran
pendidikan muzik dalam kurikulum di sekolah rendah sama ada mata
pelajaran ini diimplimentasikan mengikut garis panduan yang
ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Data-data dalam
kajian ini dikumpulkan melalui temu bual dan pemerhatian. Temu bual
dijalankan bersama guru-guru yang mengajar mata pelajaran muzik
dan Guru Penolong Kanan Kurikulum. Analisis dilakukan terhadap
transkripsi temu bual bagi mendapatkan data-data yang berkaitan
dengan persoalan kajian. Kajian ini mendapati bahawa tidak semua
guru muzik yang menjalankan P&P pendidikan muzik mempunyai latar
belakang dalam bidang muzik. Selain itu, masalah utama yang
dihadapi oleh guru-guru muzik adalah ketiadaan bilik muzik khas dan
bahan-bahan P&P pendidikan muzik. Seterusnya, mata pelajaran
pendidikan muzik telah diimplimentasikan mengikut garis panduan
yang ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

1
Pengenalan

Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar


Pelajaran telah mengambil keputusan untuk menjadikan pendidikan
muzik sebagai satu mata pelajaran yang digalakkan bagi semua
pelajar peringkat sekolah rendah di Malaysia. Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) telah ditugaskan untuk merancang satu sukatan
pelajaran muzik dan mata pelajaran muzik Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di seluruh negara pada tahun
1983.

Objektif sukatan pelajaran ini menekankan kepada pembentukan


kemahiran murid. Pada tahun 1995, sukatan pelajaran muzik yang
baru telah diterbitkan oleh PPK. Matlamat kurikulum baru ini pula
bertujuan untuk memperkembangkan potensi dan kualiti diri individu
dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman
muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks
pelbagai budaya dan aspirasi negara. Namun demikian, setelah dua
puluh empat tahun mata pelajaran Pendidikan Muzik KBSR
diimplimentasikan, timbul persoalan tentang keberkesanan
pelaksanaan mata pelajaran ini dalam kurikulum sekolah rendah hari
ini.

Menurut Johami (1997), kualiti pengajaran muzik boleh


dikatakan kurang memuaskan pada keseluruhannya kerana
sebahagian besar tenaga pengajar muzik yang terlibat tidak menerima
latihan yang mencukupi. Peralatan yang dibekalkan oleh Kementerian
Pelajaran pada 1983 telah usang dan jarang sekali diganti dan ini
menjejaskan pengajaran guru.

Mata pelajaran pendidikan muzik pula bukan mata pelajaran


yang diuji dalam peperiksaan awam. Oleh yang demikian, terdapat
pentadbir sekolah yang tidak memberi penekanan kepada mata
pelajaran ini. Malah, peruntukan masa selama 60 minit seminggu bagi
mata pelajaran pendidikan muzik telah diganti dengan mata pelajaran
teras seperti Matematik dan Sains.

2
Latar Belakang Kajian

Daripada pengalaman dan tinjauan secara rambang, penyelidik


mendapati pelaksanaan mata pelajaran pendidikan muzik di sekolah
rendah tidak dilaksanakan seperti yang dirancangkan mengikut
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Di sekolah-sekolah
rendah sekarang ini, mata pelajaran pendidikan muzik dikendalikan
oleh guru-guru yang tidak mempunyai asas latihan muzik. Lantaran
itu, mereka mengendalikan pengajaran-pembelajaran (P&P) muzik
dengan tidak mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak melaksanakan P&P


pendidikan muzik. Sebaliknya mereka menggunakan peruntukan masa
pendidikan muzik untuk membuat pengukuhan bagi mata pelajaran
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti Bahasa
Inggeris, Sains, Matematik dan Bahasa Melayu. Di samping itu,
terdapat sebilangan guru muzik tidak mempunyai kemahiran-
kemahiran muzikal yang diperlukan untuk mengendalikan subjek
Pendidikan Muzik dengan berkesan di sekolah..

Mereka bersikap agak dingin serta negatif apabila


mengendalikan subjek Pendidikan Muzik. Sikap ini telah memberikan
implikasi yang kurang baik terhadap keberkesanan subjek Pendidikan
Muzik dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

Persoalan Kajian

Berkaitan dengan itu, persoalan-persoalan yang ingin dikaji dalam


kajian ini ialah,

a. Adakah guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan


muzik di sekolah rendah mempunyai latar belakang muzik?

b. Apakah masalah utama yang dihadapi oleh guru muzik dalam


P&P pendidikan muzik di sekolah rendah?

c. Adakah mata pelajaran pendidikan muzik diimplimentasikan


mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK)?

3
Kajian literatur

Abril, Carlos R., Gault dan Brent M.(2007) telah mengemukakan


beberapa pendapat tentang tanggapan warga sekolah terhadap
pendidikan muzik;

a. Guru kelas

▪ kajian mendapati bahawa guru kelas lebih cenderung


mengintegrasikan muzik dengan mata pelajaran lain tetapi
menafikan kelebihan mata pelajaran muzik itu sendiri.

▪ pengalaman guru muzik memberi kesan terhadap aktiviti muzik di


kelas. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara
pengalaman muzik guru dengan strategi yang digunakan di dalam
kelas.

▪ Peranan guru dalam mata pelajaran pendidikan muzik juga akan


menjadi lebih berkesan setelah mengikuti kursus muzik.

b. Pengetua / Guru Besar

▪ Sokongan daripada pihak pentadbir merupakan aspek penting yang


Menentukan pendidikan muzik diimplimentasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Kebanyakan sekolah, pihak pentadbir
bertanggungjawab dalam membuat keputusan untuk mendapatkan
khidmat guru muzik yang mahir bagi menjalankan aktiviti-aktiviti
muzik di sekolah.

Abril, Carlos R., Gault dan Brent M.(2007) juga mendapati,


pihak pentadbir dan pendidik muzik tidak bersependapat dalam
meletakkan pemberatan terhadap pembelajaran muzik di sekolah.
Berdasarkan kajian, terdapat perbezaan yang signifikan dalam
kenyataan yang diperolehi daripada pihak pentadbir dan pendidik
muzik tentang pendidikan muzik itu sendiri. Pendidik muzik
meletakkan estetika muzikal sebagai matlamat utama, sedangkan
pihak pentadbir lebih fokus ke arah untuk mendapatkan pengiktirafan
melalui aktiviti muzik.

Selain itu, berdasarkan kajian mereka, terdapat juga pihak


pentadbir yang menyedari akan kepentingan aktiviti muzik dalam
membentuk semangat kerjasama, disiplin diri dan kemahiran sosial
melalui pasukan pancaragam dan sebagainya.

4
Dalam aspek pembelajaran muzik, Campbell dan Scott-Kassner
(2005:29) menyatakan, selain persekitaran kelas muzik yang boleh
merangsang pembelajaran, pengetahuan guru terhadap kekuatan
setiap pelajar akan banyak membantu. Strategi pengajaran yang
terbaik adalah dengan menggunakan segala rangsangan yang ada.

Kelas muzik adalah unik dalam sesebuah sekolah. Haack dan Smith
(2000) telah mengenal pasti perbezaan daripada segi logistik dan
pengurusan antara kelas muzik dengan kelas biasa di sekolah. Kerusi
dan meja dalam sebuah kelas biasa disusun dalam barisan tertentu
manakala bagi kelas muzik, susunannya boleh sentiasa diubah
bergantung kepada saiz dan jenis aktiviti muzik yang ingin dijalankan.
Dalam pengajaran muzik instrumental pula, guru muzik akan
berhadapan dengan bilangan pelajar yang ramai serta berhadapan
dengan pelbagai kerenah pelajar yang memainkan alat-alat muzik
berbanding guru mata pelajaran biasa.

Menurut Krueger (1999), terdapat empat jenis isolasi yang


membelenggu guru muzik baru. Pertama, apabila guru muzik baru itu
merupakan satu-satunya guru muzik di sesebuah sekolah ataupun
daerah. Situasi ini menyebabkan guru muzik berkenaan tidak dapat
berbincang dengan rakan sekerja dalam bidang yang sama. Kedua,
guru-guru tidak bekerjasama sebagai satu pasukan. Guru yang baru
seharusnya diberikan bimbingan oleh guru yang berpengalaman.
Ketiga, guru muzik yang baru tidak dapat menyesuaikan diri dengan
guru-guru yang berpengalaman. Keempat, guru muzik berpandangan
bahawa guru mata pelajaran lain dan pihak pentadbir tidak
menyokong pendidikan muzik dalam kurikulum.

Metodologi

Data-data dalam kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan


kaedah kualitatif iaitu temu bual bersemuka (face to face) dan
pemerhatian tidak turut serta (Non-Participant Observation). Temu
bual bersemuka dijalankan bersama dua orang guru muzik yang
mengajar di dua buah sekolah rendah yang berasingan. Soalan temu
bual adalah berkaitan dengan pengalaman mengajar mata pelajaran
muzik, latar belakang latihan perguruan dan masalah-masalah yang
dihadapi oleh guru berkenaan sepanjang mengajar mata pelajaran
pendidikan muzik.

5
Temu bual juga dijalankan bersama seorang Guru Penolong
Kanan Kurikulum yang menyentuh tentang aspek pelaksanaan mata
pelajaran pendidikan muzik dalam kurikulum di sekolah rendah.

Pemerhatian tidak turut serta pula dilakukan dengan meninjau


bilik muzik dan kelengkapan alat-alat muzik di sekolah guru-guru yang
ditemu bual.

Kajian dilakukan di 2 buah sekolah rendah dalam daerah Hulu


Selangor. Sekolah-sekolah di daerah Hulu Selangor terbahagi kepada
3 zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan. Sebuah sekolah
dari zon selatan (Batang Kali) telah dipilih. Seorang guru muzik dan
Guru Penolong Kanan Kurikulum telah ditemu bual. Seorang lagi guru
muzik pula dipilih daripada sebuah sekolah di zon tengah (Kuala Kubu
Bharu).

Dapatan dan perbincangan

a. Latar belakang guru-guru yang mengajar pendidikan muzik

Melalui temu bual yang telah dijalankan bersama dua orang


guru yang mengajar mata pelajaran muzik, kedua-duanya telah
menjalani latihan asas perguruan dalam bidang pendidikan muzik di
maktab perguruan. Namun begitu, hakikat sebenar yang berlaku di
sekolah yang dikaji, bukan semua guru yang mengajar mata pelajaran
muzik mempunyai latar belakang pendidikan muzik. Hal ini demikian
kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Berdasarkan
maklumat daripada Guru Penolong Kanan Kurikulum, mata pelajaran
muzik perlu diberikan kepada guru biasa untuk mencukupkan bilangan
waktu mengajar.

.. kalau sekolah rendah kita tengok dia akan mengajar


antara 28 ke 30 waktu, jadi memang ada kalanya terfikir
untuk penambahan bagi guru yang tidak mencukupi
minitnya. Jadi kita akan beri kepada guru ni subjek
muzik.. (A03)

Sebuah sekolah di Batang Kali mempunyai 23 buah kelas dari


Tahun 1 hingga Tahun 6. Jika pihak pentadbir menetapkan setiap
guru perlu mengajar 28 hingga 30 waktu seminggu, bilangan guru
opsyen muzik yang diperlukan untuk mengajar mata pelajaran
pendidikan muzik adalah dianggarkan seramai 2 orang sahaja. Namun
begitu, hanya terdapat seorang sahaja guru opsyen muzik di sekolah

6
tersebut (A01). Oleh itu, mata pelajaran muzik terpaksa diberikan
kepada guru bukan opsyen.

Di sekolah ini tidak ada ramai yang opsyen


tetapi kita telah memilih berdasarkan minat guru
seramai 8 orang. Seorang saja yang mempunyai
opsyen muzik..(A01)

Berlainan pula dengan sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu yang


terdapat 3 orang guru yang mempunyai latar belakang pendidikan
muzik. Bilangan kelas dari tahun 1 hingga tahun 6 adalah sebanyak 15
kelas. Seharusnya semua mata pelajaran muzik dari tahun 1 hingga
tahun 6 boleh dikendalikan oleh guru-guru opsyen muzik. Fenomena
ini adalah disebabkan kecenderungan pihak pentadbir mengutamakan
mata pelajaran teras mengakibatkan mata pelajaran muzik terpaksa
dijadikan mata pelajaran tempelan kepada waktu mengajar guru-guru.

Taburan guru opsyen muzik yang tidak menepati bilangan yang


diperlukan di sesebuah sekolah juga mempengaruhi latar belakang
guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini. Pihak sekolah biasanya
akan membuat unjuran pada setiap hujung tahun dan memohon guru
opsyen muzik daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah.
Walaubagaimanapun, permohonan tersebut biasanya sukar dipenuhi.

..Memang setiap tahun kita memohon kepada pihak


berkenaan seperti PPD dan seterusnya ke jabatan., kita
inginkan guru yang mempunyai opsyen muzik. Pihak PPD
juga tidak menjanjikan taburan yang cukup kepada
sekolah. Jadi kami menerima arahan daripada PPD. Apa
yang dihantar oleh PPD, itulah yang kami buat di sekolah
mengikut apa yang telah diperuntukkan..(A04)

b. Masalah-masalah utama guru muzik

Berdasarkan temu bual, guru opsyen muzik dan guru muzik


bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran pendidikan muzik
mempunyai masalah yang berbeza-beza. Bagi guru opsyen muzik,
masalah utama yang dikenal pasti adalah tentang ketiadaan bilik
muzik khas. Guru muzik 1 dan guru muzik 2 menyatakan,

7
.. Di sekolah Batang Kali ni, secara ikhlas la saya
cakap, masalah paling ketara sekali, bilik khas untuk
muzik tu tak ada. Sembilan tahun lebih saya tunggu
kelas muzik tak ada. Kita gunakan kelas yang
kosong, kadang-kadang bercampur dengan kelas di
Pusat Sumber. Jadi bila tak ada kelas khas, maka
peralatan tu secara langsung tidak terurus dengan
betul la. Alat-alat mungkin berterabur, terpaksa bila
mengajar pindahkan barang, jadi pengurusan tu
nampak kelam kabut la.. (B05)

.. Sepanjang 3 tahun ni, masalah saya sekarang


ni..aa…bilik muzik..sekolah ni tak ada.Tiada bilik
muzik jadi susah untuk menjalankan aktiviti bermain
alat, alat perkusi kan semua tu. Jadi..satu..kalau nak
buat aktiviti nyanyian pun macam mengganggu kelas
sebelah, kelas sebelah tu bila belajar subjek teras,
kiranya kita kelas yang ajar muzik ni, ajar nyanyi
atau main muzik kira mengganggu sebelah, macam
tak sesuailah... (B11)

Ketiadaan bilik muzik khas akan menimbulkan beberapa masalah.


Antaranya, alat-alat perkusi seperti kastanet, kerincing dan kayu tik
tok yang dibawa ke kelas-kelas terapung mudah hilang atau rosak.
Selain itu, sekiranya kelas muzik dijalankan dalam kelas biasa, timbul
pula gangguan kepada kelas yang bersebelahan. Kekangan-kekangan
ini akan membataskan tindakan guru untuk menjalankan aktiviti
muzikal dengan bebas.

Guru Penolong Kanan Kurikulum telah memberikan penjelasan


kenapa bilik muzik tidak dapat disediakan. Antaranya, bilangan bilik
yang tidak mencukupi untuk dijadikan kelas muzik. Sekolah yang telah
lama dibina mempunyai bilik yang terhad. Disebabkan faktor ini,
pengajaran dan pembelajaran muzik terpaksa diadakan di bilik
tayangan.

.. Kita tidak ada bilik khas untuk muzik, berkongsi


dengan bilik yang lain, sebab sekolah ni adalah
sekolah yang lama. Tahap dua akan dipanggil ke bilik
tayangan untuk berkongsi, kalau ada jadual yang
sama waktu, mereka akan belajar di kelas masing-
masing lah.... (B02)

8
Berbanding dengan sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu yang baru
dibuka pada tahun 2000. Rekabentuk bangunan sekolah di alaf baru
sudah tentu menepati keperluan semasa. Dengan bilangan pelajar
seramai lebih kurang 500 orang dan bilangan kelas melebihi 25 buah,
sebuah bilik boleh dikhaskan untuk aktiviti P&P pendidikan muzik. Hal
ini sebenarnya terletak kepada keputusan pentadbir, berdasarkan
kenyataan Guru muzik 2 yang ditemu bual;

Penyelidik : Pernah tak perkara tu dimohon kepada


pentadbir?

Guru Muzik 2 : Pernah dimohon kepada pentadbir, tapi


pentadbir kata..aa…nanti dulu, kemudiankan
dulu.

Penyelidik : Pada pandangan cikgu ada ke bilik,


sebenarnya boleh ke kalau pentadbir nak
bagi?

Guru Muzik 2 : Nak ikutkan boleh je.


(PT 1)

Bagi guru yang bukan opsyen muzik, antara masalah yang


dihadapi oleh mereka adalah tiada pengetahuan asas untuk mengajar
mata pelajaran muzik. Setelah diyakinkan oleh pihak pentadbir,
mereka mahu tidak mahu terpaksa menggalas tanggungjawab untuk
menjalankan P&P muzik. Hal ini berdasarkan kenyataan GPK
Kurikulum,

.. tetapi ada jugala yang memberikan alasan yang tidak


tahu sebab mereka tidak ada basic. Jadi setelah
diterangkan, dan kita akan bincang perkara ni dan
adakan kursus ke apa, jadi mereka ini menerima subject
yang diberi... (B 01)

Dalam menjalankan aktiviti P&P, guru bukan opsyen muzik


kebiasaannya menumpukan kepada aktiviti nyanyian. Hal ini demikian
adalah disebabkan kemahiran guru terhad untuk mengajar teori muzik
ataupun bermain alat muzik rekoder. Dengan menjalankan aktiviti
nyanyian, mereka boleh menggunakan radio kaset dan disertakan
dengan permainan alat perkusi tanpa berpandukan skor muzik. Guru
muzik 1 dan guru muzik 2 menjelaskan,

9
.. Di sekolah saya, guru-guru yang bukan opsyen tetapi
terpaksa memilih mengajar mata pelajaran ni, mereka
lebih cenderung kepada nyanyian.Itupun dengan
bantuan radio kaset la, bukan macam selalunya
mengajar pelbagai kemahiran dengan menggunakan
alatan dan sebagainya. Mereka lebih bertumpu kepada
nyanyian.Tetapi sejak akhir-akhir ini saya lihat mungkin
kerana ada kesedaran tentang kepentingan muzik ini,
saya dapat lihatla guru-guru mula mempelbagaikan
corak pengajaran, lebih kepada pergerakan dan
permainan alat dan sebagainya.. (B 03)

..Saya rasa diorang ajar muzik secara macam tu


saja.Tak ada buat latihan apa-apa. Sebelum nyanyian tu
kita ada buat latihan pitching ke apa ke..tak ada. Baru-
baru ni diorang ada pegi kursus muzik, barulah dapat
tau macamana..(B 17)

Namun begitu, dengan adanya kursus dalaman dan luaran, kemahiran


asas guru dapat ditingkatkan dan dikongsi bersama-sama guru opsyen
muzik. Walau bagaimanapun, inisiatif daripada guru bukan opsyen
sendiri dilihat sangat perlu untuk menjayakan P&P pendidikan muzik.

Terdapat juga beberapa halangan yang menjejaskan


perancangan tersebut. Antaranya, guru-guru bukan opsyen jarang
berkomunikasi dengan guru-guru opsyen muzik seperti yang
dinyatakan oleh guru muzik 1,
..Sepanjang saya mengajar, saya dapati kalau guru-guru
yang bukan opsyen ni, jarang sekali berjumpa dengan
kita ni.Ada seorang dua yang nampaknya berminat, tapi
yang lain tu saya tengok, mereka lebih kepada ikut
buku, ikut sukatan, tetapi kita tak tau macamana
sebenarnya mereka nak realisasikan sukatan tu..(B 07)

Kemahiran guru yang terhad akan menyebabkan mereka kurang


berminat untuk menjalankan P&P pendidikan muzik. Guru muzik 1
menyatakan,
.. Tahap 1, saya tengok bila…masalah kepada guru tu.
Kalau guru tu kurang berkemahiran , saya tengok dia
kurang berminat untuk mengajar, lebih cenderung
bawak budak ke pusat sumber pun untuk pelajaran
lain...(B 08)

10
Guru-guru muzik juga berhadapan dengan masalah menentukan
bahan-bahan pengajaran. Sungguhpun guru-guru mempunyai
panduan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran
(HSP), bahan-bahan pengajaran perlu diusahakan sendiri oleh guru
muzik. Sebagai contoh repertoire (koleksi lagu-lagu) untuk aktiviti
nyanyian, buku aktiviti rekoder dan skor alat muzik perkusi.

Berbeza dengan keadaan pada mula-mula KBSR diperkenalkan.


Bagi Tahap 1 (Tahun 1-3), guru-guru telah dibekalkan dengan pita
kaset yang mengandungi repertoire bagi tahun 1 hingga tahun 3. Bagi
Tahap 2 (Tahun 4-6) pula, pita kaset dan buku teks juga telah
dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum yang merangkumi
aktiviti nyanyian, permainan alat perkusi dan rekoder. Hal ini sangat
membantu guru-guru muzik lebih-lebih lagi bagi guru-guru yang
bukan opsyen. Mulai tahun 2003, penggunaan buku teks pendidikan
muzik telah dimansuhkan. Guru-guru muzik terpaksa memilih bahan
pengajaran yang bersesuaian mengikut sukatan dengan usaha sendiri.
Hal ini dapat dilihat berdasarkan temu bual berikut;

Penyelidik : Macam bahan audio macamana? Macam


lagu-lagu..bahan-bahan P&P lah.

Guru Muzik 2 : Setakat ni bahan-bahan P&P bergantung


kepada guru saja. Guru bagi latihan pada
murid..latihan bahasa muzik ke (teori)
ataupun lagu ke.

Penyelidik : Kalau dulu mengikut pengalaman, kita ada


buku teks. Masalah sekarang, apa rasa
cikgu dari segi bahan?

Guru Muzik 2 : Dari segi bahan, tiada buku teks untuk


murid.
(PT 2)

Berdasarkan pemerhatian, lokasi penyimpanan alat-alat muzik


juga menimbulkan masalah kepada guru-guru. Di sebuah sekolah di
Kuala Kubu Bharu, stor penyimpanan alat-alat muzik berada di tingkat
4 manakala di sebuah sekolah di Batang Kali, tempat penyimpanan
alat berada di beberapa tempat seperti di bilik guru dan pusat sumber.
Situasi ini akan menjejaskan proses P&P pendidikan muzik. Guru
muzik 2 yang ditemu bual ada menjelaskan,

11
.. Sini ada satu bilik kecik khas untuk letak alat
muzik. Siapa yang nak ajar muzik kena ambil di
tingkat atas sekali dan bawa kelas masing-masing.
Jadi macam payah la..(B 19)

Kekurangan bahan bantu mengajar juga merupakan salah satu


masalah kepada guru-guru muzik.Alat-alat perkusi yang rosak tidak
dapat diganti dengan segera. Bilangan radio kaset pula tidak
mencukupi dan terpaksa berkongsi dengan guru-guru yang mengajar
mata pelajaran lain. Alat-alat muzik yang dibekalkan pula tidak
menepati spesifikasi serta mudah rosak. Guru muzik 1 dan guru muzik
2 menyatakan;

.. tapi saya dapat lihatla, alat-alat yang dibekalkan tu


tak mengikut spesifikasi alatan yang betul. Selalu kita
lihat kastanet..dia punya ciri-ciri macam ni..kadang-
kadang kastenet sampai berbentuk material kayu
jadi tak sesuai untuk kita gunakan...(B 06)

..Kalau diikutkan dalam panitia muzik ada


radio…dua…yang boleh guna satu saja. Saya guna
radio dari panitia pendidikan sivik...
(B 18)

.. Selalunya pihak panitia akan merekod alat-alat


yang sampai dan juga kita merekod tentang
kerosakan. Jadi laporan rekod tu kita akan bawa
kepada pihak pentadbir, jadi pihak pentadbir akan
cuba mengatasilah masalah dari segi mengganti,
menambahbaik dan sebagainya. Tapi yang saya
perhatikan, alatan yang rosak ni terbiarla macam
tu...(B 09)

c. Pelaksanaan mata pelajaran pendidikan muzik mengikut garis


panduan PPK

Berdasarkan temu bual dengan GPK Kurikulum, mata pelajaran


pendidikan muzik memang dilaksanakan berdasarkan garis panduan
yang telah ditetapkan oleh PPK iaitu 60 minit (2 waktu) dalam
seminggu bagi setiap tahun 1 hingga tahun 6;

12
.. Apabila kita menetapkan jadual, pihak sekolah
memang menetapkan 60 minit untuk Pendidikan
Muzik dalam satu minggu kepada setiap kelas…
(C 01)

Namun demikian, pihak pentadbir telah memberikan kebebasan


kepada guru-guru Tahun 6 menggunakan waktu pendidikan muzik
untuk mengulangkaji atau menghabiskan sukatan bagi mata pelajaran
teras seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris;

.. Pengalaman sayalah..saya melihat dari darjah 1


hingga darjah 5 tu..mereka akan gunakan betul,
minit muzik ni digunakan sepenuhnya, tetapi bila
kita memandang kepada ke arah UPSR, guru-guru
ni hendak mengejar waktu, menghabiskan silibus,
Jadi, subjek elektif ni..dipenuhkan dengan subjek
teras tu . Subjek teras seperti sains, matematik,
english..(C 02)

Guru muzik 1 pula mempunyai pandangan yang berbeza terhadap


langkah yang diambil oleh pihak pentadbir berdasarkan kenyataan
berikut;

.. Biasanya yang saya perhatikan,yang paling ketara


tahun 6. Boleh dikatakan bila masuk pertengahan
tahun tu, mereka lebih menjurus kepada
peperiksaan. Mereka abaikan muzik sedangkan saya
perhatikan, pelajar-pelajar kita ni memerlukan
pendidikan muzik ni, sekurang-kurangnya untuk
meredakan tekanan peperiksaan tu...(C 07)

Terdapat juga sekolah yang tidak mengecualikan mata pelajaran


Pendidikan Muzik bagi Tahun 6. Hal ini dapat dilihat berdasarkan temu
bual dengan Guru muzik 2;

Penyelidik : Pada pandangan cikgu dari segi pelaksanaan


P&P muzik, adakah dia dilaksanakan
mengikut jadual waktu ataupun dia diganti
dengan mata pelajaran lain?

Guru Muzik 2 : Dia dilaksanakan berdasarkan jadual waktu.

13
Penyelidik : Macamana dengan Tahun 6? Adakah betul-
betul digunakan untuk mata pelajaran
muzik?

Guru Muzik 2 : Ya, betul. Betul dijalankan.

Penyelidik : Ada tak cikgu-cikgu lain ambil untuk mata


pelajaran teras?

Guru Muzik 2 : Setakat ni tak ada.


(PT 3)

Kesimpulan dan Cadangan

Adalah sukar meletakkan hanya guru-guru yang mempunyai latar


belakang muzik sahaja yang mengajar mata pelajaran pendidikan
muzik di sekolah rendah. Keperluan untuk mencukupkan jumlah waktu
mengajar guru-guru dilihat sebagai faktor utama yang menyebabkan
mata pelajaran pendidikan muzik diberikan kepada guru-guru yang
bukan opsyen muzik. Oleh yang demikian, proses P&P tidak dapat
berjalan dengan lancar kerana guru-guru bukan opsyen yang pertama
kali mengajar mata pelajaran ini tidak mempunyai pengalaman.
Menurut Abril, Carlos R., Gault dan Brent M.(2007), pengalaman guru
muzik memberi kesan terhadap aktiviti muzik di kelas. Kajian
menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara pengalaman
muzik guru dengan strategi yang digunakan di dalam kelas.
Berdasarkan kenyataan ini, jelas bahawa pengalaman akan
memberikan keyakinan kepada guru untuk menyediakan aktiviti yang
dapat menarik minat pelajar. Namun begitu, usaha pihak sekolah dan
Pejabat Pendidikan Daerah mengadakan ‘in-house training’ dan
memberikan kursus jangka-pendek kepada guru-guru yang bukan
opsyen akan dapat mengatasi masalah ini, seperti yang dinyatakan
oleh Abril, Carlos R., Gault dan Brent M.(2007) iaitu peranan guru
dalam mata pelajaran pendidikan muzik juga akan menjadi lebih
berkesan setelah mengikuti kursus muzik.

Walaupun terdapat bilangan guru muzik yang mencukupi di


sesebuah sekolah, guru muzik ini tidak akan mengajar mata pelajaran
pendidikan muzik sahaja. Mereka terpaksa menggalas tugas mengajar
mata pelajaran lain. Pihak pentadbir seharusnya mempertimbangkan
untuk memberikan guru-guru opsyen muzik mengajar mata pelajaran
pendidikan muzik sahaja kerana mereka telah dilatih khas dalam
bidang tersebut. Hal ini dapat melancarkan program P&P.

14
Masalah utama guru-guru yang mengajar mata pelajaran muzik
adalah ketiadaan bilik muzik khas. Bilik muzik khas amat perlu bagi
mengelakkan gangguan kepada kelas-kelas lain. Alat-alat muzik pula
tidak perlu bergerak. Selain itu, masa dapat dijimatkan dan tumpuan
boleh diberi kepada proses P&P. Lebih-lebih lagi susun atur kerusi
meja dalam pembelajaran muzik kadangkala perlu diubah-ubah
mengikut keperluan aktiviti muzik seperti yang dinyatakan oleh Haack
dan Smith (2000) bahawa kerusi dan meja dalam sebuah kelas biasa
disusun dalam barisan tertentu manakala bagi kelas muzik,
susunannya boleh sentiasa diubah bergantung kepada saiz dan jenis
aktiviti muzik yang ingin dijalankan. Oleh itu, pihak pentadbir yang
memahami situasi ini perlu menyediakan bilik muzik khas supaya
program muzik di sekolah akan menjadi lebih efektif.

Kemahiran asas dalam muzik juga merupakan elemen penting


yang menentukan keberkesanan P&P pendidikan muzik. Guru-guru
bukan opsyen muzik akan memilih cara yang paling mudah untuk
menjalankan P&P pendidikan muzik. Dengan itu, sesi P&P tidak dapat
dipelbagaikan dan boleh membantutkan minat para pelajar. Keadaan
ini diburukkan lagi dengan sikap guru bukan opsyen yang tidak
berusaha untuk berbincang dengan guru-guru opsyen atau guru-guru
yang berpengalaman. Seharusnya guru-guru bukan opsyen lebih
proaktif demi untuk memantapkan kebolehan diri. Guru-guru opsyen
dan berpengalaman pula perlu memberikan panduan dan tunjuk ajar
serta menjalinkan hubungan dua hala dengan guru-guru bukan opsyen
ini. Keadaan ini dapat menghindarkan perasaan isolasi mereka seperti
yang dinyatakan oleh Krueger (1999) bahawa salah satu punca
perasaan isolasi timbul adalah kerana guru-guru tidak bekerjasama
sebagai satu pasukan. Guru yang baru seharusnya diberikan
bimbingan oleh guru yang berpengalaman.

Menyentuh tentang aspek bahan P&P, guru-guru muzik perlu


lebih peka tentang keperluan yang digariskan dalam sukatan
pelajaran. Mereka harus berhubung rapat dengan pihak pentadbir dan
menyuarakan sebarang masalah tentang keperluan P&P pendidikan
muzik. Pentadbir perlu diyakinkan akan kepentingan aktiviti muzik
terhadap para pelajar di sekolah. Guru-guru muzik yang ‘low profile’
hanya akan mengakibatkan mata pelajaran ini dipandang sepi oleh
pihak pentadbir. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dapat menonjolkan
penglibatan para pelajar perlu diperbanyakkan agar pihak pentadbir
memberikan sokongan kepada sebarang aktiviti muzik di sekolah sama
ada dalam aspek kewangan, peralatan dan prasarana. Tidak dapat
dinafikan bahawa sokongan pentadbir sangat mempengaruhi hala tuju
sesuatu program di sekolah. Menurut Abril, Carlos R., Gault dan

15
Brent M.(2007), sokongan daripada pihak pentadbir merupakan aspek
penting yang menentukan pendidikan muzik diimplimentasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan semua pentadbir
memandang ringan terhadap mata pelajaran pendidikan muzik. Kajian
telah menunjukkan bahawa terdapat juga pihak pentadbir yang
menyedari akan kepentingan aktiviti muzik dalam membentuk
semangat kerjasama, disiplin diri dan kemahiran sosial melalui
pasukan pancaragam dan sebagainya.

Langkah menggunakan masa pendidikan muzik untuk mata


pelajaran lain terutama bagi kelas peperiksaan UPSR adalah tidak
wajar kerana dalam seminggu hanya 60 minit sahaja yang
diperuntukkan untuk mata pelajaran pendidikan muzik. Sekiranya P&P
pendidikan muzik dilaksanakan sepenuhnya, tidak mungkin menjadi
salah satu faktor keputusan peperiksaan sekolah berkenaan akan
merudum. Pendidikan muzik harus dilihat sebagai subjek yang dapat
meredakan ketegangan para pelajar. Menurut Abeles (1994:105),
menidakkan peluang kanak-kanak meluahkan perasaan melalui aktiviti
muzik sama seperti menghalang salah satu cabang dalam melahirkan
ekspresi diri. Muzik merupakan satu disiplin yang bukan hanya
melibatkan tiga domain pembelajaran iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor sahaja, malah mempunyai nilai estetika
(Abeles:1994:113). Hal inilah yang perlu dinilai oleh guru-guru muzik
dan pihak pentadbir.

16
Bibliografi

Abeles, Harold F.et.al (1994).Foundations of music education.Second


Edition.New York: Schirmer Books.

Abril, Carlos R., Gault & Brent M.(2007). Perspectives on the Music
Program: Opening Doors to the School Community. Music
Educators Journal, 00274321,Vol. 93, Issue 5.

Campbell, P. S., & C. Scott-Kassner. (2005). Music in Childhood


from Preschool through the Elementary Grades. 3rd ed.
Belmont,CA: Thomson/Schirmer.

Haack, P., & Smith, M. V. (2000). Mentoring new music teachers.Music


Educators Journal, 87(3), 23-27.

Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krueger, P. J. (1999). New music teachers speak out on mentoring.


Journal of Music Teacher Education, 8(2), 7-13.

17

Вам также может понравиться