Вы находитесь на странице: 1из 4

4.

0 KAEDAH KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan matlumatmatlumat kajian. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca-punca
berlakunya masalah banjir di Taman Sentul Jaya, Bukit Mertajam. Selain itu, kajian
ini juga bertujuan untuk mengkaji langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir di
Taman Sentul Jaya, Bukit Mertajam. Untuk memperoleh maklumat-matlumat yang
berkaitan dengan kajian ini, tiga kaedah kajian telahpun dipilih dan dijalankan iaitu
melalui kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik, dan kaedah rujukan. Ketiga-tiga
kaedah telahpun dijalankan di lokasi kajian untuk mendapatkan pelbagai maklumat
berkait dengan tajuk kajian ini dengan contohnya mengedarkan borang-borang soal
selidik kepada responden-responden yang ditemui di lokasi kajian ini. Kesemua data
yang diperoleh ini akan diproses dan kemudiannya menghadiri maklumat yang
diperlukan untuk menyiapkan kajian ini.
Skop Kajian
Skop kajian ini hanya tertumpu dan focus kepada punca-punca berlakunya masalah
banjir di Taman Sentul Jaya, Bukit Mertajam. Selain itu, skop kajian ini juga tertumpu
kepada langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir di Taman Sentul Jaya, Bukit
Mertajam.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi dalam kajian ini adalah merupakan penduduk-penduduk Taman Sentul Jaya,
Bukit Mertajam. Seramai 30 orang telah dipilih sebagai sampel kajian bagi kaedah
soal selidik .
Kaedah-kaedah Kajian
Pelbagai kaedah telah digunakan untuk mendapatkan pelbagai maklumat sepanjang
tempoh kajian ini di Taman Sentul Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Antara
kaedahnya ialah:-

a) Kaedah Rujukan
Kaedah ini banyak kali digunakan untuk mendapatkan pelbagai maklumat
yang berkaitan dengan kajian ini sepanjang tempoh penyelidikan ini di
beberapa media yang tertentu, terutamanya melayari laman sesawang.
Sebagai contoh, laman enjin carian http://www.google.com/. Seterusnya,
pelbagai maklumat juga dirujuk daripada maklumat-maklumat yang
disimpan dalam perpustakaan MPSJ bagi melaksanakan kajian ini.
b) Kaedah Pemerhatian
Kaedah ini telah digunakan untuk memerhatikan keadaan banjir yang
berlaku di Taman Sentul Jaya, Bukit Mertajam dan cara penyelesaian
masalah ini. Melalui kajian ini, penyelidik dapat mengenal pasti punapunca berlakunya banjir dan langkah-langkah mengatasi masalah banjir di
Taman Sentul Jaya, Bukit Mertajam.
c) Kaedah Soal Selidik
Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan
lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan
untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Bentuk borang
soal selidik yang sesuai telah direka dengan tiga bahagian, iaitu Bahagian
A, Bahagian B, dan Bahagian C. Borang soal selidik ini telah diedarkan
secara rawak kepada 30 orang penduduk di lokasi kajian dalam masa 2
minggu. Melalui pengedaran soal selidik ini, akan memdapatkan maklumat
yang boleh dipercayai, sah dan menepati objektif kajian yang dijalankan.

Bahagian A:
Bahagian ini digunakan untuk mengenai demografi responden seperti
jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan, dan pendapatan.
Bahagian B:

Bahagian ini mengandungi 9 soalan yang digunakan untuk mengenal pasti


punca-punca berlakunya masalah banjir di Taman Sentul Jaya, Bukit
Mertajam.
Bahagian C:
Bahagian ini mengandungi 8 soalan yang digunakan untuk mengkaji
langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir di Taman Sentul Jaya,
Bukit Mertajam. Penyelidik menyediakan item-item soalan dengan
menggunakan skala tiga mata untuk memperoleh jawapan daripada
responden. Skala tiga mata ini terdiri daripada pemberat yang berlainan
iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju. Ianya diringkaskan seperti mana
yang ditunjukkan pada jadual 1.1

Jadual 1.1 : Skala Tahap Persetujuan


skop
1
2
3

Tahap Persetujuan
Sangat setuju
Setuju
Tidak setuju

Berdasarkan Rajah 1, kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prosedur


kajian yang telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai. Prosedur kajian
dimulakan dengan mengenal pasti masalah yang dihadapi, tajuk kajian dan objektif
kajian. Selain itu, mengenal pasti responden dan kaedah yang digunakan untuk
menganalisis data telah dijalankan. Penyelidik menyerahkan borang soal selidik
kepada responden dan menerangkan cara-cara untuk menjawab. Setelah borang
selesai dijawab, penyelidik membuat penganalisisan data bagi mendapatkan dapatan
kajian dan kesimpulannya.

Вам также может понравиться