Вы находитесь на странице: 1из 3

KEHIDUPAN INI TIDAK SELALUNYA BAHAGIA.

Sebagaimana langit tidak selalunya cerah, itulah batas kehidupan. Maka aku
memberikan sedikit rasa hati, lalu melalui nya aku nukilkan perkataan - perkataan
yang membawa pengertian.
Apakah ertinya kebahagian yang sebenar?
Kita memiliki rasa hati dan perasaan. Terkadang kita dicuba lantas mengalami ujian
yang bertubi - tubi sehinggakan hati menjadi rimas. Perasaan mula menjadi celaru
lalu menghinggaplah perasaan kecewa lalu menjadi bebal.
Watak keislaman yang ada, kian menghilang sementara peribadi menjadi semakin
asing dengan jiwa yang tenang. Moral pun menjadi semakin luntur.
Ramai yang menempuh keadaan yang saperti itu malah tidak terkecuali orang orang tua. Semuanya merasai, kerana itulah kehidupan orang - orang biasa
walaupun raja dan sekutunya yang sentiasa dibela oleh harta dan singgah sana.
Mereka juga tidak mendapatkan kebahagian yang sebenar.
Kita sering rasa kecewa kerana kehidupan tidak berubah deras, tidak tertingkat
malah tidak berubah. Masih berada ditempat yang sama, satu nokhtah yang tidak
berubah. Kita menyesali kehidupan yang ada. Mahukan perubahan mendadak lalu
dengannya mahu bertindak melulu mencari penyelesaian.
Ada masa - masanya kita menyalahkan Tuhan. Apakah Tuhan tidak perhatikan
keadaan kita sekarang ini. Kita tertimbus rimas. Masaalah tidak juga menghilang.
Walaupun ramai yang memberi nasihat. Berdoalah kepada Tuhan. Itulah kebiasaan
perkataan ramai, membuatkan kita lebih rasa mual. Doa - doa dan wirid juga
dianjurkan. Apakah mendatangkan kesan yang ampuh. Kita berada di dalam
pancaroba. Sengkita dalam keimanan kerana penderitaan menjadikan jiwa raga itu
resah lagi. Kita dibiarkan. Kita menjadi semakin tertekan.
Sapertimana berlaku keadaan seorang miskin yang lapar yang terjatuh dalam
kolam. Apakah yang mesti didahulukan, memberi ia makan atau diselamatkan
kemudian baru diberi makan. Itulah keadaan yang perlu dicermati oleh suasana
yang ada pada setiap keadaan.
Perhatikanlah dimensi keperluan diri dan jiwa raga. Di sana akan diketemukan
rahsia permasaalahan dan jalan perbaikan. Elakkan kecelaruan. Berfikir dengan
cermat. Satu persatu jangan dikumpulkan semua perkara remeh yang bukan
permasaalahan. Masalah kehidupan adalah kesusahan yang menyukarkan tetapi
lihatlah perkara itu dengan dimensi yang sebenar.

Apakah itu masaalah. Puncanya. Apakah kita merupakan sumber permasaalahan


atau orang lain yang menjadi punca. Apakah ia boleh diselesaikan dengan cara
yang terbaik yang akan menghakis masalah tersebut. Itulah pengertian masaalah.
Ia terbit daripada keadaan MASA dan ALAHAN. Detik ruang waktu dimana
seseorang itu lemah dengan alahan lalu ia menjadi masa alahan diperkatakan
mengalami masalah.
Risiko empunya diri menghadapi tekanan sapertimana juga air panas yang
menggelegak didalam sebuah cerek. Tekanannya mesti dikeluarkan atau api yang
menyala - nyala itu mesti dipadamkan. Gelegaknya akan menghilang dan panasnya
akan reda. Keadaan inilah yang menjadikan keputusan itu perlu dihalusi dengan
cepat kalau tidak cerek akan pecah dan air yang menggelegak itu terluak bebas.
Api mesti dipadamkan terlebih dahulu. Selesaikanlah dengan logika yang matang
daripada terburu - buru melampiaskan geram. Itulah realiti keadaan yang patut.
Saperti juga pisau dengan mentimun. Kita adalah tangan - tangannya yang tahu
menghiris timun dengan sebilah pisau agar tangan tidak terhiris luka. Kita akan
menghadapi detik - detik yang menentukan sejarah kehidupan diri sendiri. Ianya
bermula daripada diri sendiri. Ia bermula dengan bagaimana cara kita bertindak.
Perhatikanlah jiwa raga kerana kita yang memilikinya, bukan orang lain, melainkan
kita ini menjadi hamba orang, hamba harta benda atau hamba kepada dunia yang
selalunya menggenggam citra rasa yang merosakkan.
Adanya seorang wanita cantik yang punya serba serbi, harta yang banyak, suami
yang baik tetapi ia tidak merasa bahagia. Ia berjumpa seorang guru lalu
mengusulkan pertanyaan, "aku tidak boleh rasa bahagia".
Maka kata Sang Guru, "bagaimana mungkin kamu boleh merasa bahagia kerana
kamu letakkan kebahagiaan itu pada dunia. Aku anjurkan kamu kepada bangunlah
sembahyang malam , kemudian datang berjumpa semula dengan ku".
Selang seketika, wanita itu kembali bertemu sang guru lantas ia menukilkan sebuah
syair,
"Aku tidak tengok harta yang banyak sebagai puncak kebahagiaan tetapi aku
melihat sebahagia - bahagia orang adalah mereka yang paling bertakwa".
Itulah rahsia yang tidak dimengerti ramai. Kita mengalami krisis ketidak kucupan,
sentiasa kekurangan. Pada masa yang sama harus membayar serba serbi, sewaan,
pajakan makanan dan keperluan asasi. Dimanakah letaknya takwa. Takwa itulah
yang memberikan apa yang kita kekurangan. Dalam serba kekurangan kita boleh
bertahan, sabar dalam kehidupan yang mencuba. Takwa itu menjangkau masa dan
zaman, ia memuliakan orang yang kekurangan dengan REDHA. Redha itulah merasa
cukup walau dalam susah tetapi hati menjadi mantap dengan pemberian walaupun
sedikit. Ia memenuhi dhamir dengan merasa keredhaan Ilahi. Permulaan
penyelesaian adalah redha dan usaha dalam menyelesaikan permasaalahan.

Sememangnya masalah keduniaan ini menyukarkan hidup tetapi jangan pula


ditambah dengan masalah kejiwaan. Rohani yang tidak bahagia. Bahagiakan rohani
daripada masaalah walaupun masalah dunia yang banyak meruntun selalu.
Maka aku melihat seorang penjual pisang ditepi jalan, di sebuah daerah di Nigeria.
Ia seorang yang mencari makan tetapi aku terpandang pada papan tandanya, Ia
menyebutkan,
"Bagaimana aku boleh menjadi miskin, sedangkan aku empunya Sang Pencipta
yang MAHA KAYA".
Itulah seorang manusia yang mengetahui pengertian seorang hamba kepada
Tuhannya AL - GHANIY. Yang Maha Kaya. Ia sememangnya miskin pada dunia tetapi
sudut pandangan dan penghayatan keislamannya adalah yang terpuji.
Tuntutlah habuan dunia kerana selayaknya milik orang - orang beriman tetapi
peliharalah jiwa raga dengan takwa kerana ia mencukupkan kekurangan.

Вам также может понравиться