Вы находитесь на странице: 1из 5

SJK(T) LADANG HOLYROOD, 34100 SELAMA, PERAK.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN


BIL 1 / 2017
TARIKH
MASA
TEMPAT

: 29 Disember 2016 (Khamis)


: 10.15 11.45 pagi
: Bilik Guru

KEHADIRAN
:
1. Pn.R.Josepine (Guru Besar)
2. Cik.T.Moganavalli (Guru Kanan Pentadbiran)
3. Cik.T.Yuvaneswary (Guru Kanan HEM)
1.1 UCAPAN PENGERUSI
1.2 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran guru dan menerangkan tujuan mesyuarat
hari ini serta beliau berharap mesyuarat kali ini akan berjalan dengan lancar tanpa
sebarang kesulitan.
1.3 Penghargaan kepada penjawat awam sebanyak RM500.00 akan diterima pada 3
Januari 2017.
1.4 Kita tidak harus viralkan sebarang perkara yang belum pasti.
1.5 Setiap penjawat awam harus menyelesaikan semua hutang sebelum mereka
bersara.
Makluman : Semua Guru
2

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


1
Minit mesyuarat yang lalu telah dibentangkan oleh Cik.T.Moganavalli.
2
Cik.T.Yuvaneswary mencadangkan minit mesyuarat yang lalu dan menerima
serta menyokongnya.
Tindakan: Semua Guru

PERKARA YANG BERBANGKIT


1
Tiada perkara yang berbangkit.
Makluman: Semua Guru

PERKARA YANG DIBINCANG


1
PERSARAAN & PINJAMAN
1
Kew 8 Persaraan harus dibuat oleh pentadbir sekolah bagi persaraan
guru atau guru besar.

2
3
4
5

Guru yang sudah menerima lebihan bayaran diminta supaya membuat


bayaran balik.
Surat amaran pentadbiran tidak seharusnya dijadikan sebagai amalan
kepada penjawat awam.
Bagi kakitangan yang bermasalah, pihak sekolah harus mengikut
prosedur tatatertib dan elakkan terlalu menggunakan budi bicara.
Semua penjawat awam boleh memohon pinjaman sebanyak 60%
daripada gaji mereka. Bagi urusan pinjaman seseorang penjawat awam
guru besar sahaja boleh membuat pengesahan.
Guru besar memberitahu bahawa penjawat awam tidak boleh
menyertai sebarang demonstrasi.
Tindakan : Semua Guru

PERSEDIAAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN


1
Hari pertama persekolahan sesi pengajaran dan pembelajaran harus
dijalankan seperti biasa.
2
Lawatan pihak Nazir akan berlaku pada hari pertama persekolahan.
3
Pihak sekolah perlu membekalkan 1 Meja 1 Kerusi dan 1 set buku teks
bagi setiap murid pada hari pertama persekolahan.
4
Guru harus menyambut kehadiran murid pada hari pertama
persekolahan tanpa gagal.
Tindakan : Semua guru

PERTUKARAN GURU
1
Setelah mendapat pertukaran sekolah baru, guru harus melapor diri di
sekolah baru tanpa gagal.
2
Sekiranya ada guru baru melapor diri di sekolah, pihak sekolah harus
memasukkan nama guru tersebut dalam sistem e-operasi dengan kadar
segera.
3
Segala maklumat peribadi dan perkhidmatan guru juga harus
dikemaskini.
4
Setiap guru perlu memuatnaik gambar bersaiz passport mereka dalam
sistem e-operasi.
Tindakan : Semua guru

PENDAFTARAN TAHUN 1 & PERTUKARAN MURID


1
Pendaftaran murid tahun 1 perlu dibuat dalam sistem APDM.
2
Segala urusan permohonan pertukaran murid harus dibuat oleh pihak
sekolah bukannya ibubapa.
3
Setelah menerima semua borang permohonan pertukaran murid, pihak
sekolah harus menyemak semua dokumen tersebut dan menghantarnya
ke PPD.
Tindakan : Semua guru

PERMOHONAN ABM PERJAWATAN


1
Permohonan ABM Perjawatan ini boleh dibuat dalam sistem e-operasi.

2
3

Maklumat berkaitan Permohonan ABM Perjawatan ini perlu mencetak


dan disimpan dalam fail e-operasi.
Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam Permohonan ABM
Perjawatan, pihak sekolah harus memaklum kepada PPD dengan
segera.
Tindakan : Semua guru

FOKUS KEHADIRAN MURID 2017


1
Target kehadiran murid tahun 2017 ialah 96%.
2
Segala maklumat murid dalam buku kehadiran murid perlu dicatat
dengan lengkap.
3
Kehadiran murid harus dimasukkan dalam sistem APDM setiap hari
tanpa gagal.
4
Kehadiran murid dalam sistem APDM dan buku kehadiran murid harus
sama (tele).
5
Pada minggu pertama, pihak sekolah harus mengenalpasti sebab
ketidakhadiran murid. Setelah itu, post mortem bagi kehadiran perlu
dibuat untuk mencari punca penurunan kehadiran murid serta
intervensi harus dilaksanakan. Dialog prestasi juga harus dibuat.
6
Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut, pihak
sekolah perlu memberi surat amaran pertama kepada murid
berkenanan.
Tindakan : Semua Guru

SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM 2.0)


1
Target penurunan kes salah laku murid sebanyak 0.01% bagi tahun
2017.
2
Guru juga boleh memasukkan data amalan baik murid dalam sistem
SSDM ini.
3
Membudayakan amalan baik murid dengan menggalakkan murid
mengamalkan nilai-nilai baik sebagai amalan harian mereka.
4
Aduan atau kes masalah murid harus dikurangkan.
5
Bagi kes ponteng sekolah dalam sistem SSDM, pengesahan guru besar
tidak diperlukan. Kes tersebut akan dimasukkan dalam pelaporan
secara automatik.
6
Pihak sekolah juga sentiasa peka terhadap keselamatan murid.
7
Sekiranya berlaku sebarang kes atau isu, pihak sekolah perlu
dilaporkan dengan segera kepada PPD dan JPN mengikut SOP.
Tindakan : Guru Kanan HEM
LAWATAN
1
Mulai Tahun 2017, segala permohonan lawatan akan diuruskan oleh
Penolong PPD Perhubungan.
Tindakan : Guru Kanan HEM
KO-KURIKULUM

2
3
4

Pengisian PAJSK akan dibuat atas talian. Namun, pengisian data


PAJSK harus juga dibuat secara manual. Data manual tersbeut perlu
disimpan dalam fail PAJSK.
Rujuk surat siaran pelaksanaan PAJSK bagi mengetahui bidang tugas
PAJSK dengan lebih baik.
Guru kelas bertanggungjawab memasukan data dalam aplikasi PAJSK
dan mencetak serta menyimpan dalam fail.
Guru Pendidikan Jasmani bertanggungjawab untuk membuat ujian
SEGAK bagi murid tahun 4 hingga tahun 6 ketika waktu PJ. Segala
rekod SEGAK ini akan diisi dalam talian.
Tindakan : Guru PJ & Guru Kelas

10

PENYELENGGARAN 2016
1
Sekiranya pihak sekolah hendak membeli sebarang peralatan ICT bagi
kegunaan sekolah, pihak sekolah perlu memberitahu dan mendapat
kelulusan daripada Jabatan ICT.
Tindakan : Semua guru

11

KAWALAN DAN KESELAMATAN


1
Pihak sekolah harus memberi perhatian terhadap Watchman Clock dan
bilangan atau masa kunci jam yang tidak menepati kontrak.
2
Guru Kanan HEM dan guru besar perlu menyemak maklumat berikut
sebelum membuat pengesahan dalam dokumen kawalan dan
keselamatan.
Tindakan : GK HEM & Guru Besar

HAL-HAL LAIN
1
Murid MBK tidak ada di sekolah kita. Jadi, pembayaran Elaun Murid Khas
tidak akan diberi kepada murid-murid sekolah kita. Sekiranya terdapat murid
MBK, guru harus klik pada icon MBK yang terdapat dalam sistem APDM
bagi penerimaan elaun MBK.
2
Penghantaran data pemulihan sebanyak 3 kali dalam setahun iaitu pada bulan
Januari, Jun dan Oktober.
3
Guru pemulihan perlu mempunyai surat lantikan.
4
Cuti peristiwa sekolah tidak harus dimasukkan dalam sistem APDM. Malah,
pihak sekolah perlu memberitahu kepada En.Rosli mengenai perkara ini.
5
Gambar pegawai-pegawai KPM, JPN dan PPD perlu dipamerkan di sekolah
supaya semua guru mengenal.
6
Jarak susunan meja bagi calon UPSR tahun 2017 ialah 0.8 meter.
7
Maklumat MMI harus ditulis dalam buku rekod mengajar pada setiap hari
Jumaat tanpa gagal.
8
Aktiviti PA 21, EMK harus ditulis dalam buku rekod mengajar.
9
Maklumat peribadi guru dalam sistem HRMIS perlu disemak dan dikemaskini
dengan segera.
10
Setiap guru dan Anggota Khidmat Sokongan (AKP) harus menepati syarat 7
hari berkursus. Sekiranya AKP atau guru tidak mencukupi 7 hari, mereka

boleh membaca buku dan membuat sinopsis serta memasukkan data tersebut
dalam sistem e-splg.
Tindakan : Semua Guru
6

PENANGGUHAN MESYUARAT
1
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua dan mesyuarat
ditangguhkan pada 11.45 pagi.

Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

(MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU)


Guru Kanan
SJK (T) Ladang Holyrood.

.
(PN.JOSEPINE A/P RAIPEN)
Guru Besar
SJK (T) Ladang Holyrood

Вам также может понравиться