You are on page 1of 3

CARA PENGUMPULAN MAKLUMAT

TEKNIK UJIAN
1. Ujian Pencapaian Akademik Ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur
sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah
menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari.

2. Ujian Kecerdasan Ujian ini adalah untuk mengukur kecerdasan dan


kemampuan otak seseorang murid dalam menyelesaikan masalah.

3. Ujian Kecenderungan Bakat Ujian ini dijalankan untuk mengetahui bakat


seseorang maka proses pendidikan dapat diarahkan pada bidang-bidang yang
sesuai.

4. Ujian Minat Kerjaya Ujian ini bertujuan untuk mencari diri yang sebenar dan
mengetahui bidang kerjaya yang seusai dengan diri.

5. Ujian Personaliti Emosi - Ujian personaliti emosi ialah ujian yang dijalankan
untuk menguji pemikiran dan perasaan yang terpendam dalam seseorang.

5. Ujian Saringan
Definisi
Ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid yang dijangka
memerlukan program pemulihan khas hasil daripada ujian saringan.

Tujuan
Meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata
pelajaran asas
Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.

6. Ujian Diagnostik
Definisi
Alat pengukuran yang membolehkan guru untuk mengesan punca dan kawasan
kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

Tujuan

Membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan yang dihadapi oleh

murid.
Membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai

sesuatu kemahiran.
Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan

kesukaran yang dihadapi oleh murid.


Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu

atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.


Membolehkan guru merancang dan membina BBM yang sesuai mengikut tahap
murid.

7. Ujian Aptitud
Definisi
Sejenis ujian psikometrik yang merupakan kertas soalan tertutup untuk mengukur trait
psikologi seperti kebolehan am, potensi dan personaliti.

Tujuan

Mengukur potensi murid untuk berjaya dalam pembelajaran pada masa hadapan

mengikut kebolehan, minat dan kecenderungan.


Meramalkan kejayaan murid dalam program pembelajaran yang dirancang

khusus bagi mereka.


Digunakan untuk tujuan pemilihan murid yang layak masuk ke program khusus
pendidikan seperti SBP, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Men Agama dll.

8. Ujian Sikap
Definisi
Ujian yang dijalankan untuk menentukan kesiapan atau kesediaan seseorang untuk
bertindak dalam situasi-situasi yang berbeza.