Вы находитесь на странице: 1из 1

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal

: Ke 11
: Kesebelas
: 09 13 Oktober 2016
: Praktikum 2016.

1. Masalah / Peristiwa
Minggu ini adalah merupakan minggu yang kesebelas saya berpraktikum di
sini. Pada minggu ini, saya telah menerima kehadiran beberapa orang pensyarah
untuk melihat kelas pengajaran dan pembelajaran saya bagi mata pelajaran major
iaitu Sejarah dan mata pelajaran minor iaitu Pendidikan Moral bagi tujuan rentasan
cemerlang.
2. Analisis
Bagi kelas yang terlibat dalam rentasan cemerlang ini, saya tidak mempunyai
masalah dengan kawalan murid-murid. Hampir keseluruhan mereka memberikan
kerjasama dan penglibatan yang sangat baik kepada saya. Namun begitu tidak saya
nafikan terdapat salah seorang murid yang bersikap agak aktif pada waktu tersebut
sehingga terpaksa memanggil beberapa kali namanya untuk menarik perhatian beliau
agar menumpukan terhadap pengajaran saya. Murid tersebut memberikan kerjasama
yang sangat baik namun ada kala dia terlalu seronok sehingga berada dalam
keadaan yang agak tidak terkawal seperti mengusik peralatan bahan bantu mengajar
saya dan sebagainya.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a. Perlu membuat penambah baikan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
b. Perlu menjalankan aktiviti yang memerlukan penglibatan secara lebih
menyeluruh.
c. Menvariasikan aktiviti mengikut kesesuaian tahap murid-murid.
d. Memberikan peneguhan positif kepada murid-murid yang mempunyai
tingkah laku yang tidak terkawal
e. Memberikan perhatian yang lebih kepada murid-murid tersebut.
4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan.
Selepas melakukan rujukan dari bahan-bahan yang lepas serta perbincangan
dengan guru pembimbing dan rakan guru pelatih yang lain, saya telah memotivasikan
diri saya supaya dapat menyediakan aktiviti yang lebih menyeronokkan di dalam
kelas.
Disemak Oleh Guru Pembimbing

Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :
Nama
:
Tarikh
:

Tandatangan :
Nama
:
Tarikh
:

Вам также может понравиться