Вы находитесь на странице: 1из 2

KESIMPULAN

Di dalam bab ini menerangkan mengenai kesimpulan semasa melakukan


latihan industri.

4.1

KESIMPULAN
Selama 3 bulan menjalani latihan industri di syarikat TOP SPEED

PRECISION ENGINEERING, saya telah banyak didedahkan kepada alam


pekerjaan sebenar. Disini saya berpeluang untuk meluaskan pengetahuan teknikal
dan kemahiran saya khususnya dalam bidang mekanikal. Tanpa disedari, latihan
industri yang telah dijalani mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh bagi
melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menyedarkan saya
betapa pentingnya ilmu dalam menjalani alam pekerjaan yang sebenar.

Semasa menjalani latihan industri,saya juga berjaya mengaitkan teori-teori


yang dipelajari dengan kerja yang dilakukan. Sebagai seorang pelajar juga saya wajar
mengamal dan mempraktikan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri
supaya tidak ditimpa kemalangan yang tidak diingini. Di samping itu juga, saya
dapat membentuk kenyakinan diri dalam setiap tugas yang dilakukan dan segala
tugas yang diberikan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin di atas kerjasama
semua pihak.

Melalui latihan ini, saya dapat menilai kemampuan diri saya dari segi
kebolehan,kesanggupan, dan sikap berdikari untuk menghadapi alam pekerjaan
sebenar. Saya juga telah berjaya menyediakan satu laporan yang lengkap tentang
segala aktiviti yang telah saya pelajari sepanjang menjalani latihan industri sebagai
memenuhi salah satu syarat yang ditetapkan oleh pihak institut.

78

Secara keseluruhannya, latihan industri dapat memberi pendedahan akan


suasana tempat bekerja. Gabungan antara pengetahuan, kemahiran dan soft skill
diperguna seluruhnya di sini. Pengetahuan yang diperoleh di dalam kelas adalah asas
kepada ilmu yang digunakan di industri. Di industri, pendedahan kepada perisian
kejuruteraan amat menggalakkan. Aspek-aspek disiplin amat dititik beratkan di
industri kerana industri kini memerlukan pekerja yang bukan sahaja berilmu malah
berdisiplin.

79

Вам также может понравиться