Вы находитесь на странице: 1из 6

HASAD DENGKI

Dengki termasuk dalam tabiat kezaliman manusia.


Penyakit hati, manusia akan rasa susah dengan kezalimannya.
Istilah SMS
Susah melihat senang (orang senang) isk, tak boleh jadi
Senang melihat susah (orang susah) rasa seronok
Ulama kata, DENGKI ada 2 ciri padanya
Sakit hati apabila orang lain dapat nikmat
Bercita-cita untuk menghilangkan nikmat daripada orang
tersebut.
>Mana orang ni dapat duit beli kereta, padahal gaji sama
dengan aku.
Jika arak adalah ibunya kejahatan, dengki ni merupakan bapa
kepada kejahatan dan pemimpin dosa besar.
Jika seorang manusia itu terpalit dengan sikap dengki, sikap
dengki menjadi punca / penyebab untuk melakukan kejahatan
dan keburukan.
Menjadi punca untuk jalan menuju kejahatan dan
kemungkaran.
Penyakit dengki, menyebabkan manusia menjadi TIDAK TAAT
kepada Allah.
*Otak sentiasa fikir macam mana nak jatuhkan orang.
*salah satu cara nak dengki, SIHIR
- berniaga, dapat untung, cari tok bomoh, buat penghalang,
orang tak Nampak - rasa puas hati / semua orang masuk
kedai aku.
*walaupun dapat rasa puas hati, tapi di sisi Allah tak dapat apa.

Sesungguhnya HASAD DENGKI memakan kebaikan amalan


kamu, sepertimana api yang sedang memakan kayu-kayu
kering.

Akan menimbulkan permusuhan / terputusnya hubungan


kekeluargaan / pertumpahan darah / pelanggaran kehormatan /
harta benda

(Surah al-Imran: 120)


Kisah qabil dan habil

(Al-Mai'dah: 27)
LIDAH > MERUPAKAN NIKMAT kadangkala
Nikmat > boleh membawa rahmat > masuk syurga
Nikmat > boleh membawa laknat > masuk neraka

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah


shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, "Siapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau
diam.
(HR Bukhari & Muslim)
Cakap ada 2 syarat
Cakap yang baik / lebih baik
Tak nak cakap Diam
LIDAH ADA 4 GRED
a) LIDAH GRED A LIDAH YANG BERMANFAAT
Nasihat (suami tegur isteri cakap elok)
Sarat dengan zikir > nampak benda menakjubkan, yang
hebat keluar zikir (subhanallah).

Bukannya perghh / fuyyo > tukarlah.


Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Mulut kena berzikir, mulut sebut yang baik2, tapi mata kena tengok yang elok.
Alim ulama, apa yang dia sebut tapi masuk dalam hati.
Lain orang cakap perkara yang sama, tapi orang A (mudah diterima), orang B

(susah kita nak terima)


Ini yang disebut Lisan Hikmah, orang terasa menusuk kalbu.

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta
ia sendiri mengerjakan amal yang soleh

b) LIDAH GRED B LIDAH YANG SUKA BAWA CERITA


Duda dan janda. Jiran aku /
Orang lelaki > mulutnya di hati
Orang perempuan > hatinya di mulut

c) LIDAH GRED C LIDAH SUKA MENJATUHKAN ORANG


Semua orang tak betul, dia seorang yang BETUL
Jenis suka kutuk orang
Masa memandu. Azan (pengkritik tetap dan tak berbayar)
Solusi > jumpa elok
Mana yang lagi teruk, YANG MENGUTUK vs YANG DIKUTUK
Yang mengutuk lagi teruk
* nak kena fikir / kaji bukti / bincang plak dalam kereta
(isteri masak/
d) LIDAH GRED D BERCAKAP BERSIKAP KEAKUAN
(BANGGA DIRI) AKU Sdn Bhd
3

Merujuk kepada diri dia bagus


Masjid tu aku yang bagi derma (walaupun seringgit)
Ahli Hikmah - Rasa diri bagus akan membuatkan diri kita
semakin tak bagus. (Jangan bajet bagus)
Sepatutnya perlu tawadduk
Mak hang patut beruntung dapat abah tau
Kita GRED yang mana?
Kelebihan orang menjaga lidah, Nabi bersabda:

"Barang siapa menjamin bagiku apa yang ada di antara dua


tulang rahangnya (lidah) dan yang ada di antara kedua kakinya
(kemaluan), niscaya akan aku jamin syurga baginya."(HR.
Bukhari dan Muslim)
Siapa yang jaga LIDAH dan KEMALUAN
Method nabi, nak beritahu mesti mula dengan soalan.
Sebab, nabi minta supaya kita berfikir.
Orang tua-tua, Soalan: Jaga pisang sesisir, jaga jarum sebatang
Pisang sesisir > jagalah tangan
*Jaga tangan dengan buat kerja elok / jangan pegang
tangan anak orang /
Jaga jarum > jagalah lidah
*Jarum boleh digunakan untuk menjahit > bagus > bagi
nasihat
*Boleh mencucuk > cara yang tak baik > tersilap jalan
*fungsi yang pelbagai / multipurpose
* hebat bidalan orang tua2
Bidalan orang tua. Api dalam kaca, air dalam besi
Zaman moden, elektrik dalam kaca (lampu dalam kaca)
Air dalam paip.
DENGKI DAN OTAK Dr Rizal Abu Bakar
================

PHD atau Penyakit Hasad Dengki begitu sinonim dengan masyarakat


Malaysia. Di mana-mana akan kedengaran suara sedih mangsa dengki.
Didengki oleh rakan, keluarga, teman sepejabat dan jiran bukan cerita asing
dalam masyarakat.
Saya sendiri pernah menjadi mangsa. Berlaku di Melbourne. Satu-satunya
staf yang memiliki ijazah kedoktoran mengundang rasa dengki. Lebih-lebih
lagi saya bukan orang putih. Ya, orang putih pun pendengki. Dengki mereka
ala-ala filem Hollywood.
Macam-macam cerita dikeluarkan. Digubah secantik mungkin. Ditambah
perisa di sana sini untuk memberi rasa lebih hebat.
Saya tidak layan. Fokus pada sasaran. Mutu kerja ditingkatkan. Seni interaksi
dengan pesakit dimolekkan. Layanan pada pesakit berganda baiknya.
Natijahnya banyak dapat surat penghargaan. Dengan sendiri majikan tahu
siapa yang bagus siapa yang tidak.
Bagi sesetengah dari kita menjadi mangsa dengki menyakitkan. Menyedihkan.
Suara hati membisik apa salah aku. Si pendengki tidak peduli. Dengkinya
menjadi-jadi. Hingga semua yang dibuat mangsa menjadi bahan untuk
didengkikan.
Si pendengki akan suka, andai mangsanya mengalami kesusahan,
kemalangan dimarahi atau apa sahaja perkara negatif. Orang lain dihasutnya
juga.
Yang ikut sama, malangnya tetap sama. Malangnya di mana? Di otak.
Pernah kemalangan? Jatuh tangga atau kaki terseliuh? Ditusuk sembilu
atau duri sakitnya terasa bukan. Itu namanya sakit fizikal. Dengki adalah
sakit psikologikal. Kedua-dua berpusat di bahagian otak yang sama iaitu
parieto-insular cortex.
Sakitnya itu di sini, bak kata orang sekarang.
Dengki juga mengaktifkan anterior cingulate gyrus. Letaknya di hujung dahi
dan ditengah-tengah permulaan rambut di kepala. Selari dengan hidung.

Lebih menarik lagi kesakitan yang ditanggung itu akan hilang bila mangsa
dengki ditimpa sesuatu yang tidak baik. Bahagian otak bernama ventral
striatum yang mengeluarkan dopamin menjadi aktif. Dopamin dirembes
dengan banyaknya.
Si pendengki menjadi seronok. Mengharapkan lebih banyak malapetaka
berlaku pada mangsa. Andai si pendengki kurang berfikir pada mangsa,
bahagian parieto-insular cortex menjadi kurang aktif.
Andai tiada kesalahan atau malapetaka menimpa, ventral striatum tidak
mengeluarkan dopamin. Tiada kegembiaraan lagi bagi si pendengki.
Mahu elak dari terus jadi mangsa? Lakukan perkara berikut:
1. Fokus pada diri bukan pendengki. Usah beri alat kawalan diri kepada
pendengki. Hidup kita biar kita yang kawal. Bukan pendengki.
2. Tingkatkan prestasi. Gandakan mutu kerja.
3. Asah emosi pada perkara positif. Fikir positif. Bertindak positif.
4. Abaikan suara, cabaran, atau desakan dari pendengki.
5. Mengadu pada yang SATU. Jangan malu. Dari DIA isu ini timbul kepada
DIA dipulangkan semula.

Вам также может понравиться