Вы находитесь на странице: 1из 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS
SEMESTER 8 JANUARI 2016

Nama

: LIAW KED FONG

NO. MATRIKULASI

: 830330055278001

NO. KAD PENGENALAN

: 830330055278

NO. TELEFON

: 012-3280366

Tutor

: En Sulaiman Bin Hj Baputey

PUSAT PEMBELAJARAN

: Pusat Pengajian OUM Seremban,Negeri


Sembilan

SEMESTER

:SEMESTER 8 JANUARI 2016

Isi Kandungan

Muka
Surat

1.0 Pengenalan

2.0 Penerangan tentang hubungan antara undang-undang dengan standard moral

3.0 Proses-proses pembentukan undang-undang Akta Perlindungan Pemberi

Maklumat 2010 (Akta 711) - Whistleblower Protection Act 2010


4.0 Bagaimanakah anda boleh mendapat perlindungan whistleblower

5.0 Hipotesis tentang bagaimana isu moral sebagai asas Akta tersebut.

6.0 6.0 Empat proses dalam pembentukan undang-undang -undang Akta

6-10

Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)


6.1 Proses Individu
6.2 Proses Kumpulan
6.3 Proses Sosial
6.4 Proses Politik
7.0 Penilaian tentang proses pembentukan undang-undang kepada undang-undang

10

yang dipilih
8.0 Kesimpulan

12

Rujukan

14

1.0 Pengenalan
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ,undang-undang didefinasikan sebagai sesuatu
peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi
oleh masyarakat yang berkenaan. Selain daripada itu ,Dewan Bahasa dan Pustaka juga
menyatakan undang-undang adalah peraturan yg digubal untuk sesuatu perbadanan
(perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu.
Undang-undang mempunyai pelbagai maksud dan ia amat bergantung kepada pihak mana
yang mentafsirkannya mengikut perspektif dan kepentingan masing-masing.Undang-undang
adalah untuk membuktikan keadilan, sesuai dengan keadaan semasa ,dan dapat diterima pakai
oleh setiap masyarakat.Undang-undang perlu ditafsirkan berdasarkan perspektif dan
kepentingan di dalam sesebuah masyarakat.Ia sangat penting bagi mentadbir sesebuah
masyarakat. Undang-undang merupakan sesuatu peraturan-peraturan dalam masyarakat yang
telah digubal oleh pemerintah untuk kegunaan individu atau kumpulan untuk memastikan setiap
individu itu dapat mematuhi undang-undang. Ketidakpatuhan kepada undang-undang yang telah
diterima pakai oleh masyarakat boleh menyebabkan tindakan berbentuk hukuman akan
dilaksanakan kepada individu atau kumpulan tersebut.Ia amat berbeza dengan peraturan yang
bersifat norma-norma budaya yang diikuti dan diamalkan dalam masyarakat yang tidak
berkuatkuasa sebagai undang-undang, perlanggaran ke atasnya tidak akan dikenakan denda dan
hukuman, akan tetapi indicidu yang langgar peraturan tersebut mungkin dipandang serong atau
mendapat cemuhan dari masyarakat sekeliling.

2.0 Penerangan tentang hubungan antara undang-undang dengan standard moral


Undang-undang dan moral adalah berkaitan rapat antara satu sama lain.Undang-undang secara
amnya berdasarkan prinsip-prinsip moral masyarakat. Kedua-duanya mengawal tingkah
laku individu dalam masyarakat.Mereka mempengaruhi antara satu sama lain ke tahap
yang hebat. Kedua-dua peraturan undang-undang dan peraturan peraturan moral adalah normatif
iaitu ia menentukan apa yang sepatutnya atau seharusnya tidak dilakukan dan menandakan
sempadan antara tingkah laku yang diterima dan tidak diterima. Hubungan antara undangundang dan standard moral bukan sesuatu yang mudah.Undang-undang yang ditetapkan dalam
2

statute dan dikuatkuasakan oleh badan kehakiman dan polis sedangkan peraturan moral adalah
sukar untuk mencari mutlak dan dikuatkuasakan melalui tekanan sosial dan disokong oleh
rayuan yang dibuat untuk menghormati mereka. Satu lagi perbandingan antara undang-undang
dan moral adalah bahawa peraturan moral adalah tidak tertakluk kepada penciptaan. Pandangan
moral dalam agama telah diwujudkan lebih beribu-ribu tahun dan secara keseluruhannya ia kekal
sehingga hari ini. Pandangan moral dipegang oleh majoriti masyarakat . Ini menjadikan ia amat
sukar untuk menyelesaikan percanggahan pandangan moral.Sebaliknya, kaedah-kaedah undangundang boleh ditukar dengan Enakmen dan juga tarikh perubahan akan ditetapkan tarikh
tertentu. Percanggahan tentang kandungan peraturan-peraturan undang-undang boleh
diselesaikan melalui rujukan kepada statute.
Undang-undang secara amnya adalah berdasarkan prinsip-prinsip moral dalam sesebuah
masyarakat tertentu.
(a)Undang-undang mengawal kelakuan manusia luar manakala moral terutamanya
mengawal tingkah-laku dalaman.
(b) Undang-undang adalah universal; moral adalah berubah-ubah.
(c) Undang-undang adalah jelas dan tepat manakala moral adalah berubah-ubah.
(d) Undang-undang akan diperkasakan dengan kuasa negera , moral sematamata mendapat sokongan pendapat umum atau hati nurani individu.
(e) Undang-undang dikaji di bawah perundangan tetapi moral dikaji di bawah etika.

Ahli masyarakat pada zaman dahulu menganggap hubungan homoseks ataupun


biseksuals bertentangan dengan hukum akhlak dan ia menjadi kesalahan di sisi undang-undang.
Dengan peredaran masa dan juga perubahan sistem nilai masyarakat, terdapat banyak negara
khasnya di Barat menganggap kelakuan ini sebagai perkara biasa dan tidak patutnya menjadi
kesalahan di sisi undang-undang.Keadaan ini boleh terjadi kerana mereka berpegang kepada
3

prinsip kebebasan individu yang mementingkan kepuasan dirinya selagi ia tidak melanggar hak
orang lain.
Oleh itu, undang-undang diwujudkan untuk menghalang perbuatan sumbang di antara
dua pihak yang melakukannya secara rela hati. Terdapat negara yang memberikan hak sehingga
boleh berkahwin sesama jenis dan harta boleh diwarisi. Soal moral diketepikan, dan kesan buruk
terhadap masyarakat tidak diambil kira.
Masalah yang sering ditimbulkan berkaitan dengan moral dan undang-undang iaitu sama
ada kesalahan moral patut dijadikan kesalahan di sisi undang-undang. Persoalan berkaitan
dengan kedudukan moral dalam konteks undang-undang sering mencetuskan konflik. Malahan
menarik kalau dikemukakan persoalan sama ada undang-undang perlu menjadi pelindung kepada
moral atau di sebaliknya moral sendiri menjadi pendukung kepada undang-undang.
Tidak dinafikan dalam undang-undang terdapat nilai moral yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat. Akan bukan semua kesalahan yang berlaku di sisi akhlak sebagai sesuatu kesalahan
di sisi undang-undang.
Secara kesimpulan, undang-undang dan moral mempunyai hubungan umum yang
menarik .Dalam erti kata lain bahawa pandangan moral dari semasa ke semasa mempunyai
pengaruh yang besar ke atas penciptaan dan enakmen badan perundangan.Undang-undang dan
moral mempunyai perbezaan yang tersendiri. Moral dan undang-undang sering berdampingan
antara satu sama lain. Ada kalanya ia perlu disatukan. Namun, apabila penyatuan tidak dapat
dicapai kita harus mewujudkan suasana di mana kedua-duanya menjadi kaedah hidup yang
saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Ini perlu dilakukan bagi menentukan
kesejahteraan yang berasaskan nilai-nilai suci dan murni akan terbina.Undang-undang dan
standard moral mempunyai hubungan yang rapat ,maka ia menjadi unsur penting dalam
kehidupan harian manusia untuk menjamin kesempurnaan dan kesejahteraan hidup.

3.0 Proses-proses pembentukan undang-undang Akta Perlindungan Pemberi Maklumat


2010 (Akta 711) - Whistleblower Protection Act 2010

Proses pembentukan undang-undang di Malaysia bermula dari penyediaan draf dan


kemudian setelah diluluskan oleh Parlimen , ia sah menjadi undang-undang atau akta negara.
Undang-undang bertujuan memelihara keamanan, kesejahteraan dan kebaikan am manusia pada
keseluruhannya. Ia berfungsi untuk mengimbangi kuasa-kuasa kehakiman, legislatif dan
eksekutif. Para penggubal undang-undang akan sering berhati-hati dalam menggubal undangundang agar ia memenuhi segala ciri-ciri keadilan.
Usaha untuk menggubal Whistleblower Act 2010 (Act 711) (Akta Perlindungan Pemberi
Maklumat 2010 (Akta 711)) (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Akta 711) telah dimulakan
sejak Ogos 2009 dengan mengambil kira perundangan yang diamalkan di negara lain seperti
United Kingdom , Amerika Syarikat, Canada dan Australia. Pelbagai aspek telah diambil kira
dalam mengadaptasi prinsip dan amalan undang-undang negara lain ke dalam Akta 711. Prinsip
tersebut yang bersesuaian dengan keadaan di Malaysia dan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk
memerangi rasuah dan kesalahan-kesalahan lain meliputi sektor awam dan swasta. Pada 15 April
2010, Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower) telah diluluskan
oleh Parlimen dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun 2010 dan menjadi
undang-undang pada 10 Jun 2010. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat [Akta 711] telah
diluluskan di Parlimen pada 6 Mei 2010 dan mula berkuatkuasa pada 15 Disember 2010. Akta
ini dilaksanakan oleh semua agensi penguatkuasaan. (Seperti PDRM , Imigresen ,SPRM, ,
Kastam, , JPJ dan mana-mana agensi yang mempunyai kuasa dalam penyiasatan dan
penguatkuasaan)
4.0 Bagaimanakah anda boleh mendapat perlindungan whistleblower
Seseorang boleh mendapat perlindungan whistleblower seperti yang diperuntukkan dalam
Akta 711 jika membuat pendedahan tentang sesuatu kelakuan tidak wajar yang dilakukan oleh
mana-mana penjawat awam dalam sektor awam atau pekerja dalam sektor swasta kepada manamana agensi penguatkuasaan selagi maklumat-maklumat tersebut tidak dilarang oleh mana-mana
undang-undang daripada didedahkan seperti Akta Rahsia Rasmi 1972. Seseorang berkenaan
perlulah membuat pendedahan mengenai sesuatu kelakuan tidak wajar itu kepada mana-mana
agensi penguatkuasaan secara bertulis dalam borang yang telah disediakan.

Tujuannya adalah memastikan identiti pemberi maklumat dapat ditentukan dengan jelas
bagi membolehkan agensi penguatkuasaan yang berkenaan memberikan perlindungan
whistleblower kepadanya. Selain itu, ia akan membolehkan agensi penguatkuasaan itu
melindungi maklumat-maklumat tentang kelakuan tidak wajar yang pemberi maklumat dedahkan
kerana maklumat tersebut merupakan maklumat sulit yang hendaklah dilindungi daripada
didedahkan kepada mana-mana pihak.
5.0 Hipotesis tentang bagaimana isu moral sebagai asas Akta tersebut.
Berdasarkan Kamus Oxford ,Moral boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku standard ; prinsipprinsip yang benar dengan yang salah.Kini salah satu tingkah laku yang teruk di Malaysia adalah
rasuah. Oleh kerana itu, pemberi maklumat dalam akta tersebut (WPA 2010) mempunyai
permintaan dalam sektor awam dan swasta kerana penipuan dan rasuah berlaku di mana-mana
sahaja termasuk Malaysia.
Akta ini khusus untuk kegunaan orang ramai , pekerja atau diperluaskan kepada pihak
berkepentingan yang lain seperti pembekal atau pelanggan.
WPA 2010 juga boleh diperluaskan untuk meliputi isu-isu lain daripada penipuan dan rasuah ,
keselamatan di tempat kerja dan pembulian

6.0 Empat proses dalam pembentukan undang-undang -undang Akta Perlindungan


Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)
6.1 Proses Individu
Sebagaimana yang kita semua telah faham bahawa undang-undang merupakan sesuatu yang
dinamik kerana ia sering berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contohnya, pada suatu
ketika dahulu masalah rasuah tidak berlaku, tetapi kini ia menjadi sesuatu masalah yang amat
membimbangkan kerana masalah rasuah berlaku di mana-mana sahaja.
Ia memberi gambaran bahawa WPA 2010 adalah salah satu cara yang baik dalam membendung
masalah rasuah, penipuan dan lain-lain isu yang serius di Malaysia.Walau bagaimanapun,
terdapat kemungkinan bahawa ramai orang tidak mempertimbangkan untuk menjadi pemberi
maklumat,bukan sahaja disebabkan oleh perasaan bimbang, tetapi juga kerana takut kehilangan
6

hubungan antara kerja dan kerja-kerja di luar.Idea tentang pendedahan salah laku berbeza-beza
dan secara meluas. Pemberi maklumat kadang-kadang dilihat sebagai orang yang mementingkan
kepentingan orang ramai dan organisasi; tetapi orang lain melihatnya sebagai pengkhianat.
Pemberi maklumat kebiasaannya adalah mereka yang berada di dalam organisasi atau
struktur sesuatu badan yang mendapat maklumat tersebut menerusi kerja mereka. Bagi
menggalakkan mereka tampil ke hadapan dengan maklumat yang mereka ada, harus terdapat
suatu mekanisme yang melindungi mereka jika tampil ke hadapan. Ini kerana, mereka perlu
menghadapi risiko yang tinggi semasa mendedahkan maklumat dan sekiranya tidak dapat
dilindungi, mereka kemungkinan tidak akan tampil ke hadapan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan 'Whistleblower'
atau pemberi maklumat hanya dilindungi undang-undang apabila mereka menggunakan saluran
yang betul untuk mendedahkan salah laku.'Saluran yang betul' yang dimaksudkan Khalid di sini
adalah berkaitan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) di mana akta
ini menggalakkan dan memudahkan orang awam untuk mendedahkan sebarang perbuatan rasuah
dan salah laku lain yang termasuk di bawah kelakuan tidak wajar di bawah akta ini.

6.2 Proses Kumpulan


Setiap individu akan membentuk satu kumpulan dan masyarakat yang juga mempunyai
latar belakang atau persekitaran yang tergabung jalin hasil daripada tradisi budaya , ajaran
agama, pembangunan teknologi , kedudukan ekonomi, ,organisasi social dan melalui proses
politik.

Pemberi maklumat merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh ramai orang,tetapi
mempunyai tugas yang sangat penting untuk kesejahteraan masyarakat. Walau
bagaimanapun,dalam aspek lain, dunia menjadi semakin kompleks. organisasi perniagaan perlu
berurusan dengan pihak berkepentingan yang pelbagai dan mencabar. Semakin banyak konflik
antara perniagaan dan kumpulan ini ,ia dijangka berkaitan dengan isu-isu kontroversi seperti
7

alam sekitar, hak sivil, keselamatan produk , hak asasi haiwan dan banyak isu-isu lain . Pekerja
yang mengambil berat boleh menyinggung perasaan antara mereka dengan organisasi kumpulan
dan kesetiaan kepada organisasi mereka.
Apabila berhadapan dengan konflik etika yang memaksa mereka untuk memilih antara
persaingan kesetiaan, mereka boleh memilih tindakan yang selaras dengan kewajipan kepada
individu dan kumpulan di luar organisasi .
Pekerja yang membongkar maklumat tentang syarikat mereka adalah dilihat sebagai
salah laku dan akan menghadapi risiko dibuang kerja. Walaupun risiko-risiko tersebut
kemungkinan, pekerja mungkin akan terus menjadi pemberi maklumat berdasarkan standard
moral seperti berikut:-

A ) Apabila syarikat menghasilkan produk yang akan memudaratkan orang ramai ,pekerjapekerja tersebut patut melaporkan syarikat tersebut.
B) Apabila pekerja-pekerja itu mengenal pasti ancaman yang serius kepada orang-orang yang
akan mendatangkan kecelakaan , dia harus melaporkannya dan berdasarkan kebimbangan moral
beliau.
C) Pekerja-pekerja harus mempunyai bukti yang menyakinkan supaya pandangan beliau adalah
tepat tentang produk yang dihasilkan membawa ancaman yang serius terhadap pengguna
awam .
D) Pekerja-pekerja

mesti mempunyai alasan-alasan untuk mempercayai bahawa mendedahkan

salah laku tersebut kepada orang ramai akan mengakibatkan perubahan yang perlu untuk
memulihkan keadaan.
Semua pihak boleh mendedahkan salah laku termasuk rasuah, penipuan,
Pecah amanah,gangguan seksual dan pecah amanah. Pemberi maklumat yang boleh menghantar
maklumat melalui e-mel, Faks atau surat.Usaha ini boleh membantu mengukuhkan
Penguatkuasaan WPA 2010 di Malaysia khususnya di kalangan sektor korporat dan peribadi.
8

6.3 Proses Sosial


Seperti mana yang kita sedia maklumi bahawa semua individu hidup dalam persekitaran yang
berbeza antara satu sama lain, maka sudah tentu mereka tidak terdedah kepada factor-faktor
teknologi, social, ekonomi, politik, budaya dan agama yang serupa.Oleh sebab individu yang
menganggotai satu-satu organisasi mempunyai norma, kepercayaan dan nilai yang kemungkinan
berbeza dengan kehendak peraturan pertubuhan yang lebih besar, maka berbagai cara dapat
dilakukan untuk membentuk kesepakatan ini. Seperti contoh, melalui keputusan ortokratik,
penyelarasan birokratik dan melalui gabungan persetujuan atau kolektif pilihan yang dibuat demi
kepentingan ahli dan pertubuhan.
Isu utama tentang peranan kerahsiaan dalam masyarakat dan tanggungjawab individuindividu yang menghadapi maklumat yang mengganggu dianggap merosakkan keselamatan
negara. Individu perlu mengambil kira peranan mereka dalam masyarakat dan bagaimana
ia berkait dengan kebaikan bersama.Pendirian dua prinsip dalam ketegangan apabila
mempertimbangkan sama ada untuk membuat maklumat awam : hak awam untuk mengetahui
dan hak kerahsiaan. Kedua-dua ini adalah penting, namun kedua duanya adalah mutlak.
Sesetengah maklumat adalah merosakkan keselamatan negara dan harus dirahsiakan.
Masyarakat kita tidak dapat berfungsi jika individu secara rutin memecahkan
perjanjian mereka. Pekerja dari semua jenis bidang berhutang kesetiaan kepada majikanmajikan mereka,jika bukan kepada Tata kelakuan yang profesional. Hal ini terutama berlaku
pada anggota tentera atau orang-orang yang bekerja dalam perkhidmatan awam.
Berdasarkan WPA 2010 , bahawa laporan tersebut hendaklah dibuat kepada
penguatkuasaan agensi, supaya siasatan lanjut boleh diambil untuk dikategorikan ia sebagai
hak awam untuk mengetahui dan maklumat yang dianggap boleh merosakkan keselamatan
negara dan harus dirahsiakan.
6.4 Proses Politik
9

Proses-proses politik berlaku apabila norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh
organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu diinstitusikan menjadi undang-undang
yang pada asasnya boleh dilihat sebagai kaedah untuk menyelesaikan apa-apa masalah serta
konflik yang timbul. Organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu juga mempunyai
pandangan yang berbeza terhadap kepimpinan presiden, tolak ansur institusi, persetujuan
kongres dan tekanan dari pengundi.Contohnya dalam meluluskan satu-satu akta dalam
perundangan pendidikan di Malaysia. Di mana telah berlaku beberapa siri perubahan dalam
rangka perundangan. Perubahan ini berlaku kerana desakan dan keperluan rakyat yang semakin
berubah.
Etika perdebatan mengenai pendedahan salah laku dan konflik antara hak untuk
kebebasan bersuara politik dan kewajipan kesetiaan kepada organisasi di mana seseorang bekerja
. Inilah dilema moral tentang pemberitahuan maklumat.
Kebebasan bersuara politik adalah wajar kerana ia adalah sebahagian dalam demokrasi
liberal , manakala kesetiaan boleh didorong sebagai satu cara untuk menunjukkan
pertimbangan bagi salah satu syarikat-syarikat bersekutu. Dalam pengertian ini , tidak ada dilema
moral bagi pemberi maklumat . Kedudukan ini telah dilabelkan bahawa pendedahan maklumat
sentiasa moral dan dibenarkan untuk mengatasi rasuah .
7.0 Penilaian tentang proses pembentukan undang-undang kepada undang-undang yang
dipilih
Undang-undang boleh dijadikan sebagai panduan untuk bertindak apabila berhadapan
dengan dilema etika di dalam jabatan-jabatan kerajaan. Sebagai contoh, seorang pembantu
jurutera telah mendapat bukti bahawa seorang jurutera awam di sebuah jabatan kerajaan telah
menerima rasuah untuk memberikan kelulusan sijil layak menduduki bangunan apartmen kos
sederhana yang telah siap dibina. Selepas membuat pemeriksaan, pembantu jurutera tersebut
telah mendapati banyak spesifikasi tidak dipatuhi dan berkemungkinan menimbulkan masalah
keselamatan pada masa yang akan datang. Dia ingin membuat aduan kepada pihak-pihak
berwajib berkenaaan dengan perkara tersebut tetapi risau tindakannya itu boleh menjejaskan
kerjaya dan keselamatan dirinya. Atas nasihat rakan-rakan serta nilai etika yang tinggi, akhirnya
10

dia melaporkan perkara tersebut kepada pihak berwajib kerana yakin dia akan dilindungi oleh
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang dikuatkuasakan pada 15 Disember
2010. Akta yang baru digubal ini memperuntukan perlindungan terhadap pemberi maklumat
yang telah mendedahkan sesuatu kelakuan tidak wajar. Perlindungan yang diberikan termasuk
perlindungan maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah yang cuba
dikenakan terhadap pemberi makumat serta juga perlindungan terhadap tindakan yang
memudaratkan.
Akan tetapi,wujud satu persepsi dalam kalangan umum bahawa pihak berkuasa lebih
berminat mencari orang yang mendedahkan kesalahan yang berlaku, dan bukan mereka yang
benar-benar melakukan kesalahan. Dalam erti kata lain, pihak berkuasa menembak si pemberi
maklumat, atau dalam bahasa Inggeris, whistleblowers, dan bukannya si pesalah.
Tidak dapat dinafikan bahawa kadangkala, pendedahan maklumat oleh pemberi
maklumat juga salah di sisi undang-undang. Undang-undang kita penuh dengan peruntukan yang
menjadikan ia suatu kesalahan bagi seseorang individu yang mendedahkan maklumat yang
mereka miliki. Contohnya, Akta Rahsia Rasmi atau OSA, menjenayahkan pendedahan maklumat
yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi oleh orang yang tidak diberi kuasa. Kanun
Keseksaan pula menjadikan ia suatu jenayah sekiranya seseorang yang berkhidmat sebagai
penjawat awam mendedahkan maklumat tanpa kebenaran.
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, atau dalam bahasa Inggeris Whistleblower
Protection Act (WHA), dikatakan memberi perlindungan. Namun demikian, akta ini sebenarnya
tidak efektif dalam melindungi pemberi maklumat.
Ini disebabkan pemberi maklumat tidak dilindungi jika pendedahan maklumat itu
bercanggah dengan apa-apa undang-undang bertulis. Sebagai contoh, jika seseorang itu
mendedahkan maklumat yang dilindungi sebagai rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia
Rasmi, maka perlindungan di bawah Akta Pemberi Maklumat tidak dipakai, walaupun maklumat
yang menjadi rahsia rasmi itu mengandungi maklumat penting yang boleh membongkar
penyelewengan atau salah guna kuasa.

11

Pendedahan tersebut juga harus dibuat kepada suatu badan penguatkuasaan, seperti polis,
imigresen dan sebagainya. Jika dibuat kepada umum ,maka perlindungan ini juga tidak terpakai.

Tetapi badan-badan yang berkuasa di negara ini sedang mengalami risiko keyakinan.
Maksudnya ia tidak mempunyai kepercayaan, sama ada benar atau tidak, bahawa suatu siasatan
yang bebas dan terperinci akan dijalankan, lebih-lebih lagi jika kesalahan itu berlaku di dalam
badan itu sendiri. Dengan terdapatnya risiko keyakinan ini, maka pemberi maklumat akan
memikir beberapa kali sama ada mereka ingin mendedahkan kepada badan-badan tersebut.
Mereka mungkin terasa lebih selamat mendedahkannya terus kepada umum melalui ahli
politik.

8.0 Kesimpulan
Akta Perlindungan pemberi maklumat 2010 adalah undang-undang di Malaysia untuk
memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan
kelakuan tidak wajar, sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta itu adalah kononnya
sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani rasuah dan menggalakkan yang baik dalam
tadbir urus di bawah Program Transformasi Kerajaan ( GTP
Sebagai rakyat Malaysia kita mesti menyokong aspirasi Kerajaan dalam menggalakkan
tingkah laku integriti kepada orang ramai. Sesiapa yang membuat apa-apa laporan mengenai
salah laku hendaklah mempunyai perlindungan di bawah WPA 2010. Walau bagaimanapun ,
sentiasa ada ruang untuk diperbaiki mengenai pelaksanaan Akta.Dari semasa ke semasa, orang
ramai juga perlu meningkatkan kesedaran untuk berkelakuan baik untuk memastikan kita boleh
diiktiraf oleh dunia sebagai masyarakat yang dihormati dengan standard moral yang tinggi.
Dengan itu mudah-mudahan berharap integriti dalam swasta dan awam akan meningkat dengan
sewajarnya.
Moral dan undang-undang selalu berdampingan antara satu sama lain.Kadang-kalanya
ia perlu disatukan. Namun, apabila penyatuan tidak dapat dicapai, kita perlu mewujudkan
suasana di mana kedua-duanya menjadi kaedah hidup yang saling lengkap-melengkapi antara
12

satu sama lain. Ini harus dilakukan bagi menentukan kesejahteraan yang berasaskan nilai-nilai
suci dan murni akan terbina.
( 2998 Patah Perkataan

Rujukan
Corey, G.; Corey, M.S. & Callanan, P. (2003). Issues and Ethics in the Helping Professionals.
New York: Thomson Brooks/Cole.

13

Dolgoff, R.; Loewenberg, F.M. & Harrington, D. (2005). Ethical Decisions for Social Work
Practice. New York: Thomson Brooks/Cole.
Hosmer, L. (1991). The ethics of management (2nd ed.). Boston: Irwin.
Institute for Global Ethics. (2006). Cooked books, fried reputation: Study, ethics newsline.
Ethics Newsline.
Lawrence, A. T., & Weber, J. (2011). Business and society: Stakeholders, ethics and public
policy (13th ed.). Singapore: McGraw-Hill.
MALAYSIA, Open University (2004). OUMM3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur:
UNITEM sdn. Bhd
Mohd. Janib Johari, Etika Profesional,Johor: Universiti TeknologiMalaysia Skudai, 2001

14

Вам также может понравиться