Вы находитесь на странице: 1из 7

Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 & Jambori Antarabangsa Pengakap Kuala Lumpur 2016

PK01/3
LAPORAN PROGRAM
1. Nama Program :

Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 & Jambori Antarabangsa


Pengakap Kuala Lumpur 2016

2. Tarikh

24 1 Disember 2016

3. Masa / Hari

Sabtu - Ahad

4. Tempat

Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur

5. Objektif

i) Membentuk dan menghargai perasaan bersatu padu


dan soliditari. Para peserta akan berkongsi ruang yang
sama dan bertanggungjawab ke atas satu sama lain.
Jambori akan menggalakkan rasa menghormati diri san
orang lain dengan menekankan keamanan dan
kesaksamaan.
ii) Untuk meningkatkan kesedaran tentang isu keamanan dan
kesatuan temasuk mengenalpasti langkah di peringkat
tempatan yang diterajui oleh pengakap.
iii) Untuk menyokong Organisasi Pengakap Nasional (NSO)
dan menggalakkan mereka untuk mengambil bahagian secara
aktif untuk membangunkan program-program pendidikan alam
sekitar dan melaksanakan program Messenger of Peace
iv) Untuk membentuk jaringan pemimpin berpotensi yang
boleh memimpin Pergerakan Pengakap di peringkat setiap
kumpulan, daerah, negeri dan negara masing-masing serta
berkongsi maklumat sedia ada.

6. Bilangan Penyertaan
Pesert
a
Ras/
Jumlah

Lelaki
M
4

Guru
Ras/
Jumla

:
Perempuan
I

LL

M
2

Lelaki
M
1

Jumla
h
LL
6

Perempuan
I

LL

M
1

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Jumla
h
LL
2

Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 & Jambori Antarabangsa Pengakap Kuala Lumpur 2016

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

7. Butiran Aktiviti & Tentatif


Tentatif Program:

Tentatif Pertandingan

Aktiviti:
7.1 Istiadat Pengibaran Bendera
Istiadat dilaksanakan di kem kontinjen masing masing. Di kem kontinjen Johor,
istiadat diketuai oleh Ketua kontinjen, Encik Abdul Razak bin Haji Idris, Penolong
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Tepat jam 8.30 pagi setiap hari,
semua peserta kontinjen akan berkumpul mengikut subkem masing masing dan
bersiap sedia untuk istiadat pengibaran bendera, bacaan ikrar pengakap serta
doa. Istiadat diikuti dengan taklimat ringkas daripada pemimpin kontinjen.
7.2 Aktiviti Berpangkalan
Para peserta diberikan masa selama empat hari untuk menyertai sekurangkurangnya 30 aktiviti di cabaran aktiviti berpangkalan. Terdapat 8 buah zon bagi
aktiviti berpangkalan. Berikut merupakan senarai zon dan antara aktiviti-aktiviti
yang berjaya dilaksanakan oleh para peserta.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Sukan Bandar roller blade, basikal lasak, skateboard, yoyo, rubic cube
Sukan Rakyat sepak raga, galah panjang, gasing, congkak, ketinting
Lapang Sasar latik, lawn dart, frisbee, poket slingshot, paintball, slingbow
Kebudayaan zapin, kuda kepang, boria, magunatip, kompang, dikir barat
Komunikasi bahasa isyarat, braille, semaphore, kod morse, radio, fonetik
Teknologi astronomi, simulator kapal terbang, kapal, bot kawalan jauh
Rekreasi Air water confidence, kayak, rakit penyelamat, merentas tasik
Komuniti & Alam Sekitar MOP, gotong royong komuniti, pengurusan air

7.3 Lawatan
Lawatan dikategorikan kepada dua iaitu Jelajah Bandaraya, dan Kembara Alam
dan Budaya.
Bagi aktiviti Jelajah Bandaraya ini, para peserta dikehendaki untuk menggunakan
pengangkutan awam untuk menerokai sebuah zon bandaraya Kuala Lumpur yang
telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Para peserta kontinjen SMK Taman Nusa
Damai telah berjaya menjelah Zon Kuala Lumpur City Center yang merangkumi
lawatan ke bangunan-bangunan bersejah di Kuala Lumpur seperi Muzium Negara
dan Istana Negara menggunakan LRT, dan walkie talkie untuk berhubung antara
satu sama lain.
Bagi aktiviti Kembara Alam dan Budaya pula, para peserta berpeluang untuk
menerokai zon alam seperti di Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Bukit
Kiara, Bukit Dinding, dan Bukit Kerinchi bersama-sama pegawai perhilitan.
Walaubagaimanapun, para peserta kontinjen Johor yang telah dijadualkan untuk
menyertai aktiviti Kembara Alam dan Budaya tidak dapat meneruskan aktiviti
tersebut pada hari yang ditetapkan akibat kekangan cuaca.
7.4 Pertandingan Kemahiran

Kemahiran-kemahiran yang dipertandingkan adalah Knot Quest, Spartan Race,


Busking, Jamboree Masterchef, Tug of War, Cultural Night, Scout Gateaway, dan
Junior Senator.
Empat orang ahli Pengakap Laut SMK Taman Nusa Damai telah mewakili
kontinjen Johor dalam pertandingan Knot Quest, iaitu Ikatan dan Simpulan. Para
peserta telah menjalani latihan dan mengadakan persediaan sebulan sebelum
pertandingan. Namun begitu, mereka gagal untuk memenangi sebarang tempat.
7.5 Pameran Informasi
Jabatan-jabatan Kerajaan, Agensi Pertahanan dan Keselamatan, Pertubuhan
Bukan Kerajaan serta Badan-Badan Beruniform turut mengambil bahagian di
dalam jambori ini dengan menganjurkan pameran serta booth yang bersifat
interaktif. Para peserta jambori digalakkan untuk mengunjungi booth pameranpameran informasi ini untuk menyertai pelbagai aktiviti menguji minda seperti kuiz,
tekasilangkata dan permainan. Peserta ditawarkan pelbagai cenderahati menarik
seperti button badge, beg, topi dan pelbagai lagi.
7.6. Rintangan Ekstrem
Terdapat empat buah rintangan ekstrem yang disediakan oleh pihak penganjur di
tapak kem iaitu absailing, wall climbing, zipline (flying fox) dan slackline. Aktivitiaktiviti ini merupakan tarikan utama kem dan para peserta bebas untuk mencuba
aktiviti ini mengikut kesesuaian mereka.
8.0 Penilaian Program
8.1 Kekuatan Program
Program ini dapat membina diri pelajar dari segi kepimpinan, berdikari, berdisplin
dan menanam keyakinan dalam diri sendiri. Ini dapat dilihat dari sikap pelajar
menghadapi cabaran hidup dalam keadaan fasiliti yang tidak mencukupi serta
keadaan cuaca yang amat buruk sepanjang perkhemahan.
Selain itu, program ini juga dapat mendedahkan pelajar tentang pentingnya
kerjasama dalam kehidupan, sebagai seorang pelajar sama ada dalam bidang
pelajaran mahu pun kegiatan harian yang lain.
8.2 Kelemahan Program

Fasiliti yang disediakan tidak mencukupi bagi menampung kapasiti peserta yang
ramai. Namun begitu, secara keseluruhannya segala masalah yang dihadapi
dapat diselesaikan dengan baik melalui kerjasama pihak pengurusan kontinjen
dan penganjur.
8.3 Cadangan Penambahbaikan :

Perancangan yang lebih rapi perlu dilakukan bagi menjayakan program pada
masa akan datang, terutama dalam menyediakan peralatan untuk menghadapi
cuaca buruk serta latihan-latihan kemahiran dan ilmu pengakap.

Disediakan oleh:
.....
(Noorhasyimah Munira binti Ismail)
Pemimpin Pengakap Laut
SMK Taman Nusa Damai,
Pasir Gudang.

Disemak oleh:
.....
(Pn. Juraiaini binti Ismail)
GPK Kokurikulum
SMK Taman Nusa Damai,
Pasir Gudang

Disahkan oleh:
...
(Tn. Hj. Supiandi bin Yusof)
Pengetua,
SMK Taman Nusa Damai,
Pasir Gudang

.....
(Nasaruddin bin Juwahir)
Pemimpin Pengakap Laut
SMK Taman Nusa Damai,
Pasir Gudang.

Вам также может понравиться