You are on page 1of 2

Ruj. kami : Bil.(29)dlm.PIBG.SMKBBST/07/01/01/JLD.

5
Tarikh
: 24 November 2016 / 21 Safar 1438 H

TUAN HAJI MOHD SALLEH BIN MOHD KASSIM, S.I.S

PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR,
JALAN JAMBU BOL 4/3E, SEKSYEN 4,
40604 SHAH ALAM, SELANGOR

YBhg. Tuan,

JEMPUTAN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16


Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk dan berkaitan.
2.
Pihak PIBG SMK Bandar Baru Salak Tinggi dan sekolah ini akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-16 pada tarikh 21 Januari 2017 (Sabtu), jam 8:00 pagi bertempat di Dewan Terbuka, SMK Bandar Baru Salak
Tinggi, Sepang.
3.
Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Tuan untuk merasmikan mesyuarat
tersebut. Berikut adalah tentatif mesyuarat yang akan diadakan:
8.00 pagi
8:30 pagi
8:45 pagi

- Ketibaan dan Pendaftaran Ibu Bapa / Guru dan Tetamu


- Ketibaan Perasmi
- Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
- Bacaan Doa Selamat
- Ucapan Tuan Penasihat PIBG
- Ucapan Yang Dipertua PIBG
- Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16
- Penyampaian Cenderamata
10:00 pagi
- Persembahan Pelajar / Jamuan
10:30 pagi
- Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16
12:30 tengah hari - Bersurai
4.
Kehadiran YBhg. Tuan untuk merasmikan mesyuarat agung pada kali ini amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,

(HAJI HELMY BIN ARSHAD)


Yang Dipertua PIBG,
SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
s.k.
1.
2.

Pengetua.
Fail PIBG