Вы находитесь на странице: 1из 5

Lampiran 1

ATUR CARA PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017 PERINGKAT SEKOLAH

7.00 pagi - Amalan Guru Penyayang

7.20 pagi - Ketibaan Ketua Polis Daerah

7.30 pagi - Perhimpunan sekolah

- NYanYian Lagu I

- Negaraku
- Negeri
- Sekolah

- Bacaan Doa

- lkrar Murid

- Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malavsia oleh


Pengetua/Guru Besar

- Bacaan Perutusan Ketua Polis Negara oleh Pegawai Perhubungan


Sekolah ( PPS )

- Perasmian Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Peti Aduan


Disiplin Murid oleh Ketua Polis Daerah

8.05 pagi - Bersurai


TEKS UCAPAN PERASMIAN
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS PELANCAMN PROGMM JOM KE SEKOLAH


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Bism il lah i rra hma nirrah i m.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan


Salam lMalavsia.

Tuan-tuan, puan-puan dan murid-murid yang dihormati sekalian.

1. Pertamanya, ,marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah


swT kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama
berhimpun dalam Majlis Pelancaran Program Jom ke sekolah Tahun 2017
pada hari ini.

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


syabas dan tahniah kepada semua sekolah kerana Beqaya mengadaKan
majlis pelancaran ini. Bagi makluman hadirin sekalian, semua sekolah di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan program ini
secara serentak pada 5 hb dan 6 hb FebruariTahun 2017 '

3. sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi PQnting seiring


dengan Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
dengan tekad dan azam uniuk terus berusaha melonjakkan kualiti
pendidikan Negara seperti yang dihasratkan. sesungguhnya transformasi
pendidikan merupakan proses yang memerlukan komitmen yang tinggi
secara berterusan darioada semua pihak.

4. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita sedia maklum bahawa


sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk
membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi-supaya
dapat memenuhi e'iolusi yang dilaksanakan. lklim dan persekitaran
sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan
murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajardengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, Program Jom Ke Sekolah
adalah sebahagian daripada usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan
kurikulum dan kokurikulum sekolah serta pembinaan sahsiah murid yang
mantao.

5. Pengurusan disiplin di sekolah memerlukan komitmen daripada


semua pihak agar kemenjadian murid akan lebih cemerlang. Dengan
pelaksanaan program ini, diharapkan warga sekolah dapat memberikan
saluran yang sesuai untuk menerima aduan dan menyelesaikan masalah
yang berkaitan disiplin murid. Oleh hal yang demikian, besarlah harapan
saya agar pihak sekolah dapat menerima cadangan-cadangan yang
membina untuk mengatasi permasalahan yang timbul dalam proses
pengurusan disiplin murid di sekolah.

6. Tuan{uan dan puan-puan sekalian, objektif Program Jom ke Sekolah


ini adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih
mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS). Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu mencegah
salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan
perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada
di dalam atau di luar sekolah. Seterusnya, program ini dilaksanakan untuk
membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Disiplin Murid di sekolah.

7. Tuan-tuan dan puan-puan, pihak sekolah perlu sentiasa prihatin


terhadap murid-murid. Pihak pentadbir sekolah seharusnya memastikan
pengurusan disiplin sentiasa ditambahbaik untuk meningkatkan proses
perkhidmatannya. Dalam hal ini kerjasama pihak polis dan sekolah
sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kedua-dua pihak perlu berganding
bahu bagi menangani masalah disiplin murid.

8. Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada PDRM terutamanya Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan
seluruh warga pendidik atas daya usaha untuk menjayakan Program Jom
ke Sekolah. Program Jom ke Sekolah merupakan Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS) KPM bersama-sama PDRM melalui Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

L sukalah saya mengingatkan anak-anik agar dapat memberi


tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala
peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan
sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya. Jadikanlah
sekolah sebagai tempat menimba ilmu, membina pengalaman, membentuk
bakat, dan mengasah budaya kepimpinan kerana andalah merupakan
asset negara yang bernilai pada masa hadapan. Dalam menghadapi
persaingan global yang semakin sengit pada hari ini, banyak ilmu dan
kemahiran baharu yang perlu dikuasai sebelum anda melangkah ke alam
pekerjaan. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan terpengaruh
dengan gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti ponteng, buli,
dadah serta lain-lain gejala negatif yang boleh merosakkan diri dan masa
depan anak-anak sekalian. Sayangi diri, hormati ibubapa dan guru- guru
anda. Gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya kerana masa
muda hanya sekali. Oleh itu, berusahalah menjadi yang terbaik kerana
dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. Only
the best among you will suruive and thrive.

Sekian.

Wabillahitaufikwalhidayahwassalamu'alaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

YB. Dato'SeriMahdzir Bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malavsia

Вам также может понравиться