Вы находитесь на странице: 1из 2

Keutamaan Selawat

Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah dan Rasulullah. Bukti seseorang itu
berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-
Nya.

Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi
sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan
berselawat kepada Rasulullah?

Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan
Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan
selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.

Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat
dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi
Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di
samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah
menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la
mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari
Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. (Surah Al-Ahzab: 56).

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

1. Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh
kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. (Riwayat Tabrani).

2. Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat
kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku
dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. (Riwayat
Al Baihaqi dan Al Khatib).

3. Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat
dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. (Riwayat
Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

4. Dari Ubai bin Ka ab: Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan
selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu
kehendaki. la berkata: kataku: Seperempat. Sabda Nabi: Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah
maka itu yang lebih baik bagi kamu. Kataku: Apakah sepertiga? Sabda Nabi: Apa yang kamu sukai,
jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu. la bertanya: Apakah aku jadikan selawatku buatmu
semuanya. Nabi bersabda: Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.
(Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).

5.Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa)
bagimu. (Riwayat Ibnu Murdawaih).

6. Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya
seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).

7. Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia
digembirakan dengan syurga. (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).

8.Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.
(Riwayat Tirmizi).

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi
sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:
Memperolehi selawat dari Allah.

Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.

Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.

Menghapuskan dosa.

Mendapat pertolongan

Tercapai keperluan hidup.

Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.

Memperolehi nur zahir dan batin.

Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.

Memperolehi ucap selamat dari Allah.

Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi
Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah
rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat,
memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.

Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita
sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah

Вам также может понравиться