Вы находитесь на странице: 1из 11

Definisi Alam Sekitar

Perkataan alam sekitar membawa maksud keadaan sekeliling atau


lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan
literal, maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa
sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus
perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang
melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini
termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.

Menurut Islam, environmentalisme berasaskan kepada ajaran tauhid


atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan
tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara
manusia, alam dan tuhan.Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang
masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada
kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan.
Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar
ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu
melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini
merupakan tanda yang tersurat dan tersirat atau simbol tentang
kebesaran dan kekuasaan Allah.

Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf


hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan
sesebuah negara tidak dapat dielakkan,manusia sering mengabaikan
masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti
ekonomi dan projek -projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat
proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin
mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar
yang teruk.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan
manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk
mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam
sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah
diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam.
Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau


bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran
menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan
alam.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran
adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak
langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi
mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga
menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan
sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada
kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-
organisma lain,tumbuhan dan haiwan.
Punca pencemaran Alam Sekitar

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada
masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan
organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada
kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana
bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya
membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan
persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara
remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi
jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang
bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor
dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti
kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa
toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang
itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik
tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan
berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan
pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan
alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara.
Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak
bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari
pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain Itu,
Pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau
pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan,
mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif
yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan
tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-
mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi
yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang
terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran
udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan
asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu,
ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan
jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan
itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang
berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan
boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya
membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu,
penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan
kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada
berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan
pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan
asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika
peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman
sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat
berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna
jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk
bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai
menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat
mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan
menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem
pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi
yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat
terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan
terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas
menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi
salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar.
Seterusnya,
pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan
pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk
tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman
semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran
secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya
boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut
memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan
pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin
meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah
sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang
dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar
serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Akhir Sekali,
kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi
salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada
masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka
terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan
mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap
projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada
peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting
untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan
bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan
tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang
kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan
dalam menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah
pencemaran berada ditahap yang semakin membimbangkan pada
masa kini.

Kesan Pencemaran alam sekitar

Kesihatan manusia akan terjejas


Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia.
Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi
akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara
bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem
pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam
paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida
kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami
kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru
terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini
mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang akan timbul.

Tumbuhan
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-
tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan
tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini
mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan
klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu
tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas
bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan.
Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil
keluarannya akan terancam

Hujan Asid
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global
dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida
dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun
sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana ia akan mengalir
dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah
sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar
udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem
yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

Haiwan

Haiwan juga akan turut terancam dan mati.Hal ini disebabkan


partikel-partikel terampai seperti habuk,debu dan sebagainya akan
memasuki ruang paru-paru haiwan tersebut.Perkara ini akan
menyebabkan haiwan akan sukar untuk bernafas.Bukan itu
sahaja,tumbuh-tumbuhan yang sudah tercemar akan pencemaran
udara juga akan menyebabkan haiwan terancam.

Penipisan Lapisan Ozon


Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan
telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini
kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon
sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini
mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat
serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan
meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-
ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan
manusia Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan
global akibat penipisan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada
sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada
cahaya matahari boleh menyebabkan kanser. Pancaran matahari yang
terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada di bahagian
bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di
dunia pada masa kini

Langkah langkah menjaga alam


sekitar
Melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah
televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari
ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak
memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar,
terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana
televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh
setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini
sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui
tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara
yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar.
Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak
mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak
berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini
dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini
lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media
lain.

Selain itu,
langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam
sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen
cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan
sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan
tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam
sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang
memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula
dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan
yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat
berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar.
Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman
pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor
boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat
mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula
kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa
pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Seterusnya,
melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab
remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar
mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam
pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya
dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi
melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru
sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat
cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat
menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar
melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di
antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab
terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat
tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara
alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di
bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk
dalam diri pelajar .

Akhir Sekali,
Melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden
untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.
Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi
moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan
tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan
menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar
semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat
khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah
tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi
moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan
dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat
mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini
akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
Kepentingan Alam Sekitar

Alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan harian


kita.Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana
yang selesa dan menyamankan.Di samping itu ia memberi keselesaan
kepada manusia,ia juga sedikit sebanyak akan menjejeskan aktiviti-
aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar tidak dijaga
dengan baik.Dalam usaha kita untuk mengejar kemajuan negara,kita
tidak harus mengabaikan peri pentingnya alam sekitar di dalam
kehidupan.Diantara kepantingan-kepentingannya adalah:

Kesihatan manusia terjamin.


Sejak kebelakangan ini pelbagai penyakit yang berbahaya telah wujud
akibat pencemaran alam sekitar.kesan daripada pencemaran itu
manusia akan menghidap pelbagai penyakit,khususnya respirasi akibat
menghidu udara yang tercemar.Manusia memerlukan udara bersih
untuk terus hidup .Jika udara yang dihidu tercemar,sistem
pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam
paru-paru.Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida
kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami
kekurangan oksigen.Hal ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru
terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah dan
mengakibatkan pelbagai penyakit.Oleh itu alam sekitarharuslah dijaga
dengan baik agar kesihatan manusia terjamin.

Tarikan pelancong asing.


Keindahan alam sekitar dapat membantu negara mengembangkan
industri pelancongan.Hal ini kerana keindahan alam sekitar boleh
menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar Negara.Ini
seterusnya dapat menjadikan negara sebagai destinasi baru bagi
sektor pelancongan di peringkat global.peningkatan pelancong dari
dalam dan luar negara ini akan meningkatkan pendapatan negara
disamping memberi peluang-peluang pekerjaan kepada pengusaha
dalam industri ini dan industri sampingan.Di negara maju,terdapat
banyak tempat yang menjadikan keindahan alam sekitar sebagai
produk pelancongan.sebagai contoh,paris di perancis,venice di itali dan
seoul di korea selatan.Oleh itu,kita harus menjaga alam sekitar dengan
baik disamping peranan kerajaan untuk mempromosikan negara ni
dunia agar keindahan alam sekitar di negara kita ini dapat member
pulangan kepada negara.

Pembekalan udara yang segar.


Manusia memerlukan udara yang segar untuk terus hidup dalan
keadaan yang selesa.Disamping itu,pembekalan udara yang segar
akan menberi ketenangan jiwa dan keceriaan kepada
masyarakat.Selain itu,pembekalan udara yang segar dapat mengelak
pelbagai penyakit saperti serangan jantung dan batuk.Secara saitifik
pembekalan udara yang segar akan terhalang sekiranya pencemaran
udara berlaku.pencemaran udara akan berlaku apabila terdapat benda
asing dalan kepekatan udara.Benda asing ini adalah dalam bentuk
habuk,asap dan gas seperti karbon monoksida dan nitrogen
oksida.tidak lupa juga bau-bauan yang tidak menyenangkan.Oleh itu
alam sekitar yang indah dan bersih amat penting kepada kita agar
udara yang segar akan terus kita perolehi.

Ekosistem yang stabil.


Ekosistem yang stabil sangat penting kepada manusia,alam sekitar dan
bumi.Kini ,kesan daripada pencemaran alam sekitar,pelbagai masalah
global telah berlaku.Diantaranya adalah pemanasan global.
Peningkatnya suhu global dikatakan akan menyebabkan perubahan-
perubahan yang lain seperti naiknya permukaan air laut, meningkatnya
intensitas fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan
pola presipitasi.Akibat-akibat daripada pemanasan global yang lain
adalah terjejasnya hasil pertanian, hilangnya glazier dan kepupusan
berbagai jenis haiwan.Oleh itu,alam sekitar harus dijaga dengan baik
agar ekosistem yang stabil dapat diwujudkan.

Habitat hidupan darat dan air terpelihara.


Hidupan darat dan air sangat memerlukan alam sekitar yang bersih
dan tidak tercemar untuk terus hidup.Kebergantungan ini
dipertanggungjawabkan kepada kita untuk menjaga alam sekitar ini
agar terpelihara.Alam sekitar seperti hutan merupakan tempat tinggal
bagi hidupan darat seperti gajah,harimau dan lain-lain.Didalam hutan
itulah haiwan-haiwan ini mencari makanan dan tempat mereka
bermain.Oleh itu,sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik dan
berlaku pencemaran seperti kebakaran hutan, haiwan-haiwan ini akan
mengalami kepupusan.Begitu juga dengan hidupan di air,sekiranya
pencemaran air berlaku,hidupan air ini akan mati dan seterusnya akan
mengalami kepupusan.Oleh itu,alam sekitar yang tidak tercemar
sangat penting kepada hidupan darat dan hidupan air agar hidupan ini
terpelihara.

Mengelakkan kepupusan.
Alam sekitar sangat penting kepada flora dan fauna.alam sekitar yang
tidak tercemar dapat mengelakkan kepupusan kepada seluruh spesies
flora dan fauna.Namun begitu telah wujud pencemaran yang
menyebabkan kepupusan kepada pelbagai spesies haiwan.Di Malaysia,
aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan
pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik
serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama
yang memusnahkan kehidupan akuatik.selain aktivuti penebengan
hutan secara tidak terancang menyebabkan kepupusan hidupan di
sana.Justeru itu,alam sekitar harus dijaga dengan baik agar perkara ini
dapat dibentung.

Penutup

Kesimpulan yang boleh dibuat oleh kami berdua ialah , Alam sekitar
merupakan khazanah yang sangat berharga. Pencemaran alam sekitar
pada masa kini sangat kritikal dan membimbangkan. Masyarakat
terutamanya memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga
alam sekitar supaya alam sekitar kekal indah dan cantik. Cintailah
alam sekitar demi masa depan kita dan generasi akan datang. Sekian
terima kasih.

Вам также может понравиться