Вы находитесь на странице: 1из 4

(A) BAGAIMANA MENDAPATKAN PINJAMAN ?

Sebelum usahawan ingin memohon pinjaman,mestilah menilai


dirinya berdasarkan soalan berikut ; Persoalan yang
pertama,adakah seseorang usahawan itu betul-betul memerlukan
modal tambahan, atau bolehkah usahawan tersebut
menguruskan aliran tunai sedia ada dengan lebih berkesan ?
Persoalan yang kedua pula,untuk tujuan apakah pinjaman ini akan
digunakan ?

Manakala persoalan yang ketiga,berapa segerakah keperluan


pinjaman ini ? Seseorang usahawan mungkin tidak akan dapat
syarat-syarat pinjaman yang terbaik jika memerlukan wang dalam
keadaan terdesak.Persoalan yang keempat pula,adakah
usahawan itu mempunyai rekod kredit peribadi yang
baik ? Persoalan yang kelima,adakah usahawan itu dan
perniagaannya mempunyai keupayaan membayar balik
pinjaman ?

Selain itu,persoalan yang keenam pula,adakah perniagaan


usahawan itu mempunyai nilai bersih yang positif ? Persoalan
yang ketujuh,adakah perniagaan usahawan itu sudah
menanggung hutang yang banyak ? Persoalan yang
kelapan,adakah usahawan itu mempunyai modal peribadi yang
mencukupi dalam perniagaan berkenaan ?

Persoalan yang kesembilan pula,adakah usahawan itu


mempunyai cagaran bagi menjamin pinjaman perniagaannya
itu ? Persoalan yang terakhir adalah adakah usahawan itu
sanggup memberi jaminan peribadi terhadap sebarang pinjaman
perniagaannya ?

Selepas itu,usahawan perlu menyediakan satu kertas kerja


cadangan yang mengandungi lapan cadangan pinjaman.Pertama
ialah ringkasan.Ringkasan iaitu jelas,tepat,padat untuk apa
pinjaman tersebut . Kedua ialah profil pengurusan.Ia bermaksud
pengalaman, kelulusan dan lain-lain. Manakala ketiga pula ialah
keterangan perniagaan.Ia bermaksud pengurusan
perniagaan,tren pasaran dan produk .

Tambahan pula,cadangan yang keempat ialah unjuran.Unjuran


ialah aliran tunai (3 tahun) . Cadangan yang kelima pula ialah
penyata kewangan.Ia bermaksud penyata kewangan perniagaan .
Manakala cadangan keenam ialah tujuan pinjaman.Tujuan
pinjaman ialah menyatakan tujuan dan fahami pinjaman
tersebut .

Cadangan yang ketujuh ialah jumlah.Ia bermaksud jumlah


sebenar serta sumbangan usahawan atau rakan kongsi dan
cadangan terakhir pula rancangan bayaran balik iaitu keupayaan
bayaran balik.

Kesimpulannya,seseorang usahawan itu perlulah terlebih


dahulu menilai dirinya untuk melakukan pemohonan pinjaman
tersebut.Jikalau seorang usahawan itu tidak berbuat
demikian,maka suatu perniagan itu mungkin tidak dapat
berkembang dengan maju jika tidak mendapatkan
pinjaman.Justeru untuk meningkatkan lagi peluang mendapatkan
pembiayaan, usahawan perlu juga mengetahui kaedah yang
digunakan untuk menilai setiap permohonan mendapatkan
pembiayaan ini.

(B) APA YANG JURUBANK INGIN LIHAT KE ATAS PEMOHON


PINJAMAN ?

Sebelum pemohon pinjaman hendak melakukan


pinjaman,pihak bank terlebih dahulu akan melihat penampilan diri
kita dulu.Kebanyakan bank menggunakan kriteria 5 Cs
iaitu,Character (keperibadian) pemohon,Capacit
(keupayaan),Capital (modal),Collateral(cagaran) dan Condition
(keadaan).

Pertama,keperibadian merujuk perkara yang beretika seperti


kejujuran, integriti, kebolehpercayaan, dan moraliti yang diterima
oleh masyarakat sebagai sesuatu ciri-ciri kebaikan seseorang itu.
Kedua,keupayaan adalah kemampuan peminjam itu
membayar balik pinjamannya. Tujuan utama penilaian ke atas
keupayaan ialah untuk melihat tahap keupayaan kredit seseorang
peminjam itu.

Ketiga,modal ialah sandaran kewangan atau keteguhan


kewangan seseorang peminjam itu. Keteguhan kewangan
seseorang itu boleh ditentukan melalui pegangan ekuitinya dalam
perniagaan

Keempat,cagaran digunakan sebagai sekuriti atau insurans


sekiranya peminjam itu mungkir dalam pembayaran balik
pinjamannya. Namum ianya dianggap sebagai faktor yang paling
rendah diambil kira dalam penilaian ke atas peminjam itu.

Kelima,keadaan merujuk kepada persekitaran di mana


perniagaan peminjam itu ditumpukan. Keadaan persekitaran ini
termasuklah semua faktor yang boleh memberi kesan kepada
keupayaan dan kemampuan peminjam membayar balik
pinjamannya, yang kadangkala di luar kawalan peminjam atau
bank itu sendiri.

Kesimpulannya,setiap pemohon pinjaman mestilah


mempunyai 5 Cs kerana kebanyakan bank menilai berdasarkan 5
Cs tersebut.Jikalau tiada 5 Cs ini,tidak dapatlah pemohon
pinjaman meminjam daripada bank tersebut.

Вам также может понравиться