Вы находитесь на странице: 1из 4

Bentuk perniagaan milikan tunggal seperti kedai runcit, pasar

mini,lain-lain kedai paling banyak terdapat di negara kita,


Malaysia.Ciri-ciri utama bentuk perniagaan ini ialah dimiliki oleh
seorang pemilik sahaja.Pemilik berperanan sebagai pengurus dan
pekerja perniagaan. Kadang-kala pemilik perniagaan dibantu oleh
ahli keluarga ataupun satu atau dua orang pembantu yang
digaji.Kedua,modal perniagaan disumbangkan oleh pemilik sendiri
daripada hasil tabungan atau pinjaman daripada keluarga.

Ketiga,pemilik perniagaan ini mesti mendaftarkan


perniagaannya dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan. Pendaftaran
perniagaan boleh dibuat dengan menggunakan nama pemilik
seperti Kedai Runcit Ahmad Kamal ataupun nama perniagaan
seperti Pasar Mini Keluarga Bahagia.Keempat pula,pemilikan
tunggal merupakan sejenis perniagaan yang menjual satu jenis
produk atau perkhidmatan yang tidak memerlukan modal yang
besar.

Manakala ciri-ciri bentuk perniagaan perkongsian ialah jumlah


modal yang disumbangkan oleh rakan-rakan kongsi berasaskan
syarat-syarat atau persetujuan yang termaktub dalam perjanjian
bertulis yang dikenali sebagai Artikel Perkongsian (Articles of
Partnership).Kedua,jumlah keuntungan diagihkan kepada semua
rakan kongsi perniagaan berdasarkan syarat-syarat dan modal
yang telah dinyatakan dalam Artikel Perkongsian.
Ketiga pula,sekurang-kurangnya dua orang pemilik tetapi tidak
melebihi 20 orang bagi perniagaan biasa, 10 orang bagi bank,
bilangan rakan kongsi tidak terhad bagi bidang
professional.Keempat,didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar
Perniagaan (ROB). Boleh mendaftarkan perniagaan perkongsian
dengan menggunakan nama perniagaan atau nama rakan-rakan
kongsi.

Kelima,liabiliti perniagaan tidak terhad kecuali bagi pekongsi


berhad.Keenam, aktiviti operasian perniagaan diuruskan oleh
rakan kongsi yang aktif. Sebagai balasan, rakan kongsi berkenaan
dibayar gaji atau elaun mengikut syarat-syarat
perjanjian.Ketujuh,Perniagaan perkongsian tidak dikenakan cukai
perniagaan. Rakan-rakan kongsi perlu membayar cukai
pendapatan perseorangan.

Ciri-ciri bentuk perbadanan korporat terdapat tiga jenis


perniagaan secara perbadanan korporat iaitu syarikat sendirian
(swasta), syarikat awam, dan badan berkanun. Selain itu,
perbadanan korporat juga boleh dikelaskan kepada syarikat
berhad atau syarikat tidak berhad. Syarikat berhad, tidak kira
syarikat sendirian (swasta) atau syarikat awam, dibahagikan
kepada syarikat berhad dengan jaminan, syarikat berhad dengan
saham dan syarikat berhad dengan jaminan dan saham.

Syarikat Sendirian Berhad (Swasta) merupakan syarikat-


syarikat sendirian berhad boleh dikenali dengan mudah. Tiap-tiap
nama syarikat sendirian berhad diakhiri dengan perkataan
sendirian berhad atau Sdn. Bhd.Pemilik atau pemegang saham
syarikat sendirian berhad terdiri daripada 2 hingga 50 orang.
Semua pemilik perniagaan berliabiliti terhad.Pemilik atau
pemegang saham syarikat sendirian berhad yang menyumbang
modal perniagaan. Mereka dilarang sama sekali untuk mengutip
modal daripada orang awam.

Saham syarikat sendirian berhad boleh dijual beli tetapi tidak


dilakukan secara terbuka di pasaran.Pemegang saham yang
memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham biasa syarikat
sendirian berhad, berhak untuk mengawal syarikat sendirian
berkenaan.

Manakala syarikat Awam Berhad merupakan syarikat awam


berhad boleh dikenali melalui perkataan Berhad / Bhd. Di
hujung nama syarikat berkenaan. Terdapat dua jenis syarikat
awam berhad iaitu yang tersenarai di bursa saham seperti Bursa
Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan syarikat awam tidak
tersenarai.Modal syarikat awam berhad dikumpulkan melalui
penjualan saham dan bon kepada orang awam.Pemegang saham
syarikat awam berhad bebas menjual dan membeli saham di
pasaran saham (BSKL). Ini bermakna pemindahan saham syarikat
tidak perlu mendapat persetujuan pemegang-pemegang saham
lain dalam syarikat.

Bilangan minimum pemegang saham adalah 2 orang dan boleh


melebihi 50 orang. Jumlah pemegang saham itu bergantung
kepada jumlah saham yang dipegang oleh ahli-ahli syarikat dan
jenis saham yang diterbitkan.Pemilik perniagaan ini berliabiliti
terhad terhadap jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan.

Syarikat Awam Berhad Dengan Jaminan merupakan dimiliki


oleh ramai pemilik seperti persatuan-persatuan.Tidak bermotifkan
keuntungan, hanya bertujuan untuk menjaga kebajikan para
pelabur perniagaan.Dijamin oleh kerajaan atau agensi kerajaan.

Kebaikan dan keburukan membeli dan mengambilalih


perniagaan sedia ada iaitu kebaikannya pekerja mahir sedia
ada,perniagaan telah teguh dan mantap,pasaran sedia ada serta
mempunyai lokasi strategik.

Manakala keburukannya pula menanggung beban


kewangan,reputasi dan rekod buruk,kehilangan pekerja,pekerja
tidak sesuai,peralatan lama serta perniagaan terlebih nilai.

Вам также может понравиться