Вы находитесь на странице: 1из 2

BIDANG TUGAS PEGAWAI BAGI KEJOHANAN MERENTAS DESA

SMK SERI PERAK 2016

1. AJK Skuad Peronda/ Keselamatan


i. Memastikan semua pegawai berada di tempat yang ditetapkan
sebelum kejohanan bermula.
ii. Memastikan pelajar mengikut laluan merentas desa yang betul.
iii. Mengambil dan menghantar pelajar yang sakit atau pengsan
semasa kejohanan ke bilik rawatan/klinik.
iv. Memastikan keselamatan pelajar.
v. Bekerjasama dengan pihak Polis dan JPA.

2. AJK Pencatat Keputusan


i. Mencatat semua keputusan seperti nama peserta nombor 1
hingga 50 pada hari kejohanan setiap kategori.
ii. Menyediakan keputusan rasmi kepada urusetia
iii. Melihat bukti penanda bagi pemenang nombor 1 hingga 15
( perempuan 1 penanda / lelaki 2 penanda )

3. AJK Pertolongan Cemas


i. Menyediakan ahli-ahli PBSM yang mencukupi untuk bertugas
semasa hari kejohanan
ii. Menyediakan ubat-ubatan yang diperlukan
iii. Berhubung dengan pihak hospital atau klinik yang berdekatan
untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
iv. Menyediakan bilik rawatan atau tempat rawatan bagi pelajar
yang sakit.
4. AJK Makanan
i. Menyediakan makan dan minuman kepada semua pegawai dan
pelajar yang terlibat membantu jawatankuasa.

5. AJK Fotografi dan dokumentasi.


i. Mengambil gambar semasa kejohanan berlangsung.
ii. Membuat laporan serta mendokumenkan aktiviti kejohanan.
6. AJK Hadiah
i. Menyusun atur hadiah untuk peserta mengikut kategori.
ii. Mencari sumbangan hamper dan sebagainya.
iii. Menguruskan pembahagian hadiah kepada pemenang

7. AJK Hakim Penamat


i. Memberikan nombor 1 hingga 100 kepada setiap pemenang dan
pelajar yang menghabiskan larian mengikut kategori yang
dipertandingkan di penamat.
8. Ajk Sijil

i. Mencetak sijil kepada pemenang dari nombor 1 hingga 15 untuk


setiap kategori dan kepada pembantu kejohanan ( kadet / pbsm /pengawas )

9. AJK Setiap Stesen


i. Memastikan pelajar mengikut lorong yang betul.
ii. Pegawai di stesen 5 dan 10 akan memberikan penanda kepada
semua pelajar yang melalui laluan sebagai bukti laluan.
iii. Memastikan keadaan selamat untuk pelajar meneruskan larian.
Stesen Berisiko tinggi 6,8,11 dan 12.
iv. Perlulah hadir menepati masa kerana kejohanan tidak akan
dimulakan jika tiada ajk di setiap stesen.
v. Bekerjasama dengan anggota polis yang bertugas.

10 . Ajk keselamatan
i. Bekerjasama Memastikan keselamatan pelajar dan guru ketika
kejohanan berlangsung
ii. Menyediakan pelajar kadet polis di stesen.

11. Ajk Penyelia Penerima Hadiah


i. Menyelarakan pelajar yang menerima hadiah mengikut susunan .
ii. Bekerjasama dengan ajk hadiah.

12. Juruacara majlis


i. Mengelolakan majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

13. Penyelia Peserta


i. Memberi taklimat keselamatan dan menyusun atur peserta mengikut
kategori.

Вам также может понравиться