Вы находитесь на странице: 1из 2

Ruj.

Kami : (11DKM13F2044)
Tarikh : 09/01/2017

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN


Tuan/Puan

MEMOHON TEMPAT BAGI PROGRAM LATIHAN INDUSTRI PELAJAR 28 NOVEMBER 2016 - 14 APRIL
2017 ( TEMPOH LATIHAN : 28 NOVEMBER 2016 - 14 APRIL 2017 ).

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa pembawa surat ini;
Nama : MUHAMAD ZULHELMY BIN MHD DAUD
No. K/P : 950627106941
No. Pendaftaran : 11DKM13F2044
Program : Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
adalah seorang pelajar Politeknik Melaka.
3. Pelajar ini dikehendaki menjalani latihan industri dalam tempoh seperti di atas bagi memenuhi syarat
untuk dianugerahkan Diploma/Sijil Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Untuk makluman
pihak tuan, semua pelajar politeknik kami telah dilindungi insurans kemalangan diri secara berkelompok
sepanjang pengajian. Oleh yang demikian, besar harapan kami sekiranya pihak tuan dapat
mempertimbangkan permohonan pelajar ini agar dapat menjalani latihan industri di organisasi tuan. Walau
bagaimanapun sepanjang tempoh latihan, pelajar tertakluk kepada GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
POLITEKNIK-Edisi 2013 yang antaranya memperuntukkan bahawa;
Pemantauan akan dilakukan sekurang-kurangnya SATU (1) kali dalam tempoh pelajar menjalani LI.

4. Pihak tuan boleh meneliti resume pelajar yang disertakan dalam permohonan ini bagi tujuan rujukan.
Pihak tuan dimohon agar mengembalikan kepada kami BORANG JAWAPAN sama ada bersetuju atau tidak
bersetuju menerima pelajar ini dan BORANG CADANGAN BIDANG TUGAS yang dilampirkan. Pihak kami
akan menganggap pihak tuan tidak bersetuju menerima pelajar ini sekiranya pihak kami tidak menerima
sebarang jawapan dari pihak tuan. Sekiranya pihak tuan bersetuju, surat rasmi dari politeknik akan dihantar
ke organisasi sebelum pelajar melaporkan diri bagi tujuan pengesahan bahawa pelajar akan ditempatkan di
organisasi tuan.
5. Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi pihak Unit
Perhubungan dan Latihan Industri di talian 06-3376042 atau Faks ke 06-3376042 atau e-mail ke
upli@polimelaka.edu.my. Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih
Sekian
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri


b/p Pengarah
Politeknik Melaka
Melaka

Вам также может понравиться