Вы находитесь на странице: 1из 1

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELJARAN [3053] DYAN

4.0 PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Reka bentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan


kejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta kejayaan satu-satu
program atau kurikulum kursus. Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh para
pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan
keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus
membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran
dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

Melalui proses pemilihan bahan pula sesuatu model reka bentuk pengajaran
itu mampu membimbing dan membantu guru untuk membuat pilihan, menghasilkan
serta menggunakan media tersebut secara lebih tepat berlandaskan kriteria yang
dinyatakan seperti bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar, memenuhi objektif
pengajaran serta melalui proses penilian bahan agar penggunaannya nanti lebih
mantap, berkesan dan mendapat respons yang positif daripada pelajar.

Selain itu pentingnya reka bentuk pengajaran adalah ianya sesuatu yang
memberikan tumpuan kepada kefahaman terhadap proses pengajaran dan cara-
cara meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk pengajaran
dapat membantu proses pembelajaran untuk individu, kumpulan kecil atau kumpulan
besar. Guru yang masuk ke kelas tanpa menyedia dan merancang pengajaran akan
kehilangan pengajarannya dan dalam beberapa keadaan tidak dapat menilai apa
yang telah diajarnya.

Oleh itu, setiap guru sama ada guru baru mahupun lama haruslah merancang
terlebih dahulu bentuk pengajaran yang mereka kehendaki agar perjalanan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar dan
mudah di fahami oleh murid. Antara kepentingan lain reka bentuk pengajaran adalah
seperti untk meningkatkan pencapaian pelajar, memungkinkan objektif pengajaran
dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah tercapai, menjadikan
penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi kumpulan
yang pelbagai serta menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi
sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

Halaman |5

Вам также может понравиться