Вы находитесь на странице: 1из 3

ADAT DAN BUDAYA ETNIK DI MALAYSIA

JUMAAT, 17 SEPTEMBER 2010

MASYARAKAT INDIA-207294

pengenalan

Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia,dan juga salah satu
kaum yang telah menyumbang ke arahpembentukan sesebuah masyarakat majmuk
di negara kita.separti masyarakat lain,masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga
kini.Adat resam yang di amalkan olehmasyarakat India mempunyai banyak
persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu.Ini jelas terlihat dalam aspek
kelahiran dan perkahwinan.Seperti juga masyarakat lain,masyarakat India juga
terdiri daripada pelbagai suku kaum,justeru itu maklumat berikut
hanyamemaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Sejarah

Orang india Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada
mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah
Melayu.

Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu.Kedatangan
mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak
semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal
dan Belanda.
Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan
atau perdagangan.Pada tahun 2005,orang India merupakan lebih kurang 7%
daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat.

Perkahwinan masyarakat India

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara


pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.Terdapat tiga jenis
perkahwinan dalam masyarakat india iaituvaitikat thirumanam,tamil
thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan
adalah berlandaskan aspek suku kaum.Antara adat yang dilakukan untuk
menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang
dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya,memberi sireh,
mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah
dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua)dan wang.Biasanya pasangan pengantin
akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air
susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.Upacara ini menandakan pasangan ini
secara rasmi telah menjadi suami isteri

Kematian.

Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu


kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India
juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad,dimana jasad akan
hancur ,tetapi kembali ke alam barzakh.Dalam masyarakat India,mayat akan
dibakar atau di kebumikan.Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat di
tentukan.

Upacara menanggalkan thaali.

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya


sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga.Thaali iaitu rantai suci perkahwunan
hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia.

Upacara vaikkarasi

Setelah dimandi dan dihias cantik,mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada


masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.Saudara mara akan member
penghormatan yang terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan
tenang.Pada masa yang sama,ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut
beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.Ahli-
ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali
sebagai tanda penghormatan.

Kollic catti.
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.Periuk tersebut di
angkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung
dan diikat pada periuk.Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak
ataupun bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia
dan anak bongsu untuk ibu.seseorang yang membawa kollic catti mengiringi
mayat.Sebelum itu kollic catti.Sebelum itu pembawa kollic cattidikehendaki
mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia
seperti rambut yang baru tumbuh.

Perayaan bagi kaum india

Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi
kaum mereka tersendiri.Bagi kaum india mereka merayakan perayaan mereka
seperti deepavali,thaipusam,dan ponggal bagi setiap tahun.Bagi
perayaan Deepavali,penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang
melambangkan penyucian badan dan semangat.Selepas upacara penyucian yang
melambangkan permulaan yang baru,penganut hindu akan mengunjungi
kuil,dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Bagithaipusam pula,merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah
dilakukan di atas muka bumi.Tidak semua penganut hindumelakukan Nazar.Nazar
yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika
permohonan dikabulkan,maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda
kesyukuran.Bagi ponggalpula,perayaan ini diraikan secara beramai-ramai.Iaitu
dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada
tanah liat,bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman.Ia
membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama
terpisah.Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat hindu
mengukuhkan ikatan sesama mereka.

http://bmpengurusan2010.blogspot.my/2010/09/masyarakat-india.html

Вам также может понравиться