Вы находитесь на странице: 1из 8

CABARAN IBU TUNGGAL BEKERJAYA DALAM MELAKSANAKAN

TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-ANAK: SATU KAJIAN DI KOTA TINGGI,


JOHOR

1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini berkaitan dengan isu yang semakin dipandang serius oleh masyarakat hari
ini iaitu cabaran ibu tunggal bekerjaya dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap
anak-anak. Dalam pembangunan Negara yang semakin maju, wanita memainkan
peranan yang amat penting dalam perubahan sosioekonomi Negara. Namun dalam
mengejar kerjaya, wanita yang bergelar ibu tunggal turut memainkan peranan yang
cukup penting dalam menjalankan tanggungjawab meraka terhadap anak-anak.

Kajian ini penting untuk dijalankan dalam memperinci dan memperjelaskan


persepsi dalam kalangan mahasiswa mahupun masyarakat terhadap cabaran yang
dihadapi oleh ibu tunggal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap
keluarga. Kajian ini merangkumi aspek-aspek penting termasuk latar belakang kajian,
permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, definisi operasional, sorotan
kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian serta metodologi kajian.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Islam merupakan agama yang unggul dan menyeluruh dalam setiap aspek. Sebelum
kedatangan Islam, wanita dipandang hina dan tidak mendapat kedudukan yang
istimewa seperti lelaki. Namun, selepas kedatangan Islam, Islam telah mengangkat
tinggi darjat wanita. Selepas kebangkitan Islam, wanita dibenarkan menceburi
pelbagai bidang berpandukan batas-batas yang ditetapkan oleh syarak seperti
sentiasa memeliharan kehormatan, menjaga agama, sopan dan, menghindari
kemungkaran.

Namun dalam kehidupan pada masa kini, setiap yang berlaku tidak semuanya
seperti apa yang dirancang dan diimpikan, begitu juga apa yang berlaku dalam
kehidupan seseorang sebagai ibu tunggal. Ianya bukanlah semudah yang disangka,
bahkan pelbagai liku dan cabaran yang perlu ditempuhi, terutama mereka yang

1
mempunyai ramai anak. Hal sebegini tidak mungkin mampu seorang wanita ibu
tunggal untuk mengharungi tanpa adanya kekentalan dan kesabaran yang besar
dalam diri sendiri. Keadaan ini akan bertambah sulit sekiranya pekerjaan tetap tidak
mampu diperolehi (Yahya, 2001). Peranan sebagai ibu tunggal bukan terhad terhadap
pertumbuhan Nagara malahan mereka turut memainkan peranan yang lebih penting
terhap melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak atau keluarga ibu
tunggal.

Kisah ibu tunggal ini banyak didengari dan seringkali dipaparkan oleh media
cetak dan media massa tetapi sejauh manakah kesedaran masyarakat dalam
menghulurkan bantuan kepada golongan istimewa ini. Sebaliknya apa yang berlaku
sekarang, masyarakat sering memberikan pandangan yang sinis dengan pelbagai
tangapan negatif kepada golongan ibu tunggal.

Justeru, pengkaji rasa terpanggil untuk melakukan penyelidikan terhadap ibu


tunggal bahawa golongan ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran kepada
ketahanan fizikal dan mental tidak kiralah dari aspek pendidikan anak-anak mahupun
keutuhan sosioekonomi keluarga mereka sendiri.

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Selaras dengan kemajuan serta peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada masa
kini terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar, golongan wanita
sebagai ibu tunggal mula bangkit dan lebih berani untuk menceburi serta melibatkan
diri dengan pelbagai bidang pekerjaan. Bagi memikul tanggungjawab sebagai ketua
keluarga selepas ketiadaan atau kematian suami untuk memenuhi keperluan
keluarga. Ibu tunggal pada hari ini tidak lagi berfikiran sempit dengan tinggal di rumah
sebaliknya mereka turut bekerja bagi melaksanakan tanggungjawab mereka serta
dapat memberi keselesaan kepada anak-anak.

Bagi wanita yang belum berumah tangga, mereka tidak mempunyai banyak
konflik kerana golongan ini tidak mempunyai tanggungjawab khusus sebagai isteri
dan ibu namun bagi wanita yang sudah berumah tangga malah yang sudah pun
menjadi seorang ibu tunggal, mereka terpaksa membahagikan tanggungjawab

2
sebagai seorang pekerja serta sebagai isteri atau ketua keluarga. Ibu tunggal sering
dikaitkan dengan kes pengabaian keluarga terutamanya terhadap anak-anak.

Justeru itu, pengkaji berasa terpangil untuk melakukan penyelidakan terhadap


isu ini dan amat wajar bagi pengkaji untuk membuat kajian yang lebih terperinci
tentang cabaran ibu tunggal bekerjaya dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap
anak-anak bagi melihat sejauh mana golongan ini memainkan peranan dalam
menguruskan anak-anak.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif kajian yang telah dirangka seperti berikut :

1. Mengenalpasti tahap tekanan ibu tunggal bekerjaya.


2. Mengenalpasti cabaran dan peranan ibu tunggal bekerjaya pada masa yang
sama perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak.
3. Menganalisis hubungan demografi dengan cabaran dan peranan yang dipikul
ibu tunggal bekerjaya terhadap tanggungjawab anak-anak.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini telah menetapkan beberapa persoalan kajian berdasarkan kepada objektif
kajian yang dirangka. Persoalan-persoalan kajian ini ialah :

1. Sejauhmanakah tahap tekanan ibu tunggal bekerjaya?


2. Apakah cabaran dan peranan ibu tunggal bekerjaya pada masa yang sama
perlu dilaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak?
3. Sejauhmanakah hubungan demografi dengan cabaran yang dipikul ibu tunggal
bekerjaya terhadap tanggungjawab anak-anak?

6.0 DEFINISI OPERATIONAL

Kajian ini menjelaskan definisi ibu tunggal, kerjaya, dan tanggungjawab daripada
pelbagai aspek secara ringkas.

3
6.1 Definisi ibu tunggal

Menurut Dodson (1978) yang dipetik daripada buku Masaiah Remaja daripada
Keluarga Ibu Tunggal karangan Sufean Hussin dan Che Zainon Omar (2002: 31) telah
menyatakan bahawa keluarga ibu tunggal ialah sebuah keluarga yang wujud akibat
pembubaran ikatan perkahwinan antara suami dan isteri sama ada melalui cara
perceraian sah atau Maksudnya:

Maksud: "Orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan
kerabat dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka daripada
peninggalan ibu bapa dan kerabat sama ada sedikit atau banyak daripada harta yang
ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)".

(Surah al-Nisa', 4:7)

Menurut Kamus Dewan (2000: 475), ibu ditakrifkan sebagai seorang yang melahirkan
kita atau emak atau panggilan hormat kepada wanita yang sudah bersuami. Manakala
perkataan tunggal bermaksud satu-satu atau tidak ada yang lain (2000:1493). Oleh
itu, rangkai kata ibu tunggal walaupun tidak terdapat dalam Kamus Dewan secara
khusus, namun ia boleh difahami sebagai wanita yang berperanan menjaga,
memelihara anak-anak seorang diri tanpa seorang lelaki di sampingnya untuk
bersama membina rumah tangga. Manakala dalam bahasa Arab, perkataan ayyim
digunakan untuk orang yang ketiadaan suami atau isteri. Tetapi di sini, Rasulullah
s.a.w menggunakan khusus untuk janda (Akhlaq Husain, 1987: 92).

6.2 Definisi Kerjaya

Kerjaya merupakan perkerjaan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan


seharian mereka. Mereka bekerja untuk mendapatkan wang untuk digunakan bagi
memenuhi keperluan dan mendapatkan kesempurnaan hidup. Kerjaya mempunyai
pelbagai bentuk dari segi bidang tugas, tempat and masa serta identiti.

Menurut Zunker (2006) kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang
meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan
individu. Omar Awang (2008) menyatakan kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu
diwujudkan didalam kehidupan seseorang. Tolbert (1994) mendefinisikan kerjaya
sebagai satu rangkaian melibatkan diri seseorang individu. Sesetengan individu

4
mungkin akan kekal dengan satu pekerkjaan sahaja sepenjang bhidupnya sementara
individu lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.

Menurut Hall (1976) kerjaya adalah kerja yang berterusan atau kesinambungan
berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu.
Juhairy Haji Ali (2000) menyatakan bahawa kerjaya juga boleh didefinisikan sebagai
persepsi seseorang individu, atau sikap dan tingkahlaku individu yang berkaitan
dengan aktiviti kerja serta pengalaman dalam kehidupan individu.

6.3 Definisi Tanggungjawab

Tanggungjawab dalam bahasa Inggris diterjemahkan dari kata responsibility atau


liability, sedangkan dalam bahasa Belanda, yaitu vereentwoodelijk atau
aansparrkelijkeid(http://www.blogster.com/khaerulhtanjung/pelaku-usaha-dan-
tanggung).

Dalam Kamus Besar Indonesia, yang dimaksud dengan tanggungjawab adalah


keadaan wajib menanggung segala sesuatunya jika terjadi apa-apa boleh dituntut,
dipersalahkan dan diperkarakan. Tanggungjawab adalah wajib, menanggung, wajib
memikul beban, wajib memenuhi segalaakibat yang timbul dari perbuatan, rela
mengabdi, dan rela berkorban untuk kepentingan pihak lain (Abdulkadir Muhammad,
2000).

7.0 SOROTAN KAJIAN

Sorotan kajian ini merupakan kajian lepas atau kajian lampau yang dijadikan sebagai
garis panduan serta rujukan untuk membantu penulisan dalam menyampai dan
melengkapi serta memperkemaskan lagi kajian ilmiah ini.

Menurut satu kajian lepas, pengkaji telah mengkaji tentang cabaran ibu tunggal
bekerjaya dalam melaksanakan pengurusan anak-anak. Pengkaji telah menjelaskan
tentang persoalan mengenai ibu tunggal bekerjaya. Ibu Tunggal yang bekerja
mahupun yang tidak bekerja seringkali menghadapi pelbagai cabaran dan masalah.
Bukan sahaja dari segi emosi, malahan juga dari segi kedudukan ekonomi, psikologi
mahupun sosial (Jones, 2002).

5
Memegang status ibu tunggal bukan sekadar memaksa seseorang wanita
menyara keluarga, tetapi juga menjadi ketua rumah. Di samping keluar berkerja demi
mencari sesuap nasi, dalam masa yang sama terpaksa pula menguruskan anak-anak
tanpa bantuan sesiapa. Malah, ada yang menapak dari satu agensi kebajikan ke satu
agensi kebajikan untuk mendapatkan bantuan bagi meringankan beban yang
ditanggung. Lebih pahit lagi, bukan sahaja permintaan tidak dilayan, bahkan terpaksa
pula berdepan dengan pelbagai umpat keji dan tohmahan. Akibatnya, kebanyakan
wanita malu untuk mengakui status sebagai ibu tunggal walau telah bertahun dicerai
atau ditinggal suami tanpa sebarang khabar berita. Menyedari masalah yang
dihadapi, persatuan-persatuan ibu tunggal di seluruh negara telah menubuhkan Majlis
Pertubuhan Ibu-ibu Tunggal Malaysia (Saad, 2000).

Menurut Setiausaha Pertubuhan Ibu Tunggal C.A.R.E Negeri Johor iaitu Puan
Wan Janiah(2000), permasalahan yang pernah timbul ialah seorang balu yang
mempunyai empat orang anak yang berusia 6 tahun, 5 tahun, 4 tahun, dan 2 tahun
iaitu Puan Wan Rohani Bin Wan Hitam, 35 tahun telah ditemubual. Hasil daripada
temu bual tersebut beliau telah menyatakan bahawa setelah kematian suaminya
kehidupannya menjadi terlalu tekanan kerana telah hilang punca dan tempat
bergantung. Beliau hanyalah bekerja sebagai pencuci tandas yang hanya
berpendapatan RM800 sebulan dan menanggung anak-anak yang masih lagi kecil.
Bebanan yang ditanggung oleh beliau menjadi cukup berat setelah ketiadaan
suaminya terutamanya dari segi kewangan. Bukan sahaja bebanan kewangan tetapi
beliau juga terpaksa berhadapan dengan tohmahan dan cacian daripada sanak
saudaranya kerana beliau seringkali ingin meminjam wang untuk kegunaan
hariannya. Hari-hari yang beliau lalui penuh dengan tekanan dan beremosi.

Selain itu menurut penulisan lain, Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim dan
Azmi Shaari (2002) yang turut menyentuh soal cabaran yang dilalui oleh ibu tunggal
ialah mengenai faktor kemiskinan dan taraf kehidupan di kalangan ibu-ibu tunggal
serta faktor sokongan terhadap golongan tersebut. Ianya juga bertujuan untuk melihat
faktor ketahanan diri di kalangan ibu tunggal memandangkan mereka terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran dalam proses membesarkan anak-anak.

8.0 KEPENTINGAN KAJIAN

6
Antara kepentingan kajian mengenai peranan wanita berkerjaya dalam membentuk
peribadi anak-anak ;

1. Menyumbang kepada penyelidik-penyelidik lain untuk melakukan kajian yang


lebih mendalam berkaitan isu ibu tunggal disamping mengisi lompang kajian
ilmu yang amat meluas ini.
2. Memberi satu lagi koleksi ilmiah dalam bidang kekeluargan dengan harapan
dapat memberi pendedahan dan kefahaman kepada diri sendiri serta
masyarakat tentang isu ibu tunggal.
3. Memperjelaskan serba sedikit kepada masyarakat khususnya kaum wanita
yang bekerjaya tentang peranan dan tanggungjawab terhadap anak-anak.

9.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini membataskan kepada subjek dan sampel tertentu sahaja bagi memastikan
objektif kajian tercapai.

9.1 Batasan Subjek

Kajian ini berdasarkan isu-isu semasa yang timbul dalam kalangan masyarakat
terhadap isu tanggungjawab ibu tunggal bekerjaya. Sememangnya terdapat banyak
isu yang menyentuh soal wanita sebagai ibu tunggal. Namun begitu, kajian ini
membataskan kepada isu ibu tunggal bekerjaya dalam melaksanakan tanggungjawab
terhadap anak-anak sahaja.

9.2.1 Batasan Sampel

Pengkaji memilih ibu tungggal bekerjaya disekitar Kota Tinggi, Johor sebagai sampel
kajian. Hasil temubual daripad wanita ini diolah pengkaji dalam bentuk esei. Selain itu,
kajian ini juga berpandukan kajian-kajian yang lepas yang telah dilakukan oleh
pengkaji-pengkaji. Pencarian fakta untuk kajian ini berfokus kepada sumber sekunder
yang terdiri daripada buku, akhbar, majalah, kajian lepas, internet dan lain-lain.

10.0 METODOLOGI KAJIAN

7
Kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu reka
bentuk kajian, pengumpulan data dan penganalisaan data.

10.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merujuk kepada cara penyelidik mengendalikan kajian dan
prisedurvatau teknik yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Reka bentuk
kajian ditentukan oleh persoalan dan objektif kajian yang telah dirangka. Kajian ini
memilih reka bentuk kajian kualitatif.

10.2 Pengumpulan Data

Data kajian dikutip melalui teknik analisis dokumen. Kajian ini menggunakan kaedah
kajian perpustakaan sebagai kaedah utama. Bahan-bahan perpustakaan adalah
rujukan terpenting. Data kajian ini juga diperolehi melalui temubual ibu tunggal
bekerjaya. Hasil temubual ini menjadi pelengkap kepada sumber rujukan pertama.

10.3 Penganalisaan Data

Penganalisaan data penting untuk membuat kesimpulan berdasarkan persoalan dan


objektif kajian yang dibina. Kajian ini menganalisa hasil temubual bersama ibu tunggal
berkerjaya.

Вам также может понравиться