Вы находитесь на странице: 1из 13

,TUGASAN

Baca petikan berikut dengan teliti.

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya
berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara
kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya
bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama
serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah
berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia
akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian
lama.

Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan
perpaduan kaum di Malaysia.
Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:

Draf awal nak buat ..............


1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada
petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu
teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan )

Dasar pecah dan perintah British


Sistem pendidikan zaman British
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei
Isu agama dan budaya- trend terkini

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

mewujudkan masyarakat harmoni dan aman


memelihara kedaulatan Negara
mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
meningkatkan imej Negara di mata dunia
(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
Dasar pebdidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

kewujudan pelbagai aliran sekolah


parti politik berasaskan kaum
kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di


Malaysia ( cadangan )

Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum
(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan
Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )


Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
Tidak terpengaruh dengan anasir luar
Menghargai jasa tokoh

(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/

Rujukan

http://cikgurazak.blogspot.com/2014_06_01_archive.html

http://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/800x600-normal-0-false-false-false-
en.html

http://cikgurazak.blogspot.com/2010/03/kerja-kursus-sej-dan-geo-pmr.html

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130814/re_01/100-hari-
Cabaran-kekalkan-perpaduan

http://unclemilydungun.blogspot.com/2013/07/tiga-cabaran-untuk-mencapai-
perpaduan.html

http://keligit97lense.blogspot.com/2014/04/usaha-usaha-mewujudkan-
perpaduan-kaum.html

http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-10-kepentingan-
perpaduan-kaum.html

a. Buku
Lofti Ismail,1988.Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967.From Malayan Union to
SingaporeSeparation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-
1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press.

b. Jurnal
Ahmad Masjidin. Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara
dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah . Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. Dato Onn and Malay Nationalism 1946-
1951,dalam JSEAH.Vol 1.Mac 1960.

c. Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.

d. Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

e. Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7,
Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur.

Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman


Sri Gombak,68100 Selangor.

f. Melawat Tempat Kajian


Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato Onn, Pusat
Dagangan DuniaPutra,45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.

g. VCD
Tajuk program, terbitan.

h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
i. Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

j.Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.

k. Sumber lain :
Jenis sumber, alamat/punca sumber.
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm

Tugasan Murid
Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam
sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah
calon.

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut :

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji

2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut

2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat
kawasan kajian.

2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan.


Okay, demam PT3 Geografi kini melanda seluruh Malaysia. Almaklumlah,
tempoh masa untuk menyiapkan tugasan kajian kes adalah dari 1 hingga 18
Julai ! Sangat2 singkat ! Dan cikgu2 pula perlu siapkan pemberian markah
sebelum 14 Ogos 2014 ! Fuh ! Tak meriah la raya CN tahun ni duk sibuk
menanda keje budak.. Its oklah, di sini CN ingin berkongsi dengan
anda CONTOH BORANG SOAL SELIDIK untuk Kajian Kes Pencemaran
Udara.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG

BORANG SOAL SELIDIK

NAMA :

UMUR :

PEKERJAAN :

ALAMAT :
ARAHAN : Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang sesuai.

1. Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya pencemaran udara di kawasan


tempat tinggal anda?

Pembakaran terbuka

Pelepasan asap kilang

Asap kenderaan bermotor

Pembinaan bangunan

Penggunaan baja kimia

Pembuangan sisa toksik

Perniagaan

Penternakan

2. Apakah kesan pencemaran udara di kawasan tempat tinggal anda?

Udara tercemar

Suhu meningkat

Bau busuk

Jerebu

Hujan asid
Hidupan akuatik terancam

Gangguan kesihatan

Air tercemar

3. Apakah langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran udara di tempat tinggal


anda?

Kempen kesedaran

Penguatkuasaan undang-undang

Kitar semula

Pendidikan alam sekitar

Rawatan air kumbahan

Menggunakan petrol tanpa plumbum

Insinerator/tapak pelupusan sampah

Penggunaan catalytic converter

p/s : Sepatutnya ada kotak untuk setiap jawapan. Tapi ni kes copy dari word masuk ke
blog. So pelajar2 bolehlah masukkan sendiri kotak di sebelah setiap pilihan jawapan
yer.

Read more: http://www.cekgunorazimah.com/2014/06/pt3-geografi-2014-


borang-soal-selidik.html#ixzz35wcyGfmz
1. Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji

Konsep Pencemaran Alam Sekitar Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan
(mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling
dengan sampah sarap . Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang
perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat
fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-
kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin
berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma
lain,tumbuhan dan haiwan.

2. Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan


mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam
sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu
pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan
tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal
terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan
laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang
menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah
pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang
tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri
mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan
sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan
persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila
mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika
direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah
semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap.
Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran
yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya
kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut
terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan
kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang
melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan
terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang
yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari
pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabila
pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu
kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang
akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada
kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari
pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air,
udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan
jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran
udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang
berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya
pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah
dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke
dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap
kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang
seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan
kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini
kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas
yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat
pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan
semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa
menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin
dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya
dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan
pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya
penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang
berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan
lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas
menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu
punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran
secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok tua
di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari
satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada
pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan
kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini
jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi
semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang
dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali
gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga
menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini.
Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan
yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran
yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya
melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat
penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi,
hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku
sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh
disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah
yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin
membimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil
langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah
pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia
penting demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari
masalah pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan
serta kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan
sihat serta bebas dari pencemaran alam sekitar.

3. Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat
kawasan kajian

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas
seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan
melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk,
penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen
oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas
ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan
bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan
mata dan juga menjejaskan mata manusia.Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran
udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan
kemalangan kenderaan.

Rujukan

http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/keburukan-dan-kesan-tidak-menjaga-alam.html

http://anggiseptyan.wordpress.com/about/punca-berlakunya-pencemaran-alam-sekitar/
http://brainly.my/tugasan/8102

Вам также может понравиться