Вы находитесь на странице: 1из 34

1.

0 Pengenalan

1.1 Konsep sastera

Kursus Kesusasteraan Melayu merupakan kursus yang membolehkan guru


pelatih mengetahui pelaksanaan dan kaedah pengajaran unsur sastera dalam
pengisian kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah. Sastera berasal daripada
bahasa Sanskrit iaitu Castra. Menurut Profesor Dr. Hashim Awang, Susastera
bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu su bermaksud indah, baik dan
lebih berfaedah, sastera bermaksud huruf atau buku manakala kesusasteraan pula
bermaksud kumpulan buku buku yang indah bahasanya dan baik isinya.Beliau turut
menyatakan sastera merupakan ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.

Genre sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan
dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Manakala Kamus Dewan
Edisi Keempat pula menyatakan sastera ialah hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk
prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.

Menurut J.S Badudu menyatakan sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu
bahasa dan isi. Manakala Hashim Awang menyatakan sastera adalah ciptaan seni
yang disampaikan melalui bahasa. Menurut Sabaruddin Ahmad, 1963 menyatakan
kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam
pernyataan bahasa. Pada hakikatnya kesusteraan atau seni sasteraitu ialah
bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada
masyarakat.

Shahnon Ahmad (1991) menyatakan sastera adalah seismograf kehidupan,


berdasarkan fungsinya yang mencatat dan menganalisis perihal manusia dan
masyarakat (Sohaimi Abdul Aziz mengungkapkan Shahnon Ahmad, 1991). Beliau
berpendapat sangat diperlukan untuk melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Hal
ini kerana melalui sastera masyarakat juga dapat mempelajari sejarah kehidupannya
untuk memperbaiki kehidupannya kini dan masa depan. Hal ini bertepatan dengan
prinsip Aristotle yang meletakkan sastera lebih utama berbanding sejarah kerana
sastera dapat meramal masa hadapan masyarakat.

1
Melalui sastera boleh ditemui unsur-unsur moral, keindahan, hati nurani, keadilan,
ketakwaan, kebijaksanaan, dan tazkiyah yang disampaikan secara sederhana, tetapi
amat berkesan di jiwa

(Sohaimi Abdul Aziz, __ mengungkapkan A. Samad Said, 1998)

Berdasarkan pernyataan di atas, A. Samad Said kepentingan unsur sastera


kerana melaui sastera kita dapat mempelajari nilai-nilai moral, nilai keindahan, nilai
keadilan dan nilai-nilai kehidupan yang lain yang disampaikan secara tidak langsung
melalui teks sastera dan unsur-unsur ini akan memberikan kesan kepada pembaca
dan pendengarnya. Usman Awang (1995) pula berpendapat bahawa sastera
meliputi aspek kehidupan manusia secara meluas.

Kesimpulannya sastera adalah satu seni yang menggunakan bahasa untuk


menceritakan keperihalan hidup manusia dan persekitarannya untuk memberi
kesedaran dan menyampaikan mesej tertentu kepada pendengar atau pembaca
melalui laras bahasa sastera yang indah.

1.2 Pembacaaan Karya sastera dan pengajaran kesusasteraan

Keseluruhan karya sastera dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu karya
sastera klasik dan karya sastera moden. Dalam bidang kesusasteraan Melayu,
karya sastera klasik adalah karya lisan yang terdiri daripada hikayat, pantun, syair
dan sebagainya. Karya sastera moden pula ialah novel, cerpen, drama dan sajak.

Pengajaran kesusasteraan memerlukan guru menggunakan pendekatan, kaedah


dan teknik pengajaran yang berkesan jika mereka ingin melaksanakan pengajaran
penghayatan karya sastera. Namun sebelum mengajar, guru mestilah berupaya
menghayati karya sastera yang hendak disampaikan kepada murid.

Keupayaan seorang guru memehami karya sastera yang ingin diajar akan
menjadikannya kreatif dalam pengajaran. Guru boleh berusaha menarik perhatian
muridnya melalui kaedah yang sesuai untuk memperlihatkan unsur-unsur sastera
supaya dapat dihayati oleh murid-murid. Oleh itu apa yang dipentingkan untuk
pengajaran sastera adalah penghayatan karya sastera tersebut.

2
Paul Goodman (1968) menyatakan penghayatan karya sastera bermula daripada
pengalaman pembaca. Bagi Paul, seseorang pembaca mestilah pernah mengetahui
atau mengenali watak atau perwatakan yang ada dalam karya. Namun Stanley Fish
(1981) pula menyatakan karya sastera tidak bersifat objektif. Beliau
mengungkapkan:

reading is not a matter of discovering what the text means, but a process of
experiencing what it does to you

(Stanley Fish, 1981)

Berdasarkan pernyataan ini, Stanley (1981) menyatakan membaca karya


sastera bukanlah satu perkara mencari apa yang dimaksudkan oleh teks tetapi
merupakan satu proses mengalami kesannya terhadap kita. Oleh itu pembacaan
karya sastera seperti yang dianjurkan oleh Stanley ini amat sesuai dengan kaedah
Mengalami Menghayati (1981) yang dikemukakan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya.

3
2.0 Unsur Sastera dalam Dokumen Standard KSSR.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang secara rasminya dilaksanakan pada


tahun 2011 ada menekankan elemen didik hibur dan aspek seni berbahasa dalam
dokumen standard KSSR bahasa melayu tahun 1, tahun 2, tahun 3 dan tahun 4.
Aspek seni berbahasa terutamanya banyak mengandungi unsur sastera .

KSSR berhasrat melahirkan individu yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif melalui 6 tunjang. Konsep tunjang yang diperkenalkan ini adalah satu bentuk
pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Untuk bidang sastera , Di dalam
KSSR unsur sastera telah dimasukkan ke dalam tunjang seni bahasa.

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan
bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan
menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja dapat
menghiburkan malah dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan
serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa,
guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk kepada Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran kemahiran seni bahasa yang disediakan.

Aspek seni bahasa mengandungi 4 standard kandungan. Keempat-empat standard


kandungan ini berubah mengikut tahun pembelajaran. Saya akan membincangkan
standard kandungan dan standard pembelajaran bagi setiap tahun. Saya akan
mulakan dengan membincangkan standard kandungan (SK) pertama dalam aspek
seni bahasa iaitu SK 4.1 :

SK 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian
secara didik hibur.

4
Berdasarkan standard kandungan ini, aspek seni yang ingin diajarkan adalah seni
nyanyian. Standard kandungan ini telah diterjemahkan kepada 2 standard
pembelajaran bagi setiap tahun. Standard pembelajaran (SP) ini bersifat ansur maju.
Sekiranya kita lihat di dalam dokumen standard , standard pembelajaran 4.1.1
sehingga standard kemahiran 4.1.2 bagi tahun 1 , tahun 2 dan tahun 3 semakin
berkembang dari kemahiran yang mudah ke kemahiran susah. Berikut adalah SP
bagi seni berbahasa menyanyi:

Berdasarkan jadual di atas, kita dapat lihat bahawa SP 4.1.1 bagi tahun 1 adalah
menyebut lirik lagu tetapi aras kemahiran ini semakin meningkat pada tahun 2 iaitu
murid-murid diharapkan dapat menyebut lirik lagu dengan jelas dan seterusnya di
tahun 3 murid dikehendaki menyebut dan memahami mesej daripada lirik lagu yang
dinyanyikan. SP 4.1.2 juga begitu, bermula pada tahun 1 iaitu menyebut dan
memahami dengan jelas , pada tahun 2 murid perlu memahami dan menyatakan
maksud perkataan dalam lirik lagu dan manakala bagi tahun 3 murid perlu
memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mempunyai mesej dan nilai. Semua
kemahiran ini merupakan kemahiran yang disampaikan melalui seni nyanyian.

Standard kandungan yang seterusnya adalah SK 4.2 yang menekankan aspek seni
bercerita. Seperti yang kita telah sedia maklum, terdapat beberapa teknik bercerita
yang telah diperkenalkan iaitu teater bercerita, teater pembaca dan membaca
bersama. Berikut adalah SK 4.2 bagi aspek seni bercerita :

SK 4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara
kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

5
Berdasarkan Standard Kandungan ini, SP telah dibahagikan kepada dua bagi setiap
tahun pembelajaran. Standard Pembelajaran untuk kemahiran bercerita ini adalah
seperti berikut.

Berdasarkan SP 4.2.1 bagi tahun 1 murid dikehendaki mengujarkan ayat dengan


sebutan yang betul dan jelas melalui penceritaan. Manakala bagi tahun 2 pula murid
dikehendaki bercerita dengan ayat yang menggunakan sebutan yang betul,
intonansi yang jelas dan diksi. Bagi tahun 3 pula murid dikehendaki bercerita dengan
sebutan yang betul, intonansi yang jelas serta menyusun idea yang tepat. Pada
peringkat ini, murid tahun 3 boleh diberikan aktiviti menyusun semula jalan cerita
yang dibaca , didengar atau ditonton.

Berdasarkan SP 4.2.2 murid perlu melakukan unsur pergerakan bahasa tubuh ,


mimic muka dan gaya semasa aktiviti bercerita. Bagi tahun 1, murid perlu bercerita
dengan ayat yang mempunyai sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara
serta menggunakan bahasa badan yang kreatif. Manakala bagi tahun 2, murid perlu
bercerita dengan membuat mimik muka yang bersesuaian. Pada tahun 3, murid
dikehendaki bercerita dengan menggunakan bahasa yang indah dan gaya yang
sesuai untuk menyampaikan mesej atau nilai.

Standard Kandungan yang seterusnya adalah SK 4.3 adalah khas bagi aktiviti
lakonan. Aktiviti lakonan yang dinyatakan dalam SK 4.3 ini adalah aktiviti lakonan
yang menggunakan bahasa badan dengan kretif

6
Manakala SK 4.4 pula adalah untuk aktiviti berpuisi yang melibatkan sajak, pantun,
gurindam dan sebagainya. Aktiviti puisi ini terdapat teksnya di dalam buku teks
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berikut adalah SK dan SP bagi 4.3.

7
3.0 Analisis Struktural Novel Perlumbaan Kedua karya Marwilis Haji Yusuf

Pendekatan analisis struktural dimanifestasikan melalui kaedah analisis Struktur.


Pendekatan ini memerlukan kita melihat aspek-aspek struktur sesuatu karya.Berikut
adalah analisis struktural bagi novel Perlumbaan Kedua karya Marwilis Haji Yusuf.

Sinopsis

Cerita mengisahkan perlumbaan kedua antara Sang Arnab dengan Sang


kura-kura. Perlumbaan kedua ini tercetus apabila sang kancil
yang mempersendakan kekalahan nenek moyang Sang Arnab dalam perlumbaan ini
dengan kura-kura. Sang Arnab berasa tercabar dan mengambil keputusan untuk
mengadakan perlumbaan kali kedua dengan kura-kura. Sang kancil telah diarahkan
oleh Sang Arnab untuk mengatur perlumbaan kedua itu dan memberi amaran
sekiranya gagal memujuk kura-kura Sang Kancil akan menjadi galang gantinya.
Sang kancil telah menyatakan hasrat dan cabaran sang Arnab tersebut kepada Tuk
kura. Sang Kancil juga berusaha memujuk Tuk kura supaya menyertai perlumbaan
tersebut. Akhirnya Tuk kura bersetuju untuk menyertai perlumbaan tersebut dan
menyahut cabaran Tuk kura.

Oleh itu, satu perjumpaan telah diadakan berdekatan dengan Bukit Batu
dengan diketuai oleh Sang Gajah. Dalam perjumpaan tersebut, semua warga hutan
telah memilih Sang gaja sebagai hakim. Beberapa syarat pertandingan turut
dipersetujui iaitu perlumbaan akan diadakan di lereng bukit , perlumbaan itu adalah
perlumbaan terakhir, Sang Gajah dilantik sebagai hakim dan kedua-dua pihak diberi
tempoh masa selama 2 bulan untuk membuat persediaan bagi perlumbaan tersebut,
cara berlumba bebas sama ada berlari, menghambur, melompat dan sebagainya.

Selepas perjumpaan tersebut, Sang Kura-kura menyuruh anak cucunya suku


paya memberitahu suku sakat kura-kura yang lain iaitu suku kuala, suku lembah,

8
suku tanah dan suku tasik. Sementara itu pada masa yang sama Bapa Sang Arnab
tidak senang hati memikirkan mengenai tempat perlumbaan yang dipilih oleh Tuk
Kura. Bapa Sang Arnab telah meminta kebenaran Sang Gajah untuk menebas
semua rumput-rumput di leren bukit dan tuk kura turut tidak membantah kerana
pada Tuk kura itu juga menguntungkanya .Sang Ular Tedung pula disuruh untuk
mengintip Tuk Kura. Tikus tanah juga telah diminta supaya mengigit semua akar
tunjang pokok renek dan rumpun lalang. Sang Ular tedung dan sang tikus tanah
diberi upah untuk setiap permintaan tersebut.

Tuk kura telah berjumpa suku sakatnya dan cuba mendapatkan sokongan
daripada majority suku sakatnya walaupun mendapat tentangan daripada suku
kuala. Sebanyak 10 ekor telah dipilih untuk berlatih di bawah bimbingan tuk kura-
kura.Semasa latihan berjalan, Sang Tedung telah menjalankan misinya menghasut
kura-kura yang dilatih Tuk kura seperti yang diminta bapa Samng Arnab dan
menyebabkan kura-kura meninggalkan Tuk Kura. Selain itu, Tuk kura juga telah
telah dipukul dan diserang oleh suku sakatnya kesan daripada hasutan Sang
Tedung dan aduan daripada kura-kura yang menjalani latihan tersebut. Tuk kura
telah merajuk dan membawa diri jauh.

Keadaan di Hutan tersebut menjadi gempar apabila berita tentang kehilangan


Tuk kura tersebar. Pada pagi hari perlumbaan, Sang Arnab menuntut hukuman
kepada kura-kura namun Tuk Kura muncul juga. Perlumbaan tetap diteruskan.
Semua haiwan terkejut dengan kebijaksanaan Tuk kura menggunakan kelebihan
yang ada pada dirinya dengan melambung dirinya dan melantunkan dirinya
menggunakan cengkerang dari satu batu ke satu batu yang terdapat di lereng-lereng
bukit tersebut,untuk berlumba dengan Arnab. Akhirnya Tuk kura memenangi
perlumbaan tersebut dan arnab terpaksa mengaku kalah..

Tema

Cerita ini bertemakan kebijaksanaan akal fikiran mampu mengatasi kekuatan fizikal
dalam sesuatu perlumbaan. Hal ini jelas diperlihatkan melalui kebijaksanaan yang
ditunjukkan oleh watak Tuk kura dalam beberapa perkara iaitu:

i. Kebijaksanaan membuat keputusan.

9
Tuk Kura memilih lereng bukit sebagai kawasan perlumbaan dan bijak
melambungkan diri dari puncak bukit untuk memenangi Perlumbaan
Kedua.

ii. Kebijaksaan mengatur strategi untuk menghadapi perlumbaan


kedua.
Tuk Kura mengumpul suku-sakatnya lalu memilih sepuluh ekor kura-kura
muda. Kemudian, kesemua kura-kura tersebut dibawa ke tebing sungai
untuk diberi pelbagai jenis latihan sebelum menghadapi hari perlumbaan.

iii. Kebijaksanaan memerangi perlumbaan kedua.


Sebelum hari perlumbaan, Tuk Kura menghilangkan diri sehingga pihak
lawan (arnab) berasa begitu yakin sehingga gagal membuat persediaan.
Kelebihan Tuk Kura itu telah memudahkan Tuk Kura memenangi
perlumbaan kedua. Selain itu, tindakan mengejut Tuk Kura menggunakan
cara melambung diri dari puncak bukit turut merupakan kebijaksaannya.

Persoalan

Novel ini telah mengutarakan tiga persoalan iaitu:

1) Perjuangan untuk menebus maruah


Arnab Putih berasa tercabar dan malu apabila mendapati keturunannya
pernah tewas kepada kura-kura suatu ketika dahulu. Maka Arnab Putih
mengambil keputusan untuk menebus semula maruah dengan mengambil
bahagian dalam perlumbaan kedua.

2) Amalan tolong-menolong dan bekerjasama.


Sang Gajah menolong Tuk Kura dan cucu-cucunya untuk mendaki bukit dan
kerjasama erat antara kura-kura muada sewaktu membuat latihan.

3) Kegigihan yang berterusan pasti akan membawa kejayaan.


Tuk Kura gigih memberi latihan yang berterusan kepada kura-kura muda di
tebing sungai dalam usaha memenangi perlumbaan kedua.

4) Kebijaksanaan mengatasi segalanya.

10
Kebijaksanaan Tuk kura menggunakan kelebihan pada cengkerangnya
dengan melantunkan dirinya dari satu batu ke satu batu sehingga berjaya
menggalahkan Sang Arnab dalam perlumbaan tersebut.

Nilai

Nilai yang terdapat dalam novel ini adalah:

1) Kegigihan
Tuk Kura gigih berusaha untuk memenangi perlumbaan kedua dengan
mengumpul suku-sakatnya lalu memilih sepuluh ekor kura-kura muda untuk
dilatih di tebing sungai. Tuk Kura memberi pelbagai jenis latihan kepada 10
ekor kura-kura muda.
2) Kebijaksanaan

Kebijaksanaan Tuk Kura terbukti apabila Tuk Kura memilih lereng bukit
sebagai kawasan perlumbaan. Selain itu, tindakan Tuk Kura melambungkan
diri dari puncak bukit untuk memenangi perlumbaan turut menggambarkan
kebijaksanaannya.

3) Tolong-menolong

Sang Gajah telah menolong Tuk Kura dan cucu-cucunya dengan membawa
mereka mendaki bukit hingga ke puncak. Malah, Sang Murai dan Sang Tupai
pula menolong Sang Kancil untuk menyebarkan berita perjumpaan binatang
ke seluruh hutan.

Pengajaran

Berdasarkan analisis struktural yang telah saya lakukan , pengajaran yang terdapat
di dalam novel ini adalah seperti berikut:

1) Kita hendaklah bijak menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan


masalah dalam kehidupan seharian.

Tuk Kura bijak melantunkan diri dari puncak bukit untuk memenangi
perlumbaan kedua.

11
2) Kita hendaklah hidup tolong-menolong dan bekerjasama antara satu
sama lain supaya sesuatu kerja yang susah dan berat menjadi senang
atau mudah.

Sang Gajah menolong Tuk Kura dan cucu-cucunya dengan membawa


mereka mendaki puncak bukit. Manakala, Sang Murai dan Sang Tupai
pula menolong Sang Kancil untuk menyebarkan berita perjumpaan
binatang ke seluruh hutan.

3) Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam


kehidupan.

Tuk Kura gigih mengumpul suku-sakatnya dan gigih memilih sepuluh


ekor kura-kura untuk diberi latihan. Tuk Kura gigh mengatur pelbagai
jenis latihan kepada sepuluh ekor kura-kura muda di tebing sungai.

Latar Tempat
Latar tempat yang terdapat dalam novel ini adalah :

1) Tanah lapang.

Peristiwa : Arnab Putih sedang berlari-lari menguji ketangkasannya di tempat


ini. Di sinilah Sang Kancil mengingatkan semula Arnab Putih kisah kekalahan
nenek moyangnya di tangan kura-kura 198 tahun lalu. Di kawasan ini jugalah,
Sang Kancil mencabar Arnab Putih untuk berlumba dengan Tuk Kura.

2) Bukit Batu.

Peristiwa : Di lereng bukit inilah berlangsung perlumbaan kedua dan di sini


juga Tuk Kura melambungkan dirinya untuk memenangi perlumbaan kedua.

3) Tebing sungai.

Peristiwa : Di kawasan inilah, Tuk Kura melatih suku-sakatnya untuk


menghadapi perlumbaan kedua. Di kawasan ini juga Sang Tedung

12
menghasut sepuluh ekor kura-kura muda untuk menarik diri daripada latihan.
Di sini juga Tuk Kura didera oleh suku-sakatnya.

G. Latar Masa

Latar masa yang terdapat dalam novel ini adalah :

1) 198 tahun yang lalu .

Sang Kancil mengingatkan semula kekalahan keturunan arnab di tanga kura-


kura kira-kira 198 tahun lalu.

2) Tempoh masa dua bulan

Sang Gajah yang bertindak sebagai hakim memberi tempoh masa dua bulan
untuk Arnab Putih dan Tuk Kura membuat persedia. Tuk Kura memilih suku-
sakatnya untuk diberi latihan di tebing sungai.

3) Pada hari perlumbaan

Semua binatang berkumpul. Tuk Kura muncul semula. Perlumbaan kedua


diadakan dan dimenangi oleh Tuk Kura. Semua suku-sakat Tuk Kura meminta
maaf daripada Tuk Kura.

Watak dan perwatakan

Watak Utama.

1) Tuk Kura
(i) berusia 199 tahun dan merupakan ketua kumpulan kura-kura dan
bersaiz badan besar
( ii ) seekor haiwan yang tabah
- Tuk Kura tabah menghadapi kemarahan suku sakatnya yang
menyalahkannya terburu-buru membuat keputusan untuk berlumba.

( iii) seekor haiwan yang berani

13
- Tuk Kura berani menyahut cabaran daripada Sang Arnab dan menjadi
wakil suku sakatnya setelah tiada siapa yang mahu mewakili suku kura-
kura.

( iii) seekor haiwan yang bijak dan berpengalaman.

- Tuk kura bijak membuat keputusan memilih kawasan tempat perlumbaan


iaitu lereng bukit .

( iv ) seekor haiwan yang berhati-hati dalam membuat keputusan

- Tuk kura berwaspada apabila Sang Kancil memberitahunya bahawa Sang


Arnab mencabarnya untuk berlumba takut-takut sekiranya itu hanyalah
muslihat Sang Kancil.

2) Sang Arnab / Bapa Arnab


(i) Seekor haiwan yang angkuh
- Sang arnab begitu angkuh dengan ketangkasannya di hadapan
haiwan lain.
( ii ) seekor haiwan yang licik
- Bapa arnab telah mengupah Sang Tedung untuk mengintip gerak geri
Tuk Kura.

Watak Sampingan

3) Sang gajah
( i ) seekor haiwan yang penyayang dan mempunyai belas kasihan.
- sang gajah berasa kasihan melihat Tuk Kura dan menghulurkan pertolongan
untuk membawa Tuk Kura menaiki bukit.
( ii ) seekor haiwan yang adil
- Sang Gajah merupakan seekor haiwan yang adil sehingga dilantik sebagai
hakim dalam perlumbaan antara Sang Arnab dan Tuk Kura.

4) Sang Kancil
( i ) seekor haiwan yang penakut
- Sang Kancil takut dengan ancaman Sang Arnab yang akan menggantikan
dirinya untuk berlumba sekiranya Tuk Kura enggan berlumba.

5) Sang Murai
( i ) seorang haiwan yang becok

14
- Sang Murai seekor haiwan yang tidak boleh menyimpan rahsia dan Sang
Murai menceritakan apa yang tidak sepatutnya diceritakan. Sang Murai
menceritakan mengenai Sang Kancil punca Perlumbaan Kedua sedangkan
Sang Kancil menyuruhnya merahsiakan.

6) Sang Tedung
( i ) seekor haiwan yang malas.
- Sang Tedung malas mencari makanan dan berusaha menghasut Sang
Arnab supaya menyuruhnya mengintip Tuk Kura lagi supaya dia mendapat
habuan lagi dan tidak perlu bersusah payah mencari makanan.

7) Sang Belang
- Perwatakan Sang Belang tidak berapa jelas di dalam cerita ini tetapi dapat
digambarkan Sang Belang juga adalah seekor haiwan yang sukakan
keadilan.

4.0 Cara Teknik Teater Bercerita diaplikasikan dalam pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu

15
Saya telah memilih cerita Sang Semut dan Sang Belalang. Cerita ini
mengandungi banyak nilai dan pengajaran untuk disesuaikan dengan kefahaman
dan keupayaan serta kebolehan murid-murid sekolah rendah. Saya telah memilih
untuk menggunakan teknik pengajaran teater bercerita untuk mengajarkan
kemahiran lisan tahun 4 bagi standard kandungan dan standard pembelajaran
berikut:

SK 4.2: Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara
kreatif semasa bercerita secara didik hibur

SP 4.2.2: Mengujarkan idea yang tepat menggunakan bahasa yang indah dan ayat
yang gramatis serta bahasa badan yang sesuai semasa bercerita secara didik hibur.

saya telah membina sebuah rancangan pengajaran yang mengaplikasikan


teknik teater bercerita. Rancangan pengajaran ini adalah rancangan pengajaran bagi
tahun 4. Berikut adalah cara pelaksanaan teater bercerita dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa melayu.

Peringkat : Sebelum Perlaksanaan

Sebelum melaksanakan teater bercerita, saya akan memastikan beberapa aspek


disediakan dengan rapi. Hal ini kerana teater bercerita merupakan satu aktiviti yang
memerlukan persediaan yang rapi terutamanya persediaan dari segi bahan bantu
mengajar (BBM). Untuk aktiviti teater bercerita ini saya biasanya akan melakukan
perkara-perkara seperti berikut:

Menyediakan skrip teater bercerita

Menyediakan penanda watak dan pencerita.

Menyediakan latar tempat untuk menghidupkan suasana seperti background dan


sound effect.

Memilih dan memberi penerangan mengenai teater bercerita yang akan dijalankan
kepada beberapa orang yang mahir dari segi kemahiran berbahasa untuk
melakukan aktiviti teater bercerita.

16
Memberi masa kepada murid-murid yang dipilih membuat persediaan. Murid berlatih
dan mengenakan BBM yang telah disediakan.

Menyediakan latihan untuk aktiviti susulan

Peringkat : Semasa Perlaksanaan

Semasa melaksanakan aktiviti ini, saya akan memastikan semua murid bersedia
untuk mendengar teater bercerita yang akan dipersembahkan oleh rakan-rakan
mereka dan memberitahu mengenai aktiviti susulan yang bakal mereka lakukan.
Semasa perlaksanaan, aktiviti yang berlaku adalah seperti berikut:

Guru memberi arahan supaya murid memberi perhatian kepada persembahan yang
bakal dipersembahkan.

Pencerita membacakan jalan cerita dan disesuaikan dengan aksi dan lakonan yang
bakal dilakonkan oleh watak.

Watak (pelakon) melakonkan aksi mengikut jalan cerita yang dibacakan penceritaan.

Semua murid yang menjadi penonton menumpukan perhatian.

Peringkat : Selepas Perlaksanaan.

Selepas teater bercerita dilaksanakan, saya akan menyoal murid-murid


menggunakan kemahiran penyoalan bagi menguji sama ada murid menumpukan
perhatian atau tidak. Saya juga akan melatih murid memberi pendapat mengenai
cerita dan nilai-nilai yang terdapat di dalam cerita ini. Setelah selesai saya akan
menyediakan aktiviti susulan iaitu latihan menyusun jalan cerita .

5.0 Perlaksanaan Aktiviti teater Bercerita Cerita Sang Semut dan sang
Belalang dalam Pengajaran dan pembelajaran (RPH).

17
Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun: 4 Anggun

Bilangan Murid : 30 Orang

Masa: 9.00 10.00

Tarikh : 1 September 2014

Tema: Amalan Murni Hidup Sejahtera

Tajuk : Cerita Sang Semut dan Sang Belalang

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


4.2 Mengujarkan bahasa yang indah 4.2.2 Mengujarkan idea yang tepat
dan menggunakan bahasa badan menggunakan bahasa yang indah dan ayat
secara kreatif semasa bercerita secara yang gramatis serta bahasa badan yang
didik hibur. sesuai semasa bercerita secara didik hibur.

Objektif : Pada akhir pengajaran ini, murid dapat:

1) Menceritakan secara lisan cerita bertajuk Sang Semut dan Sang Belalang
pada kadar 50 % sebutan dan intonansi yang betul melalui aktiviti teatet
bercerita.
2) Membaca cerita bertajuk Sang Semut dan Sang Belalang secara mekanis
dan membuat sekurang-kurangnya 3 daripada 6 susunan cerita yang betul.
3) Menulis kronologi cerita bertajuk Sang Semut dan Sang Belalang dengan
sekurang-kurangnya 3 daripada 6 susunan dengan betul berdasarkan gambar
yang diberikan.

Sistem bahasa:

Tatabahasa : -

Kosa kata: tengkujuh, kemarau

18
Pengisian Kurikulum:

Ilmu: Sivik dan kewarganegaraan

Nilai : kerjasama

Teknologi maklumat dan Komunikasi:Pengajaran berbantukan komputer

Eleman Keusahawanan:

EK 1.1.1 Berdaya tahan: tidak mudah putus asa

Kepelbagaiaan Strategi, kaedah dan Teknik

Strategi:berpusatkan bahan

Teknik: Teater Bercerita

KP: intrapersonal, interpersonal

KB:menjana idea,

BCB: mendengar dengan teliti,

Pembelajaran Kontekstual

Bahan bantu Mengajar:

Bil. Jenis Jumlah


1. Komputer riba 1

2. Pemancar LCD 1

19
3. Pembesar suara 1

4. Lembaran kerja 30

5. Skrip Cerita Sang Semut dan Sang Belalang 6

6. Lembaran kerja Carta Alir 30

7. Penanda perwatakan 6

8. Kad gambar dan kad ayat. 12

9. Tapak pembelajaran. 17 (slides)

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui ciri-ciri semut dan belalang.

20
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti P & P Catatan
Masa
Set Meneka haiwan 1. Guru mengemukakan 1. Teknik : teka-teki
KB: Menjana
Induksi yang menjadi soalan teka teki
idea, mencipta
watak utama di mengenai haiwan dalam
idea baru
dalam cerita cerita.
BBM: komputer
2. Murid menjawab soalan
Sang Semut dan
riba, pemancar
teka teki yang
Sang Belalang,.
LCD, pembesar
dikemukakan oleh guru.
3. Guru suara.
1.Soalan teka 2. KB : menjana
menghubungkaitkan
teki .(rujuk idea
jawapan murid dengan
KP:
lampiran )
tajuk pelajaran pada
intrapersonal
hari ini. 3. KB:
2.Contoh
menghubungkait
jawapan:
.
-Sang Semut
- Sang Belalang

3.Tajuk
pelajaran:
Cerita Sang
Semut dan Sang
Belalang
Langkah Teater bercerita Aktiviti 1
1 Perlumbaan 1. Guru memberi 1. Teknik :
Kedua Sang penerangan mengenai penerangan
2. BCB:
Arnab dan sang aktiviti teater bercerita.
2. Murid mendengar Mendengar
kura-kura"
penerangan guru dengan teliti
3. BBM: Skrip
dengan teliti.
1)Penerangan
3. Beberapa orang murid cerita , penanda
guru.
dipilih dan diberikan watak, KP :
bahan untuk berlakon Intrapersonal
2)Mendengar 4. KP:

21
penerangan guru dalam aktiviti teater Intrapersonal,
dengan teliti. bercerita. interpersonal.
4. Murid yang dipilih diberi 5. Teknik teater
masa untuk membuat bercerita,
3)Bahan
KP:
persediaan.
berlakon dan
verbalinguistik,
teater bercerita.
Aktiviti 2 interpersonal.
(rujuk lampiran) EK 1.1.1
5. Murid
Berdaya tahan:
mempersembahkan
Tidak mudah
4)Persediaan
aktiviti teater bercerita .
putus asa.
murid. Pencerita akan
membaca cerita dan 6. BCB: Menonton
5)Persembahan murid yang memegang persembahan
Teater bercerita. watak akan melakonkan dengan teliti.
dan berdialog mengikut
7. Teknik : Soal
6)Menonton jalan cerita yang dibaca
jawab
persembahan pencerita. KB: menjana
6. Murid yang lain diminta
dengan teliti. idea.
menonton persembahan
8. Objektif 1:
rakan mereka dengan
7) Soaljawab
kemahiran lisan
teliti.
Contoh soalan:
Aktiviti 3
-apakah nilai
7. Guru dan murid bersoal
yang terdapat
jawab mengenai
dalam cerita
pengajaran yang
yang
mereka perolehi
dipersembahkan
daripada cerita yang
oleh rakan-rakan
telah dipersembahkan.
kamu tadi?
8) Murid dapat
Menceritakan secara
Jangkaan
lisan cerita bertajuk
jawapan.:
Perlumbaan Kedua
-Kita mestilah
Sang Arnab dan Kura-
mendengar
kura pada kadar 50 %
nasihat orang
sebutan dan intonansi
lain.
22
yang betul melalui
8)Objektif 1 aktiviti teatet bercerita.

Langkah Membaca cerita 1) Guru memberi 1. Teknik :


2 dan menyusun penerangan mengenai penerangan.
BBM:lembaran
kronologi cerita aktiviti pada langkah ini.
2) Murid membaca cerita kerja carta alir.
semula
2. Teknik : bacaan
Perlumbaan Kedua
mekanis
Sang Arnab dan Sang
1)penerangan KP:
Kura-kura mengikut
guru Interpersonal
bacaan guru secara BBM: komputer
mekanis berdasarkan riba, pemancar
2)membaca
gambar. LCD, gambar.
cerita mekanis
3) Guru menampal kad
mengikut bacaan 3. BBM: kad Ayat
gambar dan kad ayat
guru. dan kad gambar.
secara tidak tersusun.
4) Murid diminta
4. KB: membuat
3)Kad Ayat dan menyusun gambar dan
urutan.
Kad perkataan. kad ayat tersebut KP:
mengikut susunan yang Intrapersonal

4)Menyusun betul berdasarkan jalan 5. Nilai :


gambar dan ayat cerita yang dibaca dan Kesungguhan.

mengikut ditonton tadi.


5) Guru memberi pujian di
kronologi cerita. 6. Objektif 3 :
atas keberanian murid Kemahiran
mencuba. membaca.
5)Pujian
6) Murid dapat Membaca
-bagus!
cerita bertajuk Sang
-kamu sungguh
Semut dan Sang
berbakat!
Belalang secara
mekanis dan membuat
6)Objektif 2
sekurang-kurangnya 3
daripada 6 susunan
cerita yang betul.

23
Langkah Lembaran Kerja 1) Guru memberi 1)Teknik : Penerangan
3 carta alir cerita penerangan mengenai BBM: Lembaran kerja
Sang Semut dan lembaran kerja carta alir carta alir.
Sang Belalang dan mengedarkan
lembaran kerja tersebut. 2) BCB: mendengar
2) Murid mendengar
1)Penerangan penerangan dengan
penerangan guru.
guru teliti.
3) Murid melengkapkan
carta alir cerita Sang
2) mendengar 3)BBM: lembaran kerja
Semut dan Sang
penerangan carta alir.
Belalang dengan
dengan teliti. KB: membuat urutan.
susunan yang betul.
4) Murid menghantar
3)Lembaran tugasan kepada guru. 4)nilai : tanggungjawab
kerja carta alir. Tugasan yang tidak siap
(rujuk lampiran) dijadikan sebagai kerja 5)ibjektif 3: kemahiran
rumah. menulis
5) Menulis kronologi cerita
4)menghantar
bertajuk Sang Semut
tugasan.
dan Sang Belalang
dengan sekurang-
5)Objektif
kurangnya 3 daripada 6
susunan dengan betul
berdasarkan gambar
yang diberikan.

Penutup Rumusan Isi 1. Guru bersoaljawab 1)Teknik : soaljawab


Pelajaran dengan murid KB: menjana idea
mengenai cerita
1)Soaljawab Sang Semut dan 2) nilai: kerjasama
Contoh soalan: Sang Belalang.
2. Guru memberi pujian
-Apakah nilai dan 3)KB:membuat
di atas kerjasama
pengajaran cerita rumusan
murid.
Sang Semut dan
3. Guru membuat
Sang Belalang?

24
rumusan mengenai
Jangkaan isi pelajaran pada
jawapan: hari ini.
-kita harus
mendengar
nasihat.
-kita harus rajin
bekerja.

2) Pujian
-bagus
-jawapan kamu
betul

3)Rumusan Isi
pelajaran
-Kita haruslah
rajin bekerja dan
mendengar
nasihat orang
lain.

6.0 Kesimpulan

Pendidikan bahasa Melayu sejak akhir-akhir ini banyak memberikan


penekanan kepada penggunaan bahan berunsur sastera dalam pengajaran dan
pembelajaran berbanding sebelum ini yang mana dapat dikatakan kedudukan bahan
sastera hanya dipinggiran sahaja. Hal ini mungkin kerana kerajaan telah mula sedar
akan kepentingan sastera dalam kehidupan.

25
Penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa dapat menghasilkan
pembelajaran bahasa yang berkesan. Kenyataan ini dapat disokong oleh beberapa
faktor yang wujud dalam sastera itu sendiri. Pertama, sastera adalah bentuk karya
yang menggunakan bahasa yang terbaik. Laras bahasa dalam sastera sangat
bermutu dan terjamin. Kedua, bahan sastera ini memiliki daya tarikan yang dapat
membina dan mengekalkan minat membaca dalam kalangan murid-murid. Hal ini
kerana karya sastera mempunyai ciri-ciri hiburan dan santai. Hal ini demikian
adalakanya murid akan tercari-cari karya asal setelah mereka membaca petikan
ringkas sesuatu karya.

Oleh yang demikian, bahan sastera adalah bahan pengajaran bahasa yang
berkesan kerana mempunyai bahasa yang baik dan menarik yang akan
menimbulkan kebanggaan murid berbahasa menggunakan bahasa melayu.
Kebanggaan terhadap bahasa Melayu merupakan salah satu objektif pendidikan
bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa yang kering dan lurus hanya menimbulkan
kebosanan walaupun mempunyai ciri-ciri keilmuan. Kebosanan itulah musuh utama
pembelajaran dalam kalangan murid sekolah.

7.0 Refleksi

NUR ASYIKIN BT ANWAR

911027-08-6332

26
Bismillahirrahmanirrahim.Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan inayah-Nya
akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus projek ini. Sepanjang
saya melaksanakan tugasan ini saya menyedari bahawa bidang sastera ini
mempunyai banyak kepentingan kepada matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

Antara kepentingan bahan sastera ini kepada pembelajaran Bahasa Melayu


sekolah rendah adalah pertama, murid dapat mempelajari subjek bahasa Melayu
secara didik hibur iaitu belajar sambil berhibur. Teknik pengajaran berasaskan
sastera yang menekankan unsur hiburan. Murid dapat berhibur disamping menimba
ilmu yang hendak disampaikan oleh bahan tersebut. Misalnya teknik nyanyian
melalui bahan nyanyian iaitu lagu-lagu rakyat , murid dapat berhibur di samping
mengetahui cara-cara adab dalam kehidupan.

Disamping itu, penyampaian mesej-mesej yang berguna sangat membantu


dalam membentuk pembelajaran yang positif dalam kalangan murid sekolah rendah
melalui cerita teladan. Contohnya melalui teknik bercerita , cerita teladan yang
mengandungi nilai dan pengajaran dapat dicontohi oleh murid dalam menjalani
kehidupan seharian. Ini bertepatan dengan anjakan ke-3 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu untuk melahirkan rakyat
Malaysia dengan penghayatan nilai.

Bahan sastera juga sangat membantu penyampaian pengajaran dan


pembelajaran guru. Hal ini kerana bahan sastera sangat mudah difahami dan murid
juga tidak akan berasa bosan dengan pelbagai teknik sastera yang mempunyai
bahan bantu mengajar maujud. Buktinya, murid lebih tertarik dan berminat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti seperti teater bercerita dan teater pembaca kerana
aktiviti ini menggunakan bahan-bantu mengajar yang menarik seperti penanda
watak yang berupa tengkolok di atas kepala dan bahan sebagai alat bantu lakonan.
Tambahan pula sekiranya pengajaran bahan sastera ini diselitkan dengan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Contohnya dalam teater
bercerita,murid akan lebih teruja dengan bunyian audio yang dapat mewujudkan lagi
suasana dalam cerita. Ini dapat merealisasikan anjakan ke-7 PPPM 2013-2025 iaitu
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Penggunaan bahan sastera juga dapat memudahkan pemahaman murid


terhadap pembelajaran. Hal ini kerana bahasa yang digunakan dalam bahan sastera

27
sangat mudah difahami. Menurut Abdul Rashid Jamian dan Arbaie Sujud ( 2001)
mengatakan melalui pembacaan bahan-bahan sastera sebagai bahan pembacaan,
murid-murid akan dapat menikmati dan menghayati kesusateraan melayu yang
disampaikan dalam struktur bahasa yang indah. Contohnya melalui pantun murid
dapat mengetahui cara-cara untuk memahami maksud pantun tersebut. Bagi
keperluan ini pula ia dapat mendokong anjakan ke-2 PPPM iaitu memastikan setiap
murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Selain kesedaran mengenai kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan


pembelajaran (p & p ) , saya juga dapat memperolehi banyak pengalaman semasa
menulis laporan tugasan ini. Saya mengetahui cara-cara untuk menghuraikan dan
menerangkan sastera dari sudut pandangan beberapa orang tokoh. Selain itu, saya
juga telah memperolehi pengalaman berkunjung ke Perpustakaan Universiti Malaya
untuk mencari bahan rujukan. Saya juga memperolehi pengetahuan mengenai cara
menghuraikan cara pengaplikasian kaedah dan teknik sastera dalam p & p.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua
individu yang membantu saya menjalankan tugasan kerja kursus ini. Pertama, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana sentiasa memberi
saya sokongan dan dorongan untuk sepanjang saya belajar dalam bidang perguruan ini.
Kedua saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik kerana telah memberi
bimbingan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus ini.
Seterusnya jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana
sentiasa membantu memberi nasihat-nasihat berguna dan membangunkan semangat saya
di saat saya kehilangan arah tujuan. Sekian, terima kasih

8.0 Rujukan

Rujukan Internet

http://bobezani.tripod.com/sastera.htm dilayari pada 31 Ogos 2014

28
http://azmar-pb.blogspot.com/2012/05/definisi-sasterakesusasteraan-melayu.html

dilayari pada 31 Ogos 2014

http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php dilayari pada 6 september 2014

Rujukan Buku

Ariff Mohamad . (2012). Interpretasi dan Pedagogi . Tanjung Malim: Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Mahzan Arshad . (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan

Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. .

Rahman Shaari. (1998). Kesusasteraan dalam Pendidikan Sastera. Shah Alam: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sohaimi Abdul Aziz. (2011). Erti Kesusasteraan Kepada Kehidupan Manusia. In D. B.

Pustaka, Sastera dan Manusia (pp. 615-622). kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

29
9.0
LAM
PIRA
N

LAMPIRAN 1

Teks Cerita :Belalang dengan Semut

Watak dan perwatakan

Belalang

30
Semut 1

Semut 2

Monyet

Tupai:

Kura-kura

Pada zaman dahulu, di dalam sebuah hutan terdapat sekumpulan


semut yang sedang bertungkus lumus mencari makanan. Namun Si
Belalang sedang sibuk menyanyi dan menghiburkan warga hutan. Si
Semut yang melihat mereka segera pergi dan menasihati haiwan-
haiwan yang sedang berhibur supaya mencari makanan untuk
menghadapi musim kemarau.

Belalang: la.la.la(menyanyi dan menari)

Monyet, Tupai dan kura-kura: la.la.la.(menyanyi dan menari)

Belalang: Eh semut! Nantilah.marilah menari bersama!

Semut 1 : Eh tak boleh kawan-kawan, musim tengkujuh akan tiba.

Marilah kita mencari makanan dan menyimpan makanan.

Tupai: Tapi dah lama kami tengok kau mencari makanan.

Semut 2 : Bukan senang nak kumpul makanan banyak-banyak. Kita

kena kumpul lebih sebab kemarau ni tak menentu.Buatnya

kemarau panjang semua makanan habis.

Monyet, Tupai dan Kura-kura: kami pun nak kumpul makananlahjom.

Belalang: Semut Ini semut salah kau. Sekarang macam mana aku nak

31
berhibur Tiada teman berhibur menyanyi.

Semut 1:Maaf belalangtapi baik kau gunakan masa ni untuk

kumpulkan makanan sebanyaknya.

Belalang: Eh apa yang susah sangat cari makanan tengok (tumbuhan)

kan banyak ada tumbuhan. Bumi ni banyak ada makanan.

Semut 2:Bila musim kemarau nanti semua tumbuhan ni akan kering.

Belalang: Bila tiba masanya nanti barulah fikir.

Semut 1: Bila tiba masanya nanti dah terlambat Belalang.

Belalang: (menggeliat) cuaca macam ni sesuai untuk berehat.

Semut 2: Bila tiba masanya kau akan menyesal.

Belalang : Pergilahpergipergi. Buang masa dengan bekerja.


( Belalang :menyanyi bunyi muzik)

Babak 2 (penanda babak 2)


Belalang terus sibuk menyanyi dan berhibur tanpa memperdulikan
haiwan-haiwan yang lain yang sibuk mencari makanan. Dia tidak
mempedulikan nasihat semut supaya mencari dan menyimpan makanan
untuk menghadapi musim kemarau.

Belalang: ( bernyanyi sambil iringan muzik..Muzik).

32
Manakala haiwan yang lain pula sedang sibuk bekerja.

(papan tanda kemarau)

Akhirnya kemarau pun tiba. Belalang sangat lapar dan dia tercari-cari
makanan.

Belalang: eh .makananmakanan.(tapi terjatuh dan pengsan)

Belalang pengsan di atas tanah yang kering kontang. Semut akhirnya


menjumpai belalang yang pengsan. Semut membawa belalang ke dalam
sarangnya. Tidak berapa lama belalang pun sedar. Dia melihat di
dalam sarang semut terdapat banyak makanan.

Belalang: (memandang kiri kanan, terpegun)

Semut: Belalang dah sedarkau laparkan.Nah makan.

Belalang: terima kasih Semut. (makan hidangan)

Semut: belalang lepas ni kau kena rajin mengumpul makanan jangan


asyik berhibur saja.

Belalang: Baiklah aku akan mendengar nasihat kau semut. Aku akan
rajin bekerja dan berusaha.

Akhirnya, belalang dan haiwan-haiwan lain mengumpul makanan


bersama-sama.

LAMPIRAN 2

Petikan cerita untuk Aktiviti bacaan Mekanis

Cerita Sang Semut dan Sang Belalang.

Kemarau akan melanda tidak lama lagi.Sang Semut dan haiwan-haiwan lain
sedang sibuk mencari dan mengumpul makanan. Manakala Sang Belalang pula sibuk
menyanyi dan berhibur. Dia tidak mempedulikan rakan-rakannya yang lain yang

33
sibuk mencari makanan. Dia juga tidak mempedulikan nasihat Sang Semut.
Apabila kemarau melanda, semua haiwan mempunyai makanan. Belalang pula
kelaparan dan jatuh sakit. Sang Semut yang berasa kasihan telah membantu
Sang Belalang. Sang Semut telah memberikan sedikit makanannya kepada Sang
Semut. Sang Semut menasihati Sang Belalang dan Sang Belalang akhinya sedar.
Semenjak hari itu, Sang Belalang menjadi rajin dan sentiasa mendengar nasihat
rakan-rakannya.

34

Вам также может понравиться