Вы находитесь на странице: 1из 10

Cabaran-Cabaran Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat dan internet adalah merupakan telekomunikasi canggih yang


banyak di perkatakan kebelakangan ini. Kemunculannya sejak beberapa tahun yang
lalu adalah hasil daripada kepesatan sains dan teknologi yang hebat
perkembangannya, sehinggakan dalam masa yang singkat telah melahirkan
pelbagai telekomunikasi yang serba canggih dan luar dugaan. Kemunculan teknologi
maklumat beserta dengan internet ini juga telah banyak mengubah cara hidup
manusia.

System perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan industri


bertambah pantas, sistem pendidikan yang bertambah canggih, malah cara manusia
berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia sekarang seolah-olah kelihatan
bertambah kecil, di mana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya. Didalam
dunia yang serba moden ini, di mana keperluan hidup harian manusia banyak
bergantung kepada sains dan teknologi, maka tidak di nafikan peranan yang sangat
besar yang boleh dimainkan oleh teknologi maklumat dan internet dalam
membentuk pemikiran manusia dan suasana masyarakat yang akan datang.

Perkembangan yang hebat dan pesat ini juga dapat di rasai oleh kita di Malaysia,
khususnya umat islam. Berbagai-bagai tanggapan dan pendapat telah dikeluarkan
terhadap senario perubahan ini. Walaubagaimanapun, perubahan yang begitu cepat
ini seolah-olah tidak mampu di sekat lagi kerana ianya berlaku dengan begitu pantas
dan melalui pelbagai saluran. Bagi kita di Malaysia khasnya umat islam menolak
arus perkembangan ini hanya akan membuatkan kita sentiasa ketinggalan di
segenap bidang. Sementara menerimanya pula dengan bulat-bulat apa yang di
sediakan, hanya akan mengundang kepada nilai-nilai yang boleh meruntuhkan niali-
nilai mulia yang telah diamalkan di dalam masyarakat kita Malaysia.

Impak daripada kepesatan kemajuan teknologi maklumat ini, maka wujud pelbagai
cabaran yang harus dihadapi di dalam era globalisasi ini. Cabaran-cabaran yang
ketara dalam pembangunan teknologi maklumat adalah :

a) Keperluan untuk Celik Maklumat.


Perkembangan yang akan di bawa oleh arus pembangunan teknologi maklumat
akan menyentuh hampir keseluruhan aspek kehidupan kita. Oleh yang demikian,
sebagai usaha permulaan untuk merealisasikan penguasaan umat islam terhadap
teknologi maklumat, maka komitmen daripada segenap lapisan masyarakat umat
islam adalah di perlukan. Terutamanya mereka yang berpendidikan yang berkhidmat
dengan kerajaan dan juga bukan kerajaan, sector-sektor swasta serta juga yang
berada di institut pengajian tinggi.

Pada peringkat permulaan ini, mereka inilah yang akan menjadi pemangkin atau
pergerakan kepada wawasan yang di cita-citakan. Dalam peringkat inilah juga,
setiap individu muslim yang sedar terhadap perubahan dan cabaran teknologi ini,
perlu menjadikan dirinya seorang yang celik dan peka terhadap penggunaan
teknologi maklumat dan internet. Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup di bidang ini,
maka kita tidak akan mampu untuk manghadapi cabaran serta menagani perubahan
besar yang akan berlaku kelak. Bahkan kita akan ketinggalan didalam persaingan
dengan negara-negara lain.

Usaha untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan adalah merupakan


sebahagian daripada tuntutan agama,sebagaimana yang telah di nyatakan di dalam
sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Menuntut ilmu itu adalah wajib ke
atas setiap orang Muslim, lelaki dan perempuan. Dalam era maklumat, celik
maklumat adalah amat penting untuk membolehkan seseorang bersaing dalam
dunia perdagangan dan pasaran pekerjaan. Kecelikan maklumat amat penting tidak
kira seseorang itu bekerja di rumah atau di pejabat. Orang dengan kemahiran
internet mendapat maklumat yang lebih, mengetahui lebih banyak isu semasa, dan
dapat mencari maklumat dengan lebih cepat berbanding dengan orang
berpendidikan tinggi yang kurang kemahiran tersebut. Namun kecelikan maklumat
memerlukan pemikiran kritikal. Tanpanya seseorang tidak dapat menilai kualiti
maklumat yang di perolehi daripada rangkaian maklumat.

Selain itu, untuk hidup dalam zaman teknologi maklumat, jika seseorang tidak ingin
di lihat sebagai seorang yang ketinggalan zaman maka seseorang perlu celik
maklumat dan mempunyai kemahiran asas sekurang-kurangnya untuk mengikuti
perkembangan semasa.
b) Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Teknologi Maklumat.
Sebagai sebuah generasi yang hidup di dalam arus kapesatan teknologi maklumat,
kita perlulah memahirkan diri dengan penggunaan teknologi ini. Kemahiran yang di
perlukan adalah kemahiran di peringkat tinggi. Kita tidak mahu pengetahuan
teknologi yang dimiliki oleh umat islam hanya sekadar memiliki sebuah komputer,
dan kemudian hanya pandai untuk manaip surat, kertas-kertas kerja atau bermain
video games. Tahap penggunaan seperti ini adalah terlelu minimum dan boleh di
kuasai oleh sesiapapun. Bgaimanakah kita akan menghadapi kecanggiham
teknologi maklumat pada masa akan datang jika masih ramai peneraju negara
masih belum terdedah kepada penggunaan teknologi ini secara maksimum dan tidak
berusaha kearah memahirkan diri dengan teknologi yang boleh membawa faedah
yang banyak. Malah agama islam sendiri menuntut supaya setiap pekerjaan yang
kita lakukan itu hendaklah menjadi satu pekerjaan yang terbaik. Sebagaimana yang
terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya Allah
menyukai apabila seseorang melakukan pekerjaannya, dia akan memperbaikinya
( iaitu melakukan dengan sebaik-baiknya ).

Untuk mempunyai kemahiran yang di perlukan, pendidikan dan pembelajaran


sepanjang hayat di terima sebagai budaya dan cara hidup masyarakat maklumat.
Universiti dan kolej akan berlumba-lumba menawarkan kursus, latihan dan tuisyen
mengajar kemahiran yang di perlukan.

c) Sikap Negatif Individu.


Setiap individu di alaf baru ini perlu menjadi seorang yang mampu bergerak aktif dan
memainkan peranan yang penting untuk menjayakan penggunaan teknologi ini.
Sekiranya bukan umat islam sendiri yang menjadi key-player dalam penguasaan
dan penggunaan teknologi maklumat ini, maka kita akan selama-lamanya
meletakkan pergantungannya kepada orang lain. Umat islam tidak boleh hanya
menjadi pemerhati dalam perkembangan dan perubahan ini dan tidak takut untuk
melibatkan diri, sedangkan bangsa-bangsa lain telah jauh ke hadapan. Sindrom
duduk dan lihat inilah menjadi salah satu penyakit yang sangat merbahaya kepada
umat islam hari ini kerana ianya merupakan satu sikap yang boleh menimbulkan
rasa malas dan tidak yakin kepada diri sendiri.
Umat islam perlu mengikis sifat yang sebegini jika kita mahu kehadapan dan berani
menceburkan diri dalam bidang-bidang yang baru dan melihat dengan positif masa
depan yang ingin di bina.

Di samping banyak faedah yang dapat di manfaatkan daripada teknologi maklimat


dan internet ini, kita juga menyedari bahawa teknologi yang pada asasnya bersih ini
telah di salahgunakan sehingga menjadi salah satu saluran yang tidak bermaruah.
Melalui kmajuan teknologi ini, manusia lebih bebas untuk menyebarkan idea-idea
yang merbahaya. Mereka yang mempunyai niat jahat terhadap islam akan
menggunakannya untuk menyebarkan fitnah dan memburukkan islam. Bahan-bahan
lucah dan budaya kuning Barat akan lebih mudah di salurkan kemana-mana sahaja
di serata dunia.

Selain itu, kehebatan pengguna atau individu mengubah suai perkakasan,


mengubahsuai perisian, merosakkan atau memusnahkan system atau infrastruktur
maklumat dan manipulasikan maklumt atau data-data turut merupakan salah satu
cabaran teknologi maklumat.
Mengubahsuai Pekakasan. Ini merangkumi tindakan mengubahsuai
perkakasan seperti chip mikro dimana kod perosak boleh di sorokkan di
dalamnya. Kod perosak ini boleh di hidupkan pada ketika tertentu samada
mengikut masa atau apabila arahan tertentu diterima. Kod berkenaan boleh di
masukkan semasa sesuatu system di beli atau semasa perkakasan tersebut
dibaiki oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Megubahsuai Perisian. Seperti juga pengubahsuaian perkakasan, perisian
juga boleh juga di ubah suai bagi mencapai objektif yang sama. Kod perosak
boleh disorokkan dalam pakej perisian sesuatu system dan bertindak pada ketika
atau apabila menerima arahan tertentu. Ia juga boleh disalurkan melalui saluran
telekomunikasi ataupu di masukkan oleh orang dalam. Masalah ini sama seprti
masalah virus komputer yang berleluasa sekarang, Cuma ia berbeza dari aspek
objektifnya dan sasarannya dikenalpasti. Kod perosak yang dimaksudkan digelar
logic bombs, trojan horses, worms dan sebagainya.
Merosakkan atau Memusnahkan Sistem/Infrastruktur Maklumat. Tindakan ini
khusus dilakukan bagi menjejas fungsi kawalan dan pemerintahan terutama
sekali terhadap organisasi pertahanan atau infrastruktur perkhidmatan am yang
kritikal. Setiap misi tentera bergantung kepada maklumat yang diperolehi serta
sistem komunikasi berkaitan, jika ia terjejas, kejayaan misi juga terjejas. Objektif
merosakkan atau memusnahkan infrastruktur tersebut juga boleh dilaksanakan
secara logik (menggunakan kod perosak) atau fizikal ataupun kedua-duanya
sekali. Penyelidikan ke atas senjata "Directed Energy" yang berupaya
merosakkan sistem komputer tanpa sentuhan fizikal sedang dilaksanakan.
Manupulasi maklumat/data-data. Fungsi serta operasi sesuatu sistem boleh
terjejas sekiranya data komputer atau maklumat berkaitan diubah secara haram.
Sebagai contoh, sistem kewangan sesuatu negara boleh terjejas apabila pasaran
stok dan matawangnya dimanipulasikan. Selain dari itu juga, maklumat operasi
tentera jika diubah boleh menjejas kejayaan sesuatu misi. Sistem pengangkutan
udara dan laut serta peluru berpandu yang menggunakan sistem navigasi satelit
juga boleh terjejas sekiranya data posisi yang diterima dipinda. Bayangkan
kesannya kelak sekiranya ini berlaku!
d) Perubahan di dalam Budaya dan Kaedah Bekerja.
Perkembangan teknologi maklumat bakal menyaksikan perubahan di dalam budaya
serta kaedah bekerja di abad ini. Di jangkakan akan lebih banyak peluang pekerjaan
yang beroperasi dari rumah. Fenomena ini akan menjadi reality kerana di dorong
oleh beberapa perkara.
Pertama, kemudahan system pengkomputeran canggih membawa ke arah kerja
kurang kertas (paperless). Ini di sebabkan kerana kebanyakkan borang yang
sebelumnya di cetak da atas kertas sekarang boleh di isi di papan layar komputer
sahaja. Dan ini mengurangkan keperluan kerja meja (desk job).

Kedua, kaedah sewa ruang pejabat akan menjadi bertambah mahal dari masa ke
semasa. Oleh itu, kadar sewa ruang pejabat, bakal menyumbang sejumlah besar
kos operasi sesebuah firma. Dengan membenarkan pekerja beroperasi dari rumah
ke rumah ( bagi jenis pekerjaan tertentu ) akan mengurangkan kos tetap yang
terpaksa di tanggung oleh firma berkenaan.
Ketiga, peningkatan kos dan persaingan. Selari dengan peningkatantaraf hidup
rakyat negara ini, kos pengeluaran atau perkhidmatan akan menjadi lebih tinggi
yang berpunca daripada peningkatan kos buruh. Ini seterusnya akan mengurangkan
tahap keuntungan. Peluang untuk menaikkan harga jualan juga terbatas kerana
syarikat terpaksa menghadapi persaingan yang sengit. Meningkatkan keupayaan
teknologi di samping membenarkan pekerja beroperasi dari rumah di jangka boleh
mengurangkan kos operasi syarikat.

Keempat, oleh kerana adanya teknologi telekomunikasi membolehkan semakin


banyak orang bekerja di rumah menjadikan masalah keperbezaan social akan
bertambah kerana anggota masyarakat tidak saling berinteraksi. Hilangnya halangan
social yang wujud dalam masyarakat moden kerana peranan teknologi komunikasi
tidak bermakna kita akan balik kepada masyarakat tradisional dengan cirri utamanya
setiap anggota masyarakat saling mengenali dan bantu-membantu. Sebaliknya kini
masyarakat bergerak ke fasa individualistic dengan setiap anggota masyarakat tidak
bertegur sapa dan tanpa saling mengenali . Maknanya, masyarakat kini sedang
menuju ke alam terasingan.

e) Peningkatan Kadar Pengangguran.


Masalah pengangguran di jangka akan meningkat, khususnya dalam masa
peralihan, kerana ia di jangka dapat membuka peluang pekerjaan yang baru.
Teknologi maklumat juga menyebabkan kakitangan yang tidak mempunyai
kemahiran yang di kehendaki di buang kerja. Kira-kira 60% hingga 70% daripada
kerja itu boleh di lakukan oleh komputer dan lebih-lebih lagi setelah tempat kerja,
pejabat dan kilang di automasikan.

Penggunaan teknologi maklumat dalam kilang, pejabat dan sector perkhidmatan


telah mencetuskan kebimbangan pekerja bahawa mereka akan di gantikan oleh
peralatan. Nemun, berdasarkan pencapaian, negara-negara seperti Amerika
Syarikat dan Jepun, kebimbangan tersebut nampaknya tidak berasas. Merujuk
kepada 1994 White Paper of the European Commision on Growth, Competitiveness
and Employment antara 1970 dan 1992, ekonomi Amerika Syarikat bertumbuh
sebanyak 70% sementara pekerjaan bertumbuh 49%. Ekonomi Jepun bertumbuh
sebanyak 173% dengan pertumbuhan pekerjaan 25%. Di samping itu, antara 1993
dan 1996, apabila kebanyakkan negara Eropah mempunyai kadar pengangguran
yang tinggi, Amerika Syarikat yang mengguanakan teknologi maklumat dalam
pejabat dan kilang telah menghasilkan lebih 8 juta pekerjaan baru.

Ahli teori perdangan (Trade Theorists) berhujah bahawa potensi pengurangan


pekerjaan sebagai kesan teknologi maklumat akan wujud sekiranya pengembangan
dalam permintaan tidak di seimbangi peningkatan dalam produktiviti buruh dan tiada
tindakbalas onstitusi untuk mengurangkan masa pekerjaan dan bukannya pekerjaan
sendiri.

f) Teknologi Maklumat Tempat Penjanaan Kebencian Dan Jenayah.


Dengan wujudnya rangkaian World Wide Web, individu dan organisasi boleh
memaparkan sebarang maklumat dengan senang. Namun sekiranya ini di gunakan
unruk tujuan yang tidak baik maka ia akan membawa pengaruh yang negatif
terhadap kehidupan Bandar. Contohnya pengeboman di Bandar Oklohama di
percayai hasil sebaran maklumat melalui internet.

Merujuk kepada konteks Malaysia, terdapat banyak maklumat berasaskan


kebencian berterbangan dalam rangkaian Internet. Kesemuanya ditujukan kepada
sesetengah pemimpin negara. Gejala sedemikian berupaya menjanakan kebencian
dan kekeliruan di kalangan pengguna internet yang mempercayai terus maklumat
yan diperolehi. Ini boleh mencetuskan kekacauan di dalam bandar dan mengancam
keselamatan serta ketenteraman bandar. Rusuhan-rusuhan telah berlaku beberapa
bulan lalu di sekitar Kuala Lumpur dan ini berpotensi dicetuskan selagi masyarakat
tidak mempunyai pemikiran kritikal untuk menilai kesahihan maklumat tersebut.

Selain itu, Internet juga membawa maklumat-maklumat lucah yang boleh


menjanakan masalah sosial terutamanya jenayah. Rangkaian internet boleh juga
menjadi saluran tidak sihat untuk melakukan jenayah. Merujuk kepada pengalaman
Singapura, tahun ini, lima gadis dan seorang wanita telah dirogol oleh "kawan" yang
mereka kenali melalui internet atau telefon(Star, 1999). Singapura merupakan satu
negara pengguna Internet yang tinggi disebabkan dasar kerajaannya untuk
menggalakkan kecelikan komputer bagi menghadapi kemajuan abad ke-21.
Di negara kita, kes-kes penipuan komersial melalui penggunaan komputer juga
semakin meningkat. Baru-baru ini gejala pengklonan talipon bimbit dan kad "ATM"
(Auto Teller Machine) menjadi isu hangat. Dalam jangkamasa 9 bulan pertama tahun
1997 sahaja, sejumlah 1,981 kes penipuan bank menggunakan kad ATM telah
dilaporkan kepada Bank Negara melibatkan kerugian sejumlah RM3,000,000. Di AS,
aktiviti penipuan institusi perbankan melalui komputer sangat membimbangkan dan
melibatkan kerugian ratusan juta dollar setahun. Adalah dipercayai lebih banyak lagi
kes-kes seperti ini tidak dikesan ataupun tidak dilaporkan oleh syarikat kewangan,
syarikat telekomunikasi atau institusi perbankan yang terlibat. Ini adalah kerana ia
boleh menjejas "credibility" institusi tersebut serta kepercayaan orang ramai
terhadap sistem mereka.

Dari segi strategik, krisis kewangan yang melibatkan kejatuhan nilai matawang
ringgit serta pasaran saham tempatan baru-baru ini telah menjejas ekonomi negara.
Ia adalah akibat "manipulasi pasaran saham" serta spekulatif negatif pihak-pihak
tertentu.Insiden kerosakan sistem perhubungan talipon yang pernah dialami oleh
agensi kerajaan serta pangkalan tentera ataupun masalah "power blackout" yang
kerap berlaku akibat gangguan grid tenaga letrik juga telah mengakibatkan
kekecohan serta kerugian masa dan wang ringgit. Kemungkinan besar krisis serta
insiden seperti ini berpunca daripada masalah "teknikal". Sebaliknya, cuba kita
bayangkan kesannya kelak, sekiranya krisis atau insiden seperti ini berlaku akibat
serangan IW oleh pihak-pihak yang tidak diingini dengan motif tertentu. Secara tidak
langsung ia boleh menjejas ekonomi negara ataupun dalam situasi tertentu boleh
melumpuhkan negara. Bagaimana pula jika keadaan ini berlaku disesuatu masa
yang genting atau dalam situasi konflik?

g) Kewujudan Konsep Maklumat Atau Information Warfare (IW).


IW masih merupakan satu konsep yang agak baru walaupun di negara-negara maju
seperti AS, namum, elemen-elemen yang berkaitan telah lama wujud. Sejarah-
sejarah yang lepas membuktikan bahawa keputusan sesuatu konflik banyak
bergantung kepada penggunaan atau salah pengunaan maklumat yang diterima.
Ahli strategi Cina, Sun Tzu juga telah menekankan betapa pentingnya elemen
maklumat dan muslihat semasa dalam buku bertajuk "Art of War" yang ditulis 2,500
tahun dahulu!
Oleh kerana skopnya yang lebih luas, IW pada amnya boleh juga ditakrifkan sebagai
"Tindakan memutarbelit, menjejas, merosakkan ataupun memusnahkan maklumat
(atau infrastrukturnya) samada untuk memperolehi kelebihan (advantage) ke atas
pihak lawan/berkenaan serta mempunyai motif tersendiri bagi mencapai objektif
tertentu. Pada masa yang sama ia juga meliputi tindakan bagi menentukan
maklumat sendiri (atau infrastrukturnya) dipertahankan dari dieksploitasikan oleh
pihak yang tidak diingini".

Pihak-pihak yang merupakan sumber ancaman IW semakin meningkat. Pada


mulanya ia cuma terdiri daripada "hackers" (anak-anak muda yang hobi mereka
suka menceroboh komputer), kini ia merangkumi kumpulan pendesak, penjenayah,
"broker maklumat", pengganas, agensi perisikan negara asing dan pihak tentera
lawan. Selain dari itu, kita juga perlu peka bahawa "orang dalam" juga boleh
merupakan sumber ancaman IW, samada secara sengaja ataupun tidak sengaja
(akibat kesilapan atau cuai ketika menggunakan sistem komputer).

Motif atau tujuan mereka mencerobohi sesuatu sistem komputer juga berbeza.
"Hackers" biasanya hanya suka-suka, cabaran, dendam atau rasa tidak puashati
dengan organisasi tertentu ataupun cuma ingintahu sahaja. Penjenayah, kumpulan
haram seperti sindiket pengedar dadah, sindiket skim cepat kaya dan "broker
maklumat" pula biasanya mempunyai motif kewangan. Aktiviti mereka ini telah mula
merebak ke negara kita khususnya dengan berkembangnya penyelewengan dalam
Internet. Ini mengakibatkan penguatkuasaan undang-undang menjadi semakin
kompleks. Sebagai contoh, kerajaan tidak dapat mengambil tindakan undang-
undang terhadap sindikit skim cepat kaya yang berpangkalan di luar negara,
akhirnya yang menjadi mangsa adalah masyarakat kita juga.

Manakala "pengganas siber", kumpulan pelampau dan kumpulan pendesak pula,


motif mereka biasanya berunsur politik. Sebagai contoh, aktiviti memutarbelitkan
maklumat untuk tujuan proganda negatif juga kini banyak dilakukan dalam Internet.
Bagi agensi perisikan negara asing dan tentera lawan pula, motif mereka adalah
memperolehi maklumat perisikan khususnya semasa aman ataupun menjejas
infrastruktur maklumat serta kawalan dan pemerintahan tentera semasa atau
sebelum sesuatu konflik berlaku.

Akhir sekali, motif "orang dalam" pula berpunca daripada rasa tidak puashati,
dendam terhadap pihak pengurusan ataupun untuk kepentingan diri sendiri. Selain
dari itu mereka juga mungkin diugut oleh pihak tertentu yang ingin mendapatkan
maklumat secara haram daripada organisasi tersebut. Oleh yang demikian, kita
perlu lebih perihatin ke atas sumber ancaman seperti ini yang merupakan "musuh
dalam selimut" kerana ia lebih sukar dikesan serta dikawal. Atas kesedaran inilah,
maka kita umat Islam khasnya di Malaysia, perlu melihat cabaran yang dibawa oleh
teknologi maklumat dan internet ini dari kacamata Islam. Kerana sudah tiba
masanya bagi umat Islam untuk memahami dan mengambil segala faedah yang
dibawa oleh teknologi ini, termasuklah menghadapi ancaman-ancaman yang
dibawanya. Kita perlu mampu menukar cabaran-cabaran ini kepada peluang-
peluang yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Islam.

Вам также может понравиться