Вы находитесь на странице: 1из 12

1.

0 PENGENALAN

Alhamdulillah tanggal 13 Februari 2015 yang lalu, Kem Bestari Solat kali pertama di
Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini melibatkan
semua murid Islam tahap 1 iaitu tahun satu, tahun dua dan tahun tiga. Modul di dalam
perlaksanaan Kem Bestari Solat kali pertama ini adalah mengikut modul yang telah disediakan
oleh pihak kementerian. Dalam Kem Bestari Solat ini, para peserta telah didedahkan dengan
teori wudhuk, bacaan dalam solat, dan amali wudhuk. Program ini telah dikendalikan oleh 12
orang fasilitator. Para peserta telah dibahagikan mengikut kelas masing-masing dan bergerak
mengikut arahan yang telah diberikan melalui slot yang telah ditetapkan.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 TARIKH PELAKSANAAN

Hari : Jumaat
Tarikh : 13 Februari 2015
Masa : 2.30-5.00 Petang
Tempat: Sk Seri Hartamas

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2015

Penasihat : Datin Sakinah bt Omar


Penyelaras bersama : En. Sofi bin Ramli (GPK Tadbir dan Kurikulum)
En. Mohammad Amin bin Abdul Hamid (GPK HEM)
En. Ridhauddin bin Hasbullah (GPK Kokurikulum)
Pengerusi : Ustaz Mohd Fathi Bin Ahmad
Setiausaha : Ustazah Ummul Khairi Fatimah bt Mohd Noor
Urusetia : Ustaz Lukman bin Shafee
Kawalan dan Disiplin Pendaftaran P.A System Juru gambar
Murid
1- Ustaz Lukman 1-Ustazah Eliza
1- Ustaz Fathi 1- Ustazah Zemat
2- Ustaz Lukman 2- Ustazah Azizun
3- Ustaz Mat Noor

Jamuan Minum Petang Persediaan Bahan Edaran Bahan Dokumentasi

1-Ustazah Zemat 1- Ustazah Eliza 1-Ustazah Maisarah 1- Ustazah Saudah


2- Ustazah Saudah 2- Ustazah Norwati
Fasilitator
Imam Solat Asar
Tahun 1 Tahun 2
1- Ustaz Mat Noor
1 setia : Ustazah Norwati 2 setia : Ustazah Maisarah
1 Kreatif : Ustaz Mat Noor 2 Kreatif : Ustazah Saudah
1 Sabar : Ustazah Ummul 2 Sabar : En.Nik
1 Harmoni : Ustazah Eliza 2 Harmoni : Cik Mashitah

Tahun 3

3 Setia : Pn. Norizan


3 Kreatif : Pn. Rahmah
3 Sabar : Ustazah Azizun
3 Harmoni : Ustazah Zemat

2.3 OBJEKTIF

Murid dapat berwuduk dengan sempurna.

Murid dapat melaksanakan semua perbuatan solat dengan betul .


Murid dapat membaca dan menghafaz surah-surah lazim dengan betul dan lancar.

Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.

Murid dapat menyatakan perkara yang membatalkan wuduk dan solat.


Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samaada secara individu atau berjemaah.

2.4 Kaedah Perlaksanaan

MASA/ 2.45 3.30 4.45 5.00 petang


HARI 2.30 petang petang petang 4.00 petang petang

JUMAAT PENDAFTARAN
DAN TAKLIMAT LDK 1 REHAT PRAKTIKAL SOLAT BERSURAI
AGIHAN SOLAT ASAR
KUMPULAN

2.5 KEWANGAN

DAPATAN / SUMBER

BIL PERKARA CATATAN


.
1. Sumbangan Ibu Bapa RM 340.50
Jumlah RM340.50

PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KIRAAN JUMLAH


1. Makanan RM 1.00 x 277 RM 227.00
Orang
2. Air RM113.50
RM 0.50 x 277
orang
Jumlah RM 340.50
3.0 HURAIAN PENILAIAN AKTIVITI

13 Februari 2015 ( 2.30 2.45 Petang ) Pendaftaran Para Peserta

Para peserta telah membuat pendaftaran kehadiran di dewan Sk Seri Hartamas Guru yang
bertugas mencatat kedatangan peserta kemudian mereka diarahkan berkumpul di dewan bagi
mengikuti taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan mengikut fasilitator yang ditetapkan.

13 Februari 2015 ( 2.45 3.30 Petang ) LDK

Dalam slot ini, murid diberikan pendedahan ulang tentang teori wuduk dan niat
solat. Di samping itu, mereka diberi latihan tentang amalan wuduk dari membaca Basmallah
sehingga membaca doa. Murid juga turut diberi peluang melaksanakan amali wudhuk melalui
bimbingan fasilitator.

13 Februari 2015 (3.30- 4.00 Petang) Rehat

Semua murid atau para peserta pergi ke kantin bagi menikmati jamuan ringan yang telah
disediakan. Setelah selesai menikmati jamuan, para peserta telah kembali untuk mengikuti
aktiviti seterusnya.

13 Februari 2015 ( 4.00-4.45 Petang) Praktikal solat

Murid diminta berkumpul di surau sekolah dan murid diberi pendedahan serta bimbingan
bagi mendirikan solat dengan sempurna. Praktikal solat ini diadakan bagi bertujuan
mengenalpasti kesalahan-kesalahan murid di dalam melaksanakan perbuatan , pergerakan dan
bacaan dalam solat. Oleh itu, murid dapat memperbaiki kesalahan-kesalahan mereka dalam solat
dan menjadikan ibadah solat mereka lebih sempurna.

13 Februari 2015 ( 4.45-5.00 Petang) Solat Asar Berjemaah


Aktiviti seterusnya ialah solat Asar secara berjemaah. Murid bersama fasilitator
menunaikan solat Asar secara berjemaah sebelum mengakhiri program kem bestari solat kali
pertama ini. Solat Asar ini telah diimamkan oleh ustaz Mat Noor .

13 Februari 2015 (5.00 Petang) Bersurai

Setelah selesai para peserta diarah membaca doa dan diikuti dengan bacaan surah Al-Asr.
Kemudian mereka bersalaman dengan fasilitator dan rakan-rakan lain sambil berselawat. selepas
itu, mereka dibenarkan pulang.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Alhamdulillah , sepanjang program Kem Bestari Solat ini dijalankan, murid-murid


memberikan kerjasama yang baik dari aspek, disiplin dan memberikan respon yang baik
terhadap apa yang diajarkan oleh fasilitator. Berdasarkan rekod pencapaian murid yang dinilai
oleh para fasilitator, 80 peratus murid mencapai objektif yang disasarkan. 20 peratus lagi masih
lemah dan memerlukan bimbingan guru lagi selepas program ini. Kem Bestari Solat ini Berjaya
mencapai matlamatnya iaitu murid dapat berwuduk dengan sempurna, mengetahui bilangan
rakaat, mengetahui syarat sah dan wajib solat serta mengetahui perkara masbuk dan muafik
dalam solat.

5.0 KEMAJUAN / MASALAH

Kekuatan Program
1) Mendapat kerjasama yang baik daripada fasilitator yang telah dilantik bagi menjayakan
Kem Bestari Solat.
2) Mendapat sokongan padu daripada ibu bapa bagi memastikan kehadiran anak-anak dalam
Kem bestari solat.
3) Aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan dengan
lancar.

Kelemahan program
1) Kekangan masa dalam menilai
2) Kehadiran murid yang kurang memuaskan.
3) Kebanyakan murid yang tidak hadir adalah murid yang lemah.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Mengadakan Kem Bestari Solat pada hari Khamis pada waktu petang selepas
persekolahan bagi memastikan kehadiran murid adalah baik. Hal ini kerana, apabila ia
dilakukan selepas Jumaat, kebanyakan murid pulang ke rumah untuk solat Jumaat dan
tidak datang ke Program Kem Bestari Solat.

2. Menyediakan hadiah untuk setiap penilaian yang dibuat untuk memberikan motivasi
kepada murid untuk belajar dengan tekun.

3. Mengadakan slot permainan atau kuiz untuk mengelakkan murid bosan untuk menghadiri
Kem Bestari Solat.
4.

PENUTUP

Secara keseluruhannya Kem Bestari Solat Kali pertama ini telah berjaya dilaksanakan
dengan baik. Alhamdulillah Kem Bestari Solat ini telah membuka minda para peserta untuk cuba
memahami lagi rukun Islam yang kedua ini. Melalui teori wuduk, amali wuduk, teori solat dan
amali solat telah memberikan pendedahan lanjutan kepada para peserta.

Dari pemerhatian kem solat ini juga dapat dilihat para peserta telah menunjukkan minat
dan respon yang baik. Pelbagai pendekatan dan tunjuk ajar telah digunakan dan disampaikan
oleh fasilitator untuk memantapkan lagi para peserta tentang cara-cara berwuduk dan solat
dengan sempurna khususnya.

Kem Bestari Solat merupakan satu program yang perlu dilaksanakan di semua sekolah
rendah yang terlibat dengan program j-QAF. Diharap kem seperti ini akan terus berjalan kerana
ianya memberi kesan yang amat positif kepada murid - murid bagi meningkatkan kemahiran,
kesungguhan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan perintah Ilahi terutamanya perkara-
perkara yang berkaitan dengan fardhu ain. Disamping sebagai permantapan bagi diri sendiri,
murid juga secara tidak langsung diharapkan melahirkan kesedaran dan sebagai contoh bagi
keluarga mereka di rumah.
SK SERI HARTAMAS, TAMAN SRI HARTAMAS,
50480 KUALA LUMPUR

DOKUMENTASI

KEM BESTARI SOLAT

(siri 1)

TAHUN 2015

HARI : JUMAAT

TARIKH : 13 FEBRUARI 2015

MASA : 2.30 PETANG - 5.00PETANG


TEMPAT : SK SERI HARTAMAS

Disediakan oleh :

(PUAN NUR AZIZUN BT. MOHAMED ABD KODIR)

Disemak oleh :

(ENCIK MOHD FATHI BIN AHMAD)

Ketua Panitia Pendidikan Islam

Disahkan oleh :

(DATIN SAKINAH BINTI OMAR)

Guru Besar
-SESI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT-
-

- LDK -
- SUASANA KETIKA WAKTU REHAT -

Вам также может понравиться