Вы находитесь на странице: 1из 2

Berat kentang lebih kurang 100 mg

Tenaga 83 kcal

Protein 2 gm

Lemak 0.1 gm

Karbohidrat 19.1 gm

Kalsium 11 mg

Fosfor 56 mg

Zat besi 1 mg

Bahagian kentang (Bdd / Food


yang boleh Edible = 85
dimakan peratus)

Kandungan vitamin dalam kentang:

Vitamin A 0 1U

Vitamin B1 0.11 mg

Vitamin C 17 mg

Khasiat ubi kentang


KALAU kanak-kanak mungkin mereka boleh makan kentang goreng tetapi saya
mesti makan nasi setiap hari, kata seorang rakan apabila mendengar saranan
menggantikan hidangan nasi kepada ubi kentang.
Sebenarnya, hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang
terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak, meningkatkan
kolesterol, melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti.
Hakikatnya, bukanlah ubi kentang yang menentukan sama ada baik atau buruk
untuk kesihatan. Yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk dimakan.
Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia.
Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan hidangan
seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang.
Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai khasiat
lain untuk kesihatan?
Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita dapat
memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang
pula boleh melegakan hipertensi.
Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang
mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan
diet.
Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori
dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.
Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus dan dimakan
dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian
Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada
pisang serta mineral penting lain.
Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi yang banyak kebaikan
dan sesuai untuk sebarang amalan diet, katanya pada majlis pengenalan menu
dengan ramuan ubi kentang oleh Lembaga Kentang Amerika Syarikat di Hotel Le
Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Gluten
Selain itu, ubi kentang dikenali sebagai makanan yang bebas gluten.
Menurut Carina, gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti
gandum, barli dan rai.
Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat
manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat amat sesuai
sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten.
Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan budaya,
kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.

Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu
mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.
Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko
hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta
melawan dinyah hidrat.

Вам также может понравиться