Вы находитесь на странице: 1из 5

Hari ini, penduduk Malaysia berjumlah kira-kira 28.3 juta penduduk.

Pertumbuhan besar bilangan penduduk Negara ini adalah berkaitan secara langsung
dengan penanaman tanaman jualan baru dan berkembangnya perlombongan,
terutamanya perlombongan bijih timah. Bersama pertambahan besar bilangan
penduduk terdapat juga perubahan besar dalam jenis-jenis orang yang tinggaldi
Negara kita. Kebanyakan penduduk di Semenanjung ini sebelum tahun 1850 adalah
orang Melayu. Hari ini lebih daripada satu pertiga penduduk Semenanjung ini adalah
orang Cina dan lebih daripada satu persepuluh daripadanya orang India.
Pada mula-mulanya pendatang-pendatang baru bangsa Cina dan India datang
ke sini bukan dengan tujuan untuk tinggal tetap di Negara kita. Ramai daripada
mereka balik semula di tanah air mereka sendiri. Selepas beberapa tahun, bilangan
orang Cina dan India yang lahir di sini juga turut bertambah. Oleh yang demikian,
menjelang tahun 1940, penduduk tanah melayu tidak lagi terdiri daripada satu
bangsa. Sungguhpun kita rakyat Malaysia berbeza di antara satu sama lain dalam
beberapa cara, tetapi kita juga mempunyai banyak perkara yang sama. Kita semua
hidup dan bekerja bersama-sama dalam satu masyarakat yang sama, semuanya
bergantung di antara satu sama lain untuk mencapai kemajuan masa depan kita.
Pertambahan besar dalam bilangan penduduk disebabkan oleh kemasukan
imigran-imigran dari negeri-negeri seberang laut. Kebanyakan imigran ini datang dari
negeri China dan India. Mereka telah memberi pelbagai impak kepada penduduk
tempatan dari aspek ekonomi. Antara kesan-kesan yang jelas dipaparkan oleh
kehadiran imigran Cina dan India adalah mereka memberi bantuan sebagai buruh
untuk memperkembangkan ekonomi Negara kita. Sebenarnya orang melayu juga
ada melombong bijih timah di semenanjung selepas tahun 1900. Namun kebanyakan
pelombong melayu telah digantikan oleh orang Cina. Peratus orang asli yang
menjadi pekerja di ladang dan lombong baru juga adalah tersangat kecil. Ini
disebabkan keperluan menanam, tanaman jualan dan melombong tidak sesuai
dengan keadaan kerja dan cara hidup penduduk kampong. Pertamanya, melombong
dan menanam tanaman jualan memerlukan wang. Peladang-peladang dan
pelombong-pelombong perlu menggunakan buruh untuk membersihkan hutan dan
membuka tanah untuk penanaman tanaman mereka dan pembukaan lombong
mereka serta menjaga tanaman dan mengusahakan lombong. Kerja-kerja itu tidak
boleh dilakukan oleh seorang sahaja dan bilangan penduduk tempatan tidak cukup
untuk memenuhi keperluan buruh. Akibatnya, kerja di ladang dan di lombong yang
baru itu terpaksa dijalankan oleh buruh imigran dari China dan India. Kedatangan
pekerja-pekerja luar ini adalah langkah pertama ke arah pembetukan masyarakat
Tanah melayu hari ini.
Kehadiran imigran Cina dan India katakan masyarakat imigran yang
menguntungkan masyarakat peribumi orang Melayu yang sebelum ini mengamalkan
sistem ekonomi sederhana sudah mula sedar dan mula mengerak langkah untuk
bersaing untuk sama-sama menikmati hasil bumi mereka sendiri yang ketika itu
kebanyakan dinikmati oleh golongan Imigran. Kedudukan ekonomi masyarakat
tempatan terancam kesan dari kedatangan imigran.
Selepas kedatangan Barat ke Tanah Melayu, sistem ekonomi komersial telah
diperkenalkan. Ekonomi komersial bererti kegiatan ekonomi yang tidak hanya
tertumpu kepada memenuhi keperluan kehidupan seharian tetapi juga menjadi asas
kepada pertukaran dan penjualan barangan. Pertanian komersial dijalankan di
Negeri-negeri Selat dan Johor. Orang Cina dari Singapura telah diambil untuk
mengerjakan tanaman gambir dan lada hitam. Hasil gambir dan lada hitam
dipasarkan ke luar negara melalui Singapura dengan menggunakan tongkang. Hasil
tanaman tradisional yang dikomersialkan adalah seperti ubi kayu, tebu, gambir dan
lada hitam. Tanaman-tanaman ini diusahakan oleh orang Cina dan mendapat
pasaran yang baik di Eropah. Dasar utama British dalam ekonomi telah merugikan
masyarakat tempatan malahan tidak memberi sebarang kemajuan kepada penduduk
bumiputera. Dasar-dasar yang telah dilaksanakan British dalam bidang pertanian,
pemilikan tanah, dan pelajaran tidak mengutamakan kepentingan kepada penduduk
bumiputera. Bukan itu sahaja, ia juga dilihat telah memberi kelebihan kepada imigran
untuk menguasai punca-punca ekonomi.
Kedatangan imigran India dan China juga telah banyak mambantu dalam
kormesial tanaman tradisional. Dengan menggunakan tenaga buruh india dan Cina.
Hasil tanaman dapat dipertingkatkan secara berterusan. Oleh itu, pengeluaran yang
banyak dapat dieksport secara aktif. Dengan ini, tanah melayu menjadi negara
perdagangan antarabangsa. Contohnya, 1880-an, getah diperkenalkan di tanah
melayu dan tanaman ini telah banyak membawa keuntungan bagi tanah melayu.
Bukan itu sahaja, buruh india dibawa masuk dengan gaji murah telah menyebabkan
lebih banyak lading-ladang dibuka dan memberi sumbangan kepada perkembangan
perusahaan getah. Perusahaan getah menjadi punca hasil yang terbesar melalui
cukai atas eksport getah dan membolahkan kerajaan memodenkan semenanjung
Tanah Melayu. Penanaman getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk
dengan membekalkan perkerjaan dan pendapatan kepada penduduk.
Selain itu, masyarakat tempatan juga menjalankan kegiatan perlombongan.
Pada abad ke-19, buruh-buruh kasar dari China dan India telah dibawa masuk.
Perkembangan dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan setelah
kaum Cina di bawa masuk ke Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, teknologi
perlombongan yang dimiliki oleh orang Cina dan modal yang besar mampu
mengeluarkan hasil bijih timah yang banyak. Hasil perlombongan telah
dikomersialkan. Sebagai contoh, bijih timah telah dipasarkan ke negara-negara lain
seperti China, Jepun dan India dan terus menjadi pengeluar bijih timah dunia
sehingga Perang Dunia Kedua. Bijih timah juga telah menjadi barang perdagangan
utama yang menarik minat pedagang-pedagang dari Arab,India, China dan
Mediterranean.
Dalam konteks masyarakat majmuk, mewujudkan daerah-daerah petempatan
dan fungsi ekonomi mengikut kaum. Situasi ini masih berlaku sehingga ke hari ini.
Orang Melayu dilabelkan sebagai kaum petani dan tinggal di kampung-kampung
tradisional sehingga ke hari ini. Kaum India pula kebanyakan tinggal dalam kelompok
mereka di ladang-ladang ataupun estet-estet sehingga ke hari ini juga. Kaum Cina
pula tinggal dalam sekelompok sebagai pedagang atau pelombong. Pengkelasan ini
nyata sangat tidak berpatutan kerana ianya mampu memecah belahkan masyarakat
yang ada. Kesan daripada dasar British juga menyebabkan setiap kaum dibahagikan
mengikut kegiatan ekonomi. Orang Melayu terlibat dalam bidang pertanian dan
kegiatan penangkapan ikan. Manakala orang India mengusahakan ladang getah dan
perusahaan lain. Orang Cina pula mengusahakan lombong-lombong bijih timah.
Selain itu, kegiatan ekonomi juga terpisah mengikut petempatan. Orang Melayu
tinggal di kampung-kampung dan kawasan yang berdekatan pertanian dan juga
pinggir laut. Manalaka orang India tinggal di estet-estet dan kawasan perusahaan
kelapa sawit. Kedatangan mereka telah membuka lebih banyak tanah untuk
mengusahakan getah iaitu pada tahun 1897, sejumlah 345 ekar tanah telah dibuka .
Sebagaimana yang dapat dilihat perbezaan yang agak besar di bahagian kawasan-
kawasan yang telah dibuka untuk penanaman tanaman jualan dan perlombongan
dengan kawasan-kawasan di mana penduduk hidup dengan cara tradisional. Cara
hidup dan taraf hidup yang berbeza antara ketiga-tiga kaum utama ini menyebabkan
jurang perbezaan di antara yang kaya dan yang miskin, orang yang tinggal di bandar
dan orang yang tinggal di kampung. Dengan perbezaan ini telah mewujudkan
ketidaksepadu antara kaum-kaum.
Dalam ekonomi pula, kesan penghijrahan komuniti India dan Cina yang paling
utama dirasai di Tanah Melayu sebelum pendudukan British ialah industri
perdagangan Melaka semakin berkembang. Sebagaimana yang kita ketahui,
perlombongan dan penanaman tanaman jualan memerlukan wang. Biasanya
penduduk tempatan tidak akan mempunyai wang yang sebanyak untuk
mengusahakan ladang dan lombong, mereka hanya tahu menanam tanaman sendiri
sahajauntuk menghasilkan bahan makanan cukup untuk diri mereka. Dengan ini,
orang yang mempunyai wang biasanya ialah pedagang atau saudagar. Mereka
membawa bersama mereka fikiran dan cara baru membuat kerja. Misalnya, mereka
memperkenalkan sistem baru bagi ukuran dan sukatan serta penggunaan duit
logam.
Ekonomi pada zaman penjajah juga telah membawa banyak impak negatif iaitu
dwi-ekonomi di mana kaum bukan bumiputera dibiarkan maju dalam ekonomi moden
manakala kaum bumiputera bergiat terus dalam ekonomi pertanian tradisional. Hal
ini demikian kerana, kaum Melayu, Cina dan India telah ditempatkan secara
berasingan dan mempunyai jenis pekerjaan serta asas ekonomi yang berbeza. Dari
segi penguasaan ekonomi, majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang
memerlukan tenaga yang banyak dan berteknologi rendah. Kaum Cina pula dibawa
masuk untuk menguasai sektor yang memberi pendapatan tinggi seperti
pedagangan, pembuatan, perlombongan serta menggunakan teknologi yang moden
manakala kaum India pula banyak terlibat dalam bidang perladangan di estet getah
atau kelapa sawit. Sebagai contohnya, orang Cina berada di bandar, orang India di
estet manakala hampir keseluruhan orang Melayu berada di desa.
Malangnya, keadaan seperti ini telah membawa kepada tragedi rusuhan kaum
pada 13 Mei 1969. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru(DEB) telah dirancang sebagai satu
program jangka panjang yang berjalan selama 20 tahun yang bermula 1970 hingga
1990. Matlamat utama DEB adalah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
rakyat dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum.
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah DEB disusun menerusi dua strategi
utama iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat tanpa
mengira kaum. Dengan Dasar Ekonomi Baru, pembangunan negara yang seimbang
antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dapat diwujudkan.
Berhubung dengan negara kita, saudagar-saudagar ini terdapat di Melaka,
Singapura dan Pulau Pinang. Kemudiannya, mereka juga terdapat di Kuching,
Labuan dan Kota Kinabalu. Sebagaimana kita tahu, Melaka menjadi sebuah pusat
perdagangan yang penting selama beberapa abad. Kebanyakan saudagar di
pelabuhan-pelabuhan ini adalah orang Cina dan terdapat juga sebilangan kecil
saudagar dan pedagang India, Arab dan Eropah. Saudagar-saudagar pelabuhan
mempunyai banyak hubungan dengan pembeli dan penjual di tanah air mereka
sendiri. Selepas tahun 1800, saudagar-saudagar inilah yang memainkan peranan
penting dalam menyediakan modal untuk ladang-ladang dan lombong-lombong baru
di Tanah Melayu. Mereka menanam modal di sini Oleh itu kita tidak dapat nafikan,
perkembangan perlabuhan-perlabuhan di Tanah Melayu sedikit sebanyak ialah
kerana usaha masyarakat Cina dan India yand bermigrasi ke Tanah Melayu.
Selain itu, imigrasi orang India dan Cina juga mempercepatkan pembandaran.
Pembandaran bermaksud perubahan daripada pekan kecil atau kampung kepada
sebuah bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya. Perkembangan
pesat ekonomi menyebabkan berlakunya proses pembandaran terutama di kawasan
yang kaya dengan sumber semula jadi dan kawasan yang menjadi pusat kegiatan
ekonomi penjajah. Pekan ini akan berkembang menjadi pusat pentadbiran,
perbankan dan sebagainya. Kemajuan menjadi pesat di kawasan-kawasan bandar.
Jalanraya-jalanraya telah dibina dan bekalan-bekalan air dan api telah disediakan di
tempat-tempat tersebut. Sekolah-sekolah dan hospital moden juga telah didirikan.
Oleh itu, bandar-bandar boleh dihubungi di antara satu sama lain oleh jalnraya-
jalanraya. Dengan adanya jalan-jalan ini, para penanam atau pelombong boleh
membawa hasil mereka ke bandar atau pelabuhan. Jalan perhubungan ini bukan
sahaja meningkatkan ekonomi penduduk manakala juga mewujudkan interaksi
antara penduduk tempatan dan pedatang luar.
Di samping itu, Tanah Melayu wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang
berorientasikan eksport dan ekonomi tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara
diri. Ekonomi moden dikuasai oleh imperialisme Barat manakala penduduk tempatan
menjalankan ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem mata
wang telah menyebabkan wujud jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut.
Pemerasan ekonomi yang dilakukan oleh imperialisme Barat ke atas masyarakat
Tanah Melayu menyebabkan timbul keinginan masyarakat peribumi untuk
membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Penentangan dan kebangkitan
masyarakat peribumi menentang penindasan politik, ekonomi, dan sosial yang
dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai nasionalisme.
Kesimpulannya, kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah
memberi pelbagai impak kepada penduduk tempatan dari aspek ekonomi. Dalam
aspek ekonomi, wujudnya fakta yang menunjukkan bahawa terdapat aspek positif
dan negatif dalam bidang yang dinyatakan dan juga lahirnya persepsi yang berbeza
mengenai bumi Malaysia. Dengan ini, kerajaan perlu melakukan usaha yang besar
untuk menghapuskan jurang perbezaan antara bangsa-bangsa supaya mencapai
dan memperkembangkan matlamat negara bersepadu.

Вам также может понравиться