Вы находитесь на странице: 1из 7

KEK COKLAT KARAMEL MOIST KUKUS

BAHAN KARAMEL

STEP 1:
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang

STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

STEP 3:
Bahan B

1 cawan susu cair


1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )

STEP 4:
Kacau perlahan bahan B. Make sure jangan berbuih!.. Kemudian tapis
ke dalam loyang gula hangus tadi.

STEP 5:
Kukus selama 15 minit.. Nak guna kaedah steam bake pun boleh. Tapi
saya lebih suka guna kaedah kukus sebab lagi senang.

BAHAN KEK COKLAT MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA PENYEDIAAN
Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak
atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati.
Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend

CARA PENYEDIAAN

Satukan Bahan B dan Bahan C berselang seli dengan Bahan A dan gaul
sebati dengan menggunakan senduk. Tuangkan adunan ke dalam
loyang karamel tadi. Kukus selama 40 minit sehingga masak. Nak tahu
dah masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi sate atau garfu. Kalau tak
melekat, maksudnya dah masak la tu.

Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru
boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek
dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais
dalam sejam dua.
Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan-Bahan:

Bahan A (gula hangus)


2 sdb gula pasir

Bahan B (puding)

10 gram agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sdb tepung kastad
1 sdk esen vanila

Cara Membuat:

1) Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam


loyang, guna api kecil.

2) Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan.

3) Satukan semua bahan-bahan B. Kacau di atas api.

4) Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad tidak bergentel.


5) Apabila menggelegak dan adunan sedikit pekat, tutupkan api. Tapis dan
tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

6) Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga


puding mengeras. Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan.

Resepi Puding Roti Berkaramel

bahan-bahan :

Karamel :

1/4 cawan gula pasir

1/4 cawan air panas

Cara-cara : Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas.


Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas
yang besesuaian. Sejukkan seketika.

Puding :

3 keping roti sandwic (disiat-siat)

1 1/2 cawan susu cair

1/2 cawan air suam

1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)

1 sk esen vanilla
3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya
ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)

Cara-cara : Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian


disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. Tuangkan
ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air
panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar
dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan.
Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan
sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda.

Resepi Kek Coklat Kukus Moist

Bahan-bahan buat kek coklat:


1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur

Bahan-bahan buat topping kek coklat kukus:


300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara buat kek coklat kukus:


1. Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak, dan susu
pekat ke dalam periuk dan masak sampai sebati dengan api
sederhana.
2. Bila dah sebati, sejukkan.
3. Lepas tu, pukul telur sampai kembang.
4. Masukkan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul sampai sebati.
5. Ayak tepung, bikarbonat dan baking powder bersama, lalu masukkan
sedikit demi sedikit, dan kacau sampai sebati selama 5 minit.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ikat dengan beg plastik/kertas
foil.
7. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
8. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 70 minit
dengan api sederhana.
9. Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa.
10. Angkat dan sejukkan.
11. Kek coklat kukus siap dihidangkan.

Cara buat topping kek coklat kukus:


1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
3. Padamkan api dan masukkan butter, dan kacau hingga cair.
4. Curahkan 1/2 dari topping cair yang masih panas hingga menutupi
keseluruhan kek.
5. Biarkan 15 30 minit supaya topping meresap ke dalam kek.
6. Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan air panas.
7. Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.
8. Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke dalam peti
sejuk.
9. Kek coklat kukus yang moist dengan topping siap dihidangkan.

Вам также может понравиться